Drama ni dah habes dah (18/1/10). Yeay...tak perlu dah terkejar-kejar balik keja semata-mata nak tengok episod2 penghujung cerita ni...hehe...(tapi cerita baru pun macam best, macam perlu jugak balik awal selalu...ahakz!~)
Cerita ni bagi aku best la jugak. Aku tertarik dengan kata2 kat hujung drama ni..lebih kurang macam ni la bunyinya, 'Kadang-kadang kita tak sedar, cinta sejati kita ada depan mata kita...'. Tu la kan, kita ni selalu tak menghargai apa yang ada depan kita, bila dah kehilangan baru terasa rugi.
Dalam cerita ni jugak, bagi aku..nak dapatkan cinta sejati tu memang sangat perlukan pengorbanan, kesabaran dan kesetiaan. Macam watak Hasan tu, siyes tabik la kat dia. Baik sangat, dan akhirnya dia dapat jugak cinta sejati dia Balqis yang mungkin telah tertakdir sebagai jodoh dia. Watak2 utama cerita ni semuanya baik, cuma jadi mangsa keadaan yang terpaksa mempertaruhkan cinta diorg.

*****
Sinopsis:
Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.
Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.