Jamuan Aidilfitri PSSCM Peringkat Pusat
10/23/2009 11:54:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
17 OKTOBER 2009 hari tu, ktorg 18 orang pegi Jamuan Aidilfitri PSSCM Peringkat Pusat kat SM Setia Budi, Gombak. Lebih kurang pukul 3.30 petang, 15 orang bertolak dari UTP. Abg Azuwan, kak Asmat, Azhan & abg Halim dah gerak sejak pagi lagi. singgah kat R nR Ulu Bernam jap untuk Asar dan pastu sampai sana dalam pukul 8. Masa ktorg sampai tu tak ramai lagi kat dewan tu. Dalam setengah jam, sekejap ja dah penuh dengan ramai orang.

Sila-sila tengok gambar kat bawah ni...cakap banyak pun tak perlu kan..

#1 - suasana kat dewan tu, ni sebelum makan-makan

#2 - kak Syu~Diyana~

#3 - abg Nazri & abg Kord~

#4 - tiga kawan~

#5 - peace!

#6 - orang-orang kuat

#7 - meja kami meriah dengan kehadiran abg Pingu...chey2~~ ;P

#8 - kak Anis & Wani~~

#9 - Sab~

Majlis pun bermula, ada ucapan sikit-sikit, pastu doa makan dan.....apa lagi...makan la! heee~

#10 - meja ktorg sangat dipenuhi dengan makanan

Antara menu malam tu : Nasi ayam, lontong, sate ayam, cendol, air tebu, air teh dan mungkin ada lagi yang tak tersenarai....serius semua sedap-sedap. Tak rugi pergi wey~ hehe~ :D


#11 - fokus kat abg Pingu k..dengan punuh konsentrasi dia makan tu...heee~

#12 - lepas makan, semua pun mula lepak dan sembang-sembang

Lagipun ni jamuan yang banyak kelas latihan turun, so, ni la masa dan kesempatan untuk jumpa balik kawan-kawan dari kelas-kelas lain dan kongsi perkembangan cerita masing-masing. Masa ni jugak jumpa balik dengan abang yang dah grad dan yang sedang intern jugak...

Sebelum ktorg semua mula keluarkan kamera dan bergambar, ada tayangan montaj dan ucapan Datuk jugak dulu...

Pastu, acara bergambar mengambil tempat...dan ni la hasil-hasilnya!~ Sila la dengan semangatnya tengok k...(pada hal mungkin ramai yang dah tengok kat FB dan dah donlod pun...takpa2, tengok jugak sekali lagi...heee~ :D)

#13 - sweet couple abg Azuwan & kak Asmat
baju pun dah matching habis dah tu..heee :P
semoga berkekalan dan berbahagia selalu~~ :)


#14 - my partner k...
tak dibenarkan rampas...hnsss~ ;P
(adey..mcm ayat kanak-kanak lak kan??)

#15 - yang HIJAU belaka! I LIKE!!!~~

#16 - HITAM itu menawan
(dan mungkin TEMBAM itu menawan jugak....heeee~ ;D)

#17 - semua kat sini sangat comel k!~ super nice~ ;)

#18 - aweks2 CUN!~

#19 - wah2, flying kiss kak Fad tu untuk sapa ek? HOT!~ ;P

#20 - dapat jugak kak Effa bergambar dengan si budak comel berbaju biru ni...nice~ :)

#21 - bergambar dengan Penyelia ktorg, abg Halim

#22 - ramai betul peminat nak bergambar dengan Yana yang sangat kiut-miut ni! :)

#23 - Sweetest smile everyone!~ :)

Kesimpulannya, majlis malam tu tersangat la BEST nya! kenangan yang indah juagak~~

OK, aku tau korang tunggu ni kan? Ngaku ja la...hee~~

----> SAAYAAANG SEMUAAA!~~~

mwahx3~



p/s 1: Kredit kat kak Syu, abg Pingu dan Furqan untuk gambar-gambar di atas. :)

p/s 2: Masih tunggu gambar drpd abg Amin..lalala~ (",)



Cuti-cuti Kuala Kangsar & Rumah Terbuka BAI
10/22/2009 03:16:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Walaupun dah macam berbelas-belas hari dah sejak hari kejadian, tak kira, nak updet jugak...hee~ Cuba jugak cari + curi masa nak tulis pasal post ni...yeay!~

Ni program ktorg pada 3 OKTOBER 2009. Aktiviti ni dirancang oleh coursemate aku, Bai. Sebenarnya dia nak ajak pegi rumah terbuka dia hari tu kat Kuala Kangsar (KK). So, nak jadikan lebih menarik dia pun plan bawak ktorg jalan-jalan sekitar KK. Ni lebih kurang macam gathering untuk ktorg, budak2 BIS Jan 07 sebelum pergi intern sem depan...huhu~ ^_^

Since this sem, every moments spent together among us were very precious and valuable. Everyone in our course would try hard to make themselves available to join any activities conducted. These were to grab every memories together before our internship next sem. Plus, only this sem seems that everyone slows down and less busy with UTP events. We wouldn't know what will happen after we come back from the internship, I mean how different we are at that time and may be in the final year, we will move more on solely basis. Therefore, in the future, if anyone of us take at least a glance onto these photos, they could refresh back that we had momentous memories together, here in UTP. :)

#1 - dengan Atih, menjaga makanan yang kat tepi tu...hehe~
Pagi tu, seawal pukul 7 pagi, sebahagian dari ktorg yang perempuan ni berkumpul kat rumah Atih untuk sesi masak-memasak ni. Macam biasa la, dalam semua events/aktiviti, aku memang suka jadi AJK Makanan, walaupun kali ni tak secara rasmi dilantik. hehe~ Semua girls berperanan sebagai AJK Makanan. Nasib baik, aku ada beberapa pengalaman jadi AJK Makanan dalam aktiviti persatuan sebelum ni, so sangat tak kekok bila nak masak untuk ramai orang makan dan tau apa nak buat. heeee~ Thanx very much to those experiences k!

Nak tau tak apa menu ktorg hari tu??? Haaaa...ktorg sediakan bihun goreng + telur cincang, nugget & hot dog, fries, sandwic sardin (istimewa resipi Mimie) dan special coleslaw for BBQ.

Dalam pukul 11, ktorg kumpul kat Lot Parking v4. About 10 cars on the move! Banyak kan? padahal ktorg yang BIS ni cuma lebih kurang 15 orang ja. Sebenarnya Bai ajak kawan-kawan baik dia daripada course lain jugak. Lagi pun, ktorg semua sebenarnya akan pergi rumah terbuka Bai jugak akhirnya, alang-alang tu jalan-jalan sekali.

#2 - Kereta ketua rombongan, Bai

#3 - Kereta-kereta ahli rombongan yang berderet lepas tol kat lebuh raya

Kat lebuh raya tu, entah macam mana 3 kereta terlepas singgah kat R & R Sungai Perak. Antaranya kereta yang aku naik. Nak patah balik tak boleh kan kat lebuh raya, jadi ktorg yang 3 kereta ni teruskan perjalanan masuk bandar KK terus. Yang kereta-kereta lain dah singgah, makan-makan dan rehat kejap kat R & R tu. Pastu ktorg makan tengah hari kat salah satu kedai kat Bandar KK. Tak pasti apa nama kedai tu. Sandwic yang ktorg plan nak makan ramai-ramai tu terpaksa la ktorg korbankan setengah. Ya la, semua yang lain dah makan, siapa lagi nak habiskan sandwic tu kan...hehe~

#4 - Singgah makan kat KK

Pastu, ktorg teruskan perjalanan pergi ke Masjid Ubudiyah, KK. Masjid ni cantik reka bentuknya.

#5 - Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar

#6 - Bergambar dulu sebelum ke destinasi lain

Kat masjid tu, semua kereta kumpul balik. Pastu, ktorg gerak pulak ke Musium Diraja Perak. Musium yang unik reka bentuknya ni dikatakan dibina tanpa sebatang paku pun. Mula-mula cuak gak nak naik, tapi bila naik macam tak percaya, ia dibina tanpa paku sebab kukuh jugak, tak rasa goyang pun. Dahsyat binaan orang dulu-dulu kan?

#7 - Musium Diraja Perak

#8 - Kat perkarangan musium

#9 - Into th frame, everyone! yeay!

#10 - Kat belakang tu ialah singgahsana Raja-raja dulu.
Kawasan larangan, pelawat tak dibenarkan pergi dekat singgahsana tu, jadi bergambar dari jauh ja la.


#11 - Muka-muka poyo! Mimie paling gembira di situ! ;P

#12 - Bergambar lagi depan singgahsana tu

Destinasi ktorg yang seterusnya ialah Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Kat sini ada air terjun. Sejukkkkk!!!~ Breath-taking environment and nice scenery!

#13 - sampai-sampai terus ambil gambar ala-ala model gitu! Ahakz!~

#14 - walaupun tak mandi, nak masuk jugak dalam air....at last masukkan kaki ja..hee~

#15 - 1,2,3 SNAP!

#16 - ramai-ramai bertenggek atas batu

#17 - dengan Bee; pemandangan yang cantik kat belakang

#18 - Biasa la, jadi AJK Makanan, jaga makanan jugak la...hee~

#19 - sibuk melayan kawan yang mandi-manda datang makan

Kebanyakan girls semua tak mandi dan jadi pemerhati rasmi...huhu~

Dah habis mandi-manda, sesi yang paling ditunggu-tunggu...bergambar!!

Bergambar dengan kereta-kereta dulu....

#20 - Kereta Che Na, dan ahli-ahlinya (dari kiri) : Che Na, Diyana, Jee, Pat

#21 - Kereta Sab, dan ahli-ahlinya (dari kiri) : Bee, Atih, Thuy, Sab

#22 - Sweet Couple Sariy & Ila; sejak foundation kot diorg ni...semoga berkekalan dan berbahagia selalu~

#23 - Ni haaaaa.....semua satu rombongan...ramai kot!

#24 - Girls only k!

#25 - Last but not least, the BIS's members!!!

Destinasi terakhir ktorg semestinya rumah Bai, ada rumah terbuka. Ramai jugak yang datang. Menu: Nasi Beriyani yang sedap, Ayam BBQ dan Coleslaw yang dibuat dari UTP, kek dan macam-macam lagi.

Lepas makan tu, semua lepak-lepak dulu dua tiga jam kat rumah Bai, pastu baru mulakan perjalanan balik ke UTP.

#26 - santai-santai kat rumah Bai


Aktiviti ktorg hari tu sangat BEST!!! walaupun serius penat!

Terima kasih Bai untuk plan trip dan makan-makan kat rumah tu.

Thanx very much to all my BIS coursemates for the cherish moments together!
You all are the BEST ever k!
mwahx3~~

Sincerely.


p/s: credit to Che Na for those photos. :)


Related Posts with Thumbnails