Salam Aidilfitri 1432H :)
8/30/2011 07:10:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Kepada semua muslimin/muslimat,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


p/s: posing dgn beg mengalahkan orang nak balik kampung....hehe~ ;P


Ref: Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto
10/10/2010 12:07:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Pagi tadi, tetiba aku dapat satu link ni daripada pm gtalk kawan aku. Tengok2 link ke Utusan Online. Terus aku sebarkan link tu kat kawan2 dan sedara-silat aku yang lain. 
Mak ayah aku kat rumah pun aku gitau mintak baca akhbar ni.
 
Bila aku bukak link tu, rupa-rupanya pasal isu ni:

Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto



SYAWAL pun berlalu. Namun catatan sepanjang Syawal mesti masih berbekas di hati mahu pun dalam lipatan memori. Banyak cerita suka-duka sepanjang Syawal. Di pihak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, berakhirnya Syawal bermakna tamatlah ruangan Salam Perantauan untuk tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima terlalu memberangsangkan. Sama ada muka surat untuk ruang tersebut ditaja atau tidak, syarikat meneruskan tradisi menyiarkan ruangan itu khusus untuk rakyat Malaysia di luar negara menyampaikan salam hari raya.Bermula dengan ucapan daripada para pelajar, ruangan tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara.


Lebih menarik perkembangan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia di mana saja untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini emel yang diterima melimpah ruah. Mereka yang berkhidmat di pelantar minyak, di atas kapal malah nun di hujung dunia memeriahkan lagi ruangan yang diwujudkan oleh akhbar ini dengan penuh rasa ikhlas. Sehingga hari ini masih banyak emel yang diterima tidak dapat disiarkan.


Sebelum kepesatan zaman teknologi maklumat, berkotak-kotak surat dikirimkan dengan harapan gambar serta ucapan mereka dapat disiarkan di dalam ruangan tersebut. Setiap malam akan ada petugas yang menaip rapi setiap maklumat yang dihantar, sambil sesekali tersenyum melihat aksi-aksi pelajar kita di luar negara. Mereka ini tidak dibayar elaun khas untuk membuat kerja-kerja menaip, mengumpul gambar dan mengasingkan antara surat yang telah diproses dan surat yang baru diterima. Kesemuanya itu dibuat dengan rasa ikhlas. Sebab itu tiada bayaran dikenakan. Tiada syarat-syarat - satu yang dipinta pengirim juga mesti bersikap jujur dan ikhlas. Pastikan maklumat yang dikirim adalah betul.
Akhbar-akhbar lain turut berbuat demikian.


Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh prinsip saling percaya-mempercayai.


Kecanggihan
Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain. Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan.


Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka disiarkan di ruang Salam Perantauan.


Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat.


Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak pernah dilanda salji?


Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera mengenal pasti gambar-gambar tersebut.


Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal.
Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.
 
 
Aku sampai sanggup turun bawah, pergi Kopetro nak beli akhbar Utusan hari ni, nak tengok sendiri artikel ni. Akhbar Mingguan Malaysia 10 Oktober 2010, m/s 9

Gambar kontroversi 1

Gambar kontroversi 2 

 
Ok, aku tak sangka pulak akan keluar artikel dalam akhbar macam ni. Dulu aku pernah jugak buat entry blog pasal ni. Bole lihat sini. Dalam entry yang sama jugak aku letakkan link untuk blog yang review pasal gambar Salam Perantauan Utusan tu. Bole lihat sini. Pemilik blog tu rupa-rupanya bekas pelajar UTP jugak. Maksudnya, senior aku la. 


 Disebabkan rasa prihatin-yang-tinggi sebagai pelajar UTP, aku baca jugak kenyataan balas senior aku tu terhadap artikel Utusan kat blog dia. 


Entry tu bertajuk: F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan



*********

Korg pun dialu-alukan baca semua entry yang berkaitan isu ni. Baca, fikir, analisis dan nilai la baik buruknya isu ni. Aku tak memihak mana2 pihak pun. Bagi aku, dua-dua pun ada salah dan betulnya. Dua-dua pun ada pendirian masing-masing. Cuma bagi aku, eloklah bagi kita untuk berfikir dulu sedalam-sedalamnya sebelum membuat sesuatu terutamanya yang melibatkan kumpulan sejagat dan kepentingan bersama. 
 
Ya, dalam hidup ni semua tak sempurna kan melainkan Allah dan Rasul saja, tapi kalau kita diberi pilihan, pilihlah untuk melakukan kebaikan daripada perkara-perkara yang sebaliknya dan yang tak mendatangkan faedah. Mari kita lihat dari sudut yang positif. Kadang-kadang bila berlakunya isu macam ni bagus jugak, supaya kita boleh mendapat kesedaran dan pengajaran atas apa yang berlaku dan pada masa yang sama menilai sejauh mana integriti dan etika kehidupan kita pada masa kini.




Sekian dulu buat sini. Komen semua sangat dialu-alukan. 


Peace! 




 
 
Entry lain yang berkaitan:
1. Isu Hot 

Sneak Peak : Riang Ria Raya ICT/BIS
9/26/2010 06:56:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


 
Riang Ria Raya ICT/BIS sangat BEST!!! 
Entry penuh akan ditulis nanti sebab takda semua gambar lagi...
 
 
 
Program
Riang Ria Raya ICT/BIS 201 
25 September 2010
Rumah Muz, Taman Seri Botani, Ipoh
 
 
 
Dahsyat jugak student2 UTP ek!
9/22/2010 11:35:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Pelajar2 UTP ni bijak jugak rupanya kan....hehe~ 
 
 

 

Check this out!
 
p/s: Tarikh surat khabar tu 21 September 2010.  Thumbs up! 

p/s2: kenapa sampai sekarang tak bole uplod image ni...ish, internet ni kan....
 
Salam Aidilfitri
9/09/2010 11:30:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


Balik rumah.....
9/07/2010 01:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ish3...baru nak update kan..haaaa....setelah mengharungi macam2 cabaran, akhirnya aku berjaya gak sampai kat rumah untuk raya jumaat malam hari tu. Phew~~ Memang cabaran la kan sebab beberapa hari sebelum jumaat tu, aku dan kawan2 aku dah siap jadi zombie dah!

Kenapa zombie? huh..tu  sebab ktorg lebih banyak berjaga daripada tido..waaaaa...banyak test, report dan assignment yang kena siapkan! kena stay up la jawabnya 3 hari berturut-turut, sampai otak pun macam setengah senget + mata macam panda kot...tu yang panggil zombie tu! heeee~

Lepas tu, hari Jumaat lak, aku dan seorang kawan aku, Bee kena pergi KL. Ktorg kena pergi 2nd visit company yang bekerjasama dengan ktorg untuk Final Year Project (FYP) ktorg.  So, pagi2 jumaat, dalam pukul 4 pagi, ktorg dah gerak dari UTP, tumpang kawan aku sorang lagi, Sab dan ditemani seorang lagi kawan, Jee. Pastu ktorg gerak dari UTP pegi KL Sentral. Dalam pukul 8 pagi sampai KL Sentral. Company aku & Bee tak sama. Jadi ktorg berpisah kat sini. Aku pulak amek teksi sorang2 pergi Plaza VADS, Jalan Taman Tun Dr. Ismail.

Ktorg nya visit tu habes dalam tengah hari, so ktorg plan nak pegi SHOPPING RAYA kat Jalan Masjid India. Waaaooo...hari tu dah shopping, ni nak shopping lagi...OMG~ Tapi ni sebab ktorg jarang dapat peluang nak shopping kat KL, maka nak gak!

Ktorg gerak asing2. Bee & Jee gerak dari KL Sentral naik LRT terus pegi Jalan Masjid India. Aku lak dijemput kat Plaza VADS oleh sepupu aku yang tinggal kat KL, abg Wafi. Dah la bertahun-tahun lamanya tak jumpa dia, tiba2 dia kena datang amek aku lak...herm, masing2 pun dah ingat-ingat lupa muka masing2..hehe~ ;P

Pastu, terus ktorg shoot pegi Jalan Masjid India tu. Huhu....memang terlampau banyak kedai, sampai tak tau nak beli apa pun...dan end up beli satu inner ja. Patutnya nak jumpa Bee & Jee kat sini, tapi sebab kekangan masa dan diorg pun nak kejar flight diorg, tak sempat langsung jumpa sejak pagi Jumaat tu. Last2, aku jalan2 dengan kajen aku ja. Dia plak pegi beli shade tu...aku temankan ja. Masa Bee & Jee dah nak pegi KLIA, aku lak sangkut dalam traffic jam. Memang tak dapat jumpa.
encik kajen, abg Wafi

Dalam 5.15 p.m., aku sampai KL Sentral. Bas aku kol 6 petang, so, sementara tu pegi cari makanan untuk bukak puasa. =). Bas NICE tu memang nice! Tapi aku sampai rumah kol 11 malam kot. Kalo naik bas biasa, 3 jam paling lambat dah sampai Penang. huhu~ PENAT gila journey sepanjang hari tu. Balik rumah, cakap2 kejap dengan parents, pastu DUSH, TIDOOOO!! ZzzZzzz~

Esok harinya dan hari2 berikutya pulak, keluar pegi shopping lagi dengan parents. Heu~ yang paling aku suka shopping dengan parents, satu sebab kena fully-sponsored kan...*wink2* ;D dan satu lagi feeling tu memang lain berbanding shopping raya dengan kawan. So, macam mana aku dah shopping raya dengan kawan2 pun, kena jugak shopping dengan parents..baru terasa lengkap persiapan raya! =)

Waaaaa....sekarang bila dah ada kat rumah, maka bermula la misi MENGEMAS RUMAH!!! Adik aku pulak tak balik raya lagi, nampaknya kena la kemas sorang2 dulu.....k2, nak chiau dulu..nak pi kemas rumah ni...heeeeeu~ B-)

BUT before that, take this guys....

ok, muka dah ada spot2 hitam lepas kena hentam cukup2 masa treatment!  harapnya hilangla sebelum raya..wish.




 



Jamuan Aidilfitri PSSCM Peringkat Pusat
10/23/2009 11:54:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
17 OKTOBER 2009 hari tu, ktorg 18 orang pegi Jamuan Aidilfitri PSSCM Peringkat Pusat kat SM Setia Budi, Gombak. Lebih kurang pukul 3.30 petang, 15 orang bertolak dari UTP. Abg Azuwan, kak Asmat, Azhan & abg Halim dah gerak sejak pagi lagi. singgah kat R nR Ulu Bernam jap untuk Asar dan pastu sampai sana dalam pukul 8. Masa ktorg sampai tu tak ramai lagi kat dewan tu. Dalam setengah jam, sekejap ja dah penuh dengan ramai orang.

Sila-sila tengok gambar kat bawah ni...cakap banyak pun tak perlu kan..

#1 - suasana kat dewan tu, ni sebelum makan-makan

#2 - kak Syu~Diyana~

#3 - abg Nazri & abg Kord~

#4 - tiga kawan~

#5 - peace!

#6 - orang-orang kuat

#7 - meja kami meriah dengan kehadiran abg Pingu...chey2~~ ;P

#8 - kak Anis & Wani~~

#9 - Sab~

Majlis pun bermula, ada ucapan sikit-sikit, pastu doa makan dan.....apa lagi...makan la! heee~

#10 - meja ktorg sangat dipenuhi dengan makanan

Antara menu malam tu : Nasi ayam, lontong, sate ayam, cendol, air tebu, air teh dan mungkin ada lagi yang tak tersenarai....serius semua sedap-sedap. Tak rugi pergi wey~ hehe~ :D


#11 - fokus kat abg Pingu k..dengan punuh konsentrasi dia makan tu...heee~

#12 - lepas makan, semua pun mula lepak dan sembang-sembang

Lagipun ni jamuan yang banyak kelas latihan turun, so, ni la masa dan kesempatan untuk jumpa balik kawan-kawan dari kelas-kelas lain dan kongsi perkembangan cerita masing-masing. Masa ni jugak jumpa balik dengan abang yang dah grad dan yang sedang intern jugak...

Sebelum ktorg semua mula keluarkan kamera dan bergambar, ada tayangan montaj dan ucapan Datuk jugak dulu...

Pastu, acara bergambar mengambil tempat...dan ni la hasil-hasilnya!~ Sila la dengan semangatnya tengok k...(pada hal mungkin ramai yang dah tengok kat FB dan dah donlod pun...takpa2, tengok jugak sekali lagi...heee~ :D)

#13 - sweet couple abg Azuwan & kak Asmat
baju pun dah matching habis dah tu..heee :P
semoga berkekalan dan berbahagia selalu~~ :)


#14 - my partner k...
tak dibenarkan rampas...hnsss~ ;P
(adey..mcm ayat kanak-kanak lak kan??)

#15 - yang HIJAU belaka! I LIKE!!!~~

#16 - HITAM itu menawan
(dan mungkin TEMBAM itu menawan jugak....heeee~ ;D)

#17 - semua kat sini sangat comel k!~ super nice~ ;)

#18 - aweks2 CUN!~

#19 - wah2, flying kiss kak Fad tu untuk sapa ek? HOT!~ ;P

#20 - dapat jugak kak Effa bergambar dengan si budak comel berbaju biru ni...nice~ :)

#21 - bergambar dengan Penyelia ktorg, abg Halim

#22 - ramai betul peminat nak bergambar dengan Yana yang sangat kiut-miut ni! :)

#23 - Sweetest smile everyone!~ :)

Kesimpulannya, majlis malam tu tersangat la BEST nya! kenangan yang indah juagak~~

OK, aku tau korang tunggu ni kan? Ngaku ja la...hee~~

----> SAAYAAANG SEMUAAA!~~~

mwahx3~



p/s 1: Kredit kat kak Syu, abg Pingu dan Furqan untuk gambar-gambar di atas. :)

p/s 2: Masih tunggu gambar drpd abg Amin..lalala~ (",)



Cuti-cuti Kuala Kangsar & Rumah Terbuka BAI
10/22/2009 03:16:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Walaupun dah macam berbelas-belas hari dah sejak hari kejadian, tak kira, nak updet jugak...hee~ Cuba jugak cari + curi masa nak tulis pasal post ni...yeay!~

Ni program ktorg pada 3 OKTOBER 2009. Aktiviti ni dirancang oleh coursemate aku, Bai. Sebenarnya dia nak ajak pegi rumah terbuka dia hari tu kat Kuala Kangsar (KK). So, nak jadikan lebih menarik dia pun plan bawak ktorg jalan-jalan sekitar KK. Ni lebih kurang macam gathering untuk ktorg, budak2 BIS Jan 07 sebelum pergi intern sem depan...huhu~ ^_^

Since this sem, every moments spent together among us were very precious and valuable. Everyone in our course would try hard to make themselves available to join any activities conducted. These were to grab every memories together before our internship next sem. Plus, only this sem seems that everyone slows down and less busy with UTP events. We wouldn't know what will happen after we come back from the internship, I mean how different we are at that time and may be in the final year, we will move more on solely basis. Therefore, in the future, if anyone of us take at least a glance onto these photos, they could refresh back that we had momentous memories together, here in UTP. :)

#1 - dengan Atih, menjaga makanan yang kat tepi tu...hehe~
Pagi tu, seawal pukul 7 pagi, sebahagian dari ktorg yang perempuan ni berkumpul kat rumah Atih untuk sesi masak-memasak ni. Macam biasa la, dalam semua events/aktiviti, aku memang suka jadi AJK Makanan, walaupun kali ni tak secara rasmi dilantik. hehe~ Semua girls berperanan sebagai AJK Makanan. Nasib baik, aku ada beberapa pengalaman jadi AJK Makanan dalam aktiviti persatuan sebelum ni, so sangat tak kekok bila nak masak untuk ramai orang makan dan tau apa nak buat. heeee~ Thanx very much to those experiences k!

Nak tau tak apa menu ktorg hari tu??? Haaaa...ktorg sediakan bihun goreng + telur cincang, nugget & hot dog, fries, sandwic sardin (istimewa resipi Mimie) dan special coleslaw for BBQ.

Dalam pukul 11, ktorg kumpul kat Lot Parking v4. About 10 cars on the move! Banyak kan? padahal ktorg yang BIS ni cuma lebih kurang 15 orang ja. Sebenarnya Bai ajak kawan-kawan baik dia daripada course lain jugak. Lagi pun, ktorg semua sebenarnya akan pergi rumah terbuka Bai jugak akhirnya, alang-alang tu jalan-jalan sekali.

#2 - Kereta ketua rombongan, Bai

#3 - Kereta-kereta ahli rombongan yang berderet lepas tol kat lebuh raya

Kat lebuh raya tu, entah macam mana 3 kereta terlepas singgah kat R & R Sungai Perak. Antaranya kereta yang aku naik. Nak patah balik tak boleh kan kat lebuh raya, jadi ktorg yang 3 kereta ni teruskan perjalanan masuk bandar KK terus. Yang kereta-kereta lain dah singgah, makan-makan dan rehat kejap kat R & R tu. Pastu ktorg makan tengah hari kat salah satu kedai kat Bandar KK. Tak pasti apa nama kedai tu. Sandwic yang ktorg plan nak makan ramai-ramai tu terpaksa la ktorg korbankan setengah. Ya la, semua yang lain dah makan, siapa lagi nak habiskan sandwic tu kan...hehe~

#4 - Singgah makan kat KK

Pastu, ktorg teruskan perjalanan pergi ke Masjid Ubudiyah, KK. Masjid ni cantik reka bentuknya.

#5 - Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar

#6 - Bergambar dulu sebelum ke destinasi lain

Kat masjid tu, semua kereta kumpul balik. Pastu, ktorg gerak pulak ke Musium Diraja Perak. Musium yang unik reka bentuknya ni dikatakan dibina tanpa sebatang paku pun. Mula-mula cuak gak nak naik, tapi bila naik macam tak percaya, ia dibina tanpa paku sebab kukuh jugak, tak rasa goyang pun. Dahsyat binaan orang dulu-dulu kan?

#7 - Musium Diraja Perak

#8 - Kat perkarangan musium

#9 - Into th frame, everyone! yeay!

#10 - Kat belakang tu ialah singgahsana Raja-raja dulu.
Kawasan larangan, pelawat tak dibenarkan pergi dekat singgahsana tu, jadi bergambar dari jauh ja la.


#11 - Muka-muka poyo! Mimie paling gembira di situ! ;P

#12 - Bergambar lagi depan singgahsana tu

Destinasi ktorg yang seterusnya ialah Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Kat sini ada air terjun. Sejukkkkk!!!~ Breath-taking environment and nice scenery!

#13 - sampai-sampai terus ambil gambar ala-ala model gitu! Ahakz!~

#14 - walaupun tak mandi, nak masuk jugak dalam air....at last masukkan kaki ja..hee~

#15 - 1,2,3 SNAP!

#16 - ramai-ramai bertenggek atas batu

#17 - dengan Bee; pemandangan yang cantik kat belakang

#18 - Biasa la, jadi AJK Makanan, jaga makanan jugak la...hee~

#19 - sibuk melayan kawan yang mandi-manda datang makan

Kebanyakan girls semua tak mandi dan jadi pemerhati rasmi...huhu~

Dah habis mandi-manda, sesi yang paling ditunggu-tunggu...bergambar!!

Bergambar dengan kereta-kereta dulu....

#20 - Kereta Che Na, dan ahli-ahlinya (dari kiri) : Che Na, Diyana, Jee, Pat

#21 - Kereta Sab, dan ahli-ahlinya (dari kiri) : Bee, Atih, Thuy, Sab

#22 - Sweet Couple Sariy & Ila; sejak foundation kot diorg ni...semoga berkekalan dan berbahagia selalu~

#23 - Ni haaaaa.....semua satu rombongan...ramai kot!

#24 - Girls only k!

#25 - Last but not least, the BIS's members!!!

Destinasi terakhir ktorg semestinya rumah Bai, ada rumah terbuka. Ramai jugak yang datang. Menu: Nasi Beriyani yang sedap, Ayam BBQ dan Coleslaw yang dibuat dari UTP, kek dan macam-macam lagi.

Lepas makan tu, semua lepak-lepak dulu dua tiga jam kat rumah Bai, pastu baru mulakan perjalanan balik ke UTP.

#26 - santai-santai kat rumah Bai


Aktiviti ktorg hari tu sangat BEST!!! walaupun serius penat!

Terima kasih Bai untuk plan trip dan makan-makan kat rumah tu.

Thanx very much to all my BIS coursemates for the cherish moments together!
You all are the BEST ever k!
mwahx3~~

Sincerely.


p/s: credit to Che Na for those photos. :)


Related Posts with Thumbnails