Of Me & Photoshoot : SUNDAY AMUSEMENT !
4/25/2011 04:13:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
OMG. Dah bersarang terbengkalai dah blog aku ni. Siyes, dah lama tak dapat update. Semua sebab komitmen tak berbelah-bagi aku terhadap FYP aku. Siyes takda masa. Sekarang ni pun FYP aku baru setel 90%. Ni pun  curi masa sikit nak update blog. huhu~ 
*****

Memandangkan tak sampai 20 hari lagi aku nak belajar kat UTP ni, maka aku dan kawan-kawan aku dengan suka-sukinya buat photoshoot lagi!! Kali lebih menarik dan meriah. Photogs kali ni sama macam photoshoot friendship dulu, Moh & Fakhrul. Aku dan besfren aku, Bee dengan senang hatinya jadi model...hehe~

Tarikh: 24 April 2011
Lokasi: Eco Park, Taman Botani, Gopeng, Perak
Masa: 8.30 am - 11 am
Tema: Bebas

Jom kita layaaaaaan hasil photoshoot tu...


 






naturality

 
 

cutey-to-noty

p/s: sangat banyak benda nak update! Tengok la yang mana sempat..huhu~ 



Motivation Drive
3/01/2011 02:36:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Sekejapnya dah masuk bulan 3 kan? Sekejap ja masa berlalu...huhu~

sekadar gambar hiasan..huhu~

Di kala kerja tengah bertimbun tak siap-siap lagi ni, aku sangat la memerlukan motivasi.



Hari 20: Jumaat dah....
1/07/2011 10:08:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Diam tak diam, kejap ja nak masuk hari Jumaat untuk minggu ketiga aku ada kat KL ni.  Macam biasa, setiap pagi memang aku akan sampai VADS sejam awal dari waktu masuk kerja, tapi tu la, aku tak dapat nak masuk ofis sebab kalau nak masuk kena ada unik pin no. Selalunya pagi-pagi aku lepak kat kantin, tapi hari ni malas nak pergi kantin, lepak ja kat lobi depan. Sambil-sambil tu, sempat jugak aku snap satu gambar suasana kat situ pagi-pagi.

dari dalam lobi VADS, gelap lagi pagi-pagi



Petang ni aku kena jumpa Steve lagi sebab nak fix error kat coding aku yang tak bole compile & run. Kali ni dia review lagi detail interface design aku sebab aku mula bertanya dia dua tiga soalan yang aku masih blur. Ok la jugak, sebab daripada komen-komen dia, ada la jugak benda yang boleh dipelajari. Bak kat orang, kutip pengalaman daripada seorang programmer.

Sebelah malam lak, dua orang kazen aku, kak Dilah dan kak Una datang ambil aku. Bosan gak dok KD ni sorang-sorang. So, aku nak kena keluar jugak ambil udara kat tempat baru..hehe~ Seronok la dapat spend masa kat Prima Damansara pulak, kat rumah kak Una. Dah la aku masa tu tak berapa sihat pun, asyik batuk dan sakit tekak ja, selamba.  

Uh, hari ni lupa lak nak amek gambar sendiri..ah-ha!~~ :P


 
p/s: aw, stop jap cold war, me msg, no reply. 

 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up 
19. Hari 18: Petak-petak
 20. Hari 19: Programming bukan dunia aku! 
 
 
Hari 19: Programming bukan dunia aku!
1/06/2011 10:18:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 6 Jan
Huk3...tajuk nak sedih ja kan...agak sedih jugak la sebenarnya. Hari ni bangun pagi-pagi dah rasa berat kepala, sakit tekak yang amat dan badan dah panas sikit. Pastu cakap ja dalam hati, "Oh no nak demam ke ni? Please3..be strong. Mana bole sakit time-time ni, tak sempat."   ^_^ Malas nak layan sakit-sakit ni, terus bangun siap2 nak pergi kerja. Nasib baik kat ofis tadi ok ja. Cuma rasa penat sikit.

Tengah hari lak, staf sebelah aku, si Suguna tu ajak aku pergi lunch kat luar. Ni kira kali pertama aku pergi makan kat luar sejak berada kat VADS ni. Dia ajak pergi makan kat satu kedai makan ni, Santai nama kedai tu. Ok la, not bad! Masakan Melayu. Tempat eksklusif sikit la daripada kedai-kedai makan biasa walaupun menu dia biasa ja. So, kos makanan kat situ pun agak tinggi sebenarnya. Aku makan koay teow kungfu...harga kat sini RM6. Kalau ikut tempat biasa yang aku selalu pergi dalam RM4 ja selalunya. Air limau nipis yang biasa tu pun kena caj RM2. KL..KL..


Koay Teow Kungfu kat Santai

Petang lak, kak Sham bawak aku pergi jumpa orang yang nak tolong aku untuk coding system aku ni. Aku tak berapa mahir sangat dan masih perlukan pertolongan bab-bab ni. Orang yang bakal tolong aku ni nama dia Steve. Dia ni kira programmer la. Orangnya OK2 la, cuma dia sangat teknikal bab-bab coding ni. Aku ni pulak kira basic amatur. So, macam sangat jargon ok cakap dengan dia. Banyak jugak benda yang dia explain aku tak tau pun selama ni...aduh. Sah2, dunia aku bukan programming! Korang pernah tak rasa sedih bila terpaksa buat sesuatu yang korang tak berapa faham dan mahir, tapi kena buat jugak? Kalau la aku dapat explain kan...huhu~ T_T
 
 
p/s: aw, fever of longing..no-no-no~ ^_^
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up 
19. Hari 18: Petak-petak
 
 
Hari 18: Petak-petak
1/05/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 5 Jan
Saja ja aku letak tajuk entry ni 'Petak-petak' sebab hari ni aku pergi VADS pakai baju petak-petak ungu ni. Well, hari ni macam biasa, buat kerja..takda apa yang lain pun berlaku hari ni. Tersangat la bosannya aku hari ni sampai aku rasa nak update blog ja. Bosan-bosan pun kena jugak buat kerja aku ni. Kalau tak siapa lagi yang nak tolong buatkan. 

Sesapa yang pernah buat programming mesti faham apa yang aku rasa ni, bila tak dapat nak compile sebab taktau nak fix error dia cam mana..mesti rasa macam nak baling ja laptop or nak hentak-hentak ja kepala dengan buku kan...heee~ Tak pun rasa macam nak rebus ja buku rujukan ni, minum supaya lebih lancar macam air nak tulis coding tanpa masalah...hehe..dah macam teori nak exam pulak benda ni... FYP oh FYP! ;P

Hari ni jugak aku dapat satu jemputan majlis kahwin daripada seorang staf kat VADS ni. Nama dia Suguna. Dia duduk kat sebelah aku. Rasanya aku dah pernah sebut pasal dia dalam entry awal2 dulu masa aku baru masuk VADS. Dia dah nak kahwin bulan Februari depan. Suguna ni orang Penang jugak, sama macam aku. Majlis dia ada satu kat Penang, tapi aku rasa macam tak dapat pergi pun. Sorry la Suguna. Ya la, masa tu aku ada kat UTP, mesti tengah tunggang-langgang nak siapkan FYP aku ni. Aku agak la, masa tu mesti masa-masa kritikal nak siapkan FYP..huhu~ chaiyok la!

kad kahwin Suguna


Dari tengah hari tadi aku dah rasa tak sedap badan. Rasa berat ja kepala aku dan tekak aku pun dah perit sikit-sikit, pada hal aku minum air hari ni dah 2 liter lebih. Balik rumah terus aku tido jap sebab badan memang tak larat habes. Bila tengok cermin lak, ah sudah mata dah mula merah. Kepala pun rasa berat ja. Adakah aku akan demam esok?? Kalo demam pun sebab apa kan? Bukannya aku kena hujan pun minggu ni...takkan demam sebab rindu pulak..haih~ sebab cuaca kot..
 
Mintak-mintak esok aku ok dan cergas la. Takmo demam-demam sebab aku ada perjumpaan penting dengan orang BPO Operations pasal sistem FYP aku ni. Kalau tak sihat, macam mana nak fokus kan...huhu~ Hope everything will be fine tomorrow~

Uh, hari ni dah hari ke-18, tinggal lebih kurang 10 hari ja lagi utk aku ada kat KL ni. huhu~

 
p/s: aw, lost contact kot, ish.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up
 
 
Hari 17: Gained up
1/04/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 4 Jan
Hari ni aku dah ok sikit dari semalam. Mungkin sebab dah kurang fikir pasal hal remeh temeh yang tak sepatutnya difikirkan pun. Hari ni dah boleh fokus balik kat kerja2 FYP aku ni, baru nak mula stage yang baru pulak. Rutin aku hari ni sama jugak macam biasa.

Uh, aku tak boleh nak main-main sangat dah. Dah la minggu lepas cuti kan, kerja aku pun maknanya separuh cuti la jugak! Masa yang tinggal makin tak banyak, tapi kerja yang tak siap pun tetap banyak lagi. huhu~ Semoga Allah permudahkan urusan aku kat sini. Amiin~ :)



 
p/s: aw, still no news. 
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi
 

 
 
Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi
1/03/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 3 Jan
Ok, cuti dah habis semalam. Hari ni dah mula balik kerja. Siyes aku cakap aku takda mood langsung hari ni. Jarang aku macam ni. Dah la takda mood kan, dari pagi sampai petang aku pening kepala pulak, sampai aku terpaksa stop buat kerja jap dan pergi rehat. Hari ni aku banyak tenung skrin laptop aku ja, dan skrin laptop pun tenung aku balik..huhu~ tak produktif langsung hari ni untuk aku. 

Sambil-sambil buat kerja tu, aku dengar radio. Bole pulak la radio Era yang aku dengar hari ni asyik mainkan lagu-lagu yang buatkan aku teringat kat orang yang pernah ada dalam hati aku dulu dan mungkin yang sekarang jugak. Memang la aku suka lagu-lagu tu sebab lirik dia berkaitan dengan apa yang pernah dan tengah aku lalui, tapi tu la buat menambah kesedihan ja sebenarnya. Ni yang malas nak jiwang-jiwang ni kan...huu~

Balik rumah pun still tak hilang lagi pening kepala aku ni. Mungkin banyak fikir kot dari semalam. Herm..sampai sini dulu untuk entry ni, sambung lain pulak k. :)


 

 
p/s: aw, belum kontek. 
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-|
 
 
 
Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-|
1/02/2011 11:49:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Waaaaa.....hari ni hari terakhir aku nak tinggal kat rumah Mak Ndak aku kat Gombak ni. Kalau dua tiga hari lepas dah mula rasa sedih nak tinggalkan rumah ni, apa tah lagi hari ni kan. Cam nak emo ja aku hari ni...haih~ sabar-sabar wahai hati.

Hari ni kak Na kerja, so jumpa dia pagi ja sebelum dia pergi kerja.  Hari ni sebelum balik pun aku sempat lagi pergi Giant dengan kak Dilah. Nak beli barang keperluan sikit. Balik tu singgah Secret Recipe jap sebab aku memang dah teringin tahap mengidam dah nak makan kek Secret Recipe. Uh, tapi satu la..kecewa sikit dengan servis krew Secret Recipe kat sini....sangat slow ok! Mungkin diorg tak cukup staf, tapi tu bukan alasan kan? aku & kak Dilah kena tunggu lebih 20 minit baru diorg nak datang ambil order! aci tak? Nasib baik memang teringin, kalau tak memang dah blah lama dah! 

Aku beli kek Pecan Butterscotch, memang teringin yang ni pun. Kak Dilah lak beli kek Tiramisu. Air Cappucino ktorg kongsi sebab dah kenyang. =)


hepy besday kak Dilah for 3rd Jan!!

muka nampak hepy ja, tapi dalam hati sedih ja masa ni



Balik rumah dari Giant tu dah masa lunch. Rehat-rehat jap, pastu makan dan siap2 dah nak balik. Nasib baik barang dah packing sikit2.  Macam biasa la, nak balik ni bro Wafi yang hantarkan. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak aku ikut sekali sebab mula-mula nak hantar kazen aku yang sorang lagi, si Izzat tu balik Intec Shah Alam. Dia pun dah habis cuti. Lepas hantar Izzat baru hantar aku balik KD. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak dapat la jumpa keluarga kak Biah.

Part nak tinggal aku ni la yang paling sedih. Serius aku mengaku cam syahdu gila! Dua tiga kali jugak Mak Ndak asyik sebut lepas ni dah tak dapat tengok aku main-main laptop sambil buat kerja kat ruang tamu rumah dia yang jadi tempat semua lepak dan tak dapat panggil aku makan dah...huhu~ Terasa dah aku masa ni. Nasib tak keluar air mata ja. Pastu masa salam pulak, aku cakap la terima kasih, siap mintak maaf lagi kalau ada salah silap kan. Mak Ndak aku pulak balas kata aku cakap camtu macam taknak datang dah. Bukan tu maksud aku pun. Aku memang nak sangat duduk sana berbanding KD ni, tapi aku cam segan dah nak mintak tolong diorg ambil dan hantarkan. Macam menyusahkan pulak. Kalau aku ada transport sendiri, senang la jugak kan. 

Dah la masa tu lak aku tengah runsing dan huru-hara fikir pasal benda lain sampai nak merajuk pun ada. Lagi la emo aku jawabnya. Nasib aku bole senyum lagi pada hal hati dah memberontak dah...haih~ Memang aku terasa & touching la nak kena tinggal ni. 9 hari kot aku duduk rumah Mak Ndak aku. Aku ni dah la banyak cakap kan, so memang best la bila diorg melayan. Aku memang manja dengan diorg terutamanya dengan Mak Ndak & kak Na. Pak Ndak pun sporting ja layan aku siap usik2 lagi..hehe~ macam comel la. Aku pulak antara yang termuda kat rumah tu. Aku & Izzat pun lebih kurang sebaya. So sah2 la dapat feeling jadi adik jugak. Aku rasa Mak Ndak macam mak aku yang kedua. Aku siap menuntut ilmu masakan, tu yang sampai jadi lontong tu...hehe~ mana la tak sedih kan...dah macam keluarga sendiri. Diorg lak ramai, kalau gurau2 memang meriah. Aku jarang dapat rasa meriah-meriah camtu sebab family aku kecik ja...huuu~ Sayang diorg semua. Aku kalau dah mula sayang orang memang macam ni la.  T_T

Gila panjang aku tulis ni, emo punya pasal. Esok akan mula kerja balik kat VADS..huhu~ ^_^


Aku, 2 Jan
Chaiyok kepada diri sendiri. Selamat beusaha eVy Dyana.






 
p/s: aw, me merajuk + protes.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong
 
 
 
 
Hari 14: Aku dan lontong
1/01/2011 11:39:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni ialah hari kedua terakhir aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni. Esok dah nak kena balik KD dah. Ok2, serius aku mengaku aku dah mula rasa sedih dah ni. Ni la masalahnya bila aku dah mula rapat dengan siapa2 pun, bila nak pisah atau duduk jauh2 tu memang awal2 lagi aku akan rasa sedih. =( 

Uh, tapi jangan sedih lebih2 hari ni. Kita tukar mood gembira jap. Aku dan Mak Ndak aku dah beberapa hari plan nak masak lontong hari ni. Ni sebab aku la semangat nak belajar masak lontong. Selebihnya sebab aku la yang nak makan sebab dah lama tak makan lontong..ah-ha!~ Disebabkan aku memang eksaited gila nak belajar sampai Mak Ndak aku pun perasan keterujaan melampau anak sedara dia yang sorang ni, maka aku yang ditugaskan untuk memasak...hehe~ Mak Ndak cuma gitau apa yang nak kena buat. Uh, memang best. So, aku pun belajar la buat kuah masak lemak, sambal ikan bilis dan kuah kacang. Kak Na pun ajar jugak sikit-sikit. Rasa macam tuisyen kat dapur lak..hehe~ Rupanya takda la susah mana buat lontong tu, cuma aku yang tak pasti sukatan. 

Hee...pastu macam biasa la agenda aku kat sini. Masak agar-agar lagi. Kali ni buat agar-agar laici lak. Ni pun kali pertama aku buat agar-agar laici. Resipi aku ambil daripada seorang kawan aku. Tak sempat pulak nak ambil gambar menu hari ni. Tup-tup semua dah habis! ah-ha!~

Hari ni kakak sedara aku, kak Dilah yang study kat UKM tu datang rumah Mak Ndak aku. So, lagi meriah la jadinya...tapi tu la, dia tak sihat pulak, batuk-batuk. Sian dia. Malam tu, aku, kak Na & kak Dilah pergi pasar malam dekat-dekat situ. Sempat jugak aku beli satu baju...hehe~



 
 



p/s: aw, elak.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
 
 
 
Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah!
1/01/2011 07:32:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni cuti, yeay! Cuti peristiwa atas kejayaan Malaysia buat julung-julung kalinya menjuarai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah HARIMAU MALAYA! 

Hari ni dua kazen aku, kak Na & abg Faiz tak kerja. Bole kira meriah jugak rumah. Pagi lepas bekfes, abg Faiz & Izzat dah keluar pergi beli rumput karpet buat tambahan nak hias laman rumah diorg. Balik-balik terus diorg susun dan tanam sekali.  Diorg memang rajin dan bersemangat la nak siapkan laman rumah diorg. Seronok pulak aku tengok. Tiba-tiba aku rasa macam best jugak ek kalau ada adik-beradik laki terutamanya untuk benda-benda camni la...hehe~  

masa aku datang, cuma ada tanah ja...sekarang dah cantik dengan rumput



Disebabkan Mak Ndak aku keluar hari ni, kak Na yang masak untuk makan tengah hari. Aku teman dia sembang-sembang ja. Petang lak, kak Na masak bubur pulut hitam. Sambil-sambil dia masak tu, aku sembang-sembang dengan dia, saja aku soal jawab dengan kak Na pasal life ada keluarga besar dan adik-beradik ramai. Dalam masa seminggu aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni, aku rasa best ada adik-beradik ramai. Bila gurau-gurau tu, rasa meriah gila! Bila masak pun seronok sebab ramai yang nak makan. Tu yang aku lagi semangat nak buat puding tu. Kalau kat rumah aku tak buat sangat sebab tak ramai yang nak makan. Cuma rajin buat kat U ja sebab kawan-kawan ramai nak makan..ok la.

Hari ni pulak dah 31hb kan, hari terakhir untuk tahun ni. Kat depan rumah Mak Ndak aku ni ada jejantas. Dari jejantas tu memang nampak view ke KLCC dan Dataran. Walaupun jauh, tapi tetap nampak. So, masa ambang nak dekat pukul 12 tengah malam tu, aku ikut kazen aku Izzat pergi naik jejantas tu. Memang cantik KLCC & Menara KL dengan lampu warna-warni. Lepas tunggu beberapa minit, bunga api pun mula la meletup sana sini. Yang jelas nampak tu dari KLCC, Menara KL & Dataran. Teruja ja aku tengok...hehe~ ;D

Lebih kurang macam ni la  view bunga api kat KLCC dari jejantas tu


 
 
p/s: aw, santap semeja la sangat...2. 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz! 
13.  Hari 12: Updet, updet...
 
 
Hari 12: Updet, updet...
12/31/2010 05:58:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni aku usha2 sikit ja kerja aku. Selebihnya dok updet entry2 blog aku yang dah lama dalam draft tu. Hari ni pun tak pergi mana-mana. Macam biasa kazen-kazen aku yang dua orang tu kerja pulak. So, cam tak sabar tunggu esok, sebab diorg cuti. Meriah sikit rumah Mak Ndak aku ni...hehe~


 
p/s: aw, cold. 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 10: Nostalgia masa lalu
12. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
13. Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz
 
 
Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
12/30/2010 11:06:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dengan nada yang ceria, meh kita nyanyi ramai-ramai k....

- bajet2 sikit cam ada muzik background ;P -
Happy birthday to you~
Happy birthday to you~ 
Happy birthday to Faiz~ 
Happy birthday to you~ 


29.12 ialah besday si comel ni.

sumber gambar: Ihsan my Mak Ndak 


Eh, tapi korang jangan silap tau. Ni gambar besday boy dua puluh tahun lepas. Si comel yang dalam gambar ni dah jadi seorang yang macho dan handsome dah pun! Haaa...meh kita usha gambar besday boy kat bawah ni...

29122010
Besday boy ni kazen aku, anak Mak Ndak aku yang nombor 2. Aku panggil dia abg Faiz. Beza umur banyak tahun jugak dengan aku. Sebenarnya, aku tak tau pun besday dia 29hb ni. Patut la Mak Ndak plan suro aku masak puding jagung hari ni. Pastu siap ada plan nak prepare menu macam-macam. Rupa-rupanya baru la aku tau besday abg Faiz rupanya...hehe~  

Kalau aku tau awal, bole la kot aku prepare hadiah...hik3~ Hadiah la sangat kan...aku ni dah la selalu takda idea nak bagi hadiah apa kat lelaki. Kalau hadiah kat perempuan laju ja aku bole cari sebab aku suka bagi benda-benda yang cute. Ofkoz la tak sesuai dengan lelaki kan...heee~ ;P

Patutnya kak Na plan nak buat kek sendiri hari ni. Tapi tak sempat pulak sebab bahan-bahan tak sempat nak beli. So, last2..pergi beli kek ready-made ja. Ok la tu daripada takda kek langsung.

kek besday~

Ni antara menu ktorg hari ni....
nasib baik menjadi n sedap puding jagung aku...hehe~

Mula-mula aku terkejut gak diorg beli sate 50 cucuk. Mana tak terkejut kan, kat rumah aku paling banyak yang selalu beli pun 20 cucuk ja. Masa tu bole pulak aku terlupa...rumah Mak Ndak aku ni banyak hero...logik la beli banyak tu kan...hehe~ So, dengan menu yang ada tu, ktorg pun sambut la besday abg Faiz secara sederhana tapi tetap mesra dan meriah. =)


Malam tu pulak ktorg tengok siaran langsung bola sepak Final Kedua Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia vs Indonesia kat Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Aku yang tak berapa minat bola ni pun bole terlayan sekali tengok bola dengan penuh semangatnya malam tu! hehe~ Kan sekarang satu Malaysia tengah bersemangat pasal potensi skuad Harimau Malaya ni kan...tak nak la aku ketinggalan.  Keluarga Mak Ndak aku pulak semua layan bola. Nak2 pulak bila ada si Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol terbaik skuad Malaysia buat masa ni. Hebat betul la skill dia tangkap bola masa kat petak gol tu. Kagum aku! Aku start follow bola untuk kejuaraan ni pun masa aku tengok Malaysia vs Vietnam, yang Malaysia menang tu. Masa tu memang dok menyerlah la skill si Fahmi ni. 

Tambah pulak lepas Malaysia yang muncul juara piala ni kali ni. Lagi meletup la nama dia. Semua media, bloggers nak buat review pasal dia, sampai terwujud fenomena TsuFahmi. Dahsyat. Nasib baik dia dah ada awek. Blog awek dia pun sampai terkena tempias femesnya mamat ni. Mencurah-curah trafik blog dia, sampai followers dah jadi ribu-riban dah. Banyak pulak aku cerita pasal ni. Eh, tak lupa jugak kat penjaring gol terbanyak kejohanan ni, cik abang Safee Sali. Memang terbaik la. 

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!! Kira kemenangan ni macam hadiah jugak la buat si besday boy kat atas tu. =)






uh lupa, aku tak bagi ucapan lagi...

To abg Faiz:
Selamat Hari Lahir! Semoga panjang umur dan makin murah rezeki. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah dan ibu bapa. Sorry la tak bagi hadiah pun. Last sekali, cepat-cepat la kawen! ah-ha!~~ ;D




 p/s: aw, tak join. 





Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 10: Nostalgia masa lalu
12. Hari 11: Bhgn 1 - Jalan-jalan UniTAR
 





 
Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR
12/30/2010 08:11:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Yeehaa! hari ni bole keluar jalan-jalan jugak...hehe~ takda la ke mana sangat pun. Hari ni plan cuma nak teman kak Na pergi U dia kat UniTAR sebab dia nak buat clearance. Ktorg gerak dalam pukul 8.30 pagi. Dapat la aku keluar tengok sekitar KL yang aku belum pergi. Ktorg ditemani abg kak Na, bro Wafi yang drive kereta. Bro Wafi memang cekap pasal jalan2 kat KL ni, sampai kalau dia explain, aku pulak yang makin blur..ah-ha!~ 

Sementara nak setelkan clearance tu, sempat pulak aku bergambar kat perkarangan UniTAR ni. Bole tahan jugak kawasan persekitaran dia. Tempat-tempat yang banyak tanaman tu rasa nyaman ja.





kat kawasan taman dalam perkarangan UniTAR
Lepas pergi UniTAR tu, sebelum balik Gombak, ktorg pergi Kelana Jaya lak. Kat KJ tu ada rumah sewa yang kak Na pernah tinggal masa dia belajar UniTAR. Ktorg singgah jap sebab kak Na nak ambil barang-barang dia yang tertinggal kat situ.

 

Masa balik tu, aku pun tak tau la bro Wafi ikot jalan mana sebab aku rasa makin jauh ja dari jalan yang ktorg guna masa nak pergi tu. Dahsyat jugak jalan kat KL ni. Balik dalam pukul 11.30 pagi tu terbaring jap aku sebab pening kepala. Bersimpang-siur kepala aku sama serabut dengan jalan KL....takda bakat langsung aku ni nak dok KL!...hehe~

Lepas baring jap, aku pergi buat puding jagung lak...untuk apa puding jagung tu kan? haaaaa....ktorg ada sambutan sikit petang ni..nak tau apa? tunggu entry ni bahagian II k...hehe~ =)

 
 
p/s: aw, siyes jugak hari ni.


Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 10: Nostalgia masa lalu


Hari 10: Nostalgia masa lalu
12/29/2010 08:52:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Nak syahdu ja tajuk kan...heeu~

Hari siang macam baisa, aku tak buat apa2 sangat pun. Cuma sambung sikit2 kerja yang belum habis semalam. Malam best gila! sebab aku dapat peluang nak tengok album kazen-kazen aku masa kecik dulu. Mak Ndak aku suruh tengok, apa lagi tengok la kan. Aduh, comey pulak diorg masa kecik2 dulu. Lucu! Dalam aku dok tersengih-sengih tengok gambar diorg dulu kala tu, tiba-tiba ternampak ada jugak gambar2 aku masa kecik dalam album2 tu...sempoi! Dah la kebanyakan gambar tu tangkap kat rumah aku. Siyes aku tak ingat masa bila ada momen tu..hehe~ ya la, kecik lagi masa tu, ada dalam umur 3 4 tahun kot, harus la tak ingat kan. 

Horror ja aku rasa bila aku tengok gambar aku masa kecik2 dulu. Lucu pun ada. Comot ja kecik2 dulu. Duh, kalau masa tu bole diputarkan semula, mau aku posing comey lagi masa ambil gambar tu, posing ala2 model kanak2 gitu! ah-ha!~ ni tak, muka entah apa2 ja masa ambil gambar dulu, takda perasaan model langsung..ah-ha!~ ;D tapi tu la kenangan kan? kalau tak, takdanya nak tersengih-sengih sampai tergelak-gelak tekap muka kat bantal sebab lucu sangat tengok gambar muka hentam-kromo dulu kala...hehe~ ;P

Aku sempat snap balik gambar dalam album2 tu yang ada aku masa kecik dulu. Jom kita layaaaaaan~



 

Kalo korang mata tajam kan, cuba teka yang mana satu aku?

cam comot ja semua time ni...tp sweet la!

Anak-anak Mak Ndak aku masa kecik-kecik dulu

happy family
superhero...eh silap..super kazen yang paling first..hehe~
 
Dengan kazen-kazen yang lain...mesti korang dah bole teka yang mana aku kan? hehe~


 
Gambar yang terakhir ni paling nostalgia sekali...memang nampak antik habes la...

adik beradik perempuan mak aku -  Mak Ngah, Mak Tam, Mama & Cik Ain. Takda dalam gambar Mak Long & Mak Ndak


 
sumber gambar: Ihsan my Mak Ndak
 
p/s: aw, memory no respond. 
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10.  Hari 9: Takda apa2

 
 
Related Posts with Thumbnails