Bayang-bayang
12/04/2008 05:10:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Baru satu hari balik dari Pahang, aku dah terindu yang amat sangat kat abang2 & kakak2 aku. Dan hari ni aku masih tak pegi workshop programming tu. Penat lagi (alasan...ah-ha!~). Sepanjang hari terkenang-kenang apa yang ktorg semua lalu masa kat Kuala Lipis dua tiga hari lepas. Macam-macam. Sampai tersenyum-senyum. =)

Disebabkan rindu dan diorg yang lagi 5 orang tu pun tak balik umah lagi, aku rojer kak Anis & Sab, ajak makan sekali malam tu. Siyesly, rindu gila. huhu~ Diorg pun setuju nak makan pukul 8.30 malam. Fikir punya fikir, V5 gak jadi tempat lepak ktorg malam tadi, memandangkan kafe lain semua tutup masa cuti ni. abg Nazri & abg Rambo pun turun makan sama-sama. Abg Ipe turun lambat siket.

Lepas makan-makan, ktorg tak nak balik bilik lagi. Boring tak tau nak buat apa kat bilik masa tu. Mula-mula tengok rancangan martial art kat laptop kak Anis yang dia bawak pegi kafe. Tengok punya tengok tiba-tiba bateri laptop mati. So, plan plak buat benda laen. Nak pegi jalan-jalan. Memandangkan abg Ipe tak sempat nak makan sebab kafe dah tutup, ktorg plan pegi makan lat luar UTP. Sempoi kan?

Dengan takda kereta nak keluar UTP, ktorg semua sepakat nak jalan saja sampai sana. Tak la jauh sangat pun. Abg Nazri tak ikot masa ni, so, tinggal ktorg berlima. Maka, bermula la perjalanan dari V5 ke kedai sebelah PakMat (yang karaoke tu) dalam pukul 12.30 tengah malam. Lebih kurang setengah jam jalan sampai sana. Sambil2 jalan tu, ktorg nyanyi2 dan buat lawak...hehe~

Sampai2, terus order makanan & minuman. Tempat tu macam biasa, sangat bising dengan bunyi speaker yang super kuat bunyinya. Macam nak pecah telinga duduk situ. Ktorg pun pelik macam mana diorg yang kat kedai tu selamba ja survive dengan bunyi bising. huhu~ Lepas makan, sembang2 kejap pastu dalam pukul 2.40 pagi ktorg pun gerak balik UTP. Jalan lagi.

Tengok tu..sempat lagi ktorg bergambar dengan keta ala Farid Kamil dalam I'm Not Single ;P

Balik kali ni lagi interesting. Jalan masuk UTP, abg Ipe & Sab main kejar bayang-bayang bawah cahaya lampu. Siyes comeyl ^_^. Pastu timbul la idea untuk amek gambar bayang-bayang sepanjang perjalanan ktorg malam tu. Mula la buat aksi pelik2. Yang macam skandal pun ada. Tapi gimik saja ok! Itu cuma mainan bayang-bayang.

erk! kena tikam dengan tapak tangan!

percayakah?

skandal la sangat!

chayunk semua~ =)

Herm....nak balik bilik kali ni ktorg tak ikot jalan biasa yang stret tu. Abg Rambo cadangkan ktorg guna jalan ke Chancellor Hall yang penuh dengan lampu tu. Memang rajin sangat berjalan malam tu. Sambil2 jalan, berhenti amek gambar dengan macam2 posing. Amek gambar macam ni la sem terakhir ktorg kat UTP. Biasanya orang yang nak grad ja amek gambar abeh satu UTP..hehe~ Ada jugak ulang2 balik pengalaman dari aktiviti yang ktorg buat masa kat Kuala Lipis aritu. Pastu siap buat lawak macam2 sampai nak pecah perut gelak ketawa! Ah-ha!~ meriah kot time tu...dengan keadaan UTP yang lengang..buat macam tempat sendiri yang punya, suara siap bergema lagi. Selamba~

bak kata abg Ipe, "Mayat bercapal putih wo!"

pandangan atas - macam horror ja..pelakon? dah tentu abg Rambo yang kat tengah2 tu! ;P

kak Anis: "eh, bila mau balik rumah daa?"..

..abg Rambo: "Entah, aku pun tak tau daa!"

(dialog rekaan)

cahaya di celah kaki

Pastu, abg Ipe nak maen satu game tanya2 soalan trap. Game simple tapi dari situ bole belajar personaliti orang tu macam mana. Time ni dapat la dengar jawapan yang lawak2 dan bole dijadikan point untuk usik nanti. Macam selalu, kak Anis memamg asek jadi mangsa kena usik + kutuk. Kalo dia tak melawan or menjawab, dia cool ja. Tu yang meriah tu. Memang sepanjang perjalanan gelak tak henti2. Macam entah pa2 ja..tapi tetap best! Ktorg teruskan perjalanan sampai kat village masing2 dalam pukul 4.15 pagi. hehe~ Tak terkira dah berapa kilometer ktorang jalan pegi dan balik. Rasa macam nak tercabut pinggang dan lutut bila sampai bilik. Penat! Ah-ha!~ ;P

Konon nak jumpa & makan2 kejap ja..tapi dari pukul 8.30 malam sampai 4.15 pagi. Puas!~ lagipun diorg semua dah nak berangkat pulang ke umah hari ni dah. So, enjoy puas2 sebelum bukak sem baru nanti. Tu la kisah ktorg sepanjang malam! =) untuk jadi kenang-kenangan, hubungan yang rapat macam adik beradik. Sangat nice~

p/s: Pagi ni start join JAVA Elite Group Workshop under Mr.Yew. Ni la sebabnya aku kena balik 6 Dis nanti.

This entry was posted on 12/04/2008 05:10:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 butterflies:

On December 5, 2008 at 10:13 AM , itabudakbaek said...

macam2 la korang ni... sempoiii...

 
On December 6, 2008 at 2:09 AM , Anonymous said...

kem salam ah. nanti nanti jumpa lagi aa korang.



kep (uitm shah alam)

 
On December 7, 2008 at 10:16 PM , chillsberry said...

yang bayang2 gaya love tu, abg ipe ngan rambo ke?

 
On December 15, 2008 at 10:10 PM , irda zahari said...

dulu2 time kecik2 sy tkut nk main byg2 cz mak kate nnt mengigau..

sampai skrg sy xmain byg2..

hehe~

 
On January 5, 2009 at 5:32 PM , Anonymous said...

waaa..rindu kamu sume jugak..rindu nk lepak rmi2..

p/s: kire rambo watak utama la ni ek?haha..

 
On January 13, 2009 at 4:46 AM , Anonymous said...

huhu...bestnyer korang..part men byg2 tu mmg x dinafikan best..yg c ley wat pun ley wat kan..hik2

 
Related Posts with Thumbnails