Suatu ketika dulu, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari, datang awan...
Sebaik melihat kecantikan langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mangkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dengan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang deras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi megungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara langit dan laut, si situlah mereka berpacaran.
Haa..itu kisah cinta langit dan laut, cinta kamu pula bagaimana? Kamu boleh jadikan kisah ketulusan cinta mereka ini sebagai panduan untuk kamu melayari alam percintaan dengan si dia tersayang. Jangan pula jadi seperti awan yang ingin membina kebahagian atas derita insan lain. Masih ada banyak lagi cinta di luar sana yang mana mungkin satu daripadanya tersurat untukmu. Jadi, kamu laut, langit, awan atau angin???

Rujukan : Majalah Remaja edisi 1 Dis 2008
0 butterflies: