Under Construction
12/29/2008 11:14:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
This blog is currently under modification. Thank You. =)

Image Hosted by ImageShack.us


Cinta Sejati Langit dan Laut
12/27/2008 08:49:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Suatu ketika dulu, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari, datang awan...


Sebaik melihat kecantikan langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mangkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dengan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang deras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi megungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara langit dan laut, si situlah mereka berpacaran.

Haa..itu kisah cinta langit dan laut, cinta kamu pula bagaimana? Kamu boleh jadikan kisah ketulusan cinta mereka ini sebagai panduan untuk kamu melayari alam percintaan dengan si dia tersayang. Jangan pula jadi seperti awan yang ingin membina kebahagian atas derita insan lain. Masih ada banyak lagi cinta di luar sana yang mana mungkin satu daripadanya tersurat untukmu. Jadi, kamu laut, langit, awan atau angin???

Rujukan : Majalah Remaja edisi 1 Dis 2008
Bayang-bayang
12/04/2008 05:10:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Baru satu hari balik dari Pahang, aku dah terindu yang amat sangat kat abang2 & kakak2 aku. Dan hari ni aku masih tak pegi workshop programming tu. Penat lagi (alasan...ah-ha!~). Sepanjang hari terkenang-kenang apa yang ktorg semua lalu masa kat Kuala Lipis dua tiga hari lepas. Macam-macam. Sampai tersenyum-senyum. =)

Disebabkan rindu dan diorg yang lagi 5 orang tu pun tak balik umah lagi, aku rojer kak Anis & Sab, ajak makan sekali malam tu. Siyesly, rindu gila. huhu~ Diorg pun setuju nak makan pukul 8.30 malam. Fikir punya fikir, V5 gak jadi tempat lepak ktorg malam tadi, memandangkan kafe lain semua tutup masa cuti ni. abg Nazri & abg Rambo pun turun makan sama-sama. Abg Ipe turun lambat siket.

Lepas makan-makan, ktorg tak nak balik bilik lagi. Boring tak tau nak buat apa kat bilik masa tu. Mula-mula tengok rancangan martial art kat laptop kak Anis yang dia bawak pegi kafe. Tengok punya tengok tiba-tiba bateri laptop mati. So, plan plak buat benda laen. Nak pegi jalan-jalan. Memandangkan abg Ipe tak sempat nak makan sebab kafe dah tutup, ktorg plan pegi makan lat luar UTP. Sempoi kan?

Dengan takda kereta nak keluar UTP, ktorg semua sepakat nak jalan saja sampai sana. Tak la jauh sangat pun. Abg Nazri tak ikot masa ni, so, tinggal ktorg berlima. Maka, bermula la perjalanan dari V5 ke kedai sebelah PakMat (yang karaoke tu) dalam pukul 12.30 tengah malam. Lebih kurang setengah jam jalan sampai sana. Sambil2 jalan tu, ktorg nyanyi2 dan buat lawak...hehe~

Sampai2, terus order makanan & minuman. Tempat tu macam biasa, sangat bising dengan bunyi speaker yang super kuat bunyinya. Macam nak pecah telinga duduk situ. Ktorg pun pelik macam mana diorg yang kat kedai tu selamba ja survive dengan bunyi bising. huhu~ Lepas makan, sembang2 kejap pastu dalam pukul 2.40 pagi ktorg pun gerak balik UTP. Jalan lagi.

Tengok tu..sempat lagi ktorg bergambar dengan keta ala Farid Kamil dalam I'm Not Single ;P

Balik kali ni lagi interesting. Jalan masuk UTP, abg Ipe & Sab main kejar bayang-bayang bawah cahaya lampu. Siyes comeyl ^_^. Pastu timbul la idea untuk amek gambar bayang-bayang sepanjang perjalanan ktorg malam tu. Mula la buat aksi pelik2. Yang macam skandal pun ada. Tapi gimik saja ok! Itu cuma mainan bayang-bayang.

erk! kena tikam dengan tapak tangan!

percayakah?

skandal la sangat!

chayunk semua~ =)

Herm....nak balik bilik kali ni ktorg tak ikot jalan biasa yang stret tu. Abg Rambo cadangkan ktorg guna jalan ke Chancellor Hall yang penuh dengan lampu tu. Memang rajin sangat berjalan malam tu. Sambil2 jalan, berhenti amek gambar dengan macam2 posing. Amek gambar macam ni la sem terakhir ktorg kat UTP. Biasanya orang yang nak grad ja amek gambar abeh satu UTP..hehe~ Ada jugak ulang2 balik pengalaman dari aktiviti yang ktorg buat masa kat Kuala Lipis aritu. Pastu siap buat lawak macam2 sampai nak pecah perut gelak ketawa! Ah-ha!~ meriah kot time tu...dengan keadaan UTP yang lengang..buat macam tempat sendiri yang punya, suara siap bergema lagi. Selamba~

bak kata abg Ipe, "Mayat bercapal putih wo!"

pandangan atas - macam horror ja..pelakon? dah tentu abg Rambo yang kat tengah2 tu! ;P

kak Anis: "eh, bila mau balik rumah daa?"..

..abg Rambo: "Entah, aku pun tak tau daa!"

(dialog rekaan)

cahaya di celah kaki

Pastu, abg Ipe nak maen satu game tanya2 soalan trap. Game simple tapi dari situ bole belajar personaliti orang tu macam mana. Time ni dapat la dengar jawapan yang lawak2 dan bole dijadikan point untuk usik nanti. Macam selalu, kak Anis memamg asek jadi mangsa kena usik + kutuk. Kalo dia tak melawan or menjawab, dia cool ja. Tu yang meriah tu. Memang sepanjang perjalanan gelak tak henti2. Macam entah pa2 ja..tapi tetap best! Ktorg teruskan perjalanan sampai kat village masing2 dalam pukul 4.15 pagi. hehe~ Tak terkira dah berapa kilometer ktorang jalan pegi dan balik. Rasa macam nak tercabut pinggang dan lutut bila sampai bilik. Penat! Ah-ha!~ ;P

Konon nak jumpa & makan2 kejap ja..tapi dari pukul 8.30 malam sampai 4.15 pagi. Puas!~ lagipun diorg semua dah nak berangkat pulang ke umah hari ni dah. So, enjoy puas2 sebelum bukak sem baru nanti. Tu la kisah ktorg sepanjang malam! =) untuk jadi kenang-kenangan, hubungan yang rapat macam adik beradik. Sangat nice~

p/s: Pagi ni start join JAVA Elite Group Workshop under Mr.Yew. Ni la sebabnya aku kena balik 6 Dis nanti.

dalam Sinar Harian
12/04/2008 07:42:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Berita tentang lawatan peserta PPMI ke Ladang Kambing Mutual Farm Sdn. Bhd telah dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian Pahang. Ni keratan gambar surat gambar yang dicilok daripada blog abg Ji'an. hehe~


zoom in
muka kak Anis, abg Ipe & Sab terpampang dalam gambar tu..huhu~ glemer2! =)
Program Santai IPT @ PPMI
12/03/2008 11:59:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Lokasi : Kg. Budu, Kuala Lipis, Pahang

Tarikh : 29 Nov - 2 Dis 2008

29 November 2008

Hari ni ktorg mulakan perjalanan ke Pahang. Perjalanan kali ni akan pergi dengan kereta api. Kumpul2 kat kafe v4 dalam pukul 10 pagi. Brekfes. Dalam pukul 10.30 pagi, gerak pergi stesen bas depan UTP. Terima kasih kat Fatin yang tolong hantar ktorg berenam (abg Nazri, abg Ipe,abg Rambo, kak Anis, Sab & aku) sampai pondok guard tu. Hari ni ktorg akan jadi traveller sepenuhnya. Pengalaman baru untuk aku yang tak pernah rasa perjalanan yang macam ni. hehe~

Tengah-tengah tunggu bas, ada la borak-borak siket. Masa tengah berborak pasal bas, kak Anis ada tersalah sebut. Entah apa ayat dia tapi yang penting perkataan bas 'Perak Roadways' telah disebut 'Perak Roadshows' oleh kak Anis. Apa lagi, pecah gelak semua orang. Satu point untuk diorg nak kenakan kak Anis. aduhai~ Tunggu punya tunggu bas kat depan tu, at last naik jugak bas dalam pukul 10.50 pagi. Masa ni hari dah nak mula panas. Dalam bas terserempak dengan Oudom, coursemate aku yang asal dari Cambodia. Dia nak pergi Ipoh dengan kawan dia.

kat stesen KTM Ipoh

terminal 1

Dekat pukul 12 tengah hari, sampai kat Medan Kidd, pastu ktorg jalan pergi Stesen KTM Ipoh. Kereta api ke KL pukul 2.20 petang. So, ktorg lepak dulu kat medan selera berhampiran. Pukul 2.15 petang, naik tren. Kalau nak tau, ni la first time aku naik tren. hehe~ Pengalaman baru hari ni. Dalam pukul 6.00 petang, sampai kat KL Sentral. Sampai2 pegi makan dulu. Pastu jalan-jalan kat KL Sentral tu sementara tunggu tren seterusnya. Kat KL Sentral ni terjumpa kedai coklat, namanya Choc Boutique. Maka, tak melepaskan peluang untuk beli coklat. Beli untuk family & bekalan perjalanan nanti.

Dah habis jalan-jalan, ktorg naik tren ke Kuala Lipis dalam pukul 8.30 malam. Dijangka tiba kat Kuala Lipis pukul 4.50 pagi. Aisyh...penat jugak naik tren ni, perjalanannya lagi lama daripada bas. Sampai tak tau nak buat apa dalam tren tu. Pergi kantin tren, makan ramai-ramai pastu sembang, baca buku & majalah sampai mengantuk pastu entah bila tertido. hehe~ Dalam pukul 3 pagi lebih, tren berhenti kat Gemas. Berhenti lebih kurang 1 jam dan ktorg teruskan perjalanan semula. Sampai kat Stesen KTM Kuala Lipis dalam pukul 5.30 pagi. Pukul 6 pagi, abg Fuad & abg Amin jemput ktorg. Pukul 7 pagi tu sampai la ktorg kat sebuah rumah (type of homestay) kat Kg. Budu. Maka, lengkaplah perjalanan ktorg selama 21 jam dari UTP ke Kuala Lipis. =)

rumah homestay di Kg. Budu

30 November 2008

Pagi ni tak buat apa-apa lagi. Lepas brekfes, tengok-tengok TV. Pastu petang-petang sikit, diorg beramai-ramai gotong-royong menimba perigi kat belakang rumah homestay ni. Dalam tengah hari, ahli-ahli PSSCM UMP lebih kurang 5 orang sampai kat rumah tu. Mengikut keterangan, perigi yang nak dibersihkan tu ialah Perigi Mat Kilau.

menimba perigi Mat Kilau

SAB - the only girl yang turun menimba dalam lumpur tu!

Malam pulak, lepas makan, duduk ramai-ramai kat ruang dapur. Mula dengan sesi suai kenal untuk yang hadir pada hari tu. Masing-masing kena nyatakan hobi dan setiap hobi untuk setiap orang tak boleh sama. hehe~ aku rasa hobi yang paling lucu sekali, hobi abg Ipe sebab dia cakap hobi baru dia meniru dialog dalam cerita-cerita P.Ramlee. Memang pun..sepanjang perjalanan macam-macam ayat yang lawak-lawak semua dia sebut. "Tayyib", "Mana firaun pakai sultan daa.." (dialog-dialog dalam cerita P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok) tu la antara contohnya . Lepas tu setiap sorang kena share idea macam mana nak improve PPMI ni. Masa ni ktorg belum dapat clear picture pasal PPMI, so just bagi idea.

Masa perbincangan ni jugak, ada sesi soal jawab. Ada dua tiga orang bertanya soalan. Dan ada jugak yang berkongsi pendapat. Terkagum jugak aku dengan cara abg Amin TLDM bercerita. Macam bagi ceramah dalam forum. Memang dia ada style. Walaupun dia cakap dia baru lagi dalam silat cekak (dia gitau yang dia masuk silat cekak masa Jan 07...lebih kurang sama time masa aku masuk sialt cekak jugak), tapi tabik la kat dia. Lagi pun masa sesi taaruf tu, dia dah cakap yang hobi dia mengkaji tentang sumber manusia. Tak heran la dia pandai bercakap berdasarkan ilmu yang dia belajar. Orang kata kalau kita belajar dua tahun, dapat ilmu dua tahun...tapi dalam silat cekak ni tak mustahil, belajar dua tahun dapat ilmu 20 tahun...huhu..fikir2 la sendiri. Aku pun tak tau banyak sangat.

Lepas tu, abg Roslizan pun terangkan pasal PPMI. PPMI ni sebenarnya bermaksud Pusat Pembangunan Modal Insan. Pusat ni nanti akan dibangunkan untuk aktiviti2 yang dapat membangunkan modal insan, bukan saja untuk ahli silat cekak tapi tebuka jugak kat masyarakat luar. Kira ktorg ni dianggap perintis (pioneer) untuk program ni. Jadi bahan uji sebentar. huhu~
Kat sini nak membuktikan yang silat cekak bukan sekadar seni bela diri semata-mata, tapi mempunyai pengisian lain juga terutamanya untuk pembangunan bangsa Melayu. =) Baru la faham siket tujuan ktorg kat situ sebenarnya. Mengikut penerangan, pusat ini akan dibangunkan dalam masa yang terdekat dan dijangka siap awal tahun hadapan dan boleh mula operasi.

Malam ni habis cerita-cerita agak awal, tapi aku dan kak Anis sambung buat pillow-talk. ah-ha!~ get ready untuk aktiviti esok.

1 Disember 2008

Lawatan sambil belajar ke ladang kambing dan tempat gula kabung

Pagi lepas brekfes, lebih kurang pukul 9 pagi, ktorg semua dibawa ke ladang kambing Mutual Farm Sdn. Bhd. yang tak jauh dari rumah homestay tu. Naseb baek ada bas UMP, so takyah la risau pasal pengangkutan sepanjang program. hehe~

briefing oleh pemilik ladang kambing ni

Sampai2 kat ladang tu, ktorg disambut oleh tuan ladang dan diberi penerangan serba sedikit tentang penternakan kambing. Masa ni jugak wartawan dari akhbar Sinar Harian, cik Fansurina, kalau tak silap aku datang buat liputan pasal program ktorg amnya dan ladang kambing tu khasnya. Masuk paper la nanti...tunggu!~ Pemilik ladang ni sebenarnya abang ipar kak Jee.

dalam kandang kambing

Ladang ni mengamalkan sistem pembaziran sifar (zero waste), maknanya setiap satu benda yang berkaitan dengan penternakan ni digunakan sepenuhnya dalam kitaran berulang-ulang. Setiap produk berkaitan kambing dinamakan mas. ada mas hiijau (makanan kambing macam daun pelepah yang ditapaikan - fermentasi), mas hitam (tinja kambing akan dijadikan baja pertanian - ladang ni hasilkan 3 tan baja setiap bulan), mas putih (susu kambing), mas merah (daging kambing) dan mas biru (hasil yang diperoleh daripada jualan2 produk kambing).

Daripada penerangan tu, dapatla aku simpulkan orang2 yang terlibat dalam perusahaan ni memang orang yang kena berfikiran positif, think forward dan ada anjakan paradigma (paradigm shift). Kena kreatif jugak untuk gunakan sepenuhnya semua prospek kambing tu. Ktorg jugak dinasihatkan dan digalakkan untuk menceburkan diri dalam penternakan kambing dan usaha tani yang lain ni lepas grad nanti sebab sektor ni sedang berkembang pesat kat Malaysia dan kerajaan pun tengah buka peluang dan akan beri bantuan kepada usahawan2 baru.
Peluang memang cerah dan keuntungan pun macam tinggi.

Lepas tu, ktorg gerak pulak ke rumah yang membuat dan menjual gula kabung yang dihasilkan secara tradisional. Masa ktorg sampai tu, ada seorang mak cik tengah masak gula kabung. Ktorg ni berminat nak tengok macam mana gula kabung tu dihasilkan sepenuhnya. So, kena la tunggu lama sikit untuk nira kabung tu masak betul2. Sementara tu ktorg dibagi rasa gula kabung tu dan pulut kacau (wajik) yang dihasilkan guna gula kabung tu. Gula kabung ni tak manis sangat, just nice~

proses memasak gula kabung - tengok tu abg amin pun nak cuba masak

proses masukkan gula kabung dalam acuan

hampir siap memasukkan gula kabung dalam acuan

proses menyejukkan gula kabung; dalam 5-10 minit

mengeluarkan gula kabung daripada acuan

balut gula kabung dengan daun kabung

gula kabung yang dah siap sepenuhnnya

orang lain bawak balik gula kabung, kak Anis bawak balik daun kabung...ada projek la tu..

Penghasilan gula kabung ni nak menunjukkan kalau kita bijak guna sumber semula jadi, mesti dapat hasilkan keuntungan. Gula kabung yang dihasilkan secara tradisional tanpa penggunaan mesin ni, menggunakan nira kabung semula jadi yang fresh diambil dari pokok kabung berdekatan kawasan tu. Tengok la macam mana orang buat perusahaan kecil-kecilan pun bole dapat keuntungan beribu-beribu setiap bulan. Dapat la ktorg yang bakal graduan ni buka mata kalau nanti tak dapat kerja, bole menceburkan diri dalam industri macam ni.

Masa beli gula kabung ni, masih panas lagi. So, tak dapat balut dengan daun kabung yang betul lagi sebab nanti beruap dan cepat rosak. Mak cik tu pun bungkuskan dalam surat khabar untuk ktorg yang nak beli masa tu jugak. Lagipun ktorg kejar masa. Aku beli satu set gula kabung tu. Balik ke rumah homestay, sejukkan kejap. Kan tadi kak Anis ada bawak balik daun kabung, lepas dah sejuk, dia sendiri yang nak balut gula kabung tu... ni la hasilnya.

gula kabung ni dibalut sendiri oleh kak Anis

Membersihkan alur dan mandi sungai

Balik daripada lawatan tu, ahli2 dari UiTM Shah Alam & Jalan Othman pulak baru sampai. 5 orang semuanya.

Petang2 sikit lepas lunch, dalam pukul 3 petang, ktorg gerak ke alur sungai belakang rumah homestay ni. Nak tinjau2 kawasan yang akan dibangunkan tu. Kawasan alur tu penuh tanah lembut dan tanah liat. Apa lagi tenggelam la kaki dalam tanah bila bergerak kat situ. Benda-benda macam ni pengalaman baru untuk aku yang tak pernah rasa suasana kampung macam ni, spesifiknya tak pernah turun ke kawasan lumpur2 macam ni apa tah lagi nak mandi sungai. Disebabkan tak biasa, mudah sangat aku jatuh sana sini. Mudah jugak aku terjerit sebab terkejut bila kaki tenggelam dalam tanah lembut. hehe~ Naseb baek Sab & kak Mai jadi tempat aku berpaut. Tenkiu~ ;) dan baju aku la yang paling kotor sekali sebab banyak jatuh dalam tanah. hehe~

Ktorg menyusur alur ke Sg. Taka. Sungai tu tak berapa dalam tapi air dia tak jernih sangat. Bole lagi nak mandi2 dan air dia tetap sejuk. Sambil2 tu diorg2 ni terutamanya yang lelaki bersihkan sungai, macam angkat batang-batang kayu dan bina empangan kecil kat hujung alur. Lepas tu bermula la acara baling2 tanah liat yang dikepal-kepal. Baling2 air sungai pun ada jugak. Aisyh..teruk aku & kak Anis kena baling air dengan abg Rambo. hehe~

Paling kesian kat kak Anis sebab teruk gila dia kena baling dengan tanah liat tu, ramai pulak tu yang nak baling kat dia, terutamanya abg Alan & abg Ipe. Abg Alan & kak Anis memang lawan baling kat satu sama lain. Kesian kak Anis, asyik kena ja. Tapi naseb baek dia ni tabah orangnya. aku pun kena jugak balingan tanah liat tu entah dari siapa entah, tapi sakit jugak kepala dan leher aku time tu kena balingan tanah liat yang dikepal tu. Aduh!

Masa nak balik dari sungai ni, Sab pulak perasan yang sebelah selipar dia hilang. Cari punya cari tak jumpa. Disyaki dah hanyut dalam sungai. Kesian Sab, dah takda selipar.

Majlis Tahlil

Lepas diorg balik sembahyang maghrib dan isyak berjemaah kat masjid, buat majlis tahlil kat rumah homestay tu bagi sempena pembangunan projek ni.

Nightwalk + Jungle Trekking!!!

Dalam pukul 10.30 malam, semua dah ready nak pergi nightwalk. Fad & sepupu dia, Nabila pun join nightwalk malam tu. Masa tu aku tau pun nightwalk ni macam mana. Tapi yang aku rasa nightwalk ni macam jalan-jalan keliling kampung tengok keadaan pada waktu malam. Ingatkan just nightwalk malam tu...tapi rupa-rupanya...

Ktorg naik bas UMP pergi ke kawasan untuk mulakan nightwalk ni. Tak tau pulak apa nama tempat tu. Sampai2 kat tempat tu, ktorg diberi briefing pasal program malam tu. Perjalanan nightwalk ni (kononnya) 5 km dan akan diiringi orang yang berpengalaman (diorg ni lebih kurang macam renjer hutan) seramai 5 orang. Ktorg dipecahkan dalam 5 kumpulan, maksudnya setiap renjer tu jaga satu kumpulan tapi semua gerak sekali. Dalam kumpulan aku, aku partner dengan Fad.

Eh, tapi sebelum tu ada sesi stretching dulu. Maka bermulalah perjalanan ktorg malam tu. Mula-mula jalan atas jalan tar...tiba-tiba termasuk dalam kawasan hutan. Terpaksa la ktorg meredah hutan malam2 tu. Redah semua semak samun, naik bukit, turun bukit dalam hutan tu. Mencabar jugak bagi aku. Ya la, nightwalk + jungle trekking ni pun pengalaman pertama aku. Aisyh...

Dalam hutan ni macam-macam jumpa. haa....cuak kan? jumpa tempat tinggal 'kerbau pendek' (sebenarnya babi hutan, dalam bahasa baik sikit), tempat mandi binatang tu. Nasib baik la tak jumpa dengan kerbau pendek tu. Cuak gak dengar cerita2 sebelum ni pasal binatang tu. Pastu lalu kat tempat kerbau berkubang. Tempat berkubang tu dah macam kolam penuh air selut. Kerbau tak tau la pi mana...tak mau fikir. hehe~

Masa dalam hutan tu, rasa macam nak cepat keluar saja. Bukan la penat sangat tapi keadaan tu macam tak berapa best. hehe~ kesian gila kat Fad. Dia ingatkan malam tu cuma nightwalk biasa, dia pun tak sangka akan jadi macam jungle trekking, so, dia cuma pakai sandal biasa. Dah la tu, sandal tu pulak putus masa kaki dia tersangkut dalam tanah lembut. Kesian dia..huhu~ Disebabkan sandal dia putus, abang dia, abg Fuad bagi selipar yang dia pakai tu kat Fad. Mula-mula Fad taknak sebab nanti abang dia berkaki ayam, tapi abang dia suruh pakai jugak. Sweet kan?

Sedar tak sedar, dah 3 jam berjalan dalam hutan tu. Lepas keluar dari hutan tu, lebih kurang pukul 2 pagi, semua pun macam menzahirkan perasaan lega. Macam2 dah lalui dalam hutan tu. Kat dalam hutan tu, dua tiga kali jugak ktorg disuruh berhenti jalan, tutup semua lampu dan rasai suasana malam dalam hutan tu. Ada la lebih kurang 10 minit setiap kali berhenti.

Malam ni jugak memperkenalkan aku dengan PACAT! ah-ha~ bukan la tak pernah tengok pacat sebelum ni, tapi kali ni la yang berhadapan dengan pacat. Masa kat dalam hutan ni ramai yang dah kena gigit dengan pacat. Yang terjerit-jerit sebab pacat jangan cakap la, terutama sekali yang perempuan..ngeehee~ kak Anis kena serangan pacat paling banyak sampai dah macam trauma pulak.

Pacat
- gamabr ihsan Google.

Aku pun pelik jugak kenapa aku tak kena gigit pacat pun masa kat dalam hutan. Rupa-rupanya, bila dah sampai bilik lepas nightwalk tu, aku terperasan kat belakang baju aku (masa tu pakai t-shirt warna putih) ada setompok kesan darah. Terkejut la..tak percaya, aku mintak Sab tengokkan kat belakang. Aisey, ada seekor pacat ni tengoh syok2 menghisap darah aku. Dah la tu Sab kata pacat ni bole pulak berpindah tempat. Ada dua bekas gigitan kat belakang badan aku. Masa tu dah terjerit-jerit dah budak perempuan yang lain kat dalam bilik. Tengok diorg jerit, aku pun jerit sekali...aisyh~ Nasib baek Sab berani nak buang pacat tu. Sab pun cakap, tu pacat paling besar yang dia pernah tengok. Kak Anis jangan cakap la...muka dia dah memang tensyen dah kat pacat, sampai dah tak da perasaan bila tengok pacat. hehe~ Kesian betul.

Lepas mandi pun, darah tak berhenti mengalir dari badan aku. Kak Syami siap letakkan minyak lagi..kak Mai pulak provide plaster. Ingatkan lepas letak minyak, tempat tu berhenti la berdarah. Rupanya sampai esok pagi lepas bangun tido, habis setengah dari t-shirt yang aku pakai kena darah. Tak cukup dengan baju, bantal kak Mai pun kena darah sekali. adey~ kesian dia..tak pasal-pasal trauma dengan darah aku..hehe~

Esoknya ktorg diberitahu ada jungle trekking pulak. Mak aii..ktorg yang perempuan2 ni dah macam tak nak join jungle trekking tu. Satu sebab dah takda baju, tinggal baju nak pakai balik saja..ya la kan sejak sampai ktorg asyik bermain air..siap selut lagi. habis la semua baju digunakan. Lagipun sebelum datang program ni, ktorg tak tau ada aktiviti apa, jadi tak bawak baju lebih. Keduanya, entah la, lepas lalu pengalaman malam ni, diorg2 ni dah tak nak pergi jungle trekking, sebab malam ni pun dah macam jungle trekking. Aisyh..semua dah ingat nak balik saja. hehe~

2 Disember 2008

Pagi ni, masa lepas Subuh, sunyi saja...rasanya semua pun bermalasan lagi nak bangun. Sepatutnya aktiviti hari ni mula pukul 8 pagi, tapi ramai yang macam bangun lambat. Tiba-tiba pagi tu dapat satu perkhabaran penting. Jungle trekking cancel! Ganti dengan mandi air terjun kat Lata Jarum, Pulau Chekas.

banner PPMI

peserta-peserta PPMI
(credit to abg mint for those picts)

Lepas brekfes semua, bergerak pergi air terjun tu dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum tu, bergambar dulu ramai2 depan rumah homestay ni. Dalam setengah jam sampai kat air terjun tu. Sampai kat sana, ktorg dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan aku kumpulan 3, dengan kak Nesa, kak Ita, abg Fataf, abg Alan & abg Napi.

Setiap kumpulan diberi task, untuk bincang 3 objektif utama PPMI yang diberitahu abg Amin, serta kena kemukakan sekali sebarang permasalahan dan cadangan yang sepatutnya untuk meningkatkan prestasi PPMI pada masa depan, memandangkan ktorg ni pioneer program ni. Maka berbincang la ktorg sambil2 mandi air terjun. Tapi yang perempuan, semua tak mandi..setakat main gigi air saja. Lepas setangah jam macam tu, semua dipanggil untuk kumpul setempat kat air terjun. Diorg2 yang mandi tu plan nak main game dalam air. Macam2 game la diorg main. Semuanya direka secara spontan. So, aktiviti kali ni nak melatih kepimpinan apabila berhadapan dengan situasi yang wujud dengan spontan. Ada pulak sesi baling2 air kat yang tak mandi...dah la baling masa semua tak perasan. Apa lagi terjerit-jerit la. hehe~ mastermind acara ni abg Rambo! ;P

Dalam pukul 12 tengah hari, semua dipanggil kumpul untuk bentangkan apa yang dibincang tadi. Setiap kumpulan hantar wakil untuk cakap apa yang ktorg dah bincang tadi. Dalam pukul 1 dah nak gerak balik. Setiap orang diberikan sekeping kertas A4 untuk catatkan pengalaman yang dilalui bagi setiap aktiviti beserta profil peribadi masing2. Nanti kena serahkan masa majlis penutup.

Lepas lunch, dalam pukul 3 petang, semua berkumpul kat bahagian ruang tamu rumah homestay tu untuk acara penutup. Ada ucapan ringkas abg Jamal, yang merupakan bakal trainer & motivator PPMI nanti. Abg Jamal ni ada dalam semua aktiviti yang diadakan. Siap bawak satu family datang & join ktorg. Anak2 (3 orang perempaun) dia dah macam kawan ktorg pulak. hehe~ abg Jamal menjelaskan lagi sekali tujuan PPMI ni, beri nasihat untuk ktorg yang bakal jadi graduan nanti dan jelaskan kepentingan untuk orang Melayu semua bersatu pada zaman sekarang. Beliau pun beri penghormatan pada PSSCM sebab persatuan ni bagi dia organisasi yang kuat, kukuh dan mampu untuk menyatukan orang-orang Melayu.

Lepas tu, seorang wakil daripada setiap IPT dipanggil untuk beri ucapan tentang perasaan, pengalaman, penghargaan dan apa-apa saja pasal PPMI. Dalam pukul 4 petang, lepas bersalaman, boleh bersurai. Ktorg pun start packing barang2. Sebelum pukul 5 petang, ktorg berenam termasuk abg Alan, kak Ita & kak Syami naik kereta abg Amin & abg Fuad, nak pergi stesen bas Raub. Ktorg ambil bas dari Raub tu pergi Kuala Lumpur. Ktorg sampai KL dalam pukul 8 lebih. Memandangkan bas dari KL nak pergi Lumut dalam pukul 10 malam, ktorg pergi jalan2 dulu. Pergi jalan2 kat Petaling Street. Saja cuci mata tengok barang2. hehe~

Jalan-jalan, lapar pulak. Singgah makan kat satu gerai Melayu ni. Ingatkan gerai ni ok. Tengah tunggu makanan yang dipesan siap, tiba-tiba nampak beberapa ekor tikus yang besar tengah berlari-larian atas bumbung gerai tu. Adey, risau pulak kalau tikus tu terjatuh dari bumbung tu. Dah la ada air menitik-nitik dari bumbung tu, bekas air hujan kot, tapi mesti dah bercampur dengan kesan tikus tu. Tu belum masuk dengan kisah horror kak Anis malam tu. Memandangkan dah penat sangat, kak Anis tak order makanan, setakat minuman sirap limau. Tengah-tengah dia minum. tiba-tiba ktorg terperasan macam ada benda asing dalam minuman dia. abg Rambo pun kaut la benda tu dengan sudu.

Rupa-rupanya getah bulat yang warna kuning tu. Tapi masalahnya getah tu sangat kotor, dengan tompok2 hitam berair. Senang cakap bukan getah baru yang bersih. Apa lagi, kembang tekak aku dan yang lain2. Terus kak Anis tak nak minum apa2 dah. Nampak sangat kat sini yang diorg tak jaga kebersihan langsung. Yang penting nak untung saja. Dengan servis pun lambat dan tak mesra pelanggan. Bukan la nak mengata, tapi kenyataan. Kalau ni cara orang Melayu berniaga, bila nak untung? Aisyh..tak sampai 2 jam duduk KL, dah lemas, dah rasa tak sanggup nak tinggal sana dengan cara hidup dan keadaan kat sana. huhu~

Lepas makan tu, gerak balik ke stesen bas Pudu. Naik bas pukul 10 malam. Dalam pukul 2 pagi sampai depan UTP. Maka, bermula lagi satu episod ekspidisi. Takda orang nak jemput ktorg pagi2 buta kat gate depan tu...terpaksa la berjalan masuk ramai2 sampai village masing2. Memang traveller la ktorg sepanjang program tu. Dah setengah perjalanan dalam UTP, terserempak dengan abg Safwan. Dia bawak kereta masa tu, dan offer nak tumpangkan ktorg. Abg Nazri suruh ktorg yang perempuan ni naik dulu. Dah hantar ktorg, abg Safwan pergi ambil abang2 ni pulak.

Tu la perjalanan ktorg sepanjang program. Banyak benda & pengalaman baru yang discovered. Teringat balik pahit manis sepanjang program tu. Walaupun program santai saja, tapi banyak yang boleh dipelajari...sesuai la dengan program tu yang bertujuan untuk membina modal insan terutamanya kepada orang Melayu. Dapat jugak kenal2 dengan ahli2 PSSCM dari IPT lain. Walaupun baru kenal, tapi kemesraan tu wujud dengan cepat sekali.

Sekalung perhargaan kat abg Roslizan yang jemput ktorg untuk jadi pioneer program ni dan belajar benda2 baru. Terima kasih untuk abg Ji'an jugak yang menjadi wakil abg Roslizan handle program ni dan atas tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih kat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tak langsung dari segi penyediaan tempat tinggal, makanan, dan pengangkutan sepanjang program. Untuk semua peserta PPMI, sayang korg semua!!! muahx!
Related Posts with Thumbnails