Andai Itu Takdir-Nya
11/27/2008 09:32:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Andai Itu Takdir-Nya

"Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan"


Tajuk buku : Andai Itu Takdir-Nya

Penulis : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima

Halaman : 583

Ni novel yang pertama yang aku baca lepas abeh exam kali ni. Dah lama cari buku. Naseb baek dapat pinjam daripada Mimie. Tenkiu Mimie~ =) Aku tertarik nak baca novel ni lepas baca potongan cerita ni yang diterbitkan dalam ruangan novel majalah Remaja. Nampak macam menarik ja cerita ni, terus nak baca.

Seriusly, memang tak menyesal baca novel ni. Jalan cerita best. Banyak konflik. Semua elemen ada. Sedih, gembira, lucu, romantik dan macam-macam lagi la. Sampai menangis teresak-esak aku baca cerita ni bila ada part dalam cerita ni yang betul2 menyentuh perasaan. Kadang-kadang terasa nak masuk dalam cerita ni dan hidup dalam alam bahagia hero dan heroin cerita ni.
Bila ada part2 romantis dalam novel ni, terbuai-buai aku ingin rasa disayangi dan menyayangi macam tu.

Yang aku pelajari dalam cerita ni, kadang-kadang sebelum kita dapat mengecapi bahagia atas cinta yang kita bina, kita kena lalui dulu kesengsaraan. Dan tak lupa juga dalam cinta memang menuntut pengorbanan. Orang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan pasangan dia, orang tu la yang punya cinta sejati. Tak lupa juga bila kita dah temui cinta sejati kita, kena betul-betul hargai dan jangan sesekali buat perkara yang akan meruntuhkan cinta tu.

Dalam masa yang sekejap aku dapat habiskan cerita ni. Itu maknanya cerita ni best. Sampai aku selalu terbayang-bayang, alangkah bagusnya kalau aku dan pasangan aku nanti punya cinta dan bahagia macam kisah dalam novel. Novel ni dah buat aku terkenang-kenangkan 'si dia' yang dah lama berada dalam hati ni. Terbayang-bayang wajah dia, senyuman dia yang selalu buat aku rasa gembira...huhu..tapi sekarang ni dia jauh. *sigh*

****************
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelu masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

|
This entry was posted on 11/27/2008 09:32:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 butterflies:

On January 13, 2009 at 5:06 AM , Anonymous said...

kebetulan baru bace novel ni..skg baru melangkah ke chapter 3..hehe

 
On June 3, 2009 at 9:04 AM , Anonymous said...

I suka baca novel melayu dan english novel..dan buku ini...one of the best!!!

 
On August 12, 2009 at 9:57 AM , syedarh said...

novel ne sya dh bce 2 kali dh..mmg bez..tax bosan.!!..
novel ne mmg trbaek ah.!!

 
Related Posts with Thumbnails