Pagi tadi, tetiba aku dapat satu link ni daripada pm gtalk kawan aku. Tengok2 link ke Utusan Online. Terus aku sebarkan link tu kat kawan2 dan sedara-silat aku yang lain. Mak ayah aku kat rumah pun aku gitau mintak baca akhbar ni.  Bila aku bukak link tu, rupa-rupanya pasal isu ni:
Kreativiti  menipu, Tronoh jadi Toronto
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
SYAWAL pun berlalu. Namun catatan sepanjang Syawal mesti masih  berbekas di hati mahu pun dalam lipatan memori. Banyak cerita suka-duka  sepanjang Syawal. Di pihak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, berakhirnya Syawal bermakna tamatlah ruangan Salam Perantauan  untuk tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima terlalu  memberangsangkan. Sama ada muka surat untuk ruang tersebut ditaja atau  tidak, syarikat meneruskan tradisi menyiarkan ruangan itu khusus untuk  rakyat Malaysia di luar negara menyampaikan salam hari raya.Bermula dengan ucapan daripada para pelajar, ruangan tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara. 
 Lebih menarik perkembangan teknologi maklumat memberi peluang kepada  rakyat Malaysia di mana saja untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini  emel yang diterima melimpah ruah. Mereka yang berkhidmat di pelantar  minyak, di atas kapal malah nun di hujung dunia memeriahkan lagi ruangan  yang diwujudkan oleh akhbar ini dengan penuh rasa ikhlas. Sehingga hari  ini masih banyak emel yang diterima tidak dapat disiarkan. 
 Sebelum kepesatan zaman teknologi maklumat, berkotak-kotak surat  dikirimkan dengan harapan gambar serta ucapan mereka dapat disiarkan di  dalam ruangan tersebut. Setiap malam akan ada petugas yang menaip rapi  setiap maklumat yang dihantar, sambil sesekali tersenyum melihat  aksi-aksi pelajar kita di luar negara. Mereka ini tidak dibayar elaun  khas untuk membuat kerja-kerja menaip, mengumpul gambar dan mengasingkan  antara surat yang telah diproses dan surat yang baru diterima.  Kesemuanya itu dibuat dengan rasa ikhlas. Sebab itu tiada bayaran  dikenakan. Tiada syarat-syarat - satu yang dipinta pengirim juga mesti  bersikap jujur dan ikhlas. Pastikan maklumat yang dikirim adalah betul. 
Akhbar-akhbar lain turut berbuat demikian. 
 Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada  sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil  kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk  akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara  untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap  latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh  prinsip saling percaya-mempercayai. 
 Kecanggihan 
Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia  untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti  songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari  Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka  berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan.  Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana  umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak  untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka  handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka  juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain.  Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah  ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan. 
 Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar  negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk  disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga  diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka  disiarkan di ruang Salam Perantauan. 
 Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen  di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti  penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi  dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan  pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula  penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan  menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan  kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat. 
 Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa  mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi  UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan  tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu  tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak  sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi  sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya  ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang  dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di  Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak  pernah dilanda salji? 
 Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan  meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar  yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak  akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti  otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan  kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu  untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi  universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak  pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera  mengenal pasti gambar-gambar tersebut. 
 Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini  menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah  membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara  yang logik dan tidak masuk akal.
Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang  kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang  diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang  Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang  turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga  dedahkan penipuan.
 
  
|  | 
| Aku sampai sanggup turun bawah, pergi Kopetro nak beli akhbar Utusan hari ni, nak tengok sendiri artikel ni. Akhbar Mingguan Malaysia 10 Oktober 2010, m/s 9 | 
 | 
|  | 
| Gambar kontroversi 1 | 
|  | 
| Gambar kontroversi 2 | 
 | 
 Ok, aku tak sangka pulak akan keluar artikel dalam akhbar macam ni. Dulu aku pernah jugak buat entry blog pasal ni. Bole lihat sini. Dalam entry yang sama jugak aku letakkan link untuk blog yang review pasal gambar Salam Perantauan Utusan tu. Bole lihat sini. Pemilik blog tu rupa-rupanya bekas pelajar UTP jugak. Maksudnya, senior aku la. 
 Disebabkan rasa prihatin-yang-tinggi sebagai pelajar UTP, aku baca jugak kenyataan balas senior aku tu terhadap artikel Utusan kat blog dia. 
 
 Entry tu bertajuk: F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan
*********
Korg pun dialu-alukan baca semua entry yang berkaitan isu ni. Baca, fikir, analisis dan nilai la baik buruknya isu ni. Aku tak memihak mana2 pihak pun. Bagi aku, dua-dua pun ada salah dan betulnya. Dua-dua pun ada pendirian masing-masing. Cuma bagi aku, eloklah bagi kita untuk berfikir dulu sedalam-sedalamnya sebelum membuat sesuatu terutamanya yang melibatkan kumpulan sejagat dan kepentingan bersama.  Ya, dalam hidup ni semua tak sempurna kan melainkan Allah dan Rasul saja, tapi kalau kita diberi pilihan, pilihlah untuk melakukan kebaikan daripada perkara-perkara yang sebaliknya dan yang tak mendatangkan faedah. Mari kita lihat dari sudut yang positif. Kadang-kadang bila berlakunya isu macam ni bagus jugak, supaya kita boleh mendapat kesedaran dan pengajaran atas apa yang berlaku dan pada masa yang sama menilai sejauh mana integriti dan etika kehidupan kita pada masa kini. 
Sekian dulu buat sini. Komen semua sangat dialu-alukan. 
Peace! 
  Entry lain yang berkaitan:1. Isu Hot
  Entry lain yang berkaitan:1. Isu Hot  
 
15 butterflies:
hoho.nnt kita tgk sapa yg kena~
o/ sy sokong budak utp..hehe
hehe~ ;)
wah. mantap diyana.
siap gie beli paper lagi!
cayalah~
Rase nak tergelak ada.
Rasa terkilan ada.
Betul jugak ckp wartawan tu, kita tak bole expect dia nak cek semua submission gambar, mereka mungkin menganggap semua org yg anta gambar berniat baik.
Tapi agak kreatif jugak budak-budak utp ni, mmg out of the box! Haha.
Anyway, i take no side :)
kiera,?
hehe...tu la..tp beli ppr tu bkn semata-mata krn artikel tu ja...ada gak bnda laen yg nk baca.. ;)
k.chuna,
kita sama, take no side!
mcm yg diyana tulis dlm entry ni, hal ni melibatkan integriti semua pihak. =)
ada baik & buruknya, maka kena la fhm naluri student & tugas wartawan. ;P
dengar-dengar. macam pengurusan nak amek tindakan kat budak yang antar gambar tuh.
kesian diorang..
owh ya???
sian la jgk kan...huhu~
tp tu la kan, berani buat berani la tanggung. =)
yes, famous la utp jap lg
selama ni takde org kisah pun wujudnya utp,hak3
betul tuh, dua2 pihak ada betul dan salahnya
tak guna nk tuding jari ke mana2 pihak
elok utk kita fikirkan bersama
tn hj. mohamed noor rosli agk kesal dgn tindakan pelajar2 trsebut...
penaberkala,
yup betul tu... =)
apa2 pn sy ttp bgga jd student utp~ =)
(tp bkn sbb isu ni la)
anak melayu,
of koz la kan, melibatkan reputasi UTP secara keseluruhannya...
sbb segelintir, semua terkena..
salam..
pada pandangan saya, betul,, salah pelajar yg menghantar gambar atas sebab nak main2. tapi dia bukanlah berniat serius mahu menipu. sekadar mencuba nasib kalau2 gambar itu akan terpapar.
persoalannya, apabila ada org yg membesar2kan cerita ni kepada blogger2 yg mengutuk2 utusan.. diorang ni lah menyebabkan utusan panas hati lalu keluarlah artikel tersebut yg straight away menyalahkan utp..
ibarat dua gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah2..
setuju dgn afifah06, ada org lain yg membesar2kan isu ni sampai utusan panas hati...
yup, sgt setuju dengan afifah06 & guest!
in the very first place until now, tu yg sy fikir mulanya semua benda ni..huhu~