Balik rumah.....
9/07/2010 01:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ish3...baru nak update kan..haaaa....setelah mengharungi macam2 cabaran, akhirnya aku berjaya gak sampai kat rumah untuk raya jumaat malam hari tu. Phew~~ Memang cabaran la kan sebab beberapa hari sebelum jumaat tu, aku dan kawan2 aku dah siap jadi zombie dah!

Kenapa zombie? huh..tu  sebab ktorg lebih banyak berjaga daripada tido..waaaaa...banyak test, report dan assignment yang kena siapkan! kena stay up la jawabnya 3 hari berturut-turut, sampai otak pun macam setengah senget + mata macam panda kot...tu yang panggil zombie tu! heeee~

Lepas tu, hari Jumaat lak, aku dan seorang kawan aku, Bee kena pergi KL. Ktorg kena pergi 2nd visit company yang bekerjasama dengan ktorg untuk Final Year Project (FYP) ktorg.  So, pagi2 jumaat, dalam pukul 4 pagi, ktorg dah gerak dari UTP, tumpang kawan aku sorang lagi, Sab dan ditemani seorang lagi kawan, Jee. Pastu ktorg gerak dari UTP pegi KL Sentral. Dalam pukul 8 pagi sampai KL Sentral. Company aku & Bee tak sama. Jadi ktorg berpisah kat sini. Aku pulak amek teksi sorang2 pergi Plaza VADS, Jalan Taman Tun Dr. Ismail.

Ktorg nya visit tu habes dalam tengah hari, so ktorg plan nak pegi SHOPPING RAYA kat Jalan Masjid India. Waaaooo...hari tu dah shopping, ni nak shopping lagi...OMG~ Tapi ni sebab ktorg jarang dapat peluang nak shopping kat KL, maka nak gak!

Ktorg gerak asing2. Bee & Jee gerak dari KL Sentral naik LRT terus pegi Jalan Masjid India. Aku lak dijemput kat Plaza VADS oleh sepupu aku yang tinggal kat KL, abg Wafi. Dah la bertahun-tahun lamanya tak jumpa dia, tiba2 dia kena datang amek aku lak...herm, masing2 pun dah ingat-ingat lupa muka masing2..hehe~ ;P

Pastu, terus ktorg shoot pegi Jalan Masjid India tu. Huhu....memang terlampau banyak kedai, sampai tak tau nak beli apa pun...dan end up beli satu inner ja. Patutnya nak jumpa Bee & Jee kat sini, tapi sebab kekangan masa dan diorg pun nak kejar flight diorg, tak sempat langsung jumpa sejak pagi Jumaat tu. Last2, aku jalan2 dengan kajen aku ja. Dia plak pegi beli shade tu...aku temankan ja. Masa Bee & Jee dah nak pegi KLIA, aku lak sangkut dalam traffic jam. Memang tak dapat jumpa.
encik kajen, abg Wafi

Dalam 5.15 p.m., aku sampai KL Sentral. Bas aku kol 6 petang, so, sementara tu pegi cari makanan untuk bukak puasa. =). Bas NICE tu memang nice! Tapi aku sampai rumah kol 11 malam kot. Kalo naik bas biasa, 3 jam paling lambat dah sampai Penang. huhu~ PENAT gila journey sepanjang hari tu. Balik rumah, cakap2 kejap dengan parents, pastu DUSH, TIDOOOO!! ZzzZzzz~

Esok harinya dan hari2 berikutya pulak, keluar pegi shopping lagi dengan parents. Heu~ yang paling aku suka shopping dengan parents, satu sebab kena fully-sponsored kan...*wink2* ;D dan satu lagi feeling tu memang lain berbanding shopping raya dengan kawan. So, macam mana aku dah shopping raya dengan kawan2 pun, kena jugak shopping dengan parents..baru terasa lengkap persiapan raya! =)

Waaaaa....sekarang bila dah ada kat rumah, maka bermula la misi MENGEMAS RUMAH!!! Adik aku pulak tak balik raya lagi, nampaknya kena la kemas sorang2 dulu.....k2, nak chiau dulu..nak pi kemas rumah ni...heeeeeu~ B-)

BUT before that, take this guys....

ok, muka dah ada spot2 hitam lepas kena hentam cukup2 masa treatment!  harapnya hilangla sebelum raya..wish.




 



This entry was posted on 9/07/2010 01:01:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On September 17, 2010 at 4:06 PM , dwatyKNY said...

salam perkenalan...

 
On September 18, 2010 at 1:49 AM , eVy-D-YaNa said...

Salam perkenalan jua...thanks for visiting and following!~ =)

 
Related Posts with Thumbnails