Kelas Terakhir Semester Januari 2008
5/09/2008 10:40:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 3 Mei 2008

Lokasi : Kelas Latihan

Hari ni merupakan kelas terakhir silat cekak bagi semester Januari 2008. Hari ni jugak Kelas UTP15 ditamatkan secara rasminya. huhu~ wah, macam susah nak percaya...kelas aku dah sampai masa untuk ditamatkan. Rasa macam baru ja masuk & belajar. =)

Seperti biasa, bila semua kelas dah habis, semua orang akan berkumpul. Masa ni penyelia kelas latihan akan bagi ucapan. Sapa lagi kalo bukan Abg Halim. huuu~ Panjang lebar ucapan tapi penuh nasihat dan pengajaran serta pedoman. Terima kasih Abg Halim. Abg Ros Azman pun datang malam tu, tapi dia tak bagi ucapan.

Abg Halim berucap

TP UTP15 : Abg Arep & Abg Arep

gadis-gadis UTP15 (TH: Kak Tisha)

Lepas habis ucapan, semua orang akan saling bersalaman. Ini budaya ktorg, penuh adat orang Melayu.

salam

Memandangkan di kelas yang terakhir,
jom semua bergambar!!!

Masa ni la dapat tengok aksi-aksi pelik @ lucu @ kelakar @ lawak semua orang. Masing-masing nak tarik perhatian lensa kamera! Hik3~ ;P Thanx kak Ina, menyumbangkan kamera untuk hampir semua aktiviti PSSCM UTP sem ni. =)

Kalo tak caya, tengok sendiri aksi2 kat bawah ni. Macam2! ;D

all ANIS in a row

ni la yang akan terjadi bila abg Pingu posing mcm tu!

"entah apa2!" - Kak Fadz

bajet mcm Hero

Semestinya UTP15 takkan melepaskan peluang nak amek gambar dengan TP2 ktorg yang dah banyak berjasa sampai ktorg berjaya ditamatkan. Abg Arep Zainuddin, Abg Arep Pres & Kak Ina; setinggi-tinggi perhargaan...terima kasih daun keladi, jangan pernah lupa kami...cewah!~

UTP15 dengan TP ktorg, Abg Arep & Kak Ina

Tiba-tiba abg Ipe, abg Kord & yang lain-lain datang mencelah. Konon2 anggap abg Arep & kak Ina tu macam pengantin. Bukan main lagi nak buat persembahan. Yang kat belakang tu pun, sibuk nak kipas2 kan 'pasangan bahagia' neyh....weeee~ sampai tergelak-gelak abg Arep & kak Ina!

aksi abg Ipe & abg Kord

Ni aku pun tak faham apa motif sebenar diorg posing macam ni. Tapi kalo tengok gambar ni, kak Effa macam takut ancaman kodok.....ngeh3~

masih bermain kodok? xfaham2

Aksi2 yang ekstreeeeeeeeem!......

benarkah Abg Arep bersalah?


jangan tiru aksi ini di rumah ya!

Pose istimewa dari kami~

~Kak Asmat & Diyana~

*Abg Arep & Kak Ina* - semoga hepy slalue~

Maka berakhir la kelas ktorg malam tu. Lepas tu, apa lagi, pegi lepak & minum2 kat Sithick.
[sejarah gelap kat Sithick neyh~~ kih3]
~Sekali Cinta~
5/08/2008 01:41:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Ooooopppss!!! tengah2 study, tiba2 lak dapat idea...huuu ~(^_^)~~Sekali Cinta~

Sekali cinta menyinggahi hati

Tiada kuasa mampu menghenti


Tiada ruang berpaling lagi


Hangat rindu sekabus pagi


Menyuntik ilham ke sanubari


Terpahat kukuh dalam memori

Bayangan wajahmu mengalunkan tari


Seindah senyumanmu melakar mimpi

Menemani kala malamku sepi

Ketahuilah, hanya kau kusayangi

~eVy-D-YaNa~

***

*** SKH...sebisa mungkin, tak akan pernah, sayangku akan hilang...***

Mata Itu Cerita Cinta
5/08/2008 01:12:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Renungan mata itu

Getaran hati ini

Sensasi cinta bersemi

Walau terluka hati dan jiwa

Aku belajar jadi pencinta yang setia

~eVy-D-YaNa~

***Tajam pandangan itu menikam jiwa ini, menusuk dalam ke dasar hati

~eVy-D-YaNa~

***
Biar mata saja berbicara...hati sudah dapat merasakannya

~eVy-D-YaNa~

***

Mata itu cerita cinta

Mata itu cerita segala

Dan kini kerananya

Terjerat sudah jiwa

~eVy-D-YaNa~
SILAT CEKAK MALAYSIA
5/05/2008 11:59:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Suatu masa dulu, ketika aku masih baru, seorang sahabat pernah berkata :

"SILAT CEKAK...it teaches us to be a good servant...just stay and be patient...you will get it, believe me!"

Alhamdu Lillah…Aku dah jumpa jalan yang aku cari selama ni. Bukan mudah nak jadi insan yang berguna terutamanya kepada mak ayah, agama Islam dan bangsa melayu. Bukan mudah juga untuk rasa nikmat kesabaran. Pada jalan ini, aku lihat kepentingan mempunyai guru. Pada jalan ini, aku temui jawapan...pada jalan ini, aku titip pengalaman.

YA ALLAH…tetapkanlah hati aku dalam perjuangan ini selalu. Kuatkan aku walau sebesar mana sekalipun dugaan-Mu. Aku punya tanggungjawab sebagai ahli tamat.

p/s: Terima kasih sahabat…kamu buka jalan untuk aku mula mengerti, atas sebab apa perjuangan ini. Semoga hati ini sekuat hati kamu dalam perjuangan PSSCM.
Kehidupan (part II)
5/05/2008 07:13:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang 2
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan
hari-hari
yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah
Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
kita membawa ke
neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini
adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,
kita
tinggalkan solat.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia
ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut- rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal
memegang amanah.


Imam Ghazali : Apa yang paling
tajam sekali di dunia ini ?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH
MANUSIA
.Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Kehidupan (part I)
5/05/2008 07:11:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Ada suatu hari aku bertanya kembali pada Abg Shafiq...

abg shafiq : Salam, diyana ada tanya soalan ni, kan?:

mcm na nk pupuk rindu kepada Allah & Rasul-Nya lebih drpd rindu sesama makhluk? =)


diyana
:
wassalam

abg shafiq : Kenali diri, kenali Dia.

diyana : ya

abg shafiq : Siapa yang mengenali dirinya, mengenali Tuhannya.

Dalam silat cekak pun ada ungkapan,

kenal diri rata-rata,

maka kenallah Tuhan yang nyata.

Cinta ini mengambil masa untuk disemai,

dijaga sebelum ia benar-benar berbunga.

Buktikan kesungguhan menjaganya,

menumbuhkannya, sepanjang usia..

diyana : mcm mana kta bole knal diri kita?

abg shafiq : =)

kenal diri.. bermaksud memahami hakikat diri.

siapa kita sebenarnya.

untuk apa kita dijadikan.

kenapa kita ada di sini.

dan ke mana penghujung jalan ini.

dalam al-qur'an, ada disebut

asal kejadian kita dahulu,

di alam arwah (para ruh) lagi

semua ruh manusia dikumpulkan di hdpn~Nya,

semuanya memeterai perjanjian dengan~Nya

bahawa kita bersaksi bahawa Dialah Tuhan,

kitalah hamba.

bahkan, insan itu memang dicipta mudah lupa,

maka setibanya di dunia,

perjanjian itu seakan-akan tak pernah dilafazkannya.

sedangkan itulah perjanjian yang membenarkan

ruhnya dizahirkan di muka dunia ini.

bulehlah dicarikan titik mula mengenal diri.

mengenal apa yang baik dan buruk dalam diri,

dan kaitkan sejauh mana sedarnya kita

akan penglihatan~Nya pada hati kita.

Hati tempat jatuhnya pandangan Tuhan.

Dia memandang hati-hati kita (yang mengandungi niat pada segala perbuatan kita), lebih daripada cantik jelita, tampan rupawan, paras rupa kita.

Kan pernah kita dengar, agama ini terbina dari 3 perkara?

diyana : 3?

abg shafiq : Islam, iman dan ihsan.

diyana : ya

abg shafiq : islam - berkaitan amal ibadah kita

iman - tentang akidah, kepercayaan kita.

dan ihsan?

kita beramal seperti kita dapat melihat~Nya.

jika tak mampu mengandai begitu,

ingatlah bahawa Dia sentiasa memandang kita.

diyana : btol tu

abg shafiq: Diyana, buleh fikirkan dahulu, ya.

Simpan pertanyaan selepas ini.

Permisi, solat isya' sekarang.

diyana : baek

terima kasih...

=)

abg shafiq : Wassalam. In sya Allah bertemu kembali, sbntr lg. :)

diyana : insyaAllah

=)


p/s: kata Tok Hikam "Kenal dirimu rata-rata, baru kenal Tuhan yang nyata." -kenalkah aku dengan diri aku sendiri?-

Hang Out Rakan Persilatan
5/04/2008 10:01:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 2 Mei 2008

Masa : 4.00 pm

Lokasi : Greentown Mall & Jaya Jusco, Ipoh


Kalau ikut perancangan awal, nak keluar Ipoh ni bukan sebab nak enjoy....tapi sebab nak repair enfon kesayangan aku, NOKIA 5300. Enfon aku mengalami kerosakan yg kritikal sjak ari Rabu, 30 April. Sistem enfon ni hang....lagi dahsyat tak bole tekan apa2 butang pun. Tak bergerak langsung dari interface depan. Dah banyak kali cabut bateri dan on semula pun tak berkesan gak. Tak bole jadi macam ni. Masuk ari jumaat tu dah 3 ari aku lost contact dengan orang2 sekeliling. Naseb baek ada seorang rakan nak pinjamkan enfon dia untuk tukar sim card jap. wah....sekali bukak, berpuluh-puluh mesej pending untuk aku. haih~~

Mulanya nak ajak Kak Asmat teman aku pegi repair enfon ni, tapi ari jumaat tu dia ada 2 test. So, tak nak la ganggu dia. Aku pn dah buntu ni nak mintak tolong sapa lagi. Last2, aku teringat nak mintak tolong Abg Pingu. Tu pun sebab aku terserempak dengan dia kat kafe. hehe....dia setuju nak tolong. Naseb baek! Tapi....takkan nak keluar berdua ja pegi Ipoh. So, Abg Pingu ajak sekali abg2 & akak2 UTP12. Wah, meriah! Konon nak repair enfon, pegi sampai 2 keta....ahakz~~ =P

Ari Jumaat tu, lepas hantar lab report yang terakhir, teros aku bersiap-siap. Kol 4.oo petang bertolak, tapi 1 keta dulu...keta Abg Pingu. Yang naik keta Abg Pingu ni aku, Abg Pingu, Abg Meri & Khairi. Keta kedua (Abg Jepp, Abg Nash, Kak Didie & Kak Effa) gerak kol 5, teros gi JJ. Ktorg pegi Greentown Mall dulu sebab nak repair enfon. Tu yang keluar awal sikit. Sampai2 Greentown, teros pegi kedai enfon, ntah apa nama kedai tu, tak sempat nak hafal...hik3~~kena tunggu sejam sementara nak repair enfon tu. So, ktorg pun turun makan kat food court bawah. Bole tahan mahal harga makanan kat situ. Nama pun food court~~

Lepas sejam, pegi amek balik enfon. WAAAAA~~ enfon aku kena format semula. Sistem dalam tu memang dah hang terok. Aku pun tak tau macam mana bole jadi macam tu. Rasanya dah tatang enfon tu macam minyak yang penuh. Haih....abeh semua nombor2 telefon yang simpan dalam tu. Mesej2 gak. Abeh semua burn. Tak dapat buat back up. Yang paling sedey, mesej2 bermakna yang aku simpan sejak 3 tahun dulu pn hilang gak. Sedey sangat. huhu~ ~(=_=)~tapi kena syukur, naseb baek bole repair gak enfon tu. Alhamdu Lillah~~ tak bole hidop tanpa enfon. Dugaan2...

Lepas tu ktorg teros gerak pegi JJ. Jumpa Abg Jepp, Abg Nash, Kak Didie & Kak Effa kat sana. Tak tau nak buat apa, diorg ni masuk karaoke. Fuh...time ni semua orang nak tunjuk bakat2 terpendam. Kak Effa & Kak Didie yang paling semangat nak nyanyi...macam2 lagu diorg pilih. Yang lain2 pun tak kurang semangat. Dalam banyak2 lagu, diorg pilih gak nak nyanyi lagu POCO2...ni mesti kes bahang interaksi 15 ari tu. hehe... =P

Abg Jepp ajak aku nyanyi berduet dengan dia. Fikir2 bole gak la. So, aku pilih lagu My Heart (Acha & Irwansyah). Kononnya nak berduet dengan Abg Jepp, last2 nyanyi dgn Abg Meri. Abg Pingu menyelit cket2. Naseb baek microfon tu tak kuat sangat. Tak tau la aku nyanyi macam mana. Maen nyanyi ja...hehe~~bole tahan suara Abg Meri...kih3~~ =)

Lepas solat Maghrib, ktorg pegi main boling lak. Aku tak main. Siyes tak reti main. Lepas kejadian tahun lepas, aku macam dah serik nak main. Tak nak memalukan diri sendiri dah. ahakz! Abg Meri pun tak main sebab badan dia sakit kot. Kiranya, yang main 6 orang. Macam2 style yang dipertontonkan. Style Kak Didie, Khairi & Abg Nash yang paling dapat perhatian. Semua x bole blah...tak tahan sangat nak gelak tengok diorg. Kak Effa & Abg Jepp cool ja sepanjang game. Abg Pingu lak selalu buat balingan yang semangat2...erm~~Lepas main 2 game, Abg Jepp pemenangnya. Mana tak menang, banyak kali strike! hee~~

Lepas boling ,ada masa lagi 45 minit sebelum midnite movie. Sambung balik karaoke. Kali ni diorg lagi semangat nak nyanyi. Lagi banyak lagu yang dipilih. Tak tau la sama ada dah kurang cket rasa malu atau memang nak release tension. hehe~~Sekali lagi aku dapat jemputan Abg Jepp untuk berduet. Lagu yang sama. Sebab tak nak menghampakan orang yang menjemput, aku pn nyanyi la lagu tu. hehe~~ malunya bila fikir2 balik. Ya la, ni first time aku masuk tempat2 karaoke ni. Dah jadi macam rusa masuk kampung ja. weee~~

Lepas Abg Ipe datang join ktorg malam tu, pegi tengok midnite movie, cerita Iron Man. Tak tau aku sapa heronya...main layan ja...hehe~~Bole tahan best cita ni. Bak kata Kak Effa, "Tak nampak tak real" ataupun ringkasannya nampak real. hehe....teknik CGI diorg memang mantap. Overall, best cita ni. huhu....ni baru kali kedua aku tengok wayang...huuu~~tros tengok midnite...

Dah abeh tu, pegi makan kat McD dekat area Tesco. Kesian Abg Pingu, konon mengidam sangat nak makan KFC, tapi tak dapat sebab dah tutup. McD ja la~~Kecewa cket time ni, kol 2-6 pagi, McD tak jual ais krim. So, tak dapat la aku nak makan favourite ice-cream ever, CORNETTO CHOCOLATE McFLURRY. Frust2~~crazily crave for that ice-cream at that moment. Tengah2 makan tu, nampak la sekumpulan @ berkumpulan-kumpulan mat rempit kat jalan. First time aku tengok life mat2 rempit nya aksi2 daring yg bole dikatakan agak bodoh. Jakun kan aku ni...haih~~ =P

Bertolak balik dari McD kol 4.45 pagi & sampai kat UTP kol 5.30 pagi. So far, banyak benda2 baru yang aku belajar sepanjang hang out ni. Benda2 yang tak pernah terfikir langsung aku akan buat. Memang BEST!!! Ada hikmah kot enfon tu rosak~~tapi satu ja perkara termiss out, dalam keseronokan tu lupa plak nak amek gambar ramai2 tanda kenangan...erm..terima kasih Abg Pingu sebab sudi nak bantu diyana & terima kasih gak kat yang lain2 (Abg Meri, Abg Nash, Abg Jepp, Abg Ipe, Khairi, Kak Didie & Kak Effa) sebab buat diyana rasa hepy walaupun sedey cket time tu psl enfon~Nice experience~~ CHAYUNK KAMU SEMUA!!!

Related Posts with Thumbnails