Ada suatu hari aku bertanya kembali pada Abg Shafiq...
abg shafiq : Salam, diyana ada tanya soalan ni, kan?:
mcm na nk pupuk rindu kepada Allah & Rasul-Nya lebih drpd rindu sesama makhluk? =)
diyana : wassalam
abg shafiq : Kenali diri, kenali Dia.
diyana : ya
abg shafiq : Siapa yang mengenali dirinya, mengenali Tuhannya.
Dalam silat cekak pun ada ungkapan,
kenal diri rata-rata,
maka kenallah Tuhan yang nyata.
Cinta ini mengambil masa untuk disemai,
dijaga sebelum ia benar-benar berbunga.
Buktikan kesungguhan menjaganya,
menumbuhkannya, sepanjang usia..
diyana : mcm mana kta bole knal diri kita?
abg shafiq : =)
kenal diri.. bermaksud memahami hakikat diri.
siapa kita sebenarnya.
untuk apa kita dijadikan.
kenapa kita ada di sini.
dan ke mana penghujung jalan ini.
dalam al-qur'an, ada disebut
asal kejadian kita dahulu,
di alam arwah (para ruh) lagi
semua ruh manusia dikumpulkan di hdpn~Nya,
semuanya memeterai perjanjian dengan~Nya
bahawa kita bersaksi bahawa Dialah Tuhan,
kitalah hamba.
bahkan, insan itu memang dicipta mudah lupa,
maka setibanya di dunia,
perjanjian itu seakan-akan tak pernah dilafazkannya.
sedangkan itulah perjanjian yang membenarkan
ruhnya dizahirkan di muka dunia ini.
bulehlah dicarikan titik mula mengenal diri.
mengenal apa yang baik dan buruk dalam diri,
dan kaitkan sejauh mana sedarnya kita
akan penglihatan~Nya pada hati kita.
Hati tempat jatuhnya pandangan Tuhan.
Dia memandang hati-hati kita (yang mengandungi niat pada segala perbuatan kita), lebih daripada cantik jelita, tampan rupawan, paras rupa kita.
Kan pernah kita dengar, agama ini terbina dari 3 perkara?
diyana : 3?
abg shafiq : Islam, iman dan ihsan.
diyana : ya
abg shafiq : islam - berkaitan amal ibadah kita
iman - tentang akidah, kepercayaan kita.
dan ihsan?
kita beramal seperti kita dapat melihat~Nya.
jika tak mampu mengandai begitu,
ingatlah bahawa Dia sentiasa memandang kita.
diyana : btol tu
abg shafiq: Diyana, buleh fikirkan dahulu, ya.
Simpan pertanyaan selepas ini.
Permisi, solat isya' sekarang.
diyana : baek
terima kasih...
=)
abg shafiq : Wassalam. In sya Allah bertemu kembali, sbntr lg. :)
diyana : insyaAllah
=)
p/s: kata Tok Hikam "Kenal dirimu rata-rata, baru kenal Tuhan yang nyata." -kenalkah aku dengan diri aku sendiri?-
0 butterflies: