Khilaf
9/15/2008 01:41:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Memegang tugas sebagai AJK Makanan untuk majlis berbuka puasa kali ni memang sangat mencabar. Perancangan untuk majlis ni pun memang adhoc. Nak kendali majlis besar peringkat cawangan Perak bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi sebahagian besar majlis melibatkan makanan. Banyak benda yang perlu difikirkan pada satu masa sampai berlaku satu perkara yang tak terjangka.

Tapi memang salah aku rasanya sebab aku yang terima arahan direct tapi still terlepas pandang. Tambah pulak dengan kena fikir banyak perkara yang perlu disetel dan kepenatan seharian turun padang untuk setup tempat majlis, aku memang tak sengaja terlupa pasal benda tu. Tapi tak tau la pulak kalo memang dah ditakdirkan untuk perkara tu berlaku pada masa tu jugak. Patut la sepanjang hari, aku dah rasa tak sedap hati . Rupa-rupanya ada benda yang akan berlaku, yang memang ditakdirkan untuk aku....tapi Tuhan nak tunjuk masa tu jugak. Betul-betul masa waktu berbuka puasa.

Senang cakap, macam nak pecah kepala dan tercabut jantung masa tu bila tau aku dah terlepas pandang satu perkara yang amat penting walaupun pada pandangan kasar nampak macam perkara tu kecil. Tapi sebab ni melibatkan GU, khilafnya terasa terlampau besar di situ menyebabkan aku rasa bersalah sangat sampai nangis. Terima kasih kak Anis sebab banyak tolong cover dan maaf sangat2 sebab kena marah sekali...huhu~

Mengulas balik kata-kata seorang tenaga pengajar masa mesyuarat terakhir majlis ni, satu lagi perkara yang aku belajar ketika kendalikan program ni, kalo kita rasa event yang kita kendali tu berjalan lancar, senang cakap smooth la, semakin tak lancar la ia..mesti ada yang tak kena kat mana-mana. Lumrah, setiap perkara baik yang ingin dibuat mesti disertai dengan dugaan dan ujian. So, lebih baik kita buat persediaan mental dan fizikal untuk perkara-perkara yang tak terjangka akan berlaku, terutamanya yang di bawah tanggungjawab kita.

Semasa berkumpul selepas habis majlis, seorang lagi tenaga pengajar memberitahu bahawa Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad pernah berkata, "Bahasakan yang baik itu dari Tuhanmu, yang lemah itu datang darimu." Apa yang aku faham, walau seelok mana sekali pun perancangan kita, segala perkara baik yang berlaku adalah atas keizinan Allah dan semestinya kalau perkara buruk yang terjadi, semuanya daripada kelemahan dan kekurangan kita sendiri sebagai hamba Allah yang kerdil. Memang betul-betul pengajaran ni.

.:: Bahasakan yang baik itu dari Tuhanmu, yang lemah itu datang darimu ::.
This entry was posted on 9/15/2008 01:41:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 butterflies:

On September 24, 2008 at 12:03 AM , Ashraf.K said...

Biasa la diyana terlepas pandang. Tp jangan patah semangat, jadikan stepping stone, pembakar semangat utk buat kerja dgn lebih baik.

Good luck!

 
On September 24, 2008 at 3:53 AM , eVy-D-YaNa said...

Terima kasih abg ashkam~ =)

 
On September 28, 2008 at 2:26 PM , asotoko said...

pernah juga ada pengalaman yang melibatkan GU. dan wataknya.... kak anis ada jugak sekali.dan kak anis juga yang mengcovernya.terima kasih kak anis ^_^

kuatkan semangat diana.belajar dari kesilapan dan pengalaman.

 
On October 1, 2008 at 5:39 AM , eVy-D-YaNa said...

Terima kasih kak ina~ =)

tp, kak Anis ni ialah kak hanisah... :)

 
Related Posts with Thumbnails