Malang tak berbau
4/06/2010 12:52:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Memang betul la kata orang2 tua dulu, malang memang tak berbau langsung. Macam mana berhati-hati kita atau omputih kata careful sekali pun, kalau nak jadi tu jadi jugak! Herm, tu la yang jadi kat aku semalam sampai aku kena MC arini. Lutut kiri aku berdarah sebab terlanggar dengan kuat kunci kabinet fail atas lantai, yang terjulur keluar, sampai lutut aku berdarah. Mula-mula aku ingatkan terlanggar biasa ja, paling kurang pun lebam sikit ja. Tapi bila aku jalan selangkah tiba-tiba darah merah pekat menitik atas tapak kaki aku. Bila aku tarik seluar naik atas...nah, terpancut lagi sekali darah tu.
 
(Psssttt...terkejut gila punya pasal, aku yang jarang menangis sebab benda remeh-temeh macam ni pun bole gak terkeluar air mata...ades!~ rupa-rupanya air mata tu bukan untuk sedih dan gembira ja, untuk terkejut jugak! )
 
Kunci kabinet tu ada orang tertinggal, terlupa nak cabut balik. Aku yang tak perasan langsung adanya kunci tu kat situ, dengan yakinnya pi amek dokumen atas kabinet tu sampai telanggar bila jalan. Abes kemek terus kunci tu, tak bole pakai dah. Bukan salah sapa2, benda dah nak jadi kan. Aishy, kecoh jugak la ofis aku pagi2 semalam. Aku sampai kena hantar pi klinik. 
 
Ni la luka kat kaki aku tu....
 Aku ingat doktor yang cuci luka aku ja, tapi dia siap bagi suntikan anti-jangkitan atau kalo tak silap aku anti-Tetanus. Adey, suntikan ni macam suntikan yang semua kena masa Form3 tu. Pedih kot. Sampai sekarang tangan kiri aku tak boleh nak gerak sangat sebab rasa sengal gila, sampai rasa nak demam. Tu yang kena amek MC lagi sekali arini. 
 
Dah la tu, datang lagi dugaan, dalam mulut aku belah kiri lak ada ulser besar sebab dua tiga hari lepas tergigit masa tengah makan. Nak cakap sangat pun tak bole, sakit. huhu~ Herm, lengkap semua bahagian kiri aku 'injured'. Sabar ja la...
 
Tapi sekarang aku ok. Besa la cuma perlu rehat ja. K, take care semua! Jumpa lagi nanti...

This entry was posted on 4/06/2010 12:52:00 PM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 butterflies:

On April 6, 2010 at 8:57 PM , mashimarossa said...

uih sampai kemek kunci tuh dek penangan orang2 terpuji neh XP

memang malang tak berbau busuk mahupun wangi kan...

so take care k
get well soon~ :)

 
On April 6, 2010 at 11:04 PM , zureen-chan said...

get well soon ya! jgn lupe letak ubat kt ulser tu :) nnt tak bole ckp byk2 da..hehee

 
On April 7, 2010 at 12:56 PM , ~kuyam~ said...

uih...malang xberbau~
r u ok now dear?
take care ok :)

 
On April 7, 2010 at 4:45 PM , tunbegia said...

sungguh ngeri,

salamm,

 
On April 12, 2010 at 2:04 AM , anis88 said...

lutut power~ besi pon hancur....hak3 gurau ja diana jgan marah~

 
On May 8, 2010 at 10:27 PM , limauais said...

adeihh..nmpak cam teruk.
have a good rest k.
nti da betol2 ok,bru pegi keje balik :)

 
Related Posts with Thumbnails