Riang Ria Raya ICT/BIS 2010 : Persediaan...
9/29/2010 12:17:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Hai semua! 
masa ni (24-Sept-2010), ktorg sebenarnya dalam perjalanan nak pergi cari barang2 untuk 
Riang Ria Raya ICT/BIS 2010. Ktorg kena cari bahan2 hiasan dan bahan2 nak masak pencuci mulut. 
Sampai 2 TESCO ktorg pegi...Tesco Ipoh & Tesco Pengkalan.
Lepas cari barang semua, singgah makan jap kat restoran depan Tesco Pengkalan tu. Entah apa nama kedai tu tak ingat, tapi restoran tu agak selesa dan cantik. 

Ok, aku order air hijau lagi..air kiwi..
aku memang suka air kiwi...
tapi sumpah aku cakap korg, air kiwi kat restoran tu sangat sedap..
sebab dia guna buah yang real! superb


meh minum~~ ;)

haaaa....ni semua barang-barang yang ktorg shopping kat 2 TESCO...
cik Mimie selaku PM pun dah penat dah tu..


Bila sampai rumah pulak, aku, Sab dan Atih buat puding roti dan puding jagung...puding roti tu idea atih, puding jagung lak idea aku...hee~

ni la dia puding jagung yang tengah tunggu nak disejukbekukan...

Mimie & Bee pulak kena reka poster untuk event tu....

ni masa tengah buat poster yang ala-ala cute tu! siyes meriah!  

Oh haaa...sebelum terlupa...ktorg semua sebenarnya kena buat kad raya sendiri untuk nak ditukar-tukar sesama ktorg...kalo bole semua nak yang buatan tangan sendiri..bukan yang beli.. 

Kalau nak tau aku dari kecik sangat suka mewarna sebab aku sukakan warna-warni...so, untuk kad raya ni aku sanggup pegi beli pensel warna sebab nak bagi nampak keaslian dan keikhlasan nak kongsi kad raya ni! hehe~ ;)


Ni kira muka depan kad raya aku...lukis sendiri kot,... cantek tak? hee~ 


Last but not least, ikhlas daripada aku...dengan kaseh sayang~ cewah!~~

So, nantikan post yang akan datang pasal event ni...

Sneak Peak : Riang Ria Raya ICT/BIS
9/26/2010 06:56:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


 
Riang Ria Raya ICT/BIS sangat BEST!!! 
Entry penuh akan ditulis nanti sebab takda semua gambar lagi...
 
 
 
Program
Riang Ria Raya ICT/BIS 201 
25 September 2010
Rumah Muz, Taman Seri Botani, Ipoh
 
 
 
Dahsyat jugak student2 UTP ek!
9/22/2010 11:35:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Pelajar2 UTP ni bijak jugak rupanya kan....hehe~ 
 
 

 

Check this out!
 
p/s: Tarikh surat khabar tu 21 September 2010.  Thumbs up! 

p/s2: kenapa sampai sekarang tak bole uplod image ni...ish, internet ni kan....
 
Blog List Ben Ashaari September
9/19/2010 11:29:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku dah agak lama jadi follower blog en. Ben Ashaari ni...entry ni menarik dan aku berminat nak join sebab pernah terlepas dateline untuk yang Aidilfitri hari tu...walaupun internet connection macam hampeh kat sini, aku try jugak buat entry ni... =) harap2 dapat la masuk dalam blog list en. Ben ni ya~~





Header blog cam tak dapat nak upload lagi sebab internet sangat slow! ish...japgi try lagi sekali..
At last, dapat jugak upload gambar..yeay!

 
Kategori: Tulis Diari 
 
 
p/s: Tak sempat lagi nak updet blog pasal raya. Banyak sangat report kena siapkan. Biasa la kan, bila cuti, macam jangan harap nak buat assignment ni semua kat rumah. InsyaAllah akan updet lepas ni..banyak nak tulis sebenarnya tapi tak cukup time. huhu~ 
 
Salam Aidilfitri
9/09/2010 11:30:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


Balik rumah.....
9/07/2010 01:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ish3...baru nak update kan..haaaa....setelah mengharungi macam2 cabaran, akhirnya aku berjaya gak sampai kat rumah untuk raya jumaat malam hari tu. Phew~~ Memang cabaran la kan sebab beberapa hari sebelum jumaat tu, aku dan kawan2 aku dah siap jadi zombie dah!

Kenapa zombie? huh..tu  sebab ktorg lebih banyak berjaga daripada tido..waaaaa...banyak test, report dan assignment yang kena siapkan! kena stay up la jawabnya 3 hari berturut-turut, sampai otak pun macam setengah senget + mata macam panda kot...tu yang panggil zombie tu! heeee~

Lepas tu, hari Jumaat lak, aku dan seorang kawan aku, Bee kena pergi KL. Ktorg kena pergi 2nd visit company yang bekerjasama dengan ktorg untuk Final Year Project (FYP) ktorg.  So, pagi2 jumaat, dalam pukul 4 pagi, ktorg dah gerak dari UTP, tumpang kawan aku sorang lagi, Sab dan ditemani seorang lagi kawan, Jee. Pastu ktorg gerak dari UTP pegi KL Sentral. Dalam pukul 8 pagi sampai KL Sentral. Company aku & Bee tak sama. Jadi ktorg berpisah kat sini. Aku pulak amek teksi sorang2 pergi Plaza VADS, Jalan Taman Tun Dr. Ismail.

Ktorg nya visit tu habes dalam tengah hari, so ktorg plan nak pegi SHOPPING RAYA kat Jalan Masjid India. Waaaooo...hari tu dah shopping, ni nak shopping lagi...OMG~ Tapi ni sebab ktorg jarang dapat peluang nak shopping kat KL, maka nak gak!

Ktorg gerak asing2. Bee & Jee gerak dari KL Sentral naik LRT terus pegi Jalan Masjid India. Aku lak dijemput kat Plaza VADS oleh sepupu aku yang tinggal kat KL, abg Wafi. Dah la bertahun-tahun lamanya tak jumpa dia, tiba2 dia kena datang amek aku lak...herm, masing2 pun dah ingat-ingat lupa muka masing2..hehe~ ;P

Pastu, terus ktorg shoot pegi Jalan Masjid India tu. Huhu....memang terlampau banyak kedai, sampai tak tau nak beli apa pun...dan end up beli satu inner ja. Patutnya nak jumpa Bee & Jee kat sini, tapi sebab kekangan masa dan diorg pun nak kejar flight diorg, tak sempat langsung jumpa sejak pagi Jumaat tu. Last2, aku jalan2 dengan kajen aku ja. Dia plak pegi beli shade tu...aku temankan ja. Masa Bee & Jee dah nak pegi KLIA, aku lak sangkut dalam traffic jam. Memang tak dapat jumpa.
encik kajen, abg Wafi

Dalam 5.15 p.m., aku sampai KL Sentral. Bas aku kol 6 petang, so, sementara tu pegi cari makanan untuk bukak puasa. =). Bas NICE tu memang nice! Tapi aku sampai rumah kol 11 malam kot. Kalo naik bas biasa, 3 jam paling lambat dah sampai Penang. huhu~ PENAT gila journey sepanjang hari tu. Balik rumah, cakap2 kejap dengan parents, pastu DUSH, TIDOOOO!! ZzzZzzz~

Esok harinya dan hari2 berikutya pulak, keluar pegi shopping lagi dengan parents. Heu~ yang paling aku suka shopping dengan parents, satu sebab kena fully-sponsored kan...*wink2* ;D dan satu lagi feeling tu memang lain berbanding shopping raya dengan kawan. So, macam mana aku dah shopping raya dengan kawan2 pun, kena jugak shopping dengan parents..baru terasa lengkap persiapan raya! =)

Waaaaa....sekarang bila dah ada kat rumah, maka bermula la misi MENGEMAS RUMAH!!! Adik aku pulak tak balik raya lagi, nampaknya kena la kemas sorang2 dulu.....k2, nak chiau dulu..nak pi kemas rumah ni...heeeeeu~ B-)

BUT before that, take this guys....

ok, muka dah ada spot2 hitam lepas kena hentam cukup2 masa treatment!  harapnya hilangla sebelum raya..wish.




 



Anak Rintih
9/05/2010 11:58:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


Tadi aku ada tonton telemovie "Anak Rintih"   kat saluran Astro Prima.  Bagi aku cerita ni best dan ada nilai sentimental. Walaupun jalan cerita ni macam slow siket, tapi tetap menarik.



Ni antara barisan pelakon telemovie ni.....

Zoulle Ariffin sbg ayah a.k.a Roni Ahmad
 

adik Ezryn Loy sbg anak a.k.a Dino

Jue Aziz sbg mama a.k.a Jeslin

Aku tak pasti sama ada cerita ni sebenarnya untuk tayangan hari bapa atau bulan puasa, sebab telemovie ni macam bertemakan kasih sayang seorang ayah...atau mungkin jugak pernah ditayangkan masa hari bapa tapi aku tak tengok sebab takda kat rumah, Then, cerita ni diulang tayang masa bulan puasa..entah la, aku pun kurang pasti. 
salah satu babak dalam Anak Rintih
dipetik di sini.
Sinopsis Anak Rintih boleh dibaca di sini.

Aku suka sangat cerita ni sebab ada pengajaran. Selain perlu menghargai kasih sayang ayah, ada jugak pengajaran lain dalam cerita ni. Yang aku belajar daripada cerita ni, semua orang layak dapat peluang kedua untuk menebus kesalahan apabila dia pernah membuat kesilapan, dan bila kita halang orang yang berniat baik atas dasar keinsafan, mungkin akan jadi perkaran yang lebih buruk lagi. Sama la macam dalam cerita ni.

Cerita yang best bagi aku ialah cerita yang berjaya menangkap perasaan aku.  Sampai nak mengalir air mata aku tengok cerita ni terutamanya part Dino call ayah dia, Roni sebab nak mintak maaf dan nak cakap dia sayang ayah dia tu. Cerita ni sedih la jugak maksudnya. Semua watak berjaya memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Aku suka watak Zoulle jadi ayah muda untuk Dino dalam cerita ni. Walaupun bawak watak ayah,  Zoulle tetap nampak macho dan style. Adik Ezryn tu pun bagus. So, gabungan diorg sangat masuk, bahasa badan dan ekspresi muka diorg cukup melambangkan kasih sayang antara ayah dan anak. Sinematografi pun menarik.

Rasa nak tengok lagi...huhu~

p/s: Sesiapa yang nak download telemovie ni, mungkin bole try link ni.

 

Related Posts with Thumbnails