Anak Rintih
9/05/2010 11:58:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


Tadi aku ada tonton telemovie "Anak Rintih"   kat saluran Astro Prima.  Bagi aku cerita ni best dan ada nilai sentimental. Walaupun jalan cerita ni macam slow siket, tapi tetap menarik.



Ni antara barisan pelakon telemovie ni.....

Zoulle Ariffin sbg ayah a.k.a Roni Ahmad
 

adik Ezryn Loy sbg anak a.k.a Dino

Jue Aziz sbg mama a.k.a Jeslin

Aku tak pasti sama ada cerita ni sebenarnya untuk tayangan hari bapa atau bulan puasa, sebab telemovie ni macam bertemakan kasih sayang seorang ayah...atau mungkin jugak pernah ditayangkan masa hari bapa tapi aku tak tengok sebab takda kat rumah, Then, cerita ni diulang tayang masa bulan puasa..entah la, aku pun kurang pasti. 
salah satu babak dalam Anak Rintih
dipetik di sini.
Sinopsis Anak Rintih boleh dibaca di sini.

Aku suka sangat cerita ni sebab ada pengajaran. Selain perlu menghargai kasih sayang ayah, ada jugak pengajaran lain dalam cerita ni. Yang aku belajar daripada cerita ni, semua orang layak dapat peluang kedua untuk menebus kesalahan apabila dia pernah membuat kesilapan, dan bila kita halang orang yang berniat baik atas dasar keinsafan, mungkin akan jadi perkaran yang lebih buruk lagi. Sama la macam dalam cerita ni.

Cerita yang best bagi aku ialah cerita yang berjaya menangkap perasaan aku.  Sampai nak mengalir air mata aku tengok cerita ni terutamanya part Dino call ayah dia, Roni sebab nak mintak maaf dan nak cakap dia sayang ayah dia tu. Cerita ni sedih la jugak maksudnya. Semua watak berjaya memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Aku suka watak Zoulle jadi ayah muda untuk Dino dalam cerita ni. Walaupun bawak watak ayah,  Zoulle tetap nampak macho dan style. Adik Ezryn tu pun bagus. So, gabungan diorg sangat masuk, bahasa badan dan ekspresi muka diorg cukup melambangkan kasih sayang antara ayah dan anak. Sinematografi pun menarik.

Rasa nak tengok lagi...huhu~

p/s: Sesiapa yang nak download telemovie ni, mungkin bole try link ni.

 

This entry was posted on 9/05/2010 11:58:00 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 butterflies:

On September 7, 2010 at 12:45 PM , Wan Perlis said...

terbaik cita ni

 
On September 7, 2010 at 1:11 PM , eVy-D-YaNa said...

best kan? suka sgt!~ =)

 
On September 25, 2010 at 6:56 PM , AROL DSHW said...

eh, ade link sinopsis arol lah!
hehe. :D thanks yeah!

 
On September 26, 2010 at 12:32 PM , eVy-D-YaNa said...

heee...mst la ada, sebab nk refer kan..hee~
u r welcome~ =)

 
Related Posts with Thumbnails