Kelas latihan UTP untuk semester Januari 2011 baru mula semalam. Bagi aku, kelas semalam agak seronok dan nice! Adik-adik junior yang aku kenal sebelum ni, yang pendiam-pendiam tu dah mula tunjuk perangai sengal masing-masing. Semua tak nak kalah dengan akak-akak diorg yang sama gila-gila kot! ;D
Dah lama aku tak rasa seronok camni. Agaknya ni la kot perasaan jadi final year student. Bila aku tengok diorg, aku terimbas balik zaman-zaman aku sama macam diorg, masa baru masuk silat cekak dan mula nak kenal akak-akak dan abang-abang semua. Dulu, aku pun pendiam jugak tapi sekarang yang mana kenal aku, sure tau aku gila-gila cam mana...heee~ ;P
Kebiasaannya, lepas kelas latihan mesti akan keluar mapley. Sitik la kan. Haaa...bukan senang tau nak ajak diorg yang adik-adik ni keluar makan sekali. Kalau sorang tak nak pi, yang lain pun tak nak ikut. Biasa la kan, muda-muda ni minda bersih lagi tak nak keluar lewat malam. hehe~ Tapi aku ada buat satu trick & deal dengan diorg dan diorg terus setuju nak keluar! Semua lak tu. Tengok diorg makan dah buat aku rasa gembira sangat. =)
Kan aku ada kata diorg ni sengal kan? tengok la gambar kat bawah ni. Sampai kat mapley Sitik tu ktorg bergambar kot. Tak menyempat-nyempat nak bajet hot! Kelas pertama la katakan....
 |
| dengan diorg yang sengal2~ |
 |
| Sory ek orang depan , gambar goyang lak...hee~ ;P |
Sure nanti aku akan rindu diorg bila aku grad....*sigh* T___T
K2, tak yah cerita sedih-sedih dulu...jom kita enjoy dulu untuk sem ni!
Saayaaang korang semua!
 |
Peserta dari UiTM Jengka dan UiTM Melaka mucul johan Putera dan Puteri pada Karnival Silat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini. |
TANJUNG MALIM 6 Jan. - Silat merupakan seni mempertahankan diri yang menjadi wadah warisan seni bangsa di negara ini. Justeru, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) iaitu salah satu persatuan yang giat mengajar seni silat ini mampu berperanan menarik penyertaan ramai generasi muda dalam memastikan seni pusaka bangsa terpelihara.
Bagi generasi baru, terutama pelajar di universiti ia memberikan pendedahan kepada golongan itu menguasai ilmu silat ke arah kepentingan warisan budaya, terutama warisan bangsa Melayu yang makin dilupakan.
Ini kerana silat apabila dikembangkan di universiti di negara ini boleh melahirkan graduan yang berkarisma dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
Sehubungan itu, satu Karnival Silat Waja Diri PSSCM kali ke-4 diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini baru-baru ini.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika merasmikan karnival silat itu mencadangkan supaya seni silat cekak dijadikan salah satu kokurikulum berkredit di semua universiti di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, Pesaka akan membincangkan cadangan berkenaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama lagi.
Melalui usaha itu, katanya, golongan mahasiswa boleh menguasai ilmu silat ke arah mengekalkan seni pusaka budaya warisan Melayu.
"Silat juga boleh melahirkan graduan yang berperwatakan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
"Seni silat ini yang sudah bertapak di UPSI mampu membentuk keperibadian positif sebagai persediaan dalam mendidik anak bangsa," katanya.
Sebanyak 26 institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai karnival bertemakan '1Mahasiswa berjiwa Insaniah'.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, PSSCM sudah 45 tahun bertapak di negara ini dan ramai penuntut universiti telah menyertainya.
Mengenai karnival tersebut, kata beliau, menguasai ilmu persilatan menambahkan pengetahuan, berkebolehan mengurus organisasi dan mampu menjadi contoh kepada masyarakat.
Tambahnya, karnival ini memberi peluang kepada pesilat seluruh IPT untuk membentuk jaringan dan bertukar pandangan bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.
"Ia juga mewujudkan perpaduan dan semangat berpasukan.
"Selain menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan UiTM Jengka, Pahang muncul johan keseluruhan dengan meraih pingat emas bagi kategori putera dan puteri pada kejohanan itu.
Pingat Perak dimenangi pasukan Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya bagi kategori putera dan puteri.
UIA Gombak dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak pula meraih pingat Gangsa pada kejohanan tersebut.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah.
Sumber: Utusan Malaysia, 7 Januari 2011 Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my
********** Sebagai salah seorang ahli PSSCM UTP, aku nak ucapkan TAHNIAH kat skuad KWD PSSCM UTP untuk semua pencapaian. Tak kisah tempat yang ke berapa, tapi penyatuan hati tu yang penting. Semoga ukhuwah dan keakraban yang terjalin tu berkekalan hendaknya~ :)
Entry aku yang berkaitan dengan ni: Puas
Puas
12/11/2010 02:48:00 AM
| Author:
eVy-D-YaNa
Puas dapat makan ramai2 macam ni! 5-6 meja jugak malam ni. =D
Kepada skuad2 KWD....
sila teruskan usaha untuk trening dengan gigih! Selamat maju jaya dan buat yang terbaek k...dyana cuma mampu sampaikan doa dan semangat untuk korang...taknak kecewa lebih2 sebab tak dapat join, sebab korang ada untuk wakilkan dyana terutamanya yang skuad wanita k...SEMOGA BERJAYA!
Kalah tu pasti, menang tu bonus, yang penting HATI bersatu, TUHAN beserta~ :)
Saayaaaang Semua!!~ ;D
Ok, cuma nak
updet ringkas. Semalam
7 Disember bersamaan
1 Muharram 1432H, aku dan saudara2 seangkatan aku pergi USM Penang untuk menghadiri majlis
Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM.
Dari UTP ada 3 buah kereta (13 orang), bertolak pukul 6 pagi, sampai USM pukul 9 pagi.
Sumber gambar: sini
Bertempat di Dewan Budaya USM, program tu ada 2 sesi. sesi pagi ialah sesi berzanji memang best la dengar dan join berzanji ni. Masa ni jugak GU lancarkan buku berzanji. Aku beli jugak sebuah, rugi kalo tak beli. Sesi petang ada ucapan GU, penganugerahan parang lading dan anugerah khas. Akhir sekali ada sesi bergambar cawangan Perak dengan YDP, abg Halim. Dapat la jugak jumpa abang2 dan kakak2 yang dah lama grad. Siyes, rindu diorg.
Program tamat dalam pukul 6 petang macam tu, tapi ktorg bertolak balik pukul 8 malam lebih sebab ada insiden kereta ahli yang tak bole start enjin dan kereta satu lagi terkunci pintu pulak. Nak tau selanjutnya bole baca sini. Dalam perjalanan balik singgah RnR Gunung Semanggol. Masa nak balik tu, abg Azuwan beli buah berangan untuk mak dia. Alang2 tu dia belikan untuk ktorg yang dalam kereta dia makan.
Gila lah..patut la panggil buah berangan. Memang layaaaan makan buah ni sampai berangan akan kelemakmanisan dan kesedapan buah ni. Masyuuuk~ Aku pun baru dapat tau, buah berangan atau dalam bahasa omputihnya chestnut sangat berkhasiat dan kaya protein. Aku pun tak google lagi khasiat2 tu, kalo korg nak tau, google la ek. Eh, mahal tau buah ni...200g RM5, 400g dah RM10..kalo 1kg lak RM23.
Tu ja buat masa ni.
p/s: Aku singgah ja Penang, tapi tak balik rumah lagi. Bila dah balik UTP balik, mak aii, rindunya Penang.p/s2: Ada harapan yang perlu tinggal jadi kenangan saja. Perlukan hapuskan kenangan tu dan dia.
Ktorg baru buat majlis makan kecil-kecilan pada hari Jumaat malam, 5 November 2010. Makan-makan ni bertujuan untuk meraikan kejayaan barisan jawatankuasa yang menganjurkan Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun PSSCM IPT Perak. Tapi sebenarnya, makan-makan ni bukan untuk AJK-AJK saja, tapi untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan dinner hari tu. Yang lain-lain pun ada jugak yang join.
Majlis ni diadakan pukul 9 malam di Restoran Rusna Seafood . Dekat-dekat dengan UTP jugak. Untuk majlis ni, lebih kurang aku la yang organize and handle. Sepatutnya lebih ramai lagi AJK, tapi ramai yang tak dapat join sebab balik rumah. Musim study week la katakan. So, tinggal yang ni ja la....ok la jugak...
 |
| sebelah sana |
 |
| sebelah sini |
|
|
|
Meh kita intai siket menu ktorg malam tu....sedap dan menyelerakan! ......
 |
| sayur campur |
 |
| telur bistik |
 |
| udang tepung |
 |
| tomyan & daging black paper |
 |
| ikan siakap 3 rasa |
 |
| sayur campur |
 |
| buah-buahan | | | | | |
| | | |
K, lepas dah tengok menu..sampai masa nak makan dah...eh, tapi sebelum tu baca doa dulu...abg Izwan lead..
 |
| baca doa |
Haa....nak jugak selit gambar-gambar aku...ni ja pun yang ada....
 |
| orang kata muka aku nampak geram gila amek gambar makanan....ah-ha!~ tp cute kan??! |
Lepas makan, semua lepak jap tengok cerita Fast & Furious kat TV3. Balik dalam 11.30 malam, kenyang.
 |
| gambar posing-posing manis gitu - dengan Faizzen | |
|
Tu ja la coretan untuk kali ni...
Mereka-mereka:
~ abg Rambo ~ Diyana~ Faizzen ~ Hazwani ~ abg Sholleh ~ Zafa ~ Azfar ~ Khamisah ~ Sabrina ~ Fudzail ~ Syamim ~ abg Izwan ~ abg Kord ~ Chow ~ Hanie ~ Fizah ~ abg Fahmi ~
p/s: esok dah mula study week.....**sigh**
Kelas silat cekak Malaysia untuk sem Julai 2010 dah berakhir pada hari Rabu malam, 3 November 2010. Setiap kali kelas berakhir, mesti akan ada sesi bergambar. Bergambar gak ktorg sem ni walaupun jumlah yang hadir tak ramai macam sem2 sebelum ni.
Sebelum bergambar tu, macam biasa abg Halim akan berucap sikit. Beliau mendoakan semoga kotrg dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan yang akan mula dalam seminggu lebih lagi. Beliau juga berharap yang mana ada untuk terus kekal dalam persatuan dan mendapatkan lebih ramai ahli sem depan. InsyAllah~
 |
| abg Fahmi, abg Azuwan, abg Halim, abg Kord, abg Rambo |
Ni gambar abg Halim dengan mereka2 yang akan grad sem ni. Kak Anis takda dalam gambar ni sebab dia tak hadir kelas malam ni. Huh, apa yang aku bole kata, SEDIH. Sedihnya diorg dah nak habes belajar kat UTP. Sedih la jugak nak terima, mereka2 yang membesar bersama-sama aku dalam persatuan dah nak tinggalkan aku ktorg. huuu~ :(
Dah Dyana, jangan nak emo lebih2 pulak (pesan kat diri sendiri ni...huuu~). Banyak lagi tanggungjawab yang menanti di depan. Uh, semoga aku kuat dan tabah untuk menghadapi masa2 depan...insyaAllah~ Nasib baik aku masih ada diorg2 ni....
Aku dan adik2 gegurls UTP22, Aishah & Ain
 |
| Menggedik bersama Kierah & Ema...uh Ema pun akan intern sem depan... |
|
|
Akhir sekali,
Good Luck dan semoga terus berjaya kepada semua yang akan GRAD dan yang akan pegi INTERN. Take care tau~
Doakan ktorg pun terus berjaya di sini. Ada masa kita jumpa lagi.....
p/s: Jadi budak final year, sangat banyak bermain perasan rupanya. Semua kena rasa sekarang...huuu~
p.p/s: Kierah, thanks for the picts~
Yes, I've made it!...amboi tajuk nak omputih ja..hehe~ akhirnya setelah sekian lama ya ka sekian lama? macam berkurun ja tak berjogging, tadi dengan mood yang tiba2 membadai chey2 pada hal ada orang ajak jog ;P, maka aku pun berjogging la tadi. Gila dah lama tak jog, sekali jog dari V5 pi Chancellor Hall terus. Yakin ja kan...Rasa macam tak caya pun ada! hehe~ tapi nak buat macam mana, berjaya jugak mencabar diri sampai ke sana.
Habes, esok saket badan. ah-ha!~

p/s: thanks Fizah yang ajak..hehe~
Ada budak kelas aku tadi cakap kat aku yang aku ni tak bole jadi garang...lebih kurang gini la ayat dia...
Adik tu,
"Kak Dyana tak garang kot..cuma bila akak senyap, akak nampak garang sangat sampai macam ingat uh garangnya akak ni, tapi bila akak dah start cakap2, tak garang langsung!"
Wah, pengakuan jujur ya dik?! hehe~
Aku rasa kelakar la jugak. Memang aku ni susah nak garang, fakta.
Yang kelakarnya bole pulak dia rasa aku garang bila aku senyap...hehe~
 |
| Kesimpulannya, ni la aku yang memang susah nak jadi garang...lalala~ | |
|
|
p/s: K, jom tido...nyte2~
UTP15
8/28/2010 12:42:00 PM
| Author:
eVy-D-YaNa
Legasi UTP15: Diyana~Syahmi~Abg Fahmi~Abg Sholleh~
Malam MAT ke-12 tu..kebetulan dapt jugak ktorg kumpul dan bergambar! Bukan senang nak bergambar 4 orang ni, selalu ada 3 ja. =)
Tak sangka dah sampai sini dah perjalanan ktorg. Rasa macam baru ja masuk persatuan sejak sem Jan 2007. Cepat betul masa berlalu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dikutip dan banyak jugak lagi yang menanti di hadapan. Harap2 semuanya tabah, terutamanya aku la. =)
Iftaar
8/28/2010 11:57:00 AM
| Author:
eVy-D-YaNa
Bukak2 balik library gambar (chey, macam banyak ja gambar sampai nak panggil library kan..hehe~), tiba-tiba nampak gambar-gambar ni, rupa-rupanya tertinggal nak post kat sini.
Masa hari kedua puasa hari tu, 12 Ogos 2010 (puasa hari ke-2), ktorg dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil kat Kelas Latihan Ipoh (KLI). Dari UTP, 5 orang pergi (kak Fad, abg Rambo, abg Kord, Sab, dan aku + Azlina (UiTM)). Aku ingatkan berbuka makan macam biasa, rupa-rupanya iftaar dia, makan dalam dulang gitu! Dah lama tak makan macam ni, so, macam excited la jugak. Tambah2 lak Lina tak pernah langsung makan dalam dulang, so, dia lagi2 la excited!~
 |
| Awfa tu cute ja walaupun malu-malu dengan orang |
 |
| Sab sibuk mengagihkan makanan dalam dulang |
 |
| Start kumpul2 keliling dulang |
 |
| Makanan memang mewah jangan cakap, sedap pulak tu. |
Makanan memang banyak, tengok gambar pun tau kan. Dah la satu dulang kongsi 4 orang ja, memang kenyang. Ktorg yang perempuan lagi la, tak dapat nak habiskan satu dulang pun, setengah ja, tapi dah kenyang yang amat.
 |
| Makan jangan tak makan |
Lepas solat Maghrib, buat bacaan Tahlil. Pastu dengar-dengar abg Halim bercerita dan bincang isu-isu. Dekat pukul 11 jugak baru balik.
Yeay, hari Sabtu abg Amin cakap nak turun pulau sebelum dia balik KL lepas hampir seminggu ada kerja kat Seberang. Wah, dalam hati dah seronok dah walaupun kena pi ofis hari Sabtu buat overtime. Dengan jasa baik abg Amin, dia dengan rela hati pegi amek aku dekat ofis sebelum ktorg pi makan kat Queensbay, walaupun dekat sejam lebih sesat tak jumpa jalan. =)
Dalam perjalanan, ktorg roger abg Arep pulak ajak dia join sekali. Naseb baek abg Arep belum bertolak balik kampung lagi, jadi dia pun join la!~ Tempat pertemuan ktorg kat Johnny's dalam QB Mall tu. Makan steamboat set untuk 4 orang, sebab abg Amin ada bawak seorang lagi kawan dia, Syafiq.
Masa makan tu ktorg kongsi la cerita-cerita terbaru pasal hidup masing2, pasal persatuan & hal2 lain jugak. Herm, tak lama sangat pun lepak2 sebab dah lewat petang sangat dah. Abg Amin kena balik KL dan abg Arep pun nak balik kampung. Dalam 6.30 petang dah gerak.
Herm, abg Amin macam rasa ralat pulak tak bawak kamera, sebab dia cakap pemandangan depan QB tu sangat cantik! Huh, memang cantek pun dan selalu jadi port orang amek gambar. It's ok, nanti lain kali kalo dia datang lagi, mungkin ada peluang nak amek gambar banyak2! Tapi buat masa ni, ktorg sempat snap 2 keping gambar ja! =)
Apa pun aku SERONOK sangat dapat lepak sekejap dengan abang2 aku!~ =D
Thanks jugak kat abg Amin sebab belanja ktorg makan steamboat petang tu!
 |
| ~abg Arep~abg Amin~evy~ |
Sabtu, 12 Jun 2010, 4.30-6.30 pm.
Ekceli tadi baru lepas USR kat USM. Aku pergi untuk membantu apa2 yang patut ja. Aku excited nak turun USR sebab nak rasa suasana USR kat USM pulak. Bila aku sampai sana, aku pulak yang neves. Dah la dengan selambanya pergi sorang2, pastu bila aku tengok diorg2 yang nak kena test arini, teringat aku masa2 aku amek USR dulu. Sat ja dah setahun dah rupanya. Cepat betoi masa berjalan!
Aku tak sangka pun geng2 UTP nak datang sini. Tengah2 dok dengar briefing tiba2 nampak abg Halim lalu masuk, pastu diikuti yang lain2. Yang paling best mesti la bila aku nampak ahli2 UTP ni semua! Eksaited ja aku time tu. hehe~
Hari ni aku ada la peluang mencuba apa yang aku belum pernah buat. Timba2 ilmu dan pengalaman. Tapi aku sempat ada sekejap ja kat USR sebab kena balik dah sebelum USR abeh, ada hal lain. Pa2 pun dapat jumpa dengan diorg dah kira best gila!~~ :D rindu kot!~
Disebabkan balik awal, tak sempat nak bergambar dengan diorg :( Tapi tak pa la kan, bole jumpa lagi nanti.. :)
p/s: terjumpa dengan something yang tak sepatutnya jumpa...aduhai~ careless....
susah jugak nak buang ek...huu~

Ribena??
Kenapa pulak ribena kan??

huuuu~
dua tiga hari ini ada 2 3 orang jugak pm dan mesej aku cakap rindukan ribena time trening demo...
Aiseyh....terharu la jugak kan..sebab ingatkan dah takda orang yang ingat pasal ribena2 tu..
Uh, teringat masa2 yang setiap masa trening pun mesti aku
provide ribena ni...
Caya tak untuk dua minggu trening ja,
satu botol 2 liter ribena biasa dengan
4 botol ribena glukosa aku guna...
so that masa trening diorg semua bertenaga siket...tak tau la berkesan atau tak, tapi aku rasa sangat seronok bila ramai yang minum bila penat..
Tau tak, disebabkan sayang dengan botol2 ribena yang pada aku ada kenangan ni, aku sanggup simpan semua botol ribena ni sepanjang sem sebelum aku
intern...aku buang bila aku mula
packing nak balik rumah ja...huhu~
So untuk korang2 yang cakap rindukan ribena aku, aku cuma mampu sediakan gambar2 ni ja untuk korang....sebab nak bancuh kat korang jauh sangat pulak,
tak dapet den nak nolong nya...hehe~ Nah amek gambar ni k!!~
Semoga korang trening demo baek2 ek sayang2 semua!! Semoga berjaya!~
Berwakilkan Ribena,
SAAAYAANG SEMUAAA!!~
