Dapur dan dengan apa yang ada
10/08/2010 03:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Sejak aku, Bee & Mimie berjaya  mengemas kini peti ais dan mengemas dapur rumah ktorg, semangat memasak tu semakin menebal. cewah!~ ;D 

kemas kan? heee~

Dapur gas pun baru beli...termasuk jugak peralatan2 asas...

Memandangkan hari ni, Jumaat, ktorg takda kelas, jadi buat keputusan nak masak ringkas2 untuk makan tengah hari.....

dan

ni la hasilnya...

Corn beef masak sos + salad telur + nasi
Bee masak corn beef tu dan aku tukang letak perisa. Mimie lak masak salad telur. 
Memang ringkas, sebab ni ja bahan yang ada kat dapur ktorg buat masa ni.

tapi apa2 pun tetap SEDAP..nyum3~~



Vandalisma kot....
8/07/2010 12:43:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Suis lampu yang terkopak...

Aku pun tak tau la apa masalah osmet aku yang sorang tu...ekceli ada sorg osmet aku ni foreigner...dia macam anti siket dengan cahaya lampu kot...tengok la apa dia dah buat dengan lampu koridor depan bilik aku ni...ish3...aku dengan kawan2 aku memang terkejut la tengok suis lampu ni dah jadi macam ni masa khamis lepas...vandalisma kot ni..

Ktorg memang saspek osmet ni yang kopak suis lampu ni, sampai litar elektrik dalam lampu tu pun takda dah...sebab sebelum2 ni bila ktorg bukak lampu koridor masa2 nak malam atau gelap, tak lama lepas tu, mesti dia akan keluar bilik dia dan tutup lampu tu...menjadikan kawasan koridor tu gelap balik. Even, kat bilik dia sendiri pun dia jarang gila bukak lampu..pelik kan? 


Tapi kalau sampai pegi kopak suis lampu memang melampau kot! Ktorg tinggal nak report ja ni...

Apa pendapat korg? 


Related Posts with Thumbnails