Berganti Hati
10/08/2010 07:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
 
 
Berganti hati
- Anggun





 
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati

Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…





 
 
 
****** 
Quote: "The tears happen. Endure, grieve and move on." 
Those frustration, sadness, so on and so forth has got me seriously too carried away. Empty and lost.
Please Dyana, wake up and move on! 
Full stop.
 
Hati Yang Mencari
8/30/2009 12:34:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


Hati Yang Mencari

Pada Tuhan, aku hamba-Nya
Maka aku bukan siapa-siapa
Tapi, siapa aku pada dunia?
Siapa aku pada mereka?
Siapa aku pada kamu semua?

Aku bukan mengejar cinta
Itu kurniaan yang Maha Kuasa
Tidak juga aku dambakan nama
Cuma aku inginkan kita bersama
Jalani kehidupan dengan gembira

Datanglah yang dinamakan keresahan
Diam meronta dalam susur kejauhan
Hingga terbias sirna-sirna kesedihan
Pada jiwa yang rayukan permbersihan
Agar teruskan usaha dalam kesungguhan

Benarlah, aku hanya manusia biasa
Lantas itu, aku cuma perlukan masa
Untuk kutitip semula kenangan yang tersisa
Jadilah ia penawar menyembuhkan bisa
Tegarlah, supaya tidak aku berputus asa

Bayu dingin yang merentasi
Katakan saja aku pergi
Lepas bebas menjejak mimpi
Jangan ditanya apa-apa lagi
Usah risau, aku akan kembali

Hati yang mencari,
eVy-D-YaNa




Bersabda Rasulullah SAW :
“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.”
(Riwayat Al Bukhari & Muslim)



Time necessity
8/21/2009 12:00:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


I
need time to understand.

To forget and to move on.


I'm sorry, then.

***

p/s 1: to think of.
p/s 2 : only time.
p/s 3: will be back.



Hipokrit, tanah dan sabar
5/17/2009 08:55:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dalam kemelut warga UTP yang tengah berjuang untuk peperiksaan akhir sem ni, tiba-tiba sangat terasa untuk menulis. huhu~ Memetik status abangku "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu. Benarkah?" (p/s: pinjam ek..hehe~). I think in some sense, it is true. Uh. Tapi apa kaitan tiga2 benda ni? mesti pelikkan? ...

Serius. Post ini bukan la bertujuan nak mempoyokan diri atau apa. Cuma sangat terasa nak menzahirkan amukan jiwa yang rakus menghantar tentera kata-kata untuk memberontak di hujung jari. Post ni tentang aku, nothing much. Kalau terasa bosan atau tak nak baca dah, terpulang la. Bagi mereka yang faham, ini memang cara aku. huhu~



Hipokrit

Hipokrit : (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya. - Kamus Melayu DBP.

Aku bukan nak cakap pasal siapa-siapa. Cuma lately, aku rasa diri aku macam hipokrit. Hipokrit dengan orang mungkin sikit. Eh, kalau kita buat senyuman palsu, itu dikira hipokrit ek? Herm, tak pa la, bukannya orang tu perasan pun..huhu~

Hipokrit dengan diri sendiri. Ni lagi besar. Banyak pulak perkara yang bertelagah dalam hati aku sekarang ni. Setengah hati aku cuba tak mahu mengendahkan, setengah hati lagi ambil kisah sampai termakan hasutan syaitan. Antara tak suka dan terlalu menjaga hati orang lain. Herm, bukan salah orang tu pun sebenarnya. Cuma aku yang tak pandai nak kawal perasaan. Benda kecik saja pun. Benda kecik pun, kalau terkumpul jadi banyak jugak kan. huhu~ Dah..buang, buang! Lupakan.


Tanah

Sama ada kita semua sedar atau tak, tau atau tak tau, kita semua secara semula jadinya terbina daripada 4 elemen : air, api, angin dan tanah. Tapi untuk post ni, aku cuma nak cakap tentang tanah.

Analogi : Jadi tanah memang nampak senang. Duduk saja diam-diam kat situ. Bukannya nampak sangat pun kan. Tanah...memang dah sah-sah kena pijak, kena cangkul, kena hentak atau apa-apa saja yang berkaitan. Kalau tak suka pun, apa saja yang tanah tu bole buat, bukan macam air, api dan angin yang bole mengganas. Memang itu fitrahnya, kena apa pun tanah selalunya tak terusik pun. Kalau tempat dia kat situ, kat situ lah dia pilih untuk berbakti.

Kenyataannya, tanah tu la tempat tumbuh-tumbuhan bertunas dan membesar. Rasanya tak pernah penat tanah menyumbangkan segala nutrien yang dia ada untuk tumbuh-tumbuhan di atasnya tumbuh subur dan segar-bugar. Walaupun suatu masa nanti tumbuh-tumbuhan tu akan tinggalkan dia, tanah mesti tak pernah akan lupakan.


"Diyana ni selalu sangat mengalah, asyik kena buli saja..."

"....cuba kuat dan tegas sikit..."

Dalam sebulan ni, entah berapa kali dah aku dengar ayat ni, daripada kenalan-kenalan sekeliling aku. Sampai terngiang-ngiang dalam telinga, sampai naik muak. Aku kah yang rupa-rupanya tak perasan selama ni? Aku rasa aku memang macam ni dari dulu, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang terlebih perasan pasal ni. huhu~

Baru-baru ni seorang lagi abangku mengatakan elemen terkuat dalam diri aku ialah tanah.
Aku dan tanah, ada kaitan kah?



Sabar

"Uh..kuatnya diyana, kalau aku, dah lama...."

"Sabar ek diyana..."


Ni lagi, ayat-ayat mereka. Huhu...kuat la sangat. OK, terus terang, dah beberapa kali berhadapan dengan perkara yang tak menyenangkan hati, yang berlaku depan mata. (Herm, baru tadi pun nampak jugak..huhu~). Masalahnya orang lain pun perasan jugak, aduhai. Tapi macam biasa, aku takkan sebut atau cakap apa-apa. Paling kurang pun aku sebut huhu atau herm saja. - "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu." Takkan nak bising-bising pulak. Aku tahu tempat aku, bukannya ada hak dan sememangnya tak layak pun. Rasa itu semakin bertambah. Sebab tu aku betul-betul terasa nak menulis sekarang. Harap-harap lepas ni dapat melupakan. huhu~

Quoted:

"Sabar itu separuh daripada iman."

"Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu menangis dan yang satu lagi bersabar."

Walaupun aku ni takda la beriman mana sangat pun dan jiwa pun mungkin sebesar biji sawi saja, yang aku tahu sekarang, aku mesti belajar untuk bersabar. Sabar. Sabar. Sabar. Tak bole melatah dengan dugaan kecil ni. Aku tahu ni proses untuk menjadi matang selayaknya seorang dewasa.

Pesan Guru aku : Berhati-hatilah dengan tiga Ta ni; harTa, takhTa dan waniTa.

Dapat kaitkan 3 perkara tu? Kalau dapat, terima kaseh. :)

Cukup la sampai sini. Aku mahu tutup semua kisah duka. Lepas ni kita hepy2 saja; OK! ;D



Lagu:
1. Lagu ni ada kaitan. Dua tiga hari ni memang layan lagu ni. Masih Cinta, Kotak
2. Lirik ni. "Semua nada beranjak, aku terdiam sepi", Matahari, Agnes Monica


p/s:
1. Walau apa yang terjadi pun, kamu, kamu, kamu, dan kamu semua
tetap yang paling aku sayang.
Saayaaang semuaa!
mwahx3~ :D

2. S.E.N.Y.U.M
ini penawar kewalangan hati. :)
"Biar terjatuh dalam hati...
pahit pun itu ku tersenyum..."

- Masih Cinta, Kotak

3. Study! Study!
Exam tak habes lagi...huhu~

Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts with Thumbnails