UTP is currently having a
Book Fair (25th - 28th of August 2009). I visited the Popular booth. The section that placed many types of recipe books attracted me right away. I looked at the books there and I found this book. It is about
COOKIES.
Yeah...may be Raya festive season is just around the corner, that I had been juiced up to look into this book thoroughly. The pictures inside are so beautiful...nyum3~ Without any hesitation, I bought this book, plus it was sold at 10% rebate. Just nice~

I start thinking of
biskut raya now....huuuuuuuu~
As I ran my fingers from one page to another page through this book, I came cross to this...
so lovely, isn't it?- if I had a lover, I won't think twice of baking this
'Sweethearts' for him...ahakz~ ;P

Doesn't this
'Raspberry Kisses' stroke your taste buds, huh?
Herm....I feel like wanting to bake those cookies now. I love
cookies decorating....so much.
.
.
.
.
.
.
.
If only I have the ingredients and utensils needed with me right now....phew~


Andai Itu Takdir-Nya
"Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan"
Tajuk buku : Andai Itu Takdir-NyaPenulis : Siti RosmizahPenerbit : Buku PrimaHalaman : 583
Ni novel yang pertama yang aku baca lepas abeh exam kali ni. Dah lama cari buku. Naseb baek dapat pinjam daripada Mimie. Tenkiu Mimie~ =) Aku tertarik nak baca novel ni lepas baca potongan cerita ni yang diterbitkan dalam ruangan novel majalah Remaja. Nampak macam menarik ja cerita ni, terus nak baca.
Seriusly, memang tak menyesal baca novel ni. Jalan cerita best. Banyak konflik. Semua elemen ada. Sedih, gembira, lucu, romantik dan macam-macam lagi la. Sampai menangis teresak-esak aku baca cerita ni bila ada part dalam cerita ni yang betul2 menyentuh perasaan. Kadang-kadang terasa nak masuk dalam cerita ni dan hidup dalam alam bahagia hero dan heroin cerita ni. Bila ada part2 romantis dalam novel ni, terbuai-buai aku ingin rasa disayangi dan menyayangi macam tu.
Yang aku pelajari dalam cerita ni, kadang-kadang sebelum kita dapat mengecapi bahagia atas cinta yang kita bina, kita kena lalui dulu kesengsaraan. Dan tak lupa juga dalam cinta memang menuntut pengorbanan. Orang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan pasangan dia, orang tu la yang punya cinta sejati. Tak lupa juga bila kita dah temui cinta sejati kita, kena betul-betul hargai dan jangan sesekali buat perkara yang akan meruntuhkan cinta tu.
Dalam masa yang sekejap aku dapat habiskan cerita ni. Itu maknanya cerita ni best. Sampai aku selalu terbayang-bayang, alangkah bagusnya kalau aku dan pasangan aku nanti punya cinta dan bahagia macam kisah dalam novel. Novel ni dah buat aku terkenang-kenangkan 'si dia' yang dah lama berada dalam hati ni. Terbayang-bayang wajah dia, senyuman dia yang selalu buat aku rasa gembira...huhu..tapi sekarang ni dia jauh. *sigh*
****************
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelu masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
Tarikh : 23 Ogos 2008
Lokasi : ConvoSquare UTP
21hb aritu, adik aku ada hantar mesej, gtau yang novel terbaru Ramlee Awang Murshid dah keluar. Semangat ja dia..hehe~ sebab dia tau kot yang aku memang suka baca cerita saudara Ramlee ni, terutamanya yang trilogi tu. Aku dah baca yang trilogi 1 - "BAGAIKAN PUTERI" dan trilogi 2 - "CINTA SANG RATU". Tak pernah miss lagi & sayang nak miss. Mesti la nak tau apa yang jadi seterusnya kan. Terus aku reply mesej dia, nanti balik cuti, confirm aku akan beli novel tu.
Pastu nak dijadikan cerita...22hb tu aku jalan-jalan kat ConvoSquare UTP. Pusing-pusing la tengok semua gerai. Tengah-tengah jalan, tiba-tiba ternampak poster pasal novel terbaru, "HIJAB SANG PENCINTA". Terus aku singgah gerai tu. Nampak novel ni tersusun kat atas meja. Ramai gak yang dah beli. Akak kedai tu cakap ni ja stok yang ada untuk ari ni. Kan mula-mula dah plan nak beli novel ni masa balik cuti, tapi bila akak tu kata yang masa konvo ni ada offer, tak fikir dah. Terus beli novel tu. RM16. Wow! Tak bole lepaskan peluang ni.
Akak kedai tu cakap jugak yang penulis buku ni akan datang esoknya. Terus macam semangat. Dalam kepala dah fikir nak amek autograf dia. hehe~ Esoknya mesti datang balik. Malam tu terserempak dengan abg Arep. Dia pn ikuti gak trilogi ni. Apa lagi bukan men semangat lagi kami dok bercerita pasal ni kat tengah-tengah jalan. Aku gtau dia yang saudara Ramlee ni akan datang konvo esok. Terus ktorg pakat nak amek autograf beliau esok. Masa tu Sabrina pun ada sekali. Dia pun sekepala dengan ktorg gak. Baca cerita Ramlee Awang Murshid. Semangat2! ahakz!~
Esoknya dalam tengah hari, dapat kol daripada abg Arep. Dia cakap dia dah amek autograf saudara Ramlee dah. Masa tu aku ada kat bilik lagi. Cepat-cepat siap lepas sembahyang zohor pegi ConvoSquare. Tak lupa aku ajak Sabrina sekali. Dia pun cepat-cepat gerak dari bilik dia. Tapi sebelum pegi gerai Alaf21 tu, singgah jap kat gerai Blue Black Bay, PSSCMUTP nya gerai. Ajak kak Asmat sekali.
Masa ktorg sampai kat gerai Alaf21, saudara Ramlee tengah amek gambar dengan orang lain dulu. Sabrina pun pegi beli novel yang sama dan terus ktorg mintak autograf dia. Pastu kak Asmat tolong amekkan gambar ktorg dengan saudara Ramlee. Best. Pastu ada la sembang-sembang dengan beliau siket. Beliau cerita, amek masa 5 tahun nak hasilkan Bagaikan Puteri tu. Wah!~

saudara
Ramlee Awang Murshid yang cool

autograf

aku, saudara Ramlee & Sabrina
Trilogi Ramlee Awang MurshidCerita siket la....trilogi ni bermula dengan Bagaikan Puteri yang sebenarnya kisah 2 zaman...abad ke-15 dan abad ke-21. Watak utama dia ialah Laksamana Sunan atau Saifuddin yang wujud pada abad ke-15. Watak wanita ialah Haryani yang wujud pada abad ke-21. Ada satu tragedi yang berlaku yang menyebabkan diorg bertemu walaupun berlainan abad. Pastu berlaku macam-macam konflik. Part yang best masa Laksamana Sunan tu kena lawan kuasa-kuasa kejahatan. Dalam banyak keadaan, dia akan menang. Tapi yang menarik tu, sebab gaya penceritaan tu memang menarik sangat. Rasa macam kita masuk dalam kejadian tu. Cara dia adunkan aksi-aksi tu dengan unsur ketuhanan dan persilatan, fuh! best sangat. Cinta Sang Ratu pulak ialah sambungan cerita tu dengan tambahan watak-watak baru tapi memang sangat relate dengan cerita yang pertama tu. Last sekali, Hijab Sang Pencinta ialah penamat kisah-kisah di atas (tak sempat lagi nak baca, baru beli..hehe~). Kalo nak tau best ke tak, sila2 la baca sendiri dan masuk sendiri dalam kisah tu. Tapi yang pastinya trilogi ni sangat BEST! =)

Trilogi - 1 :
BAGAIKAN PUTERI
Trilogi - 2 :
CINTA SANG RATU
Trilogi - 3 :
HIJAB SANG PENCINTATak sabar nak tunggu karya penulis ni yang seterusnya. Menurut beliau, karya yang seterusnya bertajuk "MIKAIL". Seperti biasa, karya-karya beliau mesti la ada unsur-unsur thrill, cinta, aksi....tu la yang best sebenarnya..dalam satu novel dapat feel yang macam-macam. Tahniah la buat Ramlee Awang Murshid, sebab berjaya hasilkan karya-karya yang menarik dan menambat hati para pembaca!
Tinggallah Pujaan...
"Takkan terganti segenap memori...takkan terpadam seluruh kenangan."
Tajuk buku : Tinggallah Pujaan...
Penulis : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Halaman : 558
Ni buku kedua yang aku baca dalam masa cuti ni. Erm...dah lama aku tak baca novel yang berjaya tinggalkan kesan kat hati.....
at last, novel ni berjaya jugak menyentuh perasaan aku...sampai terimbau-imbau kebanyakan
part dalam novel ni. Institusi kekeluargaan juga ditekankan dalam novel ni. Apa terjadi pun, ibu bapa tak bole dibelakangkan.
Bole tahan
feel baca novel ni. Menyentuh hati sedalamnya, penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan mewujudkan
sense of humor, love & sadness. Bila ada unsur lucu, bole buat kita tersenyum dan kadang2 terketawa. Bila ada unsur cinta, bole buat kita rasa terbang di awanan cinta bersama watak-watak dalam cerita ni. Dan bila ada unsur sedih, sampai mengalir tak henti-henti air mata aku dibuatnya.
Cinta memang selalu menuntut
pengorbanan.
'Love comes with sacrifices'. Itu yang aku dapat daripada cerita ni. Pahit macam mana sekalipun, selalunya kita terpaksa lepaskan cinta kita untuk lihat orang yang kita sayang bahagia...walaupun kita cintai dia separuh mati.
'To love means letting go'. Kadang2 cinta hadir dalam hati kedua-dua belah pihak, gadis dan jejaka. Tapi kalo dah tertulis atas kalam Allah, kita bukan milik dia, bukan jodoh kita dengan dia. Cinta itu satu ujian juga dugaan. Kembali aku tertanya, mampukah aku jadi sekuat itu andai suatu masa nanti aku terpaksa lepaskan cinta hati aku? herm~
***
Alangkah bertuahnya Nurain....punya kasih seluhur Haikal...punya sayang setulus Norman. Dua jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Seorang sahabatnya sejak remaja....dan yang seorang lagi, hanya dianggap seperti abang kandung sendiri. Bagi Norman, Nurain dan Haikal sudah seperti adik-adiknya sendiri. Ternyata bagi Haikal, hanya Nurain permaisuri hatinya.
Dua cinta untuk Nurain...harus pilih yang mana?
Tertulis atas sekeping kad dari sampul berwarna merah yang membuatkan hati Nurain berbunga riang :
Nurain sayang, Impian kita sudah hampir jadi nyata. Ain akan jadi milik Kal yang sah. Kal janji akan jadi suami dan ayah terbaik buat Ain dan anak-anak kita. Percayalah. I always love you, Haikal.Jua lamaran Norman yang penuh syahdu:
"Abang cintakan Ain sepenuh hati abang. Abang janji akan bahagiakan hidup Ain. Abang akan cuba untuk jadi suami yang baik dan ayah yang baik juga untuk anak-anak kita. InsyaAllah."Kali ini Nurain tidak mampu lagi menahan air matanya daripada gugur. Kenapa bicara mereka seakan sama?
Tapi terjadinya suatu perkara di luar jangkaan yang membuatkan cinta Nurain terpaksa beralih arah...tidak percaya mesej ini adalah daripada kekasih hatinya. Begitu mudah membuang cinta mereka, melemparkan segala kenangan yang indah yang pernah dilalui bersama.
'Ain...setakat ini saja hubungan kita. Apa yang terjadi sebelum ini adalah satu kesilapan.'
Nurain tekad dengan keputusannya, meneruskan kehidupan dengan belajar untuk menyintai insan seorang lagi yang kini bergelar suami, tanpa mengetahui ada pengorbanan yang telah dilakukan kekasih hati.
'Kal janji akan cintakan Ain sampai bila-bila. Sampai Kal menutup mata.'
Nurain masih ingat lafaz itu. Terbukti, Haikal benar-benar telah mengotakan kata, masih mempertahankan cinta luhurnya.
'Tinggallah kekasih, tinggallah pujaan.' Kenang daku dalam doamu.
Sebaris ayat yang meruntun jiwa Nurain. Tapi siapakah yang meninggalkan Nurain?
Tawassul
6/12/2008 04:20:00 PM
| Author:
eVy-D-YaNa
Final exam pun dah abeh.....erm...seperti biasa, kalau dah start cuti ni aku memang tak bole tinggal hobi aku nombor 1 ni.....membaca. Tambah2 kalo dah novel dalam tangan....selamat tinggal gak la kat benda2 lain. Memang feveret~ huhu ~(^_^)~
k...tak nak cerita banyak..tengah makan kat kafe hari tu, terserempak dengan abg Arep. Dia baru balik dari Ipoh, & yang best tu dia ada beli buku. 2 novel. Satu buku kat bawah ni, satu lagi buku karangan Faisal Tehrani (tak ingat tajuk buku lagi satu). Tengok tajuk buku ni dah merangsang aku untuk baca, so, aku pun cepat2 cop kat abg Arep nak baca buku ni lepas dia baca. hehe~ selamba.
Tawassul"Pencarian dengan harapan dan berakhir dengan penemuan"Tajuk buku : Tawassul
Penulis : Isa Kamari
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings
Halaman : 240
"Muhammad itu tidak lain hanya seorang rasul, sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang rasul sebelumnya. Jika rasul itu mati atau terbunuh, apakah kau akan kembali kafir."
- al-Quran, Surah Ali Imran : 144 -
Petikan sedikit daripada
cover belakang buku,
'Novel Tawassul pasti menggegarkan dunia kesusasteraan dan keagamaan masa kini dengan penerokaannya yang berani, penting dan mencabar untuk direnungkan. Ia memancing minat pembaca dengan meneroka pertalian antara institusi kenabian, sains pengklonan dan penafsiran sejarah.'Bagi aku, pengarang ni memang sangat berani mengupas isu ni. Rasanya tak terjangkau fikiran nak hasilkan karya macam ni. Gaya penulisan dia pun best. Kadang-kadang simple dan mudah difahami, tapi kadang-kadang ada penggunaan gaya bahasa sastera, yang kena fikir dalam2 baru faham. Tapi selalunya susah cket nak faham.
Novel ni lebih kurang macam pengembaraan. Terasa macam ikut sekali dalam pengembaraan tu, sebab unik. Isa Kamari pandai mengadunkan 3 unsur tu dalam novel ni; kenabian, pengklonan dan sejarah. Kadang-kadang rasa macam tak logik ja apa yang dia tulis. Lebih merupakan pengharapan untuk perkara tu terjadi. Tapi ni jugak mengingatkan yang apa saja bole terjadi dengan kuasa Allah. Mungkin nampak tak logik tapi mana tau kalo betol2 terjadi. Gempak la nanti. Mencabar minda. Ada jugak diselitkan unsur cinta pada yang tak sepatutnya.
Penulis jugak banyak meninggalkan pembaca untuk buat tafsiran sendiri mengenai ending cerita ni, begitu jugak dengan sub-plot. Kita bole buat andaian sendiri...lebih senang cakap, andaian tu kita dapat buat berdasarkan sejarah agung yang semua orang tau, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim. Menarik kan? So, kalo nak tau lebih lanjut....kena la baca sendiri. Baru thrill~
Kat sini aku nak
share cket petikan2 ayat yang aku rasa best sangat untuk dihayati....
"Ya Allah, harumkanlah kuburnya yang mulia dengan semerbak rahmat dan ucapan sejahtera!
Maka bertanyalah orang, Adam agaknya manusia yang diperkatakan ini. Allah menerangkan dengan sebabnyalah Adam Aku beri martabat yang tinggi. Ditanyakan lagi, Nuhkah orangnya? Allah menerangkan dengan sebabnya juga Nuh selamat dalam bahteranya dari tenggelam dan musnah semua ahli keluarga dan kerabatnya yang ingkar. Ditanyakan lagi, Ibrahimkah orangnya? Allah menerangkan dengan sebabnya Ibrahim dapat menegakkan hujahnya atas penyembah berhala dan bintang-bintang. Ditanyakan lagi, Musakah orangnya? Allah menerangkan Musa itu saudaranya, tetapi orang ini kekasih Allah. Musa hanya telah dapat berkata-kata dengan Allah. Ditanyakan lagi, Isakah orangnya? Allah menerangkan Isa hanya akan membawa berita baik tentang kerasulannya. Ia hanya laksana pengawal di hadapan istana kenabiannya. Maka siapakah gerangannya kekasih yang mulai ini yang telah Engkau berikan persalinan kesopanan, dan Engkau mahkotakan dengan kehebatan dan kemegahan? Engkau kibarkan atas kepalanya panji-panji kebesaran.
Ya Allah, harumkanlah kuburnya yang mulia dengan semerbak rahmat dan ucapan sejahtera!"
***
"Justeru itu aku dihidupkan, dengan izin-Nya. Kedatanganku adalah ingatan dan ujian. Kemunculanku akan memaksa manusia menilai semula segala-galanya. Siapakah sebenarnya manusia? Kelahiranku akan memisahkan antara yang percaya dan tidak percaya.
Kepercayaan asal menjadi luas tebarannya. Semakin dalam ketaksaannya. Aku bukan khayalan. Aku adalah kenyataan yang akan mencabar dan menggoncangkan akidah. Tetapi hanya bagi mereka yang selama ini enggan membuka mata dan dada. Fikirkanlah. Fikirkanlah.
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Dia. Dan aku adalah imbasan kekasih-Nya. Maka sewajarnyalah alam dan sejarah bergegar sekali lagi dengan kehadiranku.
....
Pertama, dekatilah Dia dengan menyebut nama-nama-Nya yang baik. Kedua, pintalah daripadanya dengan bekalan amal yang baik. Ketiga, pohonlah daripada kalangan manusia yang paling alim dan masih hidup di antara mereka supaya mendoakan, seperti mana aku telah bermunajat sedang aku masih bernafas.
Selain daripada tiga cara itu, akan hanya menjerumuskan manusia dalam kesesatan.
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Dia. Dan aku adalah imbasan kekasih-Nya. Maka sewajarnyalah alam dan sejarah bergegar sekali lagi dengan kehadiranku.
Selamat tinggal.
Satunya.Satunya. Satunya...Allah. "