Kalau ikut perancangan awal, nak keluar Ipoh ni bukan sebab nak
enjoy....tapi sebab nak
repair enfon kesayangan aku,
NOKIA 5300. Enfon aku mengalami kerosakan yg kritikal sjak ari Rabu, 30 April. Sistem enfon ni
hang....lagi dahsyat tak bole tekan apa2 butang pun. Tak bergerak langsung dari
interface depan. Dah banyak kali cabut bateri dan
on semula pun tak berkesan gak. Tak bole jadi macam ni. Masuk ari jumaat tu dah 3 ari aku
lost contact dengan orang2 sekeliling. Naseb baek ada seorang rakan nak pinjamkan enfon dia untuk tukar
sim card jap. wah....sekali bukak, berpuluh-puluh mesej
pending untuk aku. haih~~
Mulanya nak ajak Kak Asmat teman aku pegi
repair enfon ni, tapi ari jumaat tu dia ada 2
test. So, tak nak la ganggu dia. Aku pn dah buntu ni nak mintak tolong sapa lagi. Last2, aku teringat nak mintak tolong Abg Pingu. Tu pun sebab aku terserempak dengan dia kat kafe. hehe....dia setuju nak tolong. Naseb baek! Tapi....takkan nak keluar berdua ja pegi Ipoh. So, Abg Pingu ajak sekali abg2 & akak2
UTP12. Wah, meriah! Konon nak
repair enfon, pegi sampai 2 keta....ahakz~~ =P
Ari Jumaat tu, lepas hantar lab report yang terakhir, teros aku bersiap-siap. Kol 4.oo petang bertolak, tapi 1 keta dulu...keta Abg Pingu. Yang naik keta Abg Pingu ni aku, Abg Pingu, Abg Meri & Khairi. Keta kedua (Abg Jepp, Abg Nash, Kak Didie & Kak Effa) gerak kol 5, teros gi JJ. Ktorg pegi Greentown Mall dulu sebab nak repair enfon. Tu yang keluar awal sikit. Sampai2 Greentown, teros pegi kedai enfon, ntah apa nama kedai tu, tak sempat nak hafal...hik3~~kena tunggu sejam sementara nak
repair enfon tu.
So, ktorg pun turun makan kat
food court bawah. Bole tahan mahal harga makanan kat situ. Nama pun
food court~~
Lepas sejam, pegi amek balik enfon. WAAAAA~~ enfon aku kena format semula. Sistem dalam tu memang dah
hang terok. Aku pun tak tau macam mana bole jadi macam tu. Rasanya dah tatang enfon tu macam minyak yang penuh. Haih....abeh semua nombor2 telefon yang simpan dalam tu. Mesej2 gak. Abeh semua
burn. Tak dapat buat
back up. Yang paling sedey, mesej2 bermakna yang aku simpan sejak 3 tahun dulu pn hilang gak. Sedey sangat. huhu~ ~(=_=)~tapi kena syukur, naseb baek bole
repair gak enfon tu.
Alhamdu Lillah~~ tak bole hidop tanpa enfon.
Dugaan2... Lepas tu ktorg teros gerak pegi JJ. Jumpa Abg Jepp, Abg Nash, Kak Didie & Kak Effa kat sana. Tak tau nak buat apa, diorg ni masuk karaoke. Fuh...
time ni semua orang nak tunjuk bakat2 terpendam. Kak Effa & Kak Didie yang paling semangat nak nyanyi...macam2 lagu diorg pilih. Yang lain2 pun tak kurang semangat. Dalam banyak2 lagu, diorg pilih gak nak nyanyi lagu
POCO2...ni mesti kes bahang interaksi 15 ari tu. hehe... =P
Abg Jepp ajak aku nyanyi berduet dengan dia. Fikir2 bole gak la.
So, aku pilih lagu
My Heart (Acha & Irwansyah). Kononnya nak berduet dengan Abg Jepp,
last2 nyanyi dgn Abg Meri. Abg Pingu menyelit cket2. Naseb baek microfon tu tak kuat sangat. Tak tau la aku nyanyi macam mana. Maen nyanyi ja...hehe~~bole tahan suara Abg Meri...kih3~~ =)
Lepas solat Maghrib, ktorg pegi main boling lak. Aku tak main.
Siyes tak reti main. Lepas kejadian tahun lepas, aku macam dah serik nak main. Tak nak memalukan diri sendiri dah. ahakz! Abg Meri pun tak main sebab badan dia sakit kot. Kiranya, yang main 6 orang. Macam2
style yang dipertontonkan.
Style Kak Didie, Khairi & Abg Nash yang paling dapat perhatian. Semua x bole blah...tak tahan sangat nak gelak tengok diorg.
Kak Effa & Abg Jepp cool ja sepanjang
game.
Abg Pingu lak selalu buat balingan yang semangat2...erm~~Lepas main 2 game,
Abg Jepp pemenangnya. Mana tak menang, banyak kali
strike! hee~~
Lepas boling ,ada masa lagi 45 minit sebelum
midnite movie. Sambung balik karaoke. Kali ni diorg lagi semangat nak nyanyi. Lagi banyak lagu yang dipilih. Tak tau la sama ada dah kurang cket rasa malu atau memang nak
release tension. hehe~~Sekali lagi aku dapat jemputan Abg Jepp untuk berduet. Lagu yang sama. Sebab tak nak menghampakan orang yang menjemput, aku pn nyanyi la lagu tu. hehe~~ malunya bila fikir2 balik. Ya la, ni
first time aku masuk tempat2 karaoke ni. Dah jadi macam rusa masuk kampung ja. weee~~
Lepas
Abg Ipe datang join ktorg malam tu, pegi tengok
midnite movie, cerita
Iron Man. Tak tau aku sapa heronya...main layan ja...hehe~~Bole tahan
best cita ni. Bak kata Kak Effa,
"Tak nampak tak real" ataupun ringkasannya
nampak real. hehe....teknik CGI diorg memang mantap.
Overall,
best cita ni. huhu....ni baru kali kedua aku tengok wayang...huuu~~tros tengok
midnite...
Dah abeh tu, pegi makan kat McD dekat area Tesco. Kesian Abg Pingu, konon mengidam sangat nak makan KFC, tapi tak dapat sebab dah tutup. McD ja la~~Kecewa cket
time ni, kol 2-6 pagi, McD tak jual ais krim. So, tak dapat la aku nak makan
favourite ice-cream ever,
CORNETTO CHOCOLATE McFLURRY.
Frust2~~crazily crave for that ice-cream at that moment. Tengah2 makan tu, nampak la sekumpulan @ berkumpulan-kumpulan mat rempit kat jalan.
First time aku tengok
life mat2 rempit nya aksi2
daring yg bole dikatakan agak bodoh. Jakun kan aku ni...haih~~ =P
Bertolak balik dari McD kol 4.45 pagi & sampai kat UTP kol 5.30 pagi. So far, banyak benda2 baru yang aku belajar sepanjang
hang out ni. Benda2 yang tak pernah terfikir langsung aku akan buat. Memang
BEST!!! Ada hikmah kot enfon tu rosak~~tapi satu ja perkara ter
miss out, dalam keseronokan tu lupa plak nak amek gambar ramai2 tanda kenangan...erm..
terima kasih Abg Pingu sebab sudi nak bantu diyana & terima kasih gak kat yang lain2
(Abg Meri, Abg Nash, Abg Jepp, Abg Ipe, Khairi, Kak Didie & Kak Effa) sebab buat diyana rasa
hepy walaupun sedey cket time tu psl enfon~
Nice experience~~
CHAYUNK KAMU SEMUA!!!
