Ekspidisi Gua Tempurung
1/31/2011 01:17:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Final year..oo..final year. Selain sibuk memikirkan pasal Final Year Project (FYP) yang tak siap-siap lagi tu, ktorg sibuk jugak fikir aktiviti yang nak dibuat bersama-sama sepanjang sem terakhir ni. So, aktiviti pertama ktorg untuk sem ni ialah aktiviti outdoor. Project Manager kali ni ialah Ateh.  

Target  ktorg sem ni kalau bole nak habis pusing kawasan-kawasan menarik kat Perak ni. Untuk aktiviti yang pertama ni ktorg semua setuju nak pergi caving kat Gua Tempurung. Gua Tempurung ni terletak kat kawasan Gopeng, Perak. Herm..aku pun baru tau sebenarnya. >_<

Pagi 29 Januari lepas, ktorg semua berkumpul kat Shell berdekatan UTP dalam pukul 8 pagi lebih. Lepas setel isi minyak semua, ktorg pun gerak la. Tapi sebelum tu sempat jugak snap gambar berkeping-keping. Zaman sekarang mana bole hidup tanpa kamera kan. Harus la setiap momen nak diabadikan! Betol tak?



Nak gak selitkan lambang si Shell tu

Perjalanan ktorg nak pergi Gua Tempurung tu ada la dalam setengah jam lebih. Uh, aku tertido masa dalam perjalanan. Malam sebelum tu aku tido lewat sebab demo kan. Serius penat dan sakit badan pun tak hilang lagi. Tup-tup dah sampai Gua Tempurung tu. Macam biasa la, setiap masa nak bergambar ja kerja ktorg. Sebelum masuk tu, bergambar kenangan dulu. Siap plan lagi nak buat perbandingan gambar sebelum dan selepas caving tu. ah-ha!~


ni la ktorg semua, ada 18 orang

macam-macam gaya asal boleh

Pastu Ateh, si PM tadi pergi la beli tiket. Ktorg sepakat ambil pakej Grand Tour yang harganya RM22. Pakej paling maksimum sekali. Dah alang-alang kan. Lepas beli tiket, ktorg semua dapat stiker kaler hijau untuk dipakai masa masuk dalam gua tu. Aku & Bee ngada-ngada pegi lekatkan stiker tu atas tudung. Kononnya bajet macam pakai riben atas shawl...gila mengada kan? lantak! 

Lepas tu sesi baca doa dulu sebelum mulakan ekspidisi. Tak salah aku, Zuhair yang ketuai bacaan doa ni.

baca doa ya

Lepas dah baca doa ni, ktorg berkumpul jap depan pintu masuk, dengar briefing dulu apa yang kena buat nanti kat dalam tu. Kena bawak torchlight ok! Benda ni paling penting sekali kat dalam gua tu, terutamanya kat tempat yang memang gelap takda lampu langsung. Sangat bagus jugak untuk bawak air mineral sebotol, sebab memang penat dan akan sampai satu tahap korg akan haus yang amat. 

Ktorg nya caving tour bermula pukul 9.30 pagi, dijurupandukan oleh Pak Cik Salleh. Masa nak masuk gua tu, neves la jugak, tak tipu. Siap sempat baca ayat-ayat Quran sepotong dua mana yang patut. Mana la tau kan nampak makhluk-makhluk yang tak sepatutnya..huhu~ Owh ya, rombongan ktorg ni gabung dengan satu kumpulan aktiviti lasak dari Lumut, kumpulan remaja Cina dan pelancong dari luar negara, kira omputih la. So, kumpulan ktorg ni ada la dalam 40 orang lebih. 

Mula-mula masuk tu, oh la..ada lampu rupanya. Untuk trip yang awal ni disediakan beratus-ratus anak tangga kecik, ada kot dalam 600 lebih anak tangga masuk dalam gua tu. Kejap naik kejap turun. Singgah banyak platform. Masa lalu tangga-tangga ni semua la, ktorg ditunjukkan dengan keindahan gua batu kapur. Macam-macam bentuk yang terukir kat dinding gua tu. Eh tapi bukan buatan manusia k, secara semula jadi terbentuk sejak ribu-riban tahun dulu. Ada bentuk kuda laut, itik, kuda, kepala harimau, dinosaur, perempuan mengandung yang tengah berdiri, dan macam-macam lagi la yang tak tersebut kat sini.

Selain tu, nampak gak butiran kristal kat celah-celah batuan gua tu. Dalam gelap memang tak nampak, tapi kalau suluh dengan lampu tu, siyes bersinar. Masa tu memang siyes rasa kagum dengan ciptaan Allah. Kalau kita sendiri tak tengok, mesti tak percaya. Ciptaan Allah memang sempurna dan dalam setiap ciptaan tu memang akan membuatkan kita berfikir dan kagum akan kebesaran-Nya. =)

Ktorg ada gak lalu kat Wind Tunnel. Bila berdiri kat tempat ni, tiba-tiba bole rasa angin yang nyaman. Macam natural air-cond gitu. Memang nikmat la sebab masa tu dah mula berpeluh tak hingat sebab panjat anak tangga yang sangat banyak! Lepas Wind Tunnel tu, kat platform yang terakhir kot, ktorg semua disuruh berkumpul ramai-ramai kat satu platform ni dan matikan semua lampu suluh. Mak Aii, serius gelap gila!!! Rasa kosong! Agaknya macam ni la pandangan orang yang buta. Ktorg terpaksa bergelap dalam setengah minit. Ambil feel orang kata sebelum masuk kat gua yang betul-betul gelap!

Dalam kegelapan ni la bermulanya cabaran. Ktorg terpaksa panjat batu-batu kapur yang licin. Siap kena slide turun batu yang licin dalam 3-4 kali. Yang paling horror tu, ktorg kena slide batu kapur yang 9m panjangnya dan sangat curam. Huh, cuak-cuak..tapi semua pun lepas ja halangan tu. Sambil-sambil jalan tu, ktorg jugak diberitahu yang Gua Tempurung ni dulu tempat Komunis bersembunyi dan bermesyuarat. Memang ada batu peninggalan kesan tulisan komunis dulu-dulu. Ada jugak barang-barang tinggalan pelombong-pelombong bijih timah dulu-dulu dalam gua ni. 

Uh..haaa...lagi satu pesanan..kalau nak masuk gua ni..adalah sangat baik untuk korg pakai kasut yang tapaknya sangat baik ok. Pengalaman sendiri dan seorang lagi kawan aku, Sab, tapak kasut ktorg memang tercabut dengan teruknya masa caving tu, terutamanya lepas meredah kawasan berair. Kasut aku memang dah siap jadi artifak dah dalam gua tu, memang lekang terus tapaknya. Nasib baik Ateh ada bawak kasut Crocs spare, bole jugak ganti. Kasut Sab pun teruk jugak lekangnya, siap kena ikat dengan tali. 

selamat sampai kat salah satu exit gua ni..sumpah cantik kawasan hijau kat situ.

Eh, tapi belum habis kat situ lagi..lepas tu ktorg kena lagi panjat sana-sini dan yang paling ditunggu sekali ialah merangkak dalam kawasan air bawah batu kapur yang sangat rendah. Memang kena merangkak. Batu-batu bawah agak tajam, so kalau tak tahan merangkak bole jugak berjalan itik. Kalau orang yang tinggi memang tak dapat la. Silap-silap kena meniarap macam latihan askar tu baru bole lepas. Ada dalam 6 lorong jugak la ktorg kena merangkak tu. Memang pengalaman. Tu tak kira lagi kena simbah-simbah air dengan Pak Cik Salleh masa dalam lorong tu...haih~


Lepas lebih kurang 4 jam perjalanan sepanjang 3.8km dalam gua tu, lepas macam-macam yang dah ktorg lalu, akhirnya sampai jugak kat penghujung gua tu dalam pukul 1.30 tengah hari.
Phew....sampai jugak! Penat memang penat tapi sangat BEST! Aku yang mula-mulanya tak eksaited sangat dengan aktiviti haritu teruja la jugak lepas dah lalu. Aku memang suka jugak aktiviti lasak sebab suka nak cabar diri, tak nak jadi lembut ja. Kena ada jugak bahagian-bahagian yang lasak. Baru best hidup!

Pakcik Salleh dengan lalingnya, Fred...skendel kot!
ktorg semua lepas caving..orang utara cakap 'berlemoih' kot! ah-ha!~
hooray! ekspidisi yang berjaya!

Lepas dah siap bersihkan diri, semua pun balik dengan haluan masing-masing. Yang kereta aku pulak singgah jap lunch kat Terminal Makanan Negara (TEMAN) yang baru nak dibuka kat Simpang Pulai. Pastu balik dan rehat la. Bertambah sakit badan aku, tapi puas! ^_^

~Ateh~Sab~Dyana~Bee~Pika~Sarah~Fred~Mimi~Gee~
~Abu Mecky~Izo~Bai~Zul~Syed~Zuhair~Negi~Bob~Yo~


Sumber gambar: Sarah & Syed Akmal
Thanks~ 




Photoshoot ala DIVA!
12/25/2010 02:24:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
OK, entry ni mungkin agak lewat kalau nak ikutkan tarikh sebab photoshoot ni dah berlaku sebulan yang lepas, masa raya haji. Aku tak sempat nak updet pasal ni sebab masa tu aku tengah sibuk exam dan tak sempat nak edit gambar-gambar ni. Ni bila dah mula cuti, baru ada peluang nak updet entry2 yang dah lama tersadai dalam draft...huhu~

Herm, masa raya haji hari tu, aku dan coursemates aku tak dapat balik bercuti sebab ada exam paper lusanya. So, kononnya taknak sedih2 masa raya tu, semua pakat nak sambut raya haji kali ni ala perantauan macam tu...hehe~ lagipun ni saja satu-satunya raya yang tinggal untuk ktorg sambut sebelum grad tahun depan insyaAllah~ 

Pagi2 raya tu macam biasa la, pergi sembahyang raya kat Masjid UTP. Macam ni la lebih kurang suasana kat dalam Masjid UTP masa tu.









Lepas balik dari masjid, ktorg makan-makan dulu. Malam sebelum tu, ktorg semua bertungkus lumus jugak masak macam-macam untuk dimakan masa raya tu...menu utama mi bandung Muar oh. Pastu ada banyak lagi la menu sampai tak tersebut kat sini...heee~ 

Lepas makan pulak, semua siap-siap, yang mana dah siap awal pagi tu, touch up kasi up lagi! ah-ha!~ ktorg plan nak buat PHOTOSHOOT ramai-ramai sekeliling UTP. Walaupun kamera tak la secanggih DSLR tu, tapi tetap HOT okayh!! 

Jom2 layan gambar ktorg berposing utk photoshoot ni...perkenalkan...semua coursemates aku..


Lokasi 1: Tempat parking Village 5




Lokasi 2: Tasik depan Masjid UTP


model kontroversi..hee~


si manis - si manis browny


ada gaya2 ANTM tak? hehe~

candid, but nice indeed.
sangat spontan

peace

sweetie~
  Lokasi 3: Pondok pakGad

 






pakGad2 pun kena paksa dengan ktorg kena posing sekali!

Lokasi 4: Sekitar Masjid UTP



Lokasi 5: Dewan Chancellor UTP
 
"Kami pencinta alam" ;)

love this one!

Gambar Rasmi Kami
"Salam AidilAdha" - ucapan terlewat drpd aku..hehe~

Hope korg semua enjoy tengok gambar-gambar kat atas. Thanks for reading! :)


Kelas Terakhir Sem Julai 2010
11/04/2010 02:56:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


Kelas silat cekak Malaysia untuk sem Julai 2010 dah berakhir pada hari Rabu malam, 3 November 2010. Setiap kali kelas berakhir, mesti akan ada sesi bergambar. Bergambar gak ktorg sem ni walaupun jumlah yang hadir tak ramai macam sem2 sebelum ni.

Sebelum bergambar tu, macam biasa abg Halim akan berucap sikit. Beliau mendoakan semoga kotrg dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan yang akan mula dalam seminggu lebih lagi. Beliau juga berharap yang mana ada untuk terus kekal dalam persatuan dan mendapatkan lebih ramai ahli sem depan. InsyAllah~ 

abg Fahmi, abg Azuwan, abg Halim, abg Kord, abg Rambo
Ni gambar abg Halim dengan mereka2 yang akan grad sem ni. Kak Anis takda dalam gambar ni sebab dia tak hadir kelas malam ni. Huh, apa yang aku bole kata, SEDIH. Sedihnya diorg dah nak habes belajar kat UTP. Sedih la jugak nak terima, mereka2 yang membesar bersama-sama aku dalam persatuan dah nak tinggalkan aku ktorg. huuu~ :(

Dah Dyana, jangan nak emo lebih2 pulak (pesan kat diri sendiri ni...huuu~). Banyak lagi tanggungjawab yang menanti di depan. Uh, semoga aku kuat dan tabah untuk menghadapi masa2 depan...insyaAllah~ Nasib baik aku masih ada diorg2 ni....

 Aku dan adik2 gegurls UTP22, Aishah & Ain


Menggedik bersama Kierah & Ema...uh Ema pun akan intern sem depan...

 Akhir sekali,

Good Luck dan semoga terus berjaya kepada semua yang akan GRAD dan yang akan pegi INTERN. Take care tau~ 
Doakan ktorg pun terus berjaya di sini. Ada masa kita jumpa lagi..... 


p/s: Jadi budak final year, sangat banyak bermain perasan rupanya. Semua kena rasa sekarang...huuu~ 
p.p/s: Kierah, thanks for the picts~

Petang Sabtu yang best!
6/13/2010 09:52:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Yeay, hari Sabtu abg Amin cakap nak turun pulau sebelum dia balik KL lepas hampir seminggu ada kerja kat Seberang. Wah, dalam hati dah seronok dah walaupun kena pi ofis hari Sabtu buat overtime. Dengan jasa baik abg Amin, dia dengan rela hati pegi amek aku dekat ofis sebelum ktorg pi makan kat Queensbay, walaupun dekat sejam lebih sesat tak jumpa jalan. =)

Dalam perjalanan, ktorg roger abg Arep pulak ajak dia join sekali. Naseb baek abg Arep belum bertolak balik kampung lagi, jadi dia pun join la!~ Tempat pertemuan ktorg kat Johnny's dalam QB Mall tu. Makan steamboat set untuk 4 orang, sebab abg Amin ada bawak seorang lagi kawan dia, Syafiq.



Masa makan tu ktorg kongsi la cerita-cerita terbaru pasal hidup masing2, pasal persatuan & hal2 lain jugak. Herm, tak lama sangat pun lepak2 sebab dah lewat petang sangat dah. Abg Amin kena balik KL dan abg Arep pun nak balik kampung. Dalam 6.30 petang dah gerak.

Herm, abg Amin macam rasa ralat pulak tak bawak kamera, sebab dia cakap pemandangan depan QB tu sangat cantik! Huh, memang cantek pun dan selalu jadi port orang amek gambar. It's ok, nanti lain kali kalo dia datang lagi, mungkin ada peluang nak amek gambar banyak2! Tapi buat masa ni, ktorg sempat snap 2 keping gambar ja! =)

Apa pun aku SERONOK sangat dapat lepak sekejap dengan abang2 aku!~ =D
Thanks jugak kat abg Amin sebab belanja ktorg makan steamboat petang tu!

~abg Arep~abg Amin~evy~

Sabtu, 12 Jun 2010, 4.30-6.30 pm.
Him, who had been next to me....
1/23/2010 11:27:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ok, let me start with this. First when I came into this Bosch HR department, I was placed in this small room.

But then, when one of my colleagues resigned in short notice, I transferred to her place, since I've been given the responsibility to take over her job of uniform distribution temporarily. So, this is where I am seating now, at her place actually.

Sitting next to me was a trainee just like me, but he is from German. He is Christian Engers. He is such a nice and hardworking guy. He was trained under Recruitment section while I'm under Training and Development. He has finished his internship a few days ago, which I''ll be writing in the next post. Before this, I just know him 'so-so', but after seating next to him, our friendship became closer. He storied to me a few things about his home and also his study place. I learnt also a few simple German words.

We do called him Chris


Related Posts with Thumbnails