Waaaaa.....hari ni hari terakhir aku nak tinggal kat rumah Mak Ndak aku kat Gombak ni. Kalau dua tiga hari lepas dah mula rasa sedih nak tinggalkan rumah ni, apa tah lagi hari ni kan. Cam nak emo ja aku hari ni...haih~ sabar-sabar wahai hati.
Hari ni kak Na kerja, so jumpa dia pagi ja sebelum dia pergi kerja. Hari ni sebelum balik pun aku sempat lagi pergi Giant dengan kak Dilah. Nak beli barang keperluan sikit. Balik tu singgah Secret Recipe jap sebab aku memang dah teringin tahap mengidam dah nak makan kek Secret Recipe. Uh, tapi satu la..kecewa sikit dengan servis krew Secret Recipe kat sini....sangat slow ok! Mungkin diorg tak cukup staf, tapi tu bukan alasan kan? aku & kak Dilah kena tunggu lebih 20 minit baru diorg nak datang ambil order! aci tak? Nasib baik memang teringin, kalau tak memang dah blah lama dah!
Aku beli kek Pecan Butterscotch, memang teringin yang ni pun. Kak Dilah lak beli kek Tiramisu. Air Cappucino ktorg kongsi sebab dah kenyang. =)
 |
| hepy besday kak Dilah for 3rd Jan!! |
 |
| muka nampak hepy ja, tapi dalam hati sedih ja masa ni |
Balik rumah dari Giant tu dah masa lunch. Rehat-rehat jap, pastu makan dan siap2 dah nak balik. Nasib baik barang dah packing sikit2. Macam biasa la, nak balik ni bro Wafi yang hantarkan. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak aku ikut sekali sebab mula-mula nak hantar kazen aku yang sorang lagi, si Izzat tu balik Intec Shah Alam. Dia pun dah habis cuti. Lepas hantar Izzat baru hantar aku balik KD. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak dapat la jumpa keluarga kak Biah.
Part nak tinggal aku ni la yang paling sedih. Serius aku mengaku cam syahdu gila! Dua tiga kali jugak Mak Ndak asyik sebut lepas ni dah tak dapat tengok aku main-main laptop sambil buat kerja kat ruang tamu rumah dia yang jadi tempat semua lepak dan tak dapat panggil aku makan dah...huhu~ Terasa dah aku masa ni. Nasib tak keluar air mata ja. Pastu masa salam pulak, aku cakap la terima kasih, siap mintak maaf lagi kalau ada salah silap kan. Mak Ndak aku pulak balas kata aku cakap camtu macam taknak datang dah. Bukan tu maksud aku pun. Aku memang nak sangat duduk sana berbanding KD ni, tapi aku cam segan dah nak mintak tolong diorg ambil dan hantarkan. Macam menyusahkan pulak. Kalau aku ada transport sendiri, senang la jugak kan.
Dah la masa tu lak aku tengah runsing dan huru-hara fikir pasal benda lain sampai nak merajuk pun ada. Lagi la emo aku jawabnya. Nasib aku bole senyum lagi pada hal hati dah memberontak dah...haih~ Memang aku terasa & touching la nak kena tinggal ni. 9 hari kot aku duduk rumah Mak Ndak aku. Aku ni dah la banyak cakap kan, so memang best la bila diorg melayan. Aku memang manja dengan diorg terutamanya dengan Mak Ndak & kak Na. Pak Ndak pun sporting ja layan aku siap usik2 lagi..hehe~ macam comel la. Aku pulak antara yang termuda kat rumah tu. Aku & Izzat pun lebih kurang sebaya. So sah2 la dapat feeling jadi adik jugak. Aku rasa Mak Ndak macam mak aku yang kedua. Aku siap menuntut ilmu masakan, tu yang sampai jadi lontong tu...hehe~ mana la tak sedih kan...dah macam keluarga sendiri. Diorg lak ramai, kalau gurau2 memang meriah. Aku jarang dapat rasa meriah-meriah camtu sebab family aku kecik ja...huuu~ Sayang diorg semua. Aku kalau dah mula sayang orang memang macam ni la. T_T
Gila panjang aku tulis ni, emo punya pasal. Esok akan mula kerja balik kat VADS..huhu~ ^_^
 |
| Aku, 2 Jan |
Chaiyok kepada diri sendiri. Selamat beusaha eVy Dyana.
p/s: aw, me merajuk + protes. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2 11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!13. Hari 12: Updet, updet... 14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 15. Hari 14: Aku dan lontong
Hari ni ialah hari kedua terakhir aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni. Esok dah nak kena balik KD dah. Ok2, serius aku mengaku aku dah mula rasa sedih dah ni. Ni la masalahnya bila aku dah mula rapat dengan siapa2 pun, bila nak pisah atau duduk jauh2 tu memang awal2 lagi aku akan rasa sedih. =(
Uh, tapi jangan sedih lebih2 hari ni. Kita tukar mood gembira jap. Aku dan Mak Ndak aku dah beberapa hari plan nak masak lontong hari ni. Ni sebab aku la semangat nak belajar masak lontong. Selebihnya sebab aku la yang nak makan sebab dah lama tak makan lontong..ah-ha!~ Disebabkan aku memang eksaited gila nak belajar sampai Mak Ndak aku pun perasan keterujaan melampau anak sedara dia yang sorang ni, maka aku yang ditugaskan untuk memasak...hehe~ Mak Ndak cuma gitau apa yang nak kena buat. Uh, memang best. So, aku pun belajar la buat kuah masak lemak, sambal ikan bilis dan kuah kacang. Kak Na pun ajar jugak sikit-sikit. Rasa macam tuisyen kat dapur lak..hehe~ Rupanya takda la susah mana buat lontong tu, cuma aku yang tak pasti sukatan.
Hee...pastu macam biasa la agenda aku kat sini. Masak agar-agar lagi. Kali ni buat agar-agar laici lak. Ni pun kali pertama aku buat agar-agar laici. Resipi aku ambil daripada seorang kawan aku. Tak sempat pulak nak ambil gambar menu hari ni. Tup-tup semua dah habis! ah-ha!~
Hari ni kakak sedara aku, kak Dilah yang study kat UKM tu datang rumah Mak Ndak aku. So, lagi meriah la jadinya...tapi tu la, dia tak sihat pulak, batuk-batuk. Sian dia. Malam tu, aku, kak Na & kak Dilah pergi pasar malam dekat-dekat situ. Sempat jugak aku beli satu baju...hehe~
p/s: aw, elak. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2 11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!13. Hari 12: Updet, updet... 14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah!
Hari ni cuti, yeay! Cuti peristiwa atas kejayaan Malaysia buat julung-julung kalinya menjuarai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah HARIMAU MALAYA!
Hari ni dua kazen aku, kak Na & abg Faiz tak kerja. Bole kira meriah jugak rumah. Pagi lepas bekfes, abg Faiz & Izzat dah keluar pergi beli rumput karpet buat tambahan nak hias laman rumah diorg. Balik-balik terus diorg susun dan tanam sekali. Diorg memang rajin dan bersemangat la nak siapkan laman rumah diorg. Seronok pulak aku tengok. Tiba-tiba aku rasa macam best jugak ek kalau ada adik-beradik laki terutamanya untuk benda-benda camni la...hehe~
 |
| masa aku datang, cuma ada tanah ja...sekarang dah cantik dengan rumput |
Disebabkan Mak Ndak aku keluar hari ni, kak Na yang masak untuk makan tengah hari. Aku teman dia sembang-sembang ja. Petang lak, kak Na masak bubur pulut hitam. Sambil-sambil dia masak tu, aku sembang-sembang dengan dia, saja aku soal jawab dengan kak Na pasal life ada keluarga besar dan adik-beradik ramai. Dalam masa seminggu aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni, aku rasa best ada adik-beradik ramai. Bila gurau-gurau tu, rasa meriah gila! Bila masak pun seronok sebab ramai yang nak makan. Tu yang aku lagi semangat nak buat puding tu. Kalau kat rumah aku tak buat sangat sebab tak ramai yang nak makan. Cuma rajin buat kat U ja sebab kawan-kawan ramai nak makan..ok la.
Hari ni pulak dah 31hb kan, hari terakhir untuk tahun ni. Kat depan rumah Mak Ndak aku ni ada jejantas. Dari jejantas tu memang nampak view ke KLCC dan Dataran. Walaupun jauh, tapi tetap nampak. So, masa ambang nak dekat pukul 12 tengah malam tu, aku ikut kazen aku Izzat pergi naik jejantas tu. Memang cantik KLCC & Menara KL dengan lampu warna-warni. Lepas tunggu beberapa minit, bunga api pun mula la meletup sana sini. Yang jelas nampak tu dari KLCC, Menara KL & Dataran. Teruja ja aku tengok...hehe~ ;D
 |
| Lebih kurang macam ni la view bunga api kat KLCC dari jejantas tu |
p/s: aw, santap semeja la sangat...2. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2 11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 12. Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz! 13. Hari 12: Updet, updet...
Dengan nada yang ceria, meh kita nyanyi ramai-ramai k....
- bajet2 sikit cam ada muzik background ;P -
Happy birthday to you~
Happy birthday to you~
Happy birthday to Faiz~
Happy birthday to you~
29.12 ialah besday si comel ni.
 |
sumber gambar: Ihsan my Mak Ndak
|
Eh, tapi korang jangan silap tau. Ni gambar besday boy dua puluh tahun lepas. Si comel yang dalam gambar ni dah jadi seorang yang macho dan handsome dah pun! Haaa...meh kita usha gambar besday boy kat bawah ni...
 |
| 29122010 |
Besday boy ni kazen aku, anak Mak Ndak aku yang nombor 2. Aku panggil dia abg Faiz. Beza umur banyak tahun jugak dengan aku. Sebenarnya, aku tak tau pun besday dia 29hb ni. Patut la Mak Ndak plan suro aku masak puding jagung hari ni. Pastu siap ada plan nak prepare menu macam-macam. Rupa-rupanya baru la aku tau besday abg Faiz rupanya...hehe~
Kalau aku tau awal, bole la kot aku prepare hadiah...hik3~ Hadiah la sangat kan...aku ni dah la selalu takda idea nak bagi hadiah apa kat lelaki. Kalau hadiah kat perempuan laju ja aku bole cari sebab aku suka bagi benda-benda yang cute. Ofkoz la tak sesuai dengan lelaki kan...heee~ ;P
Patutnya kak Na plan nak buat kek sendiri hari ni. Tapi tak sempat pulak sebab bahan-bahan tak sempat nak beli. So, last2..pergi beli kek ready-made ja. Ok la tu daripada takda kek langsung.
 |
| kek besday~ |
Ni antara menu ktorg hari ni....
 |
| nasib baik menjadi n sedap puding jagung aku...hehe~ |
Mula-mula aku terkejut gak diorg beli sate 50 cucuk. Mana tak terkejut kan, kat rumah aku paling banyak yang selalu beli pun 20 cucuk ja. Masa tu bole pulak aku terlupa...rumah Mak Ndak aku ni banyak hero...logik la beli banyak tu kan...hehe~ So, dengan menu yang ada tu, ktorg pun sambut la besday abg Faiz secara sederhana tapi tetap mesra dan meriah. =)
Malam tu pulak ktorg tengok siaran langsung bola sepak Final Kedua Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia vs Indonesia kat Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Aku yang tak berapa minat bola ni pun bole terlayan sekali tengok bola dengan penuh semangatnya malam tu! hehe~ Kan sekarang satu Malaysia tengah bersemangat pasal potensi skuad Harimau Malaya ni kan...tak nak la aku ketinggalan. Keluarga Mak Ndak aku pulak semua layan bola. Nak2 pulak bila ada si
Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol terbaik skuad Malaysia buat masa ni. Hebat betul la
skill dia tangkap bola masa kat petak gol tu. Kagum aku! Aku
start follow bola untuk kejuaraan ni pun masa aku tengok Malaysia vs Vietnam, yang Malaysia menang tu. Masa tu memang dok menyerlah la
skill si Fahmi ni.
Tambah pulak lepas Malaysia yang muncul juara piala ni kali ni. Lagi meletup la nama dia. Semua media,
bloggers nak buat
review pasal dia, sampai terwujud fenomena
TsuFahmi. Dahsyat. Nasib baik dia dah ada awek. Blog awek dia pun sampai terkena tempias
femesnya mamat ni. Mencurah-curah trafik blog dia, sampai
followers dah jadi ribu-riban dah. Banyak pulak aku cerita pasal ni. Eh, tak lupa jugak kat penjaring gol terbanyak kejohanan ni, cik abang
Safee Sali. Memang terbaik la.
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!! Kira kemenangan ni macam hadiah jugak la buat si besday boy kat atas tu. =)
uh lupa, aku tak bagi ucapan lagi...
To abg Faiz:
Selamat Hari Lahir! Semoga panjang umur dan makin murah rezeki. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah dan ibu bapa. Sorry la tak bagi hadiah pun. Last sekali, cepat-cepat la kawen! ah-ha!~~ ;D
p/s: aw, tak join.
Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2 11. Hari 10: Nostalgia masa lalu 12. Hari 11: Bhgn 1 - Jalan-jalan UniTAR
Yeehaa! hari ni bole keluar jalan-jalan jugak...hehe~ takda la ke mana sangat pun. Hari ni plan cuma nak teman kak Na pergi U dia kat UniTAR sebab dia nak buat clearance. Ktorg gerak dalam pukul 8.30 pagi. Dapat la aku keluar tengok sekitar KL yang aku belum pergi. Ktorg ditemani abg kak Na, bro Wafi yang drive kereta. Bro Wafi memang cekap pasal jalan2 kat KL ni, sampai kalau dia explain, aku pulak yang makin blur..ah-ha!~
Sementara nak setelkan clearance tu, sempat pulak aku bergambar kat perkarangan UniTAR ni. Bole tahan jugak kawasan persekitaran dia. Tempat-tempat yang banyak tanaman tu rasa nyaman ja.
 |
| kat kawasan taman dalam perkarangan UniTAR |
Lepas pergi UniTAR tu, sebelum balik Gombak, ktorg pergi Kelana Jaya lak. Kat KJ tu ada rumah sewa yang kak Na pernah tinggal masa dia belajar UniTAR. Ktorg singgah jap sebab kak Na nak ambil barang-barang dia yang tertinggal kat situ.
Masa balik tu, aku pun tak tau la bro Wafi ikot jalan mana sebab aku rasa makin jauh ja dari jalan yang ktorg guna masa nak pergi tu. Dahsyat jugak jalan kat KL ni. Balik dalam pukul 11.30 pagi tu terbaring jap aku sebab pening kepala. Bersimpang-siur kepala aku sama serabut dengan jalan KL....takda bakat langsung aku ni nak dok KL!...hehe~
Lepas baring jap, aku pergi buat puding jagung lak...untuk apa puding jagung tu kan? haaaaa....ktorg ada sambutan sikit petang ni..nak tau apa? tunggu entry ni bahagian II k...hehe~ =)
p/s: aw, siyes jugak hari ni.
Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2 11. Hari 10: Nostalgia masa lalu
Nak syahdu ja tajuk kan...heeu~
Hari siang macam baisa, aku tak buat apa2 sangat pun. Cuma sambung sikit2 kerja yang belum habis semalam. Malam best gila! sebab aku dapat peluang nak tengok album kazen-kazen aku masa kecik dulu. Mak Ndak aku suruh tengok, apa lagi tengok la kan. Aduh, comey pulak diorg masa kecik2 dulu. Lucu! Dalam aku dok tersengih-sengih tengok gambar diorg dulu kala tu, tiba-tiba ternampak ada jugak gambar2 aku masa kecik dalam album2 tu...sempoi! Dah la kebanyakan gambar tu tangkap kat rumah aku. Siyes aku tak ingat masa bila ada momen tu..hehe~ ya la, kecik lagi masa tu, ada dalam umur 3 4 tahun kot, harus la tak ingat kan.
Horror ja aku rasa bila aku tengok gambar aku masa kecik2 dulu. Lucu pun ada. Comot ja kecik2 dulu. Duh, kalau masa tu bole diputarkan semula, mau aku posing comey lagi masa ambil gambar tu, posing ala2 model kanak2 gitu! ah-ha!~ ni tak, muka entah apa2 ja masa ambil gambar dulu, takda perasaan model langsung..ah-ha!~ ;D tapi tu la kenangan kan? kalau tak, takdanya nak tersengih-sengih sampai tergelak-gelak tekap muka kat bantal sebab lucu sangat tengok gambar muka hentam-kromo dulu kala...hehe~ ;P
Aku sempat snap balik gambar dalam album2 tu yang ada aku masa kecik dulu. Jom kita layaaaaaan~
 |
| Kalo korang mata tajam kan, cuba teka yang mana satu aku? |
 |
| cam comot ja semua time ni...tp sweet la! |
 |
| Anak-anak Mak Ndak aku masa kecik-kecik dulu |
 |
| happy family | |
 |
| superhero...eh silap..super kazen yang paling first..hehe~ |
 |
| Dengan kazen-kazen yang lain...mesti korang dah bole teka yang mana aku kan? hehe~ |
Gambar yang terakhir ni paling nostalgia sekali...memang nampak antik habes la...
 |
| adik beradik perempuan mak aku - Mak Ngah, Mak Tam, Mama & Cik Ain. Takda dalam gambar Mak Long & Mak Ndak |
sumber gambar: Ihsan my Mak Ndak p/s: aw, memory no respond. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom! 10. Hari 9: Takda apa2
Hari ni aku tak buat apa sangat pun, menghadap kerja sikit2. Dua orang kazen aku, abg Faiz & kak Na kerja hari ni, so sunyi siket hari ni. Bosan-bosan layan TV...hee~
 |
| puding karamel buatan aku..hee~ =) |
|
|
Uh ya, puding karamel yang aku buat semalam tu baru nak dimakan hari ni. Biar lama sikit dalam peti ais sebab nak bagi sebati dan sejuk. Huh, naseb baek dapat pujian puding karamel aku ni
*smug lagi*. ;)
Hari ni tak banyak updet sebab tak banyak benda pun yang aku buat hari ni...next entry k... =) p/s: aw, kurang sehat lagi pulak. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 9. Hari 8: Cari rumput jom!
Hari ni aku tak mula lagi sambung kerja-kerja FYP aku tu. cuti jap..hehe~ Pagi dalam pukul 9 lebih, aku ikut 3 orang kazen aku tu pergi nursery pokok. Diorg nak beli rumput laman untuk laman rumah diorg. Nursery tu dekat-dekat dengan UIA Gombak, memang lalu la. Kazen-kazen aku ni memang rajin bercucuk tanam nak hias laman rumah diorg. Kagum aku, sebab aku dan adik aku takda pulak camtu, sekian ja...ah-ha!~
 |
| Kak Na, abg Faiz & uh alamak...Izzat terlindung plak... |
 |
| nursery pokok |
 |
| rumput ni la yang diorg nak beli |
Balik dari nursery tu ktorg singgah Giant pulak, beli barang siket. Sementara menunggu cik abang2 tu membeli barang lagi, aku dan kak Liyana @ kak Na sempat lagi bergambar dengan kereta Inspira tu..sesaja! hehe~
 |
| close up |
 |
| Dyana & kak Na |
Balik Giant tu lepak-lepak jap, petang aku buatkan puding karamel lak untuk diorg. Haaaa....next entry pulak k... =)
p/s: aw, no news. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal8. Hari 7: Gombak lagi.... :)
 |
| Aku, 25 Dis |
Ooo yeah! hari ni bermula la cuti aku yang seminggu tu. Aku dah plan awal-awal lagi nak pegi rumah Mak Ndak aku yang kat Gombak tu, habiskan sepanjang minggu aku kat sana. Sebelum ni aku dah pernah singgah jap satu malam sebelum pergi KD. Bukannya apa, kat KD aku sorang2 ja, kalau kat Gombak tu ramai siket orang sebab anak Mak Ndak aku ada 5 orang, tapi sorang ja takda kat rumah buat masa ni, yang bongsu sekali. Kalau dok Gombak ni meriah sikit sebab banyak aktiviti bole buat dan ada orang nak layan aku sembang..hee~
Aku pun sebenarnya baru nak rapat balik dengan keluarga Mak Ndak aku ni. Sebelum ni bertahun-tahun gak tak jumpa sebab masing-masing duduk jauh. Ni bole jadi rapat balik ni sebab diorg pindah KL dan aku pulak lepas ni kena kerap turun KL. Sepupu aku yang 5 orang tu pun dah lama tak jumpa sampai la raya baru-baru. So, seronok sangat la dapat jumpa diorg sebab masing-masing makin besar...hehe~
So, hari ni awal-awal pagi lagi aku dah siap-siap. Kazen aku, bro Wafi datang ambil aku kat KD dalam pukul 11 pagi macam tu. Dalam 11.30 pagi, dah sampai rumah diorg kat Gombak. Sampai-sampai pulak, Mak Ndak aku terus ajak aku pergi kenduri rumah jiran dia lepas Zohor. Fuh, kena la ikut. Memandangkan aku tak bawak sehelai pun baju kurung datang sini, Mak Ndak kasik pinjam baju kurung dia masa dia muda-muda dulu, yang kecik siket. Ada dua pilihan, tapi aku pilih yang warna hijau sebab tadi masa datang tu kan aku pakai shawl hijau. Nasib baik matching baju dan shawl tu...jalaaaan~
 |
| siap-siap nak pegi kenduri |
Hari pertama ni aku tak buat apa sangat pun, lepak-lepak ja. Untuk aktiviti seterusnya...next
entry k~ =)
p/s: aw, serius la pulak harini. :( Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!7. Hari 6: Informal
 |
| Aku, 24 Dis |
Hari Jumaat untuk VADS ialah hari informal, maksudnya bole pakai casual smart. even jeans dan t-shirt pun bole. Aku rasa bukan VADS ja yang style macam ni, kebanyakan company swasta kot sebab tempat aku praktikal dulu, kat Bosch pun sama jugak, hari Jumaat bole pakai jeans dan collar t-shirt Bosch. So, hari ni pun aku selamba ja pakai jeans dan t-shirt.
Dah petang-petang tu baru terserempak dengan Pn. Roy. Dia tegur aku tanya ok ke tak hari ni...hehe~ ofkos la aku cakap ok..sebab memang selalu ok pun..hehe~ pastu bole pulak dia cakap hari ni aku macam Maybank. Huh, bila aku fikir, laaa rupa-rupanya dia refer kat baju aku hari ni yang warna hitam dan kuning! hehe~ arrrrr...jadi harimau jap..ah-ha!~ ;D
Hari ni aku tunjuk design2 aku kat kak Sham, nak tengok pendapat dia macam mana. So far kak Sham suka dengan design framework aku. Dia siap cakap, system aku ni ada potensi untuk dijual, sah-sah laku! huh, tu pun kalau berjaya develop. Yakin ja kak Sham ni galakkan aku suro jual sistem aku kat VADS. hoho..ada potensi komersial kat situ... *smug*. Tapi tu la, aku kena kerja keras lagi la nampaknya. Chaiyok!
Keluar topik jap, meh aku kongsi sikit pendapat aku pasal kelebihan buat FYP kat company. Ada masanya bila kita buat FYP kat company ni, orang-orang company tu mungkin menilai potensi kita untuk buat kerja di samping menilai jugak kemahiran2 yang kita ada, macam interpersonal skills & communication skills. Kalau diorg rasa ok, so mungkin diorg akan tawarkan kita kerja kat situ bila dah grad..tapi masa tu mungkin diorg tak cakap direct. Diorg akan cakap lebih kurang macam nanti dah grad, bole la apply kerja kat situ, diorg bole tolong...hehe~ ada peluang di situ. Tambah-tambah pulak kalau korg attach kat bahagian HR, lagi senang! Kan dah ada contact & networking kat situ. Ni pun kira persediaan aku kalau aku tak dapat kerja dengan PETRONAS, bole la aku mintak kat sini ja, ada orang bole tolong...insyaAllah.
Panjang pulak aku tulis ni. Uh ya, minggu depan VADS cuti sepanjang minggu, year end shutdown. So, tak yah pergi. Yeeehaaa~~ Aku dah ada plan lain...next entry ok..hehe~ :)
p/s: aw, jumpa esok. Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning 6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
 |
| Aku, 23 Dis |
Woah...hari ni dah 23 Disember, cepat betul masa berlalu...kalau ikut hari ni dah cukup 9 bulan dari tarikh lahir aku tahun ni. Sekejapnya dah nak kena besar lagi..huhu~ Untuk hari ni, outfit aku warna ungu. Rilek ja pakai macam ni...hehe~
Hari ni pulak, bibik sedara aku tu ada siapkan bekal nasi goreng untuk aku. Oh my, dahsyat..tak pulak aku sangka sampai dia nak siapkan bekal ni semua. Nasi goreng pulak tu! Kena la jugak amek sebab dia dah beria-ia bungkuskan bagai. Aku ni dah la lama dah tak makan nasi, sekali duduk kat KL ni hampir setiap hari kena makan nasi! aduyai, can't avoid sebab takda pilihan lain...kang kebulur lak mak tak makan...aisey! Makan nasi rasa berat gila badan..huhu~ ^_^
So, hari ni cerita aku kat ofis, aku sambung interface design aku semalam. Hari ni banyak jugak aku tumpu untuk buat design ni. Ada 2 bahagian, satu bahagian untuk Candidate dan satu bahagian lagi untuk Admin. Hari ni good job jugak sebab berjaya habiskan rangka untuk bahagian Candidate. :)
 |
| camni la lebih kurang kerja aku hari ni |
Tu la secara ringkas cerita aku untuk hari ni...sambung entry seterusnya pulak k..
p/s: aw, 23 jugak!
Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan 4. Hari 3: Mulanya di sini 5. Hari 4: Pink dan Kuning
 |
| aku, 21 Dis |
Hari ni, 21 Dis, hari yang paling aku tunggu-tunggu. Hari ni aku ada meeting appointment dengan contact person kat company FYP tu. Pukul 5.30 pagi aku dah bangun dah nak siap2, sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Dah siap2 semua, dalam 6.55 pagi, kak Biah hantar aku pegi company tu. Company yang aku attach ni nama dia VADS Berhad. VADS ialah anak syarikat Telekom Malaysia. VADS ni pun ada lagi pecahan-pacahannya, tapi aku terlibat untuk bahagian Business Process Outsourcing (BPO).
VADS ni terletak kat Plaza VADS (PV) kat Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Rupa-rupanya 10 minit ja dari KD. Risau aku sebelum ni fikir pasal transport nak pergi VADS. Nasib baik tempat kerja kak Biah lebih kurang ikut jalan yang sama ja, so dia offer nak tumpangkan aku. Selamat!
Aku sampai PV dalam pukul 7.10 pagi. Meeting aku tu pukul 10 pagi ok... Maka melepak la aku kat lobi PV tu, dah bosan-bosan turun kat kafeteria bawah tu, tapi masa tu pulak ramai orang, waktu sarapan kan. Aku cuma makan kuih ala kadar, pastu baca majalah Remaja, selamba! Pastu baca-baca pulak dokumen yang aku bawak tu, konon-konon macam nak revise la kan..heee~
Lepas dah tunggu dua jam lebih kat bawah tu, aku pun gitau la contact person (CP) aku tu, Pn. Rohaya atau bole jugak dipanggil Pn. Roy, yang aku dah sampai. Pastu dia suro naik. Lepas daftar kat kaunter lobi tu dapat la pas pelawat.
Pastu aku pun naik tingkat 15. Kat plaza ni pulak lif dia terbahagi 2 kategori, satu untuk tingkat 1-10 dan yang satu lagi untuk tingkat 10-23. Sampai-sampai tunggu jap Pn. Roy datang. Ni pulak kali pertama aku nak jumpa dengan Pn. Roy ni. Sebelum ni CP aku orang lain dan dia dah resign pun. Pertama kali aku jumpa Pn. Roy ni, aku rasa dia agak rock walaupun dah senior kat situ. Dia macam sempoi2 ja. Kalau tak silap aku jawatan dia kat situ ialah Assistant Section Manager (ASM), kalau tak silap la. Pn. Roy sempat lagi cakap yang aku ni sound so formal in our emails..hehe~ Harus la kan, nak deal dengan orang company, takkan nak guna bahasa cikai atau bahasa cakap biasa ja..
Ktorg meeting sekejap. Pn. Roy ada la tanya aku beberapa soalan penting pasal sistem aku nak bangunkan tu. Dia siap cakap kalau boleh dia nak secepat mungkin sebab diorg nak guna. Huh, dahsyat. Aku pun cakap la sebelum aku sambung dengan interface design sistem tu, aku kena bincang dan dapatkan persetujuan dulu pasal system flow yang aku dah design tu. Lepas tu baru la aku bole sambung dengan interface design. Aku pun serahkan Design Document yang aku dah sediakan sebelum ni kat Pn. Roy.
Habis meeting pendek tu, Pn. Roy pun kenalkan aku dengan beberapa orang yang akan tolong aku untuk sistem tu. Lepas tu, dia tunjukkan tempat duduk aku dalam ofis tu. Orang sebelah aku tu Indian, Suguna nama dia, peramah la jugak dia. Section yang aku duduk tu ialah bahagian Recruitment. Serius aku rasa macam kat tempat aku praktikal dulu sebab dalam suasana HR.
So, hari tu aku tak buat perkara penting sangat sebab belum bincang pasal system flow tu lagi. Aku cuma cari maklumat tambahan pasal interface design dan start sketch siket-siket rupa interface sistem tu. Aku ada la jugak berkenalan dengan dua tiga orang staff kat situ. Kebanyakan diorg ingat aku trainee kat situ, pada hal aku dah jelaskan kat diorg yang aku cuma buat FYP ja kat situ. Aku pun sebenarnya tak terikat sangat dengan any rule dalam ofis tu, cuma cuba disiplinkan diri la dari segi waktu masuk, keluar tengah hari dan balik.
Hari tu aku balik dalam 5.45 petang dan sampai rumah dalam pukul 6.20 petang. Sampai sini dulu untuk entry ni, sambung next entry pulak k... =)
p/s: aw, rebound?
Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 3. Hari 2: Persediaan
Hari ni, Isnin, aku tak buat apa aktiviti sangat pun. Aku punya meeting dengan company FYP tu esoknya, Selasa. So, aku stay ja kat rumah. Motif aku hari tu nak siapkan semua dokumen untuk meeting esoknya. Aku kena compile design2 aku dalam satu dokumen dan cetak. Hampir setengah hari jugak aku habiskan untuk siapkan benda ni.
Satu lagi perkara yang aku kena belajar duduk kat KD ni ialah belajar hidup dengan bantuan orang gaji. Kat rumah kak Biah ni ada orang gaji. Uh, sungguh la aku tak biasa ada orang gaji. Sepanjang hidup aku, tak pernah ada orang gaji yang tolong aku buat kerja-kerja rumah ni semua. Semua buat sendiri ja. Tiba-tiba datang sini, semua orang gaji yang sedia dan siapkan. Kekok jugak hari pertama aku ni..tapi tu la kena la biasakan diri kan. Walaupun orang gaji tu ada nak buat semua kerja, aku tetap teringan tulang nak buat sendiri sebab dah terbiasa even dia larang...haih~ That's what they are being paid for kan? kena la faham. :)
.....sambung entry seterusnya pulak.. ;)
Entry berkaitan sebelum ni: 1. KL...here I come!2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru