10 sebab perempuan tak respek lelaki
4/28/2011 09:58:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
 
Tadi share info dari perspektif lelaki, ni infro dari perspektif perempuan lak..amek kat notes FB jugak, Pija Pjanic.

*********

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI.

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu


10 Perkara kalau lelaki cakap...
4/28/2011 09:49:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Hari ni nak kongsi informasi...ni pun amek kat notes FB Zunnur Anwar. Walaupun ayat-ayat tu agak kelakar aku rasa, tapi informatif la jugak....sila2 baca ek..

*********

1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb  laen.mase nak dulu, korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene                lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak comel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya: mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.


*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~
 
 
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang........

 Sumber : Facebook's note
Lelaki dilahirkan untuk MENGETUAI dan perempuan untuk MENGURUS
11/28/2010 02:03:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Oih2...dah bersawang tahap dewa dah blog aku ni. Banyak ja benda nak updet kat sini sebenarnya, tapi tak sempat la. 2 3 minggu ni, hidup aku kat IRC ja lebih kurang. Balik bilik cek emel dan tido ja. Bosan kan? hehe~ tapi nak buat macam mana kan...exam~~ 
 
Tadi baru abes satu paper dan tinggal satu lagi Selasa ni, jadi nak luangkan masa siket blogwalking dan baca blog2 orang yang aku follow...dan aku terjumpa entry ni. Entry 'Cara Tangani Stress untuk lelaki dan pompuan', by kak Fillanie. 
Siyes, aku memang suka baca blog kak Fillanie ni. Kelakar~ 
 
Nanti ada masa aku review pasal blog2 yang aku suka. Sekarang cuma nak kongsi dengan korang pasal entry yang informatif dan pada masa yang kelakar jugak. Terkekek-kekek aku gelak kat sesetengah bahagian entry ni. Apa kata korang baca pulak..heee~ 

Happy reading guys!~~ =)

Owh ya..
satu gambar masa study week, untuk korang...
 
 
with lurve, 
 ************************
 
 
jom bersama saya penceramah bebas anda pada hari ini... huahahahhaa.... biasalah, orang bagi ceramah kat aku, aku plak bagi ceramah kat orang.. kuakakakka... benda yang baik kita sebar-sebarkan.. benda yang tak baik, ko buat sorang-sorang jangan ajak orang.. kukakakkaa.....

mari adik-adik, abang-abang, akak-akak... topik ni antara topik menarik yang aku penah dengar dan aku rasa menarik utk korang pon tau... hahaha... aku biasalah kan..kalau kursus yang menyentuh kehidupan harian aku memang leh duduk tegak.. cuba bab kerja ker.. apa ker.. meliuk lentok kepala aku tahan ngantuk.. hihi....

meh aku nak tanye sikit, ni soklan untuk kaum HAWA/PEREMPUAN okayyyy... lelaki shuh shuhhh pegi jauh-jauh.. korang nye jap lagi baru aku sentuh..kang datang balik sini..hahahah.. bagi yang pernah berkahwin atau dah berkahwin, atau dah berboipren... korang selalu tak sentap ngan laki? huahah..jangan tipu.. KONPEM pernah kan? bukan lagi pernah, tapi SELALU kan?... lagi-lagi dapat laki yang tak reti langsung nak nolong kat umah... perghhhhhhhhh... uiii tetiba hati aku panas plak nih..hhahaha.. ok ni aku nak bagi ubat kat korang supaya hati korang sejukkkkkk jer tgk laki ko.. walaupon selepas kita ni berhempas pulas bekerja kat opis, pastu lari gi amik anak balik sekolah, pastu sinsing lengan baju tung tang tung tang kat dapo, pastu kejarkan anak melalak-lalak.. pastu uwekkk nak susu.. lepas susu uwekk lagi.. oh berak plak... sana jerit suruh mandi.. dah siap jerit plak kat kita.. baju apa nak pakai.. nak jer aku lambung-lambung kain baju yang lom lipat suh pilih sendiri apa nak pakai... dah siap masak, laki balik nak MAKAN... lepas makan.. eh eh.. kita jugak basuh pinggan mangkuk... GILER STRESS TAK??????

ok untuk makluman korang kan.. apa penceramah tu ckp tau.. lelaki ni lahir-lahir jer sampai ler dia jadi beso panjang... dia tau TIGA perkara jer dalam hidup dia...

1. MAKAN
2. MAIN
3. TIDO

hahaha.. betul tak para lelaki? tp bila dipikir-pikir memang betul pon.. itu jer kot kepala hotak dia? memula tu memang lah rasa nak pelangkung jer dorang nie.. tapi mcm ni kisah dia yer... berserta fakta okeh.. takde plak aku video tu.. penceramah tu siap bagi fakta ngan video..hahah.. perempuan dan lelaki dilahirkan berbeza.. otak perempuan adalah lebih BESAR dibandingkan ngan otak lelaki... dah tu ko pempaham jeklah..kalau dah hotak pompuan lagi BESAR... confirm lah kita ni berpikir lagi BANYAK dari lelaki... itu dah memang termaktub dah... kita pompuan memang suke pikir pasal diri kita, pasal orang lain.. lelaki plak lebih suka pada 'benda'.. sebab tu kalau ko tgk baby or kanak-kanak pompuan.. suka sgt tgk muka orang.. tak nampak muka mak dia pon dia leh merengek-rengek... tp cuba kalau boy.. lantak ko lah kan.. janji dia ada senapang mainan, ko campakkan kat dia bola ke, kereta ker.. diamlah dia.. pompuan lain.. pompuan ni perlu belaian... nak kene manja-manja.. nak kene puji-puji... dah lahiriah kita mcm tu..nak buat cemana kan..

lelaki ni dia ada hormon testosterone... hormon tu yang membezakan dia ngan pompuan.. hormon tu menyebabkan dorang ni rasa berkuasa, ada kekutatan fizikal, hormon tupon mempengaruhi ketegasan, rasa ingin bersaing (dgn jantan lainlah), pintar cekap.. sebab tu lelaki ni tak suke pikir yang leceh-leceh macam kita nie... sebab lelaki dilahirkan untuk Mengetuai dan perempuan untuk Mengurus... cuba ko bagi sikit lelaki suruh dia handle keje-keje umah.. aku rasa bagi 2 hari pon dia dah tekangkang-kangkang kot???? hahahah.. HEBAT tak kaum HAWA??? 

[eVy's note: SETUJU!!!]

lelaki ni kan tak suka nak pikir yang sekecik-kecik kuman.. dia tau yang besar-besar jer.. pompuan ni,, dari opis dia dah pikir pasal hal kat umah.. balik nak kene buat apa... lelaki takkk... dia sampai depan pintu umah baru dia tau ohhhh aku dah sampai umah.. hahahah.. cilake gak lah bunyik dia kan.. tapi kita redho jerlah perangai lelaki ni mcm tu.. oh ada satu ujian dorang buat yer... ada video gak.. telinga lelaki eventhough ada 2, tapi tahap pendengaran dan kepekaan dorang ni satuuuu jer.. sian kan dorang? hahahaha.... dorang tak multi-tasking macam perempuan... kita orang pompuan ni pemikiran kita.. sekali pikir.. semua benda kita pikir..hahah.. lelaki tak boleh.. dia kene pikir satu-satu.. dan selesaikan satu-satu... dan tolong lah jangan paksa lelaki untuk pikir macam kita WANITA yang hebat ni.. dorang tak leh okeh..hahahha... 

contoh lah aku bagi kat sini yer... ini terjadi kat aku.. dan aku rasa korang pon sama jer.. hahah... contoh:-

*laki baru balik keje*

Pak Radie baru jer bukak pintu umah, aku dah serang..hahah.. (dalam hati aku dah bebulu.. pegi discuss ngan kawan kul 6 petang..kul 10.00 malam baru nak sampai umah) "Awak pi mana yang lama sangat baru nak sampai umah? Ingat kejap.. lamanya? bincang pasal apa yang sampai berjam-jam? dah lah Amaani ni dari tadi tanak tido-tido, dah naik lenguh ni tangan asik dukung jerk..letak jer nangis.. penat lahhhh! awak sekarang baru nak balik... dah makan ke blom?".... 

hahahhahahah... sekarang ko bagi tau kat aku apa Pak Radie nak kene buat? langsung dia tak jawab satu pon soklan aku.. dia blah, amik towel gi mandi.. hahahahhaha... sebelum gi kursus hati aku ni gerammm jer bila tanya macam tanya ngan tembok... tapi lps pegi kursus nie.. aku rasa sudah-sudahlah tu.. takyah lah nak emo stress-stress... kita ni org pompuan mmg suka nak serang hendap.. selagi boleh ko nak luah semua skali.. skali tanyer tu diaaaa... macam peluru.... tak sompek orang tu nak jawab satu pon..hahahahah... 



TIPS HANDLE LELAKI

1) Satu isu untuk setiap perbincangan
hahaha.. ni yang aku citer tadi.. dorang ni lambat sikit nak pickup.. so dorang tak leh handle banyak-banyak.. kalau ko nak cakap dengan laki, tanye dia satu-satu... kalau isu nak balik kampung.. dah ko tanye isu balik kampung jer... jangan lah nak citer pasal balik kampung, pastu citer plak anak jiran sebelah umah mak ko nak kawin, pastu jiran yang tu anak dia blajo overseas, yang sorang lagi tu kawin ngan orang keje itu, yang sorang lagi baru becerai.. pung pang pung pang... cuba ko tanye dia balik.. apa yang dia ingat dari keseluruhan citer ko tadi? hahah.. mesti yang dia tau 'BALIK KAMPUNG' jer.. hahahahha...

2)Beri arahan satu per satu
aku takde anak lelaki so aku taktau.. tapi biasa tak kalau kita bagi arahan kat anak lelaki or suami kita.. contoh nye mcm nie "Pa, kang jap gi awak tukar lampu meja makan tu dah tebakar dah.. dah seminggu dah tak tukar-tukar, pastu awak tukar lah skali lampu hall tu dah malap.. dah alang-alang tu amik magazine yang awak baca 2 minggu lepas, gi simpan balik.. rimas lahhhhhh"... ko agak-agak dia bangun tak pegi buat? KONFEMMMM TIDAKKK!! hahahah... sama ada dia malas, atau dia tensi sebab banyak sangat arahan, atau dia tak paham nak buat yang mana dulu.. or dia dah lupa apa yang ko suruh dia buat.. sebab banyak sangat!! hahahah... so lepas ni kalau nak suruh.. bodek dulu... "Pa gelap lah kat meja makan nie.. kang makan ikan tecekik tulang mampos plak ma kang... awak kawin lain plak kang.... eh awak ada bli kan lampu aritu? nanti lepas makan kalau dah takde apa-apa keje awak tolong tukar yeh?"... ok itu cara dia.. bagi dia satu keje je dulu... ko tengok mesti jap lagi lepas makan dia tolong tukar lampu.. kalau dia tak pegi jugak.. ko sound lagi.. "Paaaa.. tolonglah tukar lampu... nak upah tak?".. hahah.. ok kalau beserta ngan upah, ko suruh dia tukar mentoh 10 bijik pon dia sanggup kot? ;) .. lepas dia dah tukar lampu tu.. biar kan dia rehat-rehat macam raja dulu... pastu ko bodek lagi... "Pa.. ma dah tengok dah magazine pasal umah tu.. lawa giler... nanti kita buat umah kita mcm tu yeh?... eh nanti awak letak balik magazine tu kat tempat dia.. jap lagi ma nak vacum lantai... jangan letak kat lantai".. see?? see???? mudah tak nak suruh dorang nie? al-maklum lah.. lelaki ni kan ada hormon BERKUASA... so bila dia rasa dia berkuasa... dorang ni ANTI-ARAHAN sikit.. bile kita mengarah-ngarah..mula lah dia bengang.. so dengan cara BODEKAN jer baru boleh jalan.. huahahahahah... mcm anak lelaki gak kot.. kalau kita suruh "Alonggggg, pegi basuh kasut sekolah tu, pas basuh tu, amik kain ni sidai kat luar tu.. lepas tu bukak buku tu buat keje sekolah, kemas sekali depan tu besepah-sepah dah mcm haper"... ko rasa budak tu akan buat yang mana??? hahaha.. konfem dia gi basuh kasut sekolah.. pastu ko tengok dia dah hilang gi main bola ngan kengkawan dia.... JANGAN LEPASKAN DIA.. ko suruh dia basuh kasut jer dulu.. bile ko tgk dia dah siap basuh kasut, terus ko suruh dia sidai kain..bila kain last dia sidai tu ko suruh plak dia buat keje sekolah... hahahhaha.. lelama anak ko pon tensi terus lari umah!!!! mak asik suruh buat keje jer..huahahahhahaha....

3) Bagi soalan sekali dengan jawapan
ni contoh dia macam nie:-
*situasi Pak Radie baru balik dari keje*

Eh awak dah balik dahhhh... lambatnye.. ohhhhh awak gi minum dulu yeh? ke OT?
haaaaaaaaa nampak tak soklan aku beserta ngan jawapon objektif??? so dia boleh pilih nak jawab 'minum' atau 'OT'... lelaki kan mulut PEMALAS nak becakap.. so dia akan jawab 'MINUM'... okkkkkk.. selesai masalah ko... eishhh kadang pelik kan orang lelaki nie? macam ada harta karun dlm mulut dia.. susahnye lahhhh nak becakap... kita tanya 10, dia jawab 1 jer.. cuba kalau pompuan... sebab tu bile exam.. bab soklan subjektif, orang pompuan memang terror merepek meraban sampai tak cukup kertas, siap angkat tangan nak extra kertas...lelaki??? hahahahhahahahahahha

[eVy's note: aku paling suka part ni...gelak memanjang aku baca ayat kak Filla ni. dah la sekarang aku tengaj exam kan, so terbayang2 gak aku situasi kat dewan, student2 mintak paper lebih...ah-ha!~~]

ni contoh yer...

*filla baru balik dari keje, pak radie kat umah*

Pak Radie: Eh, lambat balik...banyak keje ke kat opis?

ko ingat aku nak jawab 'Ye, banyak keje'.. pastu amik towel blah gi mandi?? ohhh tidak... wanita ni memang hormon dia mulut macam bertih sikit.. aku rasa kalau situasi kat atas tu.. jawapan aku ialah:-
"a'ah.. tulah tu... ingat nak balik awal tadi, tapi tetiba plak boss masuk balik... dah lah masuk opis balik.. suruh buat itu ini.. kan dah lambat nak balik? pastu dah buat-buat keje tu hantar kat dia..salah plak! dah kene buat balik... adoiiii laaaa.. penat gile... dah lah dia moody tak abis-abis... eiii tensi tul lah... sib baik tak lambat amik budak-budak tu kat school tadi..kalau tak... tak pasal-pasal jer kene bayar nursery plak sbb lambat... eiii mintak-mintak lah besok leh balik awal sikit..kang lambat sikit jer..parking tu nak keluar dah jam tak begerak-gerak"

hahahahha... standard tak jawapan aku mcm tu????? hahahhaha... well.. pompuan biasalah tuuu :)


4) JANGAN guna perkataan 'MENGAPA?'
baru ler aku tau lelaki ni dia ada pantang sikit... dorang anti dengar perkataan/soklan MENGAPA? atau KENAPA? hihihiiiii... kita ni plak orang pompuan.. tulah soklan feberet.. betul tak???? ok mari kita saling mengerti kemahuan or kehendak pasangan... orang lelaki, tolong paham yer.. hormon orang perempuan memang mcm tu.. lahir-lahir lagi dah memang bertih goreng... tapi multi-tasking..hahaha.. so terimalah kalau dpt bini/girlfriend kuat celoteh/bebel/memekak.... yang orang pompuan plak.. terima jelah lelaki ni memang lahir-lahir lagi telinga dia walaupon dua, tapi satu jek function..hahahaha... arahan tak leh byk-byk.. eh penah tak korang suruh laki gi kedai beli barang.. tapi tak tulis... main cakap mulut jer "awak gi kedai nanti tolong beli timun, halia, kunyit, cili padi, bawang putih, daun sup ngan kentang"... KONPOM dia bawak balik barang tu.. tak complete.. pecayalah cakap aku ni..hahahahhaha... pastu siap boleh betekak plak kata "eh mana ada awak cakap suh beli kentang ngan daun sup tadi?"... haaaa tengok tengok tengok??? dia nak menang jugak!!! bagi kaum LELAKI ni.. bile ko tengok jer muka dia ko terus tanye "KENAPA balik lambat?".. KENAPA mcm ni.. kenapa tak mcm tu.. KENAPA? KENAPAAAA?? KENAPAAAAAA???.. lama-lama kita makan penampar..hahahahha... itu boleh mendatangkan STRESS kat dorang.. ok lah.. mulai dari hari ini..marilah kita kurang-kurangkan penggunaan perkataan KENAPA.. eh tapi KENAPA dorang mcm tu ah?..... HAHAHAHAHAHAHHAHAHA....



TIPS HANDLE PEREMPUAN

1) Puji-pujian
auwwwww.. nama pon perempuan..lahir-lahir je dah 'pujilah aku-pujilah aku'.. hahah.. susah ke puji bini? bini ko lawa ke.. tak lawa ke... ko puji jerlah.. bukan rugi pon puji bini.. "cantik nye, baju baru ke".. confirm dia senyum.. diikuti ngan ayat panjang lebar.. ko tanye satu soklan jer... tadahlah telinga bila dia jawab "Eh? ye ke ni cantik? mcm ada apa-apa je awak ni? awak cakap tul-tul nie.. betul ke cantik? apa yang cantik? make - up ni ke? ke baju nie.. lipstik ni ke warna dia ok yeh? ni bukan baju baru, tapi jarang pakai.. lawa eh? tulahhhh.. orang dah ckp dah ... orang memang sesuai pakai kaler mcm ni awak tak pecaya..blah blah blah blah...."... pastu ko jgan marah tengok rupa-rupanya laki ko dah krohhhh krohhhhhh krohhh membuta!! hahahahahaha... lelaki kan cuma tau 3 perkara... MAKAN MAIN TIDO...

2) Dibelai
alahaiiii kacang giler kan belai pompuan.. mcm ko gesek-gesek kepala kucing tu... garu-garu tengkuk kucing tu.. sedappp jerrrr.. hahahahah... setitik peluh pon tak keluar... terus cair mcm air terjun.... lepas ko dah puji dan belai-belai manja tu.. ko nak MEMBUTA 24JAM pon orang pompuan ni dah tak kisah dah..hahahha..

3) Dihargai
haaaa ni lah dia orang lelai selalu fail.. ntah aper yg susah sgt aku pon tatau.. hargai lah sikit... bini masak rasa rumpai laut pon, ko cakap jerlah sedap... dia ckp ko tipu..ko ckp jerlah ko tak tipu..mmg sedap..hahahha... kalau sebelum ni dia hidang 2 lauk.. bile ko hargai tu.. besok ko siap.. 10 jenis lauk dia hidang..hahahha..

4) Kejutan/surprise
hahah..nak taip 'surprise' pon aku rasa gedik giler..kuakakakkakaka.... nak buat cemana wahai lelaki.. dah itu yang pompuan suker... kalau ko beli coklat 3 ketul pastu ko bungkus lawa-lawa ko buh riben seketul pon... ko suh dia tutup mata time balik keje tu.. pastu ko jerit "SURPRISEEEEEEE!'.. tup tup coklat tiga bijik... jgn risau.. konpem dia terharu sampai mata jadi bekaca-kaca kesedihan dan kegembiraan dan keterharuan.. huahahah... takpon kalau jenis POMPUAN mata duitan mcm aku.. konpem buka mata jer "ha? ni je? ingatkan apa tadi"... huahahahahhahahahahhaha.... takpe takpe... laki aku bukan jenis tetiba jer jerit "SURPRISEEEEEEEE!'... hahahaha.. mau mati tekejut aku kang..hahahahha.... tapi aku percaya, ramai perempuan dan lelaki kat luar sana yg suka buat kejutan dan suka tekejut..hahahahha...

5) Dibantu
pompuan ni boleh jer nak handle semua benda... kata GAGAH PERKASA multi tasking segala... tapi kalau ko tolong dia.. perghhhhh dia akan ingat sampai mati..walaupon ko cuma tolong angkat spender yang sidai kat ampai tu... apatah lagi kalau ko tolong banyak benda.... kalau dia gagah, dah lama dia lambung-lambung ko macam timang anak tu... hahahhahahaha... olooo loo loooo comel...

6) Teman gi shopping
hahaaa.. kaedah terbaik utk perempuan nak release kan stress is shopping.. tak dapat shopping, tapi dapat jenguk-jenguk jer pon dah cukup dah... tapi orang lelaki ni tebalik.. pegi shopping tu lagi menambahkan STRESS kat dorang.. hah lantak ler.. ada aku kisah ker...hahahha... tapi apa lah salahnye teman.. bile teman tu.. jangan ler muka PAKSARELA.. teman ler dengan senang hati... redho jerlah... ada duit lebih, hulur skit kat bini tu... bagi dia lagi happy bershopping.. yang bini pon agak-agak lah.. dapat duit tu jgn lah ko jadi tak siuman plak... tak bagi duit pon takpe.. ko teman pon dia dah happy...

 
 
eh aku rasa ni aku dah bagi ceramah ikut fakta aku dah ni..hahahhahaha.. aku lupa lah apa penceramah tu citer semalam.. hahahhahahaha...

eh dah penat plak aku.. camne ah? ok ok..cikgu BM dulu selalu cakap beratus-ratus kali dia ingatkan..setiap karangan mesti ada penutup... ok kita buat rumusan yer... mcm nilah, perempuan dan lelaki dilahirkan tak sama... masing-masing ada hormon masing-masing... jadi kalau dah memang tebiat pompuan mcm tu.. kaum lelaki tu.. ikutkan jerlah rentak perempuan nie... tak susah pon.. sama jgk lah mcm perempuan.. dah tau lelaki tu mcm tu... ikut jerlah..jgn ler kita marah-marah dia.. dia marah-marah kita... janji saling perlu memerlukan... saling amik hati masing-masing... bile dah tau apa penyebab kita dan pasangan kita STRESS, sama-sama lah kita mencari jawapan untuk menanganinye... barulah hidup aman dan damai....



sekian,
penceramah bebas

Related Posts with Thumbnails