No more..
2/22/2011 10:43:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Yep, no more awaited date in February like previous years. That's all. 
 
Thanks for reading.   
 
 
 
 
p/s: kisah antara kau dan aku terpisahkan oleh ruang dan waktu. 
 
 
Grrr....
11/13/2010 03:47:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
 
Apasal la internet UTP ni lembap sangat lately???

Grrrrrr!.......

Sabar  ja la...


OK, I Demand !
5/13/2010 01:17:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Masuk hari ni, dah 2 orang colleagues kat tempat intern aku dapat bunga ros daripada pakwe dan tunang masing2...Uh, tipu la kalo aku cakap aku tak terusik tengok diorg dapat bunga....dah la dapat sejambak bunga ros merah yang segar pulak tu...bestnya! Biasa la perempuan, sekeras-keras atau setomboi mana sekali pun kalo dapat bunga macam cair gak...

Konon2 macam tumpang gembira bila diorg dapat bunga...Pastu dalam hati dah berkira-kira dah, bila agaknya bole dapat macam tu kan?Herm, pastu jawab sendiri dalam hati...

"Dah la tu diyana...takyah berangan dah...boyfriend pun takda lagi, jangan mimpi la nak dapat bunga macam tu.....huuuuuuuuu~"

OK, now I demand!


Cewahhh..harap2 ada prince charming yang nak bagi aku bunga macam ni...


Confirm kembang setaman hati aku!



Pelik Lagi Menghairankan....
1/20/2010 11:48:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Memang betul2 pelik lagi menghairankan....


Al-kisah....sejak aku mula intern kat Penang ni, ada beberapa kali jugak aku perasan perkara yang pelik lagi menghairankan ni. Dah banyak orang yang baru aku kenal sama ada yang kat ofis aku ataupun masa dalam perjalanan naik bas pergi kerja, kebanyakannya akan tanya pasal background aku...aku pun terangkan la yang aku tengah buat praktikal kat ofis aku sekarang dan aku daripada UTP. Yang tak bole blahnya tu, bole pulak diorg2 ni tanya aku berasal dari mana? contohnya macam.."Adik ni orang mana?" or "Dyana asal dari mana?" or "Dyana orang Penang ka?".
Pastu aku pun dengan yakin cakap aku orang Penang, dengan penuh senyuman (dan penuh sopan santunnya).
Hnnnnnssss
....siyes pelik...muka aku kat sini agaknya tak cukup menggambarkan yang aku orang Penang kot...

tapi lain pulak yang berlaku..

Bila aku ada kat UTP kat Perak tu dulu, bila berkenalan dengan kawan2 atau sapa2 yang join sama aktiviti..bila borak2 kejap, mesti diorg sendiri akan keluarkan ayat ni, atau "Dyana ni mesti orang Penang kan?" or "Orang utara ek?". Lebih kurang macam tu la. Pastu bila aku tanya balik macam mana tau aku orang Penang, diorg selamba ja cakap muka aku dan gaya cakap aku macam orang utara. Ok, fine!~ Memang betul pun kan...senang ja diorg nak teka asal aku...


Pelik kan????!






Uh....
11/10/2009 03:48:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


Uh, dah lama kot blog ni berhabuk dah...

Bz..tak sempat nak updet pun..huuu..

Cuba jugak untuk updet dalam masa2 kririkal ni...

kaman2~~

Sila2 ya smua pembaca, baca semula blog ni k!~



Time necessity
8/21/2009 12:00:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


I
need time to understand.

To forget and to move on.


I'm sorry, then.

***

p/s 1: to think of.
p/s 2 : only time.
p/s 3: will be back.



Hipokrit, tanah dan sabar
5/17/2009 08:55:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dalam kemelut warga UTP yang tengah berjuang untuk peperiksaan akhir sem ni, tiba-tiba sangat terasa untuk menulis. huhu~ Memetik status abangku "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu. Benarkah?" (p/s: pinjam ek..hehe~). I think in some sense, it is true. Uh. Tapi apa kaitan tiga2 benda ni? mesti pelikkan? ...

Serius. Post ini bukan la bertujuan nak mempoyokan diri atau apa. Cuma sangat terasa nak menzahirkan amukan jiwa yang rakus menghantar tentera kata-kata untuk memberontak di hujung jari. Post ni tentang aku, nothing much. Kalau terasa bosan atau tak nak baca dah, terpulang la. Bagi mereka yang faham, ini memang cara aku. huhu~



Hipokrit

Hipokrit : (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya. - Kamus Melayu DBP.

Aku bukan nak cakap pasal siapa-siapa. Cuma lately, aku rasa diri aku macam hipokrit. Hipokrit dengan orang mungkin sikit. Eh, kalau kita buat senyuman palsu, itu dikira hipokrit ek? Herm, tak pa la, bukannya orang tu perasan pun..huhu~

Hipokrit dengan diri sendiri. Ni lagi besar. Banyak pulak perkara yang bertelagah dalam hati aku sekarang ni. Setengah hati aku cuba tak mahu mengendahkan, setengah hati lagi ambil kisah sampai termakan hasutan syaitan. Antara tak suka dan terlalu menjaga hati orang lain. Herm, bukan salah orang tu pun sebenarnya. Cuma aku yang tak pandai nak kawal perasaan. Benda kecik saja pun. Benda kecik pun, kalau terkumpul jadi banyak jugak kan. huhu~ Dah..buang, buang! Lupakan.


Tanah

Sama ada kita semua sedar atau tak, tau atau tak tau, kita semua secara semula jadinya terbina daripada 4 elemen : air, api, angin dan tanah. Tapi untuk post ni, aku cuma nak cakap tentang tanah.

Analogi : Jadi tanah memang nampak senang. Duduk saja diam-diam kat situ. Bukannya nampak sangat pun kan. Tanah...memang dah sah-sah kena pijak, kena cangkul, kena hentak atau apa-apa saja yang berkaitan. Kalau tak suka pun, apa saja yang tanah tu bole buat, bukan macam air, api dan angin yang bole mengganas. Memang itu fitrahnya, kena apa pun tanah selalunya tak terusik pun. Kalau tempat dia kat situ, kat situ lah dia pilih untuk berbakti.

Kenyataannya, tanah tu la tempat tumbuh-tumbuhan bertunas dan membesar. Rasanya tak pernah penat tanah menyumbangkan segala nutrien yang dia ada untuk tumbuh-tumbuhan di atasnya tumbuh subur dan segar-bugar. Walaupun suatu masa nanti tumbuh-tumbuhan tu akan tinggalkan dia, tanah mesti tak pernah akan lupakan.


"Diyana ni selalu sangat mengalah, asyik kena buli saja..."

"....cuba kuat dan tegas sikit..."

Dalam sebulan ni, entah berapa kali dah aku dengar ayat ni, daripada kenalan-kenalan sekeliling aku. Sampai terngiang-ngiang dalam telinga, sampai naik muak. Aku kah yang rupa-rupanya tak perasan selama ni? Aku rasa aku memang macam ni dari dulu, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang terlebih perasan pasal ni. huhu~

Baru-baru ni seorang lagi abangku mengatakan elemen terkuat dalam diri aku ialah tanah.
Aku dan tanah, ada kaitan kah?



Sabar

"Uh..kuatnya diyana, kalau aku, dah lama...."

"Sabar ek diyana..."


Ni lagi, ayat-ayat mereka. Huhu...kuat la sangat. OK, terus terang, dah beberapa kali berhadapan dengan perkara yang tak menyenangkan hati, yang berlaku depan mata. (Herm, baru tadi pun nampak jugak..huhu~). Masalahnya orang lain pun perasan jugak, aduhai. Tapi macam biasa, aku takkan sebut atau cakap apa-apa. Paling kurang pun aku sebut huhu atau herm saja. - "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu." Takkan nak bising-bising pulak. Aku tahu tempat aku, bukannya ada hak dan sememangnya tak layak pun. Rasa itu semakin bertambah. Sebab tu aku betul-betul terasa nak menulis sekarang. Harap-harap lepas ni dapat melupakan. huhu~

Quoted:

"Sabar itu separuh daripada iman."

"Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu menangis dan yang satu lagi bersabar."

Walaupun aku ni takda la beriman mana sangat pun dan jiwa pun mungkin sebesar biji sawi saja, yang aku tahu sekarang, aku mesti belajar untuk bersabar. Sabar. Sabar. Sabar. Tak bole melatah dengan dugaan kecil ni. Aku tahu ni proses untuk menjadi matang selayaknya seorang dewasa.

Pesan Guru aku : Berhati-hatilah dengan tiga Ta ni; harTa, takhTa dan waniTa.

Dapat kaitkan 3 perkara tu? Kalau dapat, terima kaseh. :)

Cukup la sampai sini. Aku mahu tutup semua kisah duka. Lepas ni kita hepy2 saja; OK! ;D



Lagu:
1. Lagu ni ada kaitan. Dua tiga hari ni memang layan lagu ni. Masih Cinta, Kotak
2. Lirik ni. "Semua nada beranjak, aku terdiam sepi", Matahari, Agnes Monica


p/s:
1. Walau apa yang terjadi pun, kamu, kamu, kamu, dan kamu semua
tetap yang paling aku sayang.
Saayaaang semuaa!
mwahx3~ :D

2. S.E.N.Y.U.M
ini penawar kewalangan hati. :)
"Biar terjatuh dalam hati...
pahit pun itu ku tersenyum..."

- Masih Cinta, Kotak

3. Study! Study!
Exam tak habes lagi...huhu~

Image Hosted by ImageShack.us
Undefined
5/01/2009 03:12:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Have ever anyone of you be in the dimension or so-called situation that you yourself can't define? You are there but you are not. Huh. It does not take you ten years to feel that, but a few hours or a few seconds, maybe. Out of nowhere, you are so strange to everyone even though you are not a stranger. The discrete discomfit starts to break out and runs through your vein, leaves yourself blank but full with question marks. Even a fake smile does not give you any meaning. You do not know what to do. You are not yourself anymore.
-OK, undefined-



p/s: TIME. Yes, I need time.

To be heard
4/30/2009 09:21:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Don't hold all your feelings within. Talk and share with someone. That's the best way, ryte? That's normal. Even if we can't change the immediate situation, talking about it helps alleviate some of the tension we may be feeling.

That sounds easy, but not for me at certain cases, of course. I'm not the one who likes to share my stressful and sad feelings with others. So, please don't feel weird when I say that everything is OK in my unusual face. I'm really, really choosy to whom I wanna express my feeling. huuu~ To those who care, just give me time, I'll tell you later. :)

Down the time, I'm a fast-recovered person. (dulu kot, sekarang ni macam tak ja..haih..emo-tak-kena-tempat *sigh*). OK, frankly speaking, I'm stuck in the middle of this new-sudden-takBestLangsung environment. I'm adapting in my recovery process. Perhaps, it's just that I need to be heard if not to be understood. I'll be better in time.

The happy feelings? Don't worry. I love to share them with everyone! ;D



To be heard if not to be understood~

p/s: Thanx for listening, my brother. =)
lebiu~ ah-ha! *naughty2 face* ;P


Image Hosted by ImageShack.us
Tak Suka
1/22/2009 12:36:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Semalaman kaki dah berbendej. Hari ni kena pegi kelas akademik macam biasa. Adoy..bangun pagi kaki dah berdenyut. Ingatkan dah letak minyak dan bendej kaki makin ok..terbalik pulak. Maka terpaksa la pegi ke kelas dengan krim Counterpain + bendej + ankle guard. *sigh*

Dah tiga sem kaki aku jadi macam ni. Terencot-encot pegi kelas. Mula2 sakit satu kaki ja, tapi lepas tu dua2 sakit sebab kaki satu lagi kena banyak sangat tekanan. huhu~ Sakit tu tak kesah tapi tak sukanya bila:

1. kena pakai bendej + ankle guard. rimas.

2. kena pakai selipar pegi kelas. paling tak suka berselipar ke kelas. Nak pakai kasut, kaki dah mengembang, tambah dengan bendej lagi, tak masuk kasut. huhu~

3. kadang-kadang tak dapat fokus dalam kelas. Asyik rasa ada yang tak kena dengan kaki.

3. kena berkejar-kejar nak pegi kelas. Dari satu kelas ke satu kelas. Pastu ada yang kena naik tangga. Mancabar kot. Kawan2 dah jalan ke depan dah.

4. orang asyik cakap kesian bila tengok kaki aku. Aku OK ja tapi bila orang asek kesian ja, terasa macam cacat pulak..huhu~


Sabar...sabar...Tuhan baru nak duga sikit ja ni. Harap2 cepat baik sebab nak trening elok2. huhu~

Image Hosted by ImageShack.us
4 Poin
1/22/2009 01:39:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Malam ni, lepas kelas kemahiran ke-7, lengkap la aku cedera kat 4 tempat. Bermacam2 sebab. Tapi yang paling sure sebab trening demo pastu tambah pulak kemahiran.

1. Tapak kaki kanan - kaki yang pernah terseliuh + injured jugak masa demo sem lepas. Sakit balik sekarang dan lebih teruk sebab bengkak kat urat, terutamanya lepas kemahiran. Tak bole stret kan tapak kaki. Sampai sekarang ni terasa berdenyut-denyut. huhu~

kaki kanan dah start bengkak...kembong rasa kaki

2. Sendi dan tulang bahu kiri - dah start bengkak dan sakit betul walaupun kena sentuh siket ja. huhu~

3. Atas siku tangan kanan - tak tau la ni pasal apa. Tiba-tiba balik trening, rasa sakit kat kawasan tu. Nak angkat barang berat2 dan nak bengkokkan tangan lebih2 pun sakit. huhu~

4. Atas hidung + rahang depan mulut- ni sebab kena tumbuk dengan Azuani masa kelas. Dia tak sengaja. Tapi sekarang pun tak boleh gerak hidung lebih2. Mana taknya, masa kena tu pun, sampai terduduk aku dan mengalir air mata. huhu~

Banyak pulak injured untuk demo kali ni. Sakit tu aku tak kesah sangat sebab dah biasa. Tapi kecewa siket bila time kelas kemahiran malam ni tak dapat nak prektis betul2. Terpaksa bagi sabsidi jugak, dan macam banyak pulak tu. Partner aku, kak Asmat pun injured tangan lagi. Nak paksa lebih2 pun nanti sakit lagi. Sekarang ni pulak kena jaga diri untuk demo nanti.

Sabar...sabar..orang selalu kata, kalau kita sakit tu, Tuhan nak hapuskan dosa-dosa kecik kita. Aku ni banyak dosa la tu, Tuhan balas masa ni bagi cedera siket ja pun tapi dah cukup buat aku rasa tak stabil.

Aisy..sampai sekarang kaki kanan berdenyut-denyut. Terencot-encot dah aku nak jalan. Macam mana nak bagi cepat baik ek? Dah la nak demo dah + kelas lagi...huhu~.....

Image Hosted by ImageShack.us
New Year 2009
1/04/2009 09:13:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
It's already a few days after new year 2009. Leaving all sorts of memories, experiences, happiness and not to forget the sadness. It's been really a while since my last entry in English. Viewing other people's blogs, I could say that most of them are already updated with new year entries on the first day of the new year itself. The content? Of course about their memories in 2008 with their wishes, hopes, visions, goals for 2009, bla..bla...bla..and in the end, it is all about achieving a better way of life.

And so, what about me? Still feeling astonished I guess, I could hardly believe that I'm now in the year of 2009. Too many things are gained during 2008, so the year was just like a dream that flashed around in our dream. In other word, time moves very FAST. When we woke up the next morning, it's already 2009. Life goes on. This year is going to change me into a 19 years old girl. And of course, as year elevates, challenges also elevate, right?

Ah-ha, this year is going to be my second year in UTP. Another two and a half year to graduate. The academics, the tasks and the challenges are getting harder as time passes by. The wider scope of mind and view will lift us from one stage to another stage of so-called maturity. Am I ready for that? Big question mark in my head. *sigh* Think, think...

" You do not even reach the river yet, how come you know you are not able to cross it?"

The word of aspiration that is always uttered by my Abah in my hard situations, suddenly came cross my mind. Yeah! simply to say that when we are not facing the difficulties yet, we can't just simply say that we are unable to handle the situation. Always, the saying helps me a lot to calm myself especially during the final exams period. In the end, believe in yourself, believe in your environment. Those people around who love and care for you will always there to support you. So, chill! Be Strong. This is just a beginning.

OK, enough talking about that. Like other people, for this year I've targeted several goals to achieve and I suppose it is not too late to note it here. InsyaAllah.

  1. May ALLAH continuously grant me, my lovely parents and family health and safety.
  2. May ALLAH grant my Guru Utama, good health and condition. (Hopefully, he will recover as soon as possible).
  3. LULUS in Ujian Sijil Rendah PSSCM. (InsyaAllah...mahu lulus dengan KEPUJIAN)
  4. Dean's List in this, next, next,..., next semester. InsyaAllah.
  5. Live life as happy and meaningful as possible.
  6. LOVE??? of course not now! ;P
Strong hopefully, I'll achieve the above goals! InsyaAllah.

p/s: the song Hero by Mariah Carey could be one way of motivation, perhaps. =)

Image Hosted by ImageShack.us
Khilaf
9/15/2008 01:41:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Memegang tugas sebagai AJK Makanan untuk majlis berbuka puasa kali ni memang sangat mencabar. Perancangan untuk majlis ni pun memang adhoc. Nak kendali majlis besar peringkat cawangan Perak bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi sebahagian besar majlis melibatkan makanan. Banyak benda yang perlu difikirkan pada satu masa sampai berlaku satu perkara yang tak terjangka.

Tapi memang salah aku rasanya sebab aku yang terima arahan direct tapi still terlepas pandang. Tambah pulak dengan kena fikir banyak perkara yang perlu disetel dan kepenatan seharian turun padang untuk setup tempat majlis, aku memang tak sengaja terlupa pasal benda tu. Tapi tak tau la pulak kalo memang dah ditakdirkan untuk perkara tu berlaku pada masa tu jugak. Patut la sepanjang hari, aku dah rasa tak sedap hati . Rupa-rupanya ada benda yang akan berlaku, yang memang ditakdirkan untuk aku....tapi Tuhan nak tunjuk masa tu jugak. Betul-betul masa waktu berbuka puasa.

Senang cakap, macam nak pecah kepala dan tercabut jantung masa tu bila tau aku dah terlepas pandang satu perkara yang amat penting walaupun pada pandangan kasar nampak macam perkara tu kecil. Tapi sebab ni melibatkan GU, khilafnya terasa terlampau besar di situ menyebabkan aku rasa bersalah sangat sampai nangis. Terima kasih kak Anis sebab banyak tolong cover dan maaf sangat2 sebab kena marah sekali...huhu~

Mengulas balik kata-kata seorang tenaga pengajar masa mesyuarat terakhir majlis ni, satu lagi perkara yang aku belajar ketika kendalikan program ni, kalo kita rasa event yang kita kendali tu berjalan lancar, senang cakap smooth la, semakin tak lancar la ia..mesti ada yang tak kena kat mana-mana. Lumrah, setiap perkara baik yang ingin dibuat mesti disertai dengan dugaan dan ujian. So, lebih baik kita buat persediaan mental dan fizikal untuk perkara-perkara yang tak terjangka akan berlaku, terutamanya yang di bawah tanggungjawab kita.

Semasa berkumpul selepas habis majlis, seorang lagi tenaga pengajar memberitahu bahawa Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad pernah berkata, "Bahasakan yang baik itu dari Tuhanmu, yang lemah itu datang darimu." Apa yang aku faham, walau seelok mana sekali pun perancangan kita, segala perkara baik yang berlaku adalah atas keizinan Allah dan semestinya kalau perkara buruk yang terjadi, semuanya daripada kelemahan dan kekurangan kita sendiri sebagai hamba Allah yang kerdil. Memang betul-betul pengajaran ni.

.:: Bahasakan yang baik itu dari Tuhanmu, yang lemah itu datang darimu ::.
Aishh..malunya saya!
9/03/2008 09:19:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Aishh..malunya saya! ~(^_^)~

Adey...tak tau la apa yang tak kena dua tiga hari ni...ada ja benda yang tak patut , nak berlaku. Langgar2 benda, termasuk kaki dalam air hujan yang bertakung la pada hal perasan kewujudan air tu, tersadung anak tangga la..bla..bla..bla...Tapi kejadian malam ni paling memalukan..mak aii..

Nak dijadikan cerita, dah la waktu tu terlambat pegi kelas silat sebab sebelum tu ada replacement class OOP sampai kol 10.40 malam. Penat time tu sebab kelas dari pagi sampai malam, tak sempat rehat pun. Dah la hujan pulak tu. Dah sah2, jalan basah & tanah lembut lagi berselut. Pastu masa sampai, kelas UTP16 yang paling dekat, ingat nak join ja kelas tu. Sampai2, basuh la kaki yang basah dengan air yang dibawak. Dengan konfidennya, aku pakai balik selipar & nak jalan masuk kelas. Tapi siyesly tak tau macam mana bole...

GEDEBUKK!!!

aaaaaaaaaaa.....terjatuh pulak aku tersungkur depan pintu kelas. Jatuh dengan payung pulak tu. Naseb baek tak patah payung kesayangan tu. Rasanya terbunyi kuat sangat jatuh sampai semua ahli dalam kelas terkejut. Ni semua ni pasal selipar tu la....licin. (+ berangan siket2 & fikir pasal pa entah time tu...tak fokus). Masuk dalam kelas tu, ada yang terkejut & ada yang dah tergelak-gelak. Malunya time ni jangan cakap la. Siyes, malu sangat!! Dah la malu, tak pasal2 pulak kaki kiri lebam kat tapak kaki & lutut. Saket pulak tu! adey...huk3~ (T_T)

herm...ni kifarah puasa kot...untuk aku yang dah terlalu banyak buat dosa ni. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku. Amiin. Selalunya kepahitan tu mesti disusuli dengan kemanisan kan...herm...malam ni aku dapat dua2 sekali..bole tersenyum sendirian aku dibuatnya...ngehee~ sweet kenangan malam ni~ =)


- malu dapat...saket lagi dapat! - ;P

p/s: saya? and deep inside, I start to blush... *wink2* ~ (another story? - the sweet one...ehem~)
Rasa
8/29/2008 07:17:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
- Rentas perjalanan yang masih jauh...kenapa perlu jawapan itu menyakitkan?

- Kenapa aku yang perlu terasa? Benarkah ada penawar?

- Penawar? Sinar mata yang selalu buat aku terdiam tanpa kata?

- Tapi sampai bila? Tegarkah aku?

- Bingung, kenapa aku masih mampu tersenyum?

+ Terkhilafnya aku dari awal sampai akhir...menjeratkan diri dalam semua keadaan.

+ Berulang kali aku mencuba memujuk hati lupakan semua.

+ Sabarlah wahai hati...Tuhan sedang munguji, ada hikmah untuk semua ini.

+ Geraklah ke hadapan dalam arah yang satu itu, pasti ada cahaya yang menanti di hujung.

+ Dah tak tercerita pada orang...cerita pada tulisan, ini pilihan aku. Maaf.
Jawapan
8/22/2008 12:30:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Awal malam ni, aku dongak ke langit. Tercari-cari jugak satu-satunya bintang yang selalu bersinar dua tiga malam lepas, tapi tak jumpa pulak bintang tu malam ni. Oh ya...hari ni kan hujan. Mesti la bintang tak keluar kan...huhu~ tapi tak sangka pulak aku akan jumpa bintang yang lagi comel malam ni. Bintangku~ happy!~ =) owh ek? - simbolik -

Dalam satu perjalanan pulang malam ni....tiba-tiba aku teringat pasal pagi tadi. Entah macam mana, secara kebetulan yang tiba-tiba, aku dapat jawapan untuk persoalan yang dah lama bersarang dalam kepala. Berbulan-bulan jugak aku cuba cari kepastian, cuma mungkin tak berapa berusaha....lagi pun banyak hal lagi nak kena pertimbangkan kalo nak cari jawapan untuk persoalan tu. huhu~ - faham tak faham, tak faham...abaikan ja -

Persoalan tu timbul dua tiga bulan lepas. Persoalan tu macam datang sekali dengan jawapan, tapi aku ja yang tak pasti. Sengaja aku tak nak percaya dengan jawapan tu. Agak menggangu fikiran dan perasaan masa tu. Entah kenapa terasa macam akan kehilangan sesuatu., tapi aku biarkan ja persoalan terus tergantung...sampai terhasilnya puisi ni..."Tewas Terdiam" - tak pasti -

Yakin. Ya, aku yakin. Selalunya hati memang tak pernah menipu. Aku belajar, dalam jalan yang satu ni, gerak hati yang pertama tu datang dari ALLAH. Cuma mungkin kadang-kadang masa dan keadaan yang menentukan sama ada kesangsian tu benar atau tak, sama ada kita bole percaya atau tak. Dan sampai saat ni, aku makin yakin untuk percaya pada kata hati...tapi kita masih punya akal fikiran untuk cari logiknya. Hati-hati. - gerak hati -

"Dengar dengan telinga, tak boleh pakai...lihat dengan mata, tak boleh pakai..tapi fikirlah dengan akal yang waras bersama hati yang bersih, barulah buat keputusan." - Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Ahmad

Sebab aku sudah jangkakah jawapan tu?

Tak sakit..tak marah..tak kecewa..tak sedih...apa yang aku rasa sekarang? - kosong -

Cuma ada sayang dan harapan yang tak pernah putus.
Related Posts with Thumbnails