6 of Us
2/16/2009 05:58:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
I walked through all the booths opened at Pocket D during and currently still running, CRAFT event. At the end corner, I found out one booth selling cupcakes and muffins. OK, interested, at first place.

The cupcakes are sold 6 pcs in one set + buttercream design. I decided to try one set, coz I easily get attracted with the colours. Ah-ha!~

So, this is the outcome.


Purposely, I asked the kakak to put all my bestfriends' & roommate's name. They are the nearest person to me in UTP, for academic especially. Nina is of course my roommate. The other 4, Bee, Jee, Atih & Fred, are always my team members in projects. Cheers, 6 of US!

Dear frens, Friendship Forever ok!

p/s: free delivery to them. hehe~ ;P
Image Hosted by ImageShack.us
Combi
2/12/2009 03:58:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
COMBI

Tu la gelaran untuk aku sekarang ni di kalangan ahli-ahli PSSCM UTP. Entah macam mana idea nama tu bole terfikir oleh abg Nazri dan direct diberi kat aku. huhu~

Sekarang dah sangat glemer aku dengan panggilan Combi, sampaikan jurulatih kelas kemahiran aku sekarang ni, abg Zack dan NYDP Cawangan Perak, abg Man pun dengan selambanya panggil aku Combi jugak.

Nak cakap apa lagi. Terima saja. Lagipun, macam sangat UNIK ok gelaran tu....spesel untuk aku ja. hehe~ gila glemer~ :D

Image Hosted by ImageShack.us
Mimpi
2/12/2009 03:52:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Kerana mimpi itu...rasa gembira sangat hari ni. Walau belum tentu jadi kenyataan...harapan dah sangat menggunung tinggi. InsyaAllah~

Dah beberapa jam...tiba-tiba dapat tawaran yang akan memungkinkan sebahagian mimpi tadi jadi kenyataan. Kebetulankah?

Image Hosted by ImageShack.us
Herm....
2/11/2009 02:24:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Herm...
Rupa-rupanya dah seminggu aku tak keluar minum lepas kelas dengan ahli-ahli keluargaku.
Tiada upaya aku untuk bersama diorg untuk seminggu yang lepas. DEMAM...tu la sebabnya.
Rasanya ni demam aku yang paling lama dan kedua teruk sepanjang hidup yang aku sedar.

SEPI. . Sesepi kisahku di atas katil. Serius sangat sepi.
Dah menjadi kebiasaan sejak setahun yang lalu, untuk makan bersama keluargaku ini.
Bila seminggu tak dapat lepak bersama..memang pelik jadinya.
Terbayang-bayangkan diorg. sangat RINDU!!!

Aku sangat sedar malam ni. Semangat aku tetap bersama diorg,
Walau kat mana aku berada..even atas katil sekalipun.
Nak sangat lepak macam biasa dengan abang2 dan kakak2 semua.
Rupa-rupanya diorg pun terasa ketidakmunculan aku. uh, TERHARU!
*regards: kak Didie~*

Malam ni dapat keluar, at least..
regardless of still coughing & headache...
PUAS!
Rasa sihat ja bila dengan diorg.
Mesti ada yang bole dibual dan diketawakan.
SERONOK.
Memang bole baik sakit...tak pun lupakan sebentar pasal sakit tu.
Telatah2 diorg ni penawar sebenarnya.
terasa macam pulih semangat...
dan aku pun nak CERIA2 dan MANJA dengan diorg macam selalu. ;D
*p/s: bajet macam adik paling bongsu...so far!* ;P


sekali lagi,


Saayaaang Semuaaa!~


p/s: Pada sepi ini, aku mencari sinar mata itu. Pengubat keresahan yang bersarang di hati. ;)

Image Hosted by ImageShack.us
Kisahku dan Katil
2/09/2009 01:52:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dah 3 4 hari dah macam ni. Tak baek2 lagi. Asek tengok katil, syiling dan meja. Pressure2~ Ubat sampai dah nak abeh. Tak OK jugak lagi. Dah nak dekat seminggu dah ni, asyik demam ja. Tapi lebih teruk lepas insiden kat UiTM yang lepas. Demam kejap, makan ubat ok. Pastu demam balik. Bila rasa konfiden siket bole buat kerja terutamanya assignment yang kena hantar masa tak hadir kelas tu, baru tengok skrin laptop dan teks buku, mula la rasa pening....kadang2 duduk saja pun rasa goyang. Haisyh...apa nak buat ek? buntu2..

Nak sehat cepat. Kelas kemahiran pun tak dapat prektis betul2...gila sedeyh~ Tengok orang laen bole prektis, tapi aku tengok ja dari tepi. huhu~ Fitness jangan cakap la...entah mana2 dah...huhu~

Image Hosted by ImageShack.us
Rindu
2/07/2009 12:22:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Rindu? eh, kenapa rindu? Rindukan siapa? ah-ha~ chuak kau!~

Sangat rindu masa2 trening demo. Setiap hari berjumpa hampir 5 minggu untuk trening, bukannya mudah untuk buang semua kenangan tu. Demo untuk intake dah habis lepas demo kat UiTM Seri Iskandar hari Rabu lepas. So, lepas ni ktorg dah takda trening setiap hari. sedeyh...huhu~ Tak dapat menghabiskan masa dan bergurau senda dengan abang2 dan kakak2 semua.

tempat trening tercinta...blok chemy lama

Skuad demo kali ni pulak, skuad demo terbesar yang pernah aku join...31 orang termasuk komanden. Untuk demo kat UiTM pulak ada tambahan 6 orang ahli UiTM sendiri, menjadikan skuad ni terdiri daripada 37 orang. Gabungan senior & junior! meriah...meriah!

bash & fatihah...walaupun baru tapi mantap


Macam-macam perasaan dikongsi bersama. Suka duka, ketawa dan nangis. Uh, jangan ingat trening demo tu suka2 saja. Bila ada yang tak kena, mudah saja air mata nak mengalir walau sekuat mana pun diri, terutamanya yang perempuan...(ni bagi pihak aku dan berdasarkan pengalaman..tapi ramai lagi yang tough sebenarnya). Kalau rasa suka pulak, tak yah cakap la...masa tengah2 trening pun ada macam2 aksi yang mencuit hati...ada yang tersenyum, ada yang gelak dan ada jugak yang ketawa terbahak-bahak.

sambil rest sambil posing

sempat lagi nak gedix2..it's ok, janji happy!

Masa trening ni jugak la nak mencungkil bakat-bakat terpendam semua orang. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita mampu bagi lebih daripada apa yang kita expect. Nama pun demo kan, selain teknik2 untuk mempamerkan buah2 silat cekak, kena jugak belajar teknik berlakon...terutamanya yang jadi crook dan efek lepas hero mengambil serangan crook. Masa ni jugak nak test suara...ehem..ehem, semua orang tak terlepas kena keluarkan suara...semangat..semangat!

efek ja lebih! ;P

Mana ada trening yang tak sakit kan? even martial art lain pun, sakit-sakit badan jugak. senang kata, "No Pain No Gain". Bila rasa sakit, baru kita hargai semua yang ada pada diri kita. Ramai yang melecet kaki dan tangan, lebam dan bengkak sana sini, terseliuh, demam dan macam-macam lagi. Semua tu dugaan...untuk uji fizikal dan yang paling penting mental. Wah...cakap macam expert kan...tapi kalo nak tau macam2 dugaan dah kena kat aku. Sabar itu saja penawarnya selain istighfar dan selawat (p/s: aku bukan orang yang mahir untuk cakap pasal ni.)

tengok tu...dah bertampal-tampal

Serik? herm...tak pernah lagi serik nak join demo. InsyaAllah...selagi terbuka hati dan punya peluang, aku akan terus join demo. Banyak sangat yang aku belajar masa demo ni termasuk macam2 perasaan. Tenaga pengajar pun banyak beri tunjuk ajar untuk orang2 baru macam aku ni, yang baru setahun jagung dalam demo. Dan ini membuatkan aku bertambah sayang dengan Silat Cekak Malaysia dan ahli-ahlinya. Tak tipu, kat sini aku belajar hidup bersaudara dan berkeluarga. =)
Saayaaang Semuaaa!~

p/s: jumpa lagi untuk trening akan datang! insyaAllah~
Image Hosted by ImageShack.us
Terima Kasih
2/06/2009 11:25:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Terima kasih untuk semua yang dah bersusah payah
tolong Diyana kat UiTM malam tu lepas demo.
Maaf sebab dah menyusahkan semua orang masa tu.
Tak terucap rasa sayang Diyana untuk saudara2 seperjuangan semua
terutamanya kakak2 yang sangat dikasihi.
Terima kasih jugak kepada mereka yang bertanya khabar,
yang datang melawat ke bilik dan belikan makanan.
Tak tau nak cakap apa dah.

Cuma terima kasih saja yang mampu.

untuk ahli-ahli skuad demo PSSCM UTP & UiTM Seri Iskandar,
Saayaang semuaaa~ :)

**mwahx2...hugs n kisses!~**


p/s: free2 kna inject + tak sukanya makan ubat..satu keja pun tak jalan..huhu~
Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts with Thumbnails