Puas
12/11/2010 02:48:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
 
Puas dapat makan ramai2 macam ni! 5-6 meja jugak malam ni. =D


Kepada skuad2 KWD....

sila teruskan usaha untuk trening dengan gigih! Selamat maju jaya dan buat yang terbaek k...dyana cuma mampu sampaikan doa dan semangat untuk korang...taknak kecewa lebih2 sebab tak dapat join, sebab korang ada untuk wakilkan dyana terutamanya yang skuad wanita k...SEMOGA BERJAYA! 

Kalah tu pasti, menang tu bonus, yang penting HATI bersatu, TUHAN beserta~ :)



 Saayaaaang Semua!!~ ;D

Aku, FYP & ...
12/10/2010 09:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Amboi tajuk...hehe~ saja ja...entry ni aku nak updet pasal aktiviti aku kat UTP ni di kala semua orang dah balik cuti sem. 

Aku kena stay kat UTP sebab nak siapkan kerja-kerja asas untuk Final Year Project II (FYP2). Bagi siapa2 yang tak tau, aku sekarang dah nak masuk semester akhir untuk pengajian ijazah aku kat UTP ni untuk program Business Information System (BIS). Siket lagi dah nak abes dah...cepatnya masa berlalu kan?

Stay seminggu ni apa yang aku buat kan? Aku banyak main ja daripada buat keja...tapi keja jalan la jugak sebab aku kena hantar progress report 2 kali seminggu kat SV aku...masak! Nak tak nak memang aku kena jugak paksa diri aku buat. Bila dok sorang2 ni macam2 la aku fikir....kadang2 terfikir la jugak, apasal la aku kena amek FYP ni???? semak kepala aku dengan projek ni...dah la kena buat sorang..semua masalah kena fikir sendiri dulu macam mana nak selesaikan. Sebelum ni pun banyak ja sebenarnya buat projek, tapi semuanya berkumpulan..so idea & burden bole kongsi ramai2.

K, takpa2..abaikan luahan perasaan aku tu. Biasa la emo dok sorang2...siyes aku mengaku..bila buat projek sorang2, memang demotivated ok! Takda persaingan nak compare untuk progress. Kawan-kawan semua dah balik jumpa rumah dan keluarga masing2...aku pulak tersadai kat sini 3 bulan tak balik. sejak raya hari tu. Sabar2, bila lagi nak rasa cabaran kan...tapi aku main ja banyak..hehe~ 

Disebabkan ada jugak faktor rangsangan yang menyebabkan keja aku kena jalan iaitu dateline progress report aku, terpaksa aku gagahkan diri pergi Information Resource Centre (IRC) ataupun library UTP. Kalau dok kat bilik sah2 keja aku online, blogwalking ja lebih dari buat kerja yang sepatutnya!! hehe~

Ni la ceritanya bila aku pi IRC....


Mula2 bukak laptop...menggedik dulu amek gambar pakai Crytal Eye webcam laptop aku...gila bebas, sebab takda orang kat IRC sekarang...cuti kan. apa lagi camwhore gak la aku kat situ kejap sebelum mula keja...hehe!~~ ni la jadinya...



 
Keja aku sekarang nak design2 diagram...

 Ngada jugak nak amek gambar dengan kerja2 tu..

Ni lagi ngada2, amek gambar sorang2! ah-ha~~ 

 
 Ni la design aku..bersepah tak siap lagi sebab stuck taktau nak sambung...adey~~ 



Balik IRC..nak amek...sebanyak ni barang aku kena usung! Dah siap2 pinjam buku untuk system development...aku dah la tak pandai sangat programming, jadi kena la bergantung kat buku jugak...mau rabak gak bahu aku bawak semua ni balik jalan kaki dengan laptop lagi...gila SURVIVE aku!...tahniah kepada diri sendiri...hehe~ ;D


p/s: yeay, aku nak balik dah Ahad ni!!!~

Apple Pie + Ice Cream
12/10/2010 06:27:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Tadi pergi jumpa SV dengan jayanya. ah-ha!~ maka bertambah la lagi satu keja....dush2~~ Tapi takpa la, rasa jugak la macam guided siket. Tak la terasa lost sangat. Pastu pi pekena Apple Pie + Choc Ice Cream kat Kafe Paprika, Poket D. Nyum3....memang sedap! Layaaaan~ 



Saja ja nak updet pasal ni...hehe~ ;P

p/s: makan sorang2..huhu~


Tagged No 5
12/10/2010 11:23:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Herm...dah lama gila tak buat tag2 ni semua. Kali ni ditag oleh seorang teman blogger yang jugak merupakan follower blog aku, dWaty. Cik dWaty, thanks sebab follow ek!  
Ok, jom2 jawab soalan tag...hehe~  banyak jugak soalan dia, tapi takpa jawab satu-satu...

1. apa benda paling penting dlm idup anda?
Benda paling penting sekarang Guru, Mak, Bapak, adik, keluarga, persatuan & ilmu.



2. benda yg terakhir anda beli guna duit anda?
Roti Gardenia + Biskut Sultana + Stick Rokki + Majalah Media Hiburan = RM11.00


3. dimana tmpt korang langsungkan perkahwinan korang?
Herm...kawen pun belom lagi la...tapi kalo planning nya, mesti la kat rumah sendiri...hehe~  


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
Oh, tak pernah bercinta lagi buat masa ni, tapi pernah la suka dan sayangkan seseorang, lama jugak la. Sekarang dah tak kot. Single & Available!

 
5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
So far takda kekasih, tak tau la...selama mana dia boleh bertakhta di hati, selagi tu la cintakan dia.  Macam orang yang disayangi sebelum ni, lima tahun lebih jugak la. Tapi sekarang, kalau nak cintan cintun ni pun dengan suami yang sah ja la selama mana yang ada jodoh dan tak terpisah dek ajal...heee~


6.  di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
Takda kekasih, so tak jumpa kat mana2 pun. 


7. novel/buku/majalah terakhir kamu beli? 
Novel:  yang terakhir beli ada 3 buah tapi ingat satu ja Lafazkan Kalimah Cintamu tulisan Siti Rosmizah.
Buku: Panduan Senikata, Terjemahan & Bacaan Barzanji, Marhaban & Qasidah Burdah, terbitan LPT PSSCM. 
Majalah: Media Hiburan Edisi 27 Nov - 3 Dis & Edisi 4 Dis - 10 Dis 


8. apakah name penuh korang?
Nama penuh yang betul tak pernah lagi didedahkan kat alam maya...nama pena yang penuh sepatutnya eVy-D-YaNa Pooh, tapi selalu nya guna eVy-D-YaNa / Evy Dyana.


9. antara mak dan ayah mana paling rapat?
Dua-dua pun rapat, ikot agenda...kalo pasal akademik & pentadbiran dengan ayah la...kalo pasal perasaan sharing dengan mak lagi banyak la.  

10. namakan org yang betul2 korang nk jumpa dlm hidup korang?
Tun Dr. Mahathir (Nak jumpa dia lagi walaupun dah pernah jumpa..harap2 sempat jumpa masa konvo tahun depan)
Shahir AF8 (kan peminat setia..saja ngada nak jumpa! ah-ha!~)
Ashraf Muslim (pernah jumpa dah, tapi nak jumpa lagi sebab dia baik) 


11.adakah korang basuh baju korang sendiri?
 Mesti la.


12. tempat yg btul2 korang nk pergi?
Mekah, insyaAllah. 
Nak jugak pergi Australia jumpa & date dengan my dear Shin Chan a.k.a bakal Dr. Farah Najib & Ireland, jumpa my dear Doraemon a.k.a bakal Dr. Syaratul Ain.
dan mungkin Bali kot. 
Nanti bila dah kerja nak mula kumpul duit nak pergi tempat2 ni. 

my doraemon, my shin chan n pooh~ (sila la abaikan muka aku time ni, 3 thn lepan kot! hehe~)

13. pilih salah satu, peluk atau ciuman?
ala, kena pilih ek? kalo nak dua2 bole tak? ah-ha!~ 


14. bagitau 3 benda org yg bg kamu tag
Uh, ALAMAK tak tau sangat la...yang tau cuma nama dWaty dan dia pun ditag dengan orang yang nama diana..hehe~ (p/s: tolong2 cik dWaty..hehe~) 





15. benda yg paling di sayangi dlm hidup anda
Semua benda yang ada kat sekeliling aku dan yang tak pernah buat masalah dengan aku. Saayaaang Semua! (siapa yang kenal aku mesti tau tagline aku ni...kan? heee~)

16. lagu yg plg kamu suka dengar?
Banyak, tapi yang paling suka sekali sekarang dan asyik mainkan ja, lagu Rapuh, by Opick. 


17. bila tarikh lahir korang dn tempat selalu kamu sambut?
23 Mac (sama dengan Lisa Surihani...hehe~). Tempat bergantung pada masa tarikh tu...biasanya kat rumah sebab selalu time tu cuti sem.  


18. List 5 org kena tag


BlogLarian : Platform for BlogWalkers
12/10/2010 08:59:00 AM | Author: eVy-D-YaNa



BlogLarian??? Apa tu wey? Aku dapat tau pasal BlogLarian ni pun masa aku dok blogwalking kat blog2 orang lain. Tiba-tiba macam pelik kenapa hampir semua blog yang aku blogwalk ni tulis pasal BlogLarian. Baca-baca siket, lepas tu baru faham. 

BlogLarian ni sebenarnya nak memudahkan proses blogwalking kepada blogwalkers sekalian terutamanya kepada mereka yang blogwalking secara tegar macam aku. BlogLarian jugak sebenarnya boleh membantu menambahkan trafik kat blog korang. Untuk blogger baru, memang la bagus benda ni. Penjelasan lebih lanjut boleh baca kat BlogLarian. 

Kalau nak join, senang ja....cuma ikot langkah2 seperti yang dinyatakan. Sebeb sambutan yang sangat menggalakkan, pendaftaran kedua untuk BlogLarian sekarang dibuka kat blog Furdunesia@nline.

Ok2...aku nak join...

Langkah 1: Pastikan ada banner BlogLarian.

Ok, DONE!

Langkah 2: Jadi follower BlogLarian.

Ok, DONE!

Langkah 3: Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana..." (tidak lebih 30 patah perkataan).


Saya suka berblogwalking kerana saya dapat mengetahui pelbagai ilmu, isu-isu semasa dan perkara lain seperti diari harian bloggers, resepi masakan, online shopping, tips blogging dan sebagainya, selain dapat dapat menambah kenalan di alam blog. :)

Langkah 4: Tag 3 orang rakan atau lebih




Ok, DONE!

Langkah 5: Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian

Ok, DONE! 

Langkah 6: Akhir sekali, masukkan tajuk dan link entri tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan. 

yeeehaaa, DONE! 




Jom meriahkan komuniti bloggers & blogwalkers!!!



Perjumpaan TP di USM
12/08/2010 09:41:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ok, cuma nak updet ringkas. Semalam 7 Disember bersamaan 1 Muharram 1432H, aku dan saudara2 seangkatan aku pergi USM Penang untuk menghadiri majlis Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM.

Dari UTP ada 3 buah kereta (13 orang), bertolak pukul 6 pagi, sampai USM pukul 9 pagi. 
 



 Sumber gambar: sini

Bertempat di Dewan Budaya USM, program tu ada 2 sesi. sesi pagi ialah sesi berzanji memang best la dengar dan join berzanji ni. Masa ni jugak GU lancarkan buku berzanji. Aku beli jugak sebuah, rugi kalo tak beli. Sesi petang ada ucapan GU, penganugerahan parang lading dan anugerah khas. Akhir sekali ada sesi bergambar cawangan Perak dengan YDP, abg Halim. Dapat la jugak jumpa abang2 dan kakak2 yang dah lama grad. Siyes, rindu diorg.




 


 Program tamat dalam pukul 6 petang macam tu, tapi ktorg bertolak balik pukul 8 malam lebih sebab ada insiden kereta ahli yang tak bole start enjin dan kereta satu lagi terkunci pintu pulak. Nak tau selanjutnya bole baca sini. Dalam perjalanan balik singgah RnR Gunung Semanggol. Masa nak balik tu, abg Azuwan beli buah berangan untuk mak dia. Alang2 tu dia belikan untuk ktorg yang dalam kereta dia makan. 




 
 
Gila lah..patut la panggil buah berangan. Memang layaaaan makan buah ni sampai berangan akan kelemakmanisan dan kesedapan buah ni. Masyuuuk~ Aku pun baru dapat tau, buah berangan atau dalam bahasa omputihnya chestnut sangat berkhasiat dan kaya protein. Aku pun tak google lagi khasiat2 tu, kalo korg nak tau, google la ek. Eh, mahal tau buah ni...200g RM5, 400g dah RM10..kalo 1kg lak RM23.

Tu ja buat masa ni. 

p/s: Aku singgah ja Penang, tapi tak balik rumah lagi. Bila dah balik UTP balik, mak aii, rindunya Penang.
p/s2: Ada harapan yang perlu tinggal jadi kenangan saja. Perlukan hapuskan kenangan tu dan dia.

My Lovely Friends Photo Contest
12/06/2010 08:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Hi everyone!
 
 


 


Uh, haa...ni first time aku nak join contest dalam blog. Selama ni asyik tengok orang lain yang join. Kali ni setelah dijemput oleh mummycute, terasa nak join pulak My Lovely Friends Photo Contest ni. Lagipun mudah sangat2 contest ni, tak payah nak tulis entry panjang2 bagai. Cuma perlu jadi follower mummycute dan tinggalkan link ja kt entry contest mummycute ni. Simple kan? 
Kalo korg pun nak join sama, meh la sini.  

Dateline contest ni 11 Disember. Cepat2, sempat lagi ni.. http://www.emocutez.com
 
 
Harap-harap MENANG la ya!!!~ yeay! 

Related Posts with Thumbnails