Tentang Perempuan...
10/04/2008 08:49:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Untuk lelaki...
Tentang Perempuan...


1 - Bila seorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2 - Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3 - Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai perempuan yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4 - Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5 - Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6 - Perempuan memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7 - Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang kamu takkan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8 - Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9 - Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10 - Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Rujukan : Majalah REMAJA, edisi 15 Julai 2008
This entry was posted on 10/04/2008 08:49:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On October 6, 2008 at 11:56 PM , z.a.z said...

waaa..banyak yg btol laa..hehe

 
On October 7, 2008 at 12:33 AM , eVy-D-YaNa said...

mesti la..hehe~ =D

 
Related Posts with Thumbnails