Aidilfitri 7 : Raya dengan popcorns?
10/07/2008 11:15:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Raya dengan popcorns?? Apa kes?

Isnin - Memandangkan budak-budak comel ni semua dah balik awal, maka diorg2 ni merancang nak pegi beraya esoknya hari Selasa.

Selasa - Pakat-pakat nak pegi beraya rumah Ba dan Sakinah. Dua2 orang pun UTP16. Rumah Ba kat Stesen Telekomunikasi TLDM Sitiawan & rumah Sakinah plak kat Manjung.

Temanya baju kurung bagi yang perempuan. Yang lelakinya macam biasa2 ja kot. hehe~

So, berkumpul la ktorg pukul 10...dalam 10.30 gerak..n pukul 11 dah sampai rumah Ba. Memandangkan rumah dia dalam kawasan ketenteraan siket, eceh~ ktorg bukan setakat kena tinggalkan IC kat pondok guard tu...enfon pun kena tinggal gak! huhu~ tapi takpa, janji semua hepy~ =)

Fatin si pemilik kereta

diapit si purple-purple, di belakang kereta

Beraya la ktorg kat rumah Ba. Mak dia plak dengan murah hati masak mi bandung. Sedap!~ hehe~ Ada yang bertambah-tambah...hehe~ =P

Dalam pukul 1 lebih, dah gerak dari rumah Ba. Ada masa lebih kurang 2 jam lagi sebelum pegi rumah Sakinah (tak dapat pegi awal sebab mak dia tak balik keja lagi..huhu~). Ba pun join ktorg balik sekali.

Fikir punya fikir...diorg ni pakat plan nak pegi tengok wayang. Mencarilah ktorg panggung wayang kat ctu. Naseb baek jumpa.

Dilarang Merokok

Tapi macam poyo ja bila masuk wayang pakai baju kurung. Action ja lebih. Selamba ja ktorg..ah-ha!~ Orang lain beraya dengan kuih raya..ktorg makan popcorns n pepsi..kih3~ ;P Memandangkan pilihan cerita pun tak banyak, ktorg pilih tengok Senario The Movie Episode 1.

berbaju kurung dalam pawagam..ahakz!~

Cerita tu ok la...so-so. Tak la berapa best sangat pun. Setakat bole gelak sebab lawak bodoh diorg ja. Ending pun macam tak puas hati. Naseb baek dapat harga tiket student rate. Tapi of course, ada dialog2 dalam cerita tu yang dah start jadi trademark budak-budak ni. "I like mat rempit!" & "Adik tumpang abang bole?" *dengan suara yang meremangkan bulu tengkuk dan semestinya menggelikan!*

Dah pukul 3 lebih, gerak ke rumah Sakinah plak. Dia dan mak dia dah prepare macam-macam untuk ktorg. Ada nasi impit, bihun sup, bubur kacang dan kuih-kuih raya. Makan lagi! haih~ (Raya..raya..memang sah menggemukkan..ngeh3~)

makan-makan kat rumah Sakinah (tak tau la ni dah makan kali ke berapa..hehe~)

Hujan lebat plak, tak dapat balik lagi. Bole ja kalo nak balik, tapi kesian kat abg Rambo bawak moto. Confirm basah nanti...huhu~ so, tunggulah hujan teduh dulu.

comeyl~

poyo~

Maka sementara tu, sembang-sembang dengan mak Sakinah yang sememangnya peramah...dan selebihnya masa untuk bergambar la. Tu yang jadi gambar-gambar kat atas ni...ahakz!~ Balik ni Sakinah plak yang join sekali. =)

Pastu berangkatlah ktorg pulang. Hujan renyai-renyai...sejuk...huhu~ Dah sampai UTP, singgah kafe V4 dulu. Haniza nak bagi kek lapis yang dia bawak khas dari Sarawak. Herm...best sebab time tu memang sangat teringin makan kek lapis..ah-ha!~ Makan-makan lagi siket kat v4, sembang dan balik bilik.

Ni la perjalanan ktorg sepanjang hari ni. Nice & Sweet~

kek lapis Sarawak

-Abg Rambo~Ba~Syahmi~Khairi~Diyana~Fatin~Azuani~Ema~Sakinah~
This entry was posted on 10/07/2008 11:15:00 PM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 butterflies:

On October 8, 2008 at 11:48 AM , Anonymous said...

i like mat rempit..auww..hik..hik..
best2...
mekaseh diyana...

 
On October 8, 2008 at 2:21 PM , eVy-D-YaNa said...

wani..wani..
suka betul 'I like mat rempit' tu..
hehe~ =)

 
On October 8, 2008 at 8:00 PM , irda zahari said...

adik sy yg bongsu pun suke sebut i like mat rempit tuh..

dia gk pnh ubah jadi i like mak tiri..hehe~

 
On October 8, 2008 at 8:19 PM , eVy-D-YaNa said...

I like mak tiri?

ni lagi lawak..hehe~ =D

creativenya si adik tu! ngeh3~

 
On October 10, 2008 at 10:29 AM , Husna said...

nak gi rumah ba ngan sakinah jugak.. :(

 
On October 10, 2008 at 10:32 PM , irda zahari said...

hehe..dia mmg nkl ckit..

kcik lg..

bru 4 thun..

tp slalu brgn da pegi skola..

hehe~

 
On October 11, 2008 at 12:08 AM , eVy-D-YaNa said...

nex time k kak chuna!~ =)

bdk2 skrg makin bijak kan,irda..hehe~ =D

 
On October 14, 2008 at 3:01 AM , Ashraf.K said...

jeles2...

 
Related Posts with Thumbnails