kalo tak nampak, bole klik gambar tu untuk besarkan dia.
Terima kasih datuk - 1
Terima kasih datuk - 2
Terima kasih datuk - 3
p/s: Kesian kan budak ni...ada lagi rupanya orang macam ni.
Percaya tak perangai2 dan sifat2 kita hampir semuanya disebabkan tarikh lahir kita?
Percaya tak dengan tarikh lahir kita tu, kita bole tau warna apa yang paling sesuai dengan kita?
Ada apa sebenarnya dengan tarikh lahir kita?
Serius,
Sekarang ni aku dah tau kenapa aku pilih course Business kat UTP and intern kat HR Dept...
sebab..dalam kajian tarikh lahir aku, aku ni business-minded & bagus dalam perhubungan awam (PR)
Aku tau jugak kenapa aku selalu sebut "Saayaaang Semuaa!!~"
sebab..dalam kajian tarikh lahir aku cakap aku penyayang...
Aku tau jugak.....
ooooopssss...dah banyak pulak aku cerita...
Sebenarnya aku cuma nak bagitau yang banyak tau rahsia pasal potensi diri kita yang ada dalam tarikh lahir kita sendiri, cuma kita yang tak tau. Banyak jugak potensi diri yang kita tak tau tak dapat kita gilap untuk berjaya.
So, aku bersyukur sangat bila dapat join
Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD2010)
Gambar : Ihsan SKPD2010
yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman.
Fuhh...tengok Dr. Azizan bercakap memang kita akan kagum!
Bukanlah aku nak iklankan program ni dalam post ni atau apa, tapi yang aku nak cakap serius tak rugi ikut program ni...banyak rahsia dan potensi diri yang akan kita belajar untuk dapatkan kejayaan. Aku sarankan korang2 yang baca post ni ambil peluang untuk pergi seminar ni. Tak rugi siket pun, serius. Gaya penyampaian Dr. Azizan memang tak boring langsung sampai kita tak sedar pun masa berlalu.
Jadi, untuk siapa yang berminat bole pergi website ni k..
SKPD2010
Aku bukan agen nak promote2 ni semua, cuma aku nak kongsi perkara2 yang baik dengan korang semua!
It's NOW or NEVER!!
You can see my heart beating...and you can see it through my chest... - Russian Roullete, Rihanna-herm, aku pun tak tau kenapa aku letak tajuk post ni, entah la ada kaitan ke tak...ada kaitan dengan Valentine Day kot... ;P
cuma aku rasa nak tulis pasal dua tiga hari lepas yang aku secara tiba-tiba dan tidak tersengaja di-'tarbiyah'
(macam alim la plak bunyi...hee~) pasal isu
boyfriend. Satu
department tempat aku
intern tu dah tau yang aku ni takda
boyfriend. SV aku plak asek tanya aku kenapa aku takda
boyfriend. Dia kata sepatutnya umur macam aku dah kena
start cari
boyfriend, walaupun dah banyak kali aku kata aku muda lagi..malas nak fikir pasal benda ni semua.
Pastu aku pun saja2 la tanya kat sorang
colleague aku kat
department tu, kak Has,
"penting sangat ka untuk ada boyfriend?"
tak pasal2 pulak bila aku tanya soalan tu, dia pi
forward soalan tu balik kat SV aku, kata aku yang tanya...aisey~ ;-| . Terus SV aku panggil aku pi tempat dia....konon2 nak '
brainwash' aku, sampai satu
department dengar. Isk3...aku pun buat2 dengar ja..apa orang kata masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bole pulak SV aku cakap dengan cara gurau gitu yang aku ni takda
boyfriend sebab aku sibuk fikir pasal
MATEMATIK!
(diorg ni suka sangat panggil aku budak pandai la...budak 1*A la..sebab tu kot diorg ingat aku asek fikir akademik ja..haih~)pulak dahhh...sabar aja la...
pastu aku siap dapat nasihat secara tak rasmi, yang orang perempuan ni belajar setinggi mana pun tetap memerlukan lelaki sebagai pasangan, sebab fitrah kejadian Allah ciptakan lelaki dan perempuan tu berpasangan.....aku pun iyakan ja la...memang la betol..aku tak nafikan pun, tapi aku rasa ni belum masanya.....huhu~
aaaaaaaaaa......persoalannya...
Penting sangat ek untuk ada boyfriend masa umur macam aku? Dalam ketidak-berapa-runsingan aku memikirkan benda ni, aku ada terbaca satu
post ni...aku
quote siket :
Sesungguhnya, Allah memang sengaja............
memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.
* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH.
huh, bila aku fikir2 balik memang ada betolnya ayat2 kat atas tu. Aku rasa mungkin sebelum ni aku dipertemukan dengan orang yang salah walaupun aku rasa orang tu paling sesuai dengan aku sebab banyak perkara sampai aku jatuh sayang (
nama pun manusia yang ada perasaan, aku pun kena lalu jugak benda2 ni semua kan?). Aku tak menyesal pun, mungkin itu perkara2 indah akan jadi kenangan buat aku.
In fact, belum dapat cari yang sesuai or seistimewa dulu...selagi aku belum mampu melupakan, biar masa saja yang menentukan.
Aku harap sangat masa tu aku dapat
explain kat diorg2 tu semua, tapi aku rasa aku tak nak bukak apa2 cerita pasal dulu..biarlah diorg nak cakap apa pun...yang aku tahu, banyak lagi benda yang aku kena fikir daripada hal remeh temeh ni....
Bila aku tanya kak Has balik sapa ja la yang nak kat aku kan...dengan cepat dia cakap,
"Jangan cakap macam tu. Kak Has rasa kalo diyana ada boyfriend, dia akan jadi girlfriend yang paling baik sekali."
Duush...terdiam aku. Entah penilaian apa yang dia buat kat aku pada hal kenal tak sampai sebulan pun lagi...huhu~
Mungkin bila aku dah jumpa orang se-hensem ni, aku akan fikir balik kot untuk ada boyfriend....hehe~~
ah-ha!~~ just kidding k!
Pada suatu malam....jeng, jeng, jeng...
uh, jangan saspen2 dulu,
ni bukan cerita seram ok... ;)
ni cuma nak cerita kisah aku berkampung kat ofis melebihi waktu pejabat semalam,
Khamis, 4 Feb...
suasana kat ofis aku bukan la sebab aku rajin sangat nak buat overtime
tapi lebih untuk menemankan kak fateha yang aku panggil
kak te'a ni siapkan projek yang bos bagi kat dia, memandangkan dateline projek tu minggu depan terpaksa la dia spend masa lebih siket nak siapkan kerja2 dia tu.
kak te'a khusyuk buat kerja Aku pulak selalu tumpang dia balik, jadi aku temankan dia buat kerja, tapi sambil2 tu aku cuba siapkan jugak kerja2 aku yang makin bertambah ni...
lagi best pulak malam tu, tunang kak te'a ni dengan baik hatinya mai hantar McD untuk ktorg makan malam.. :D
ni la kerja2 aku lebih 12 jam kat ofis, penat gila aritu sampai dah nak tertido(berlakon ja tido tu sebenanya..ahakz!~) malam2 tu jugak dekat2 dengan ofis aku ada program apa entah, tapi diorg main bunga api...
lawa kot bunga api tu, dah la banyak dapat tengok dekat lak tu...dengan angin sepoi2 malam lagi...
nice~~
akhirnya kami balik meninggalkan ofis dalam pukul 8.50 malam..hehe~
Bila aku sampai kerja pagi tadi, tiba2 ternampak ada macam papan putih tersandar kat dinding tepi kabinet yang aku selalu simpan beg. Bila aku tengok balik papan tu, macam syiling ja...maka dengan spontannya aku pandang atas....
dan
ini yang aku nampak...
Entah bila dan macam mana syiling tu jatuh menyebabkan saluran air-cond tu pun jatuh terjuntai sekali....siyes cuak kot masa tu, mana la tau tiba2 jatuh benda tu...rasanya mesti benda ni jadi masa hujung minggu lepas sebab masa hari Jumaat lepas ok lagi keadaan..tiba2 ja hari Isnin dah jadi macam tu...
pandangan dari luar bilik
So, kami pun
raise Internal Work Order (IWO) kat bahagian Facilities untuk baiki benda ni. Dengan kecekapan diorg, dalam sejam lebih dah elok balik dah. :)