It's independence day anyway
8/31/2010 03:00:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
 
I might need to omit the word 'SKH'  from my life dictionary. It is no longer exists. It has moved away, be it for the time being or forever, I don't put much hope.The wall thicken, the gap broaden. 
Now, I'm just stiff, cold and loveless. 
I don't bloody care anymore.
 
 







 
Today is independence day anyway. So, be independent! 
 
 
**********
 
 
Happy 53rd Independence Day , Malaysia!~ 
 
10 Petanda Dia Jodoh Kita
8/30/2010 03:00:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
 
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

 Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



  OK, kawan2 yang dah ada pasangan tu cepat-cepat la rancang perkahwinan korg bila hati dah kuat mengatakan yang pasangan korg tu la jodoh korg...


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..
  
Gambar2 yang sangat cantik ni dipetik dari sini:
1. Daniel Zain Photography
2. Jangguttouch
 
 
Undisclosed Desires
8/29/2010 03:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
 Undisclosed Desires
 



 
I know you've suffered
But I don't want you to hide 
It's cold and loveless 
I won't let you be denied
 
Soothing, I'll make you feel pure 
Trust me, you can be sure
 
I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons in your heart 
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

You trick your lovers 
That you're wicked and divine 
You may be a sinner 
But your innocence is mine

Please me, show me how it's done 
Tease me, you are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons in your heart 
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart
 
Please me, show me how it's done 
Tease me, you are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons in your heart 
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart


♥ Undisclosed Desires, Muse ♥
 
 
p/s: Looking forward for a person to reconcile.
p/s2: Lagu omputih, bukan yang jiwang. 
 
 
UTP15
8/28/2010 12:42:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Legasi UTP15: Diyana~Syahmi~Abg Fahmi~Abg Sholleh~
 
Malam MAT ke-12 tu..kebetulan dapt jugak ktorg kumpul dan bergambar! 
Bukan senang nak bergambar 4 orang ni, selalu ada 3 ja. =)

Tak sangka dah sampai sini dah perjalanan ktorg. Rasa macam baru ja masuk persatuan sejak sem Jan 2007. Cepat betul masa berlalu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dikutip dan banyak jugak lagi yang menanti di hadapan. Harap2 semuanya tabah, terutamanya aku la. =)


 
Iftaar
8/28/2010 11:57:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Bukak2 balik library gambar (chey, macam banyak ja gambar sampai nak panggil library kan..hehe~), tiba-tiba nampak gambar-gambar ni, rupa-rupanya tertinggal nak post kat sini.

Masa hari kedua puasa hari tu, 12 Ogos 2010 (puasa hari ke-2), ktorg dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil kat Kelas Latihan Ipoh (KLI). Dari UTP, 5 orang pergi (kak Fad, abg Rambo, abg Kord, Sab, dan aku + Azlina (UiTM)). Aku ingatkan berbuka makan macam biasa, rupa-rupanya iftaar dia, makan dalam dulang gitu! Dah lama tak makan macam ni, so, macam excited la jugak. Tambah2 lak Lina tak pernah langsung makan dalam dulang, so, dia lagi2 la excited!~


Awfa tu cute ja walaupun malu-malu dengan orang

Sab sibuk mengagihkan makanan dalam dulang

Start kumpul2  keliling dulang

Makanan memang mewah jangan cakap, sedap pulak tu.
Makanan memang banyak, tengok gambar pun tau kan. Dah la satu dulang kongsi 4 orang ja, memang kenyang. Ktorg yang perempuan lagi la, tak dapat nak habiskan satu dulang pun, setengah ja, tapi dah kenyang yang amat.
Makan jangan tak makan
Lepas solat Maghrib, buat bacaan Tahlil. Pastu dengar-dengar abg Halim bercerita dan bincang isu-isu. Dekat pukul 11 jugak baru balik.





anti-lagu-jiwang?
8/18/2010 10:57:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Dah lama tak menulis. Takda mood kot. Lama jugak la. Kan aku pernah cakap dalam post yang sebelum ni, macam ada rasa separuh jiwa dan semangat aku dah pergi entah mana-mana. Kiranya sekarang aku memang tengah belajar untuk move on dan dapatkan balik semangat2 yang hilang tu. Kadang-kadang tersasar jugak aku bila aku terjumpa balik dengan keadaan-keadaan yang tak sepatutnya yang buatkan aku teringat balik perkara-perkara tak sepatutnya yang perlu aku lupakan.

Semua yang kenal aku sebelum ni mesti dah tau kan yang aku ni seorang yang jiwang jugak la (ramai yang cakap macam tu...huhu~) + aku pun memang suka layan lagu2 jiwang. Herm, tapi kan........lately, atau lebih spesifik dua tiga miggu ni, aku dah macam tak bole dengar sangat lagu-lagu jiwang atau lagu-lagu melayu. Kebanyakan lagu tu buat aku rasa sedih...ada jugak lirik2 lagu tu yang buat aku rasa macam nak nanges ja. Huhu, tu dulu la kot...sekarang macam dah mampu nak keluarkan air mata untuk perkara yang sia-sia!

Jadi sekarang, penyelesaiannya...dengar banyak lagu omputih...dan memandangkan raya pun dah nak dekat, dengar LAGU RAYA lagi layaaaaaaaaan kan????~ =D


p/s: Harap-harap aku berjaya teruskan prinsip tak nak terlibat dengan cintan-cintun ni sampai dah grad. Bercinta lepas kawen ja la...lagi pun FYP dah jadi boyfriend aku yang paling baik sekarang...hehe~ ('',)v


Vandalisma kot....
8/07/2010 12:43:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Suis lampu yang terkopak...

Aku pun tak tau la apa masalah osmet aku yang sorang tu...ekceli ada sorg osmet aku ni foreigner...dia macam anti siket dengan cahaya lampu kot...tengok la apa dia dah buat dengan lampu koridor depan bilik aku ni...ish3...aku dengan kawan2 aku memang terkejut la tengok suis lampu ni dah jadi macam ni masa khamis lepas...vandalisma kot ni..

Ktorg memang saspek osmet ni yang kopak suis lampu ni, sampai litar elektrik dalam lampu tu pun takda dah...sebab sebelum2 ni bila ktorg bukak lampu koridor masa2 nak malam atau gelap, tak lama lepas tu, mesti dia akan keluar bilik dia dan tutup lampu tu...menjadikan kawasan koridor tu gelap balik. Even, kat bilik dia sendiri pun dia jarang gila bukak lampu..pelik kan? 


Tapi kalau sampai pegi kopak suis lampu memang melampau kot! Ktorg tinggal nak report ja ni...

Apa pendapat korg? 


Related Posts with Thumbnails