Iftaar
8/28/2010 11:57:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Bukak2 balik library gambar (chey, macam banyak ja gambar sampai nak panggil library kan..hehe~), tiba-tiba nampak gambar-gambar ni, rupa-rupanya tertinggal nak post kat sini.

Masa hari kedua puasa hari tu, 12 Ogos 2010 (puasa hari ke-2), ktorg dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil kat Kelas Latihan Ipoh (KLI). Dari UTP, 5 orang pergi (kak Fad, abg Rambo, abg Kord, Sab, dan aku + Azlina (UiTM)). Aku ingatkan berbuka makan macam biasa, rupa-rupanya iftaar dia, makan dalam dulang gitu! Dah lama tak makan macam ni, so, macam excited la jugak. Tambah2 lak Lina tak pernah langsung makan dalam dulang, so, dia lagi2 la excited!~


Awfa tu cute ja walaupun malu-malu dengan orang

Sab sibuk mengagihkan makanan dalam dulang

Start kumpul2  keliling dulang

Makanan memang mewah jangan cakap, sedap pulak tu.
Makanan memang banyak, tengok gambar pun tau kan. Dah la satu dulang kongsi 4 orang ja, memang kenyang. Ktorg yang perempuan lagi la, tak dapat nak habiskan satu dulang pun, setengah ja, tapi dah kenyang yang amat.
Makan jangan tak makan
Lepas solat Maghrib, buat bacaan Tahlil. Pastu dengar-dengar abg Halim bercerita dan bincang isu-isu. Dekat pukul 11 jugak baru balik.





This entry was posted on 8/28/2010 11:57:00 AM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 butterflies:

Related Posts with Thumbnails