Uh....PUASA = Makan + Makan + Makan lagi....
Setuju tak korg??Aisyhhh...
Baru 2 3 jam bukak puasa...makan lagi pastu! Tengok la kat bawah ni bukti-buktinya....
OK, hari Jumaat malam (11/9/09, 10:30pm), abg Nash ajak ktorg semua buat reunion mentor mentee. Ktorg kumpul kat kafe V5 ja. Tapi kan....abg Nash dengan bermurah hatinya belanja ktorg makan pizza!! Walaupun mentee2 ktorg 4 orang ja yang datang, tetap meriah tau!!

tadaaa~~~~
Abg Nash = Penaja pizza + Mentor yang dikasihi adik2 menteenya....
ktorg
sayang Abg Nash~~
[huk3..cakap macam aku pun mentee abg Nash gak]
Jeng3~ ni haaa pizza nya~~
[ nampak macam banyak kan untuk 6 orang makan, tapi sebenarnya ktorg tapaukan gak untuk mentee2 yang tak datang ]
sebelum makan

hampir-hampir nak makan
Sambil-sambil makan, ada sembang-sembang...dah lama tak dengar cerita semua kan. Tapi tak semua bercerita pun...sebab ktorg leka dengar cerita abg Nash. Kelakar memang kelakar.

kad raya
Sebelum balik, ktorg bekalkan adik2 mentee ni semua dengan kad raya sebagai tanda ingatan. Ni antara
design yang ktorg bagi. Dalam 12.30, ktorg pun bersurai, tapi sebelum tu ambil gambar dulu.

~Syafiq~Chow~abg Nash~Diyana~Wani J~Wani R~
Pastu ada lagi acara makan2 ni. Pukul 2.30 pagi ada lagi sesi sahur lak kat kafe V4. Kali ni aku pulak yang membekalkan makanan. Haaaa...makan jangan tak makan!

"Ni macam kenduri kesyukuran lepas post mortem Majlis Ijazah!"
- kata abg Jawa

Makan-makan
Betolkan PUASA = makan + makan + makan lagi??
hehe~ -_-"

Yesterday, most of the BIS mates, 17 of us went to Ipoh to break our fast. Restaurant Laksamana Cheng Ho was our choice of destination. The food is so-so, OK la. It uses buffet style that you could take as many food you want at a specified price. This restaurant used to be visited by 'Jalan-jalan Cari Makan' programme under TV3. After finished eating, we took some pictures around the restaurant compound. Here are the pictures:

of the blue tudung....
Mimie, the PM

~Diyana~Bee~




staging~
Then, we went for a midnight movie at JJ. The movie title is '
Gamer', interesting but at the same time disgusting.
18PL, you know what I mean.



OK, I have to admit that I am having this uncertainty since few weeks back. I'm not so sure why, either. It keeps lingering that I feel tired to just think of it. It is just that I feel lost in the journey. Perhaps, this saying "It's easy to forgive than to forget" is really true.
I try so much to omit this
"'Cause I can't go on, living in the memory of our song...". I want to be in the way, in their way too. I thought that time break might be enough for me, but it seems that it is not working at all, not like before.
I know that I'm being tested now. I just hope for a good ending.
Oh God, give me Your guidance, please.

Hari ni ktorg telah menyerbu ke rumah Muz untuk berbuka puasa! Muz jemput ktorg pegi majlis berbuka puasa kat rumah dia kat Bandar U. Dia buat majlis itu untuk budak ICT/BIS batch Jan 07. Muz ialah salah sorang coursemate ktorg. Ada la dalam 30++ orang yang datang ke majlis tu.

ni sesi menghidangkan kuih-muih yang dibeli dari bazar....
tu haa, tuan rumah...the
only guy kat situ, Muz

ni hidangan2 sampingan...hidangan utama ialah nasi tomato~

Ktorg bergambar beramai-ramai dengan
kak Sheekin, isteri Muz....
tu yang pakai tudung coklat, depan 3 dari kiri
(disebabkan Muz coursemate ktorg, ktorg tak panggil dia dengan pangkal 'abg' kat depan..huhu~)
Masa tengah makan-makan
Tengok muka Jee, hepy ja kn?


Lepas semua dah makan2 tu, rupa-rupanya ada lagi 2 kek coklat dihidangkan. Sedap kot kek2 coklat tu. Tu yang Sarah tengah nak makan tu. Yang paling ceria tentulah Mimie kat belakang tu...dah siap
peace2 dah!!

Dah habes makan dan mengemas, ktorg bergambar jap dulu...hehe~

Aiyork...selamatkan Niena daripada tangan si Izzo tu..bahaya btol! ;P
Sebelum balik tu, sempat jugak la ktorg meninjau-ninjau di dapur dan berborak dengan kak Sheekin ni...sembang punya sembang, akhirnya terbongkarlah jugak bahawasanya kak Sheekin pun orang
Penang. Maknanya,
ktorg sekampung la, u!! Cuma aku orang pulau, dia pulak orang seberang. Tapi tu tak menghalang ktorg untuk cakap loghat utara (
baca: utagha) kat situ na, siap
'kami ampa' lagi!!!
Chewah~ Ada kelas gitu!
Story punya
story lagi, dapat tau jugak yang adik aku sekelas dengan adik bongsu kak Sheekin. Dua2 orang tengah Form 5 sekarang kat SGGS, bole plak tu sama kelas. Terus kecoh kat dapur tu yang ktorg tengah buat
'jejak kasih' kat situ! kui3~ Meriah2!


~diyana~kak Sheekin~

Disebabkan rancak berborak, ktorg la yang paling
last meninggalkan rumah diorg...hek3~ :P
Apa2 pun,
terima kaseh kat
Muz & kak Sheekin sebab jemput ktorg datang berbuka kat rumah.
Tiba-tiba teringat cakap Muz, yang ni ja la masa ktorg dapat kumpul ramai2 sebelum semua orang pegi
internship kat tempat pilihan masing2 sem depan! sigh~
=_="- cepatnya dah nak intern, rasa macam baru sekejap masuk belajar kat UTP -

Hati Yang Mencari
Pada Tuhan, aku hamba-Nya
Maka aku bukan siapa-siapa
Tapi, siapa aku pada dunia?
Siapa aku pada mereka?
Siapa aku pada kamu semua?
Aku bukan mengejar cinta
Itu kurniaan yang Maha Kuasa
Tidak juga aku dambakan nama
Cuma aku inginkan kita bersama
Jalani kehidupan dengan gembira
Datanglah yang dinamakan keresahan
Diam meronta dalam susur kejauhan
Hingga terbias sirna-sirna kesedihan
Pada jiwa yang rayukan permbersihan
Agar teruskan usaha dalam kesungguhan
Benarlah, aku hanya manusia biasa
Lantas itu, aku cuma perlukan masa
Untuk kutitip semula kenangan yang tersisa
Jadilah ia penawar menyembuhkan bisa
Tegarlah, supaya tidak aku berputus asa
Bayu dingin yang merentasi
Katakan saja aku pergi
Lepas bebas menjejak mimpi
Jangan ditanya apa-apa lagi
Usah risau, aku akan kembali
Hati yang mencari,
eVy-D-YaNa

Bersabda Rasulullah SAW :
“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.”
(Riwayat Al Bukhari & Muslim)