Tarikh : 8 Mei 2008
Lokasi : Laman In2Eat Poket C
Lokasi : Laman In2Eat Poket C
Majlis Makan Malam PSSCM UTP ni diadakan pada hujung semester Januari 2008. Pengarah untuk dinner ni ialah Abg Adib dan penasihat ialah Kak Didie. Selain bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli PSSCM UTP, dinner ni jugak bertujuan untuk meraikan ahli-ahli PSSCM UTP yang dah nak grad sem ni. Makanan pun...wah!...sangat menyelerakan... =D
Macam tau2 ja, dah lama aku teringin nak makan sate. Sekali ada plak menu sate. Tapi yang paling best, setiap orang dapat 10 cucuk sate! Mak aii...ni macam bole balas dendam...kih3~ best!!
Datang awal, tolong2 AJK penggerak setup tempat & makanan. Selain sate, menu malam tu ada nasi beriyani lauk ayam masak merah. =)
Dalam pukul 8 lebih, VIP mula datang. Antara VIP yang hadir, En. Md Nor Rosli, Abg Roslizan & keluarga, Abg Halim, Abg Ros Azman, Abg Zack dan Abg Arip & Kak Fara.
Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden PSSCM UTP, Abg Ariff Ezwan. Seterusnya ucapan Yang DiPertua PSSCM Cawangan Perak selaku Penyelia Kelas Latihan UTP, Abg Halim dan ucapan Penasihat PSSCM UTP, En. Md. Nor Rosli.
Lepas ucapan ada pertunjukan demonstrasi oleh skuad demo PSSCM UTP yang diketuai oleh Khairi.
Selesai demo, semua orang pun mula amek makanan dan makan. hehe~ Bestnya dapat makan sate! kih3~ =D
Lepas makan, ada penyampaian sijil kepada ahli2 yang nak grad; Abg Arep, Abg Ashkam, Abg Meri, Abg Paan, Kak Anis, Kak Ina, Kak Shima, Kak Chuna & lain2 yang tak tersebut kat sini. Pastu ada tayangan montaj pasal aktiviti2 PSSCM UTP sepanjang sem Januari 2008. Pukul 10 lebih, VIP pun mula pulang. Maka bermula la sesi yang takkan termiss, sesi bergambar ramai2!
Jom gambar ramai2!!~
Haaaa...lupa plak nak gtau...tema dinner malam tu ialah batik. Yang lelaki digalakkan memakai baju batik. Yang perempuan bole ja pakai baju kurung. =)
Kak Anis ni senior satu maktab dengan aku....sebab tu macam terapat cket...ngee~
Saja ja ni, aku & Kak Asmat nak nyebok kat tengah2 Kak Ina & Abg Arep...ngeh3~ =P
Lepas abeh tangkap2 gambar dengan pelbagai aksi, ktorg gerak ke kafe V3 nak basuh dan kemas2 semua pinggan mangkuk & peralatan lain yang dipinjam. huhu~Pastu macam biasa, akan ada sesi ucapan & bincang2. Herm~ =) Macam tu la lebih kurang perjalanan event kali ni.
0 butterflies: