Demonstrasi Intake UTP18
7/31/2008 11:27:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 29 Julai 2008

Lokasi : Multipurpose Hall, UTP

antara ahli skuad demo

ALHAMDU LILLAH...malam ni berjaya selesaikan satu tanggungjawab yang agak besar. Tanggungjawab baru dalam hidup aku. Tanggungjawab menyampaikan jalan Silat Cekak Malaysia kepada orang ramai melalui demonstrasi. Malam ni merupakan pertama kali aku berdemo. Demostrasi ni untuk pengambilan ahli-ahli baru PSSCMUTP kali ke-18.

dengan partner - kak Effa

partner tongkat - kak Anis

Aku partner dengan kak Effa...untuk part sepasang tongkat aku partner dengan kak Anis. Trening lebih kurang 2 minggu untuk demo ni, tapi macam-macam pengalaman yang aku dapat. Lebih banyak pengalaman manis daripada pahit. Eh, ada pahit ek? herm...tak la pahit sangat pun..hehe~

Yang paling penting dapat belajar skill2 dalam demo. Ni baru kali pertama aku join demo. Daripada tak tau pa2 langsung pasal demo, ada la belajar siket-siket teknik, tapi tak la mahir pun. Banyak lagi yang kena perbaiki. InsyaAllah~

Pengalaman injured kaki sebab kena sepak masa demo antara kenangan yang tak bole dilupakan. Abeh bengkak dan lebam kaki kanan aku, sampai seminggu jalan terencot-encot. hehe~ Efek gak la kat kaki kiri sebab banyak pressure kat kaki tu masa gerak-gerak. Tapi tak kesah, sakit tu biasa la....yang paling penting banyak perkara lain yang aku dapat selain kecederaan tu.

"Dalam bala ada nikmat, dalam nikmat ada bala." - Tok Hikam.

Bukan senang nak berdemo ni. Ini amanah untuk disampaikan. Aku belajar daripada demo ni, kena selalu jaga niat. Tujuan nak demo ni bukan nak tunjuk terer....tapi yang tersangat penting ialah nak tunjuk kehebatan dan kelebihan silat cekak tu sendiri. Erm, aku bukan orang yang layak untuk cakap banyak-banyak pasal ni. Aku cuma ahli yang masih dan akan terus belajar. Ilmu tak tinggi mana pun. huhu~

Demo ni bukan sekadar demo. Demo ni ajar aku dan mungkin ahli-ahli lain jugak mengenai kepentingan guru, ibu dan bapa dalam hidup kita. Kena ingat pesan guru. Demo ni pun secara tak langsung merapatkan hubungan aku dengan mama & abah. Nak tau macam mana? hehe...join la demo! =) . Yang pasti, kejayaan kita pun sebab berkat guru, karamah ibu serta hikmah bapa. =)

Banyak yang aku belajar masa trening demo. Yang paling berharga, aku dapat kenal apa tu erti keluarga dan saudara. Hampir setiap hari dan masa ktorg jumpa. Dari situ, semua mula jadi rapat dan mesra. Buat masa ni, aku la adik yang paling kecik dalam skuad demo. Best sangat ada abang2 & kakak2. Berkongsi cerita...suka & duka..makan sama-sama..dan ketawa pun sama-sama. Serius, ktorg dah macam satu keluarga yang besar. Ktorg tak diajar untuk berdendam atau simpan rasa tak puas hati. Kalau gurau lebih-lebih pun, ktorg tak simpan dalam hati. Tu la yang paling manis. Hubungan persaudaraan ktorg atas keikhlasan dan kasih sayang.Kesimpulannya memang sangat BEST join demo dan BEST sangat dapat join keluarga ni.

dengan diorg2 yang sweet ni

comeyl kan diorg? hehe~

Bagi ahli-ahli skuad demo yang dikasihi...

SANGAT2 SAYANG SEMUA!!!
muahxx!!
This entry was posted on 7/31/2008 11:27:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 butterflies:

Related Posts with Thumbnails