lalalalala~
5/28/2009 08:48:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


OK

bila saya under pressure, saya akan :

1. makan coklat banyak-banyak!
(naseb baek ada coklat yang k.Mun kasi aritu...
see, I told you "chocolate is so, so, so indulging!!" nyum3~)

2. peluk tigger bear saya kuat-kuat!
(tigger bear ni la tempat saya selalu bermanja-manja...sayang tigger~ ahakz!~)

3. bagi ikan-ikan makan!
(ikan-ikan yang kat kotak sebelah tu ok. layaaaan~)

4. lari sana- sini!
(bole plak kejar rama-rama dalam rumah! aiyork~)

'gembira'nya saya!

lalalala~

*****

huh...apa ni???

dah la pakai 'saya' kan, skema gila...kui3~

I think this is a kind of stress syndrome!, seriously.

nak kata stress, macam tak berapa stress sebab dah last paper..
(saat yang ditunggu-tunggu ni)

tapi stress la jugak sebab macam tak tau nak study apa untuk subjek ni:

SOFTWARE ENGINEERING
[when engineering subject becomes texts overload and terms confussion! ]



p/s: gudluck kawan2 untuk last paper ni! chaiyok2!~
p/s 2: sempat lagi kan updet blog...paper petang ni ja kot!! auwww!
(ekceli otak dah mcm weng...kui3~)


- end of lalalala~ -


Image Hosted by ImageShack.us

Coklat & cookies
5/25/2009 05:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

hohoho...terubat siket kesedihan.
Petang ni dapat hadiah coklat & cookies daripada kak Mun. Serius terkejut.
Dah la dapat coklat & cookies feveret kat Famous Amos tu.

Nak tau sebab apa?

Sebab kak Mun terbaca status gtalk aku yang so-called-stress-study
hari semalamnya:

"needing the sort of comfort that only chocolate can bring"

Mula-mula pesan tolong belikan ja sebab kak Mun nak keluar Ipoh,
tapi kak Mun yang sangat concern ni insist jugak nak bagi sebagai hadiah.
Siap wish good luck untuk paper esok.

waaa....terharu!

mekaceh~
Chayunk kak Mun~ mwahx3~ ;D


tak kesah la coklat menggemukkan atau apa pun, tapi buat masa ni,

chocolate is so, so, so indulging OK! nyum3~ ;D

bukan ambil secara over pun kan, so why not?...hehe~


p/s: Post ni sbg tanda penghargaan. :)

Image Hosted by ImageShack.us
Tak dapat ikut
5/25/2009 03:16:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Hari ni tak dapat ikut diorg pergi menziarahi Guru Utama, Ustaz Ishak
di rumah beliau kat Bukit Mertajam.
Ramai kot yang pergi hari ni.
Sedihnya. huuu~

Esok ada paper lagi.
Herm..nak buat macam mana kan.

Apa-apa pun, semoga GU dikurniakan semula nikmat kesihatan dan pulih seperti sedia kala. Amiin~

Image Hosted by ImageShack.us
Alamak
5/25/2009 01:30:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Alamak. Dah lama tak lalu rasa ni. Malam ni, tiba-tiba pulak rasa.
Sebab dah lama tak jumpa kot atau makin jauh, tak tau la..huhu~
Sistem saraf, herm...tiba-tiba macam tak betol lak malam ni.
Macam terkena parkinson siket-siket...huhu~
Lepas-lepas ni tak tau la macam mana.
Tak tau nak cakap apa dah.
Damaikanlah~
Abaikan.
huhu~
=_=


p/s: Se7en

Image Hosted by ImageShack.us
Sweater
5/23/2009 12:19:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Sweater PSSCM UTP

-depan-

-belakang-

style.awesome.cool
Image Hosted by ImageShack.us
Besday Gurl, kak DiDiE!~
5/20/2009 05:36:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Disebabkan ada kekangan masa dengan paper final exam, sekarang ni pun curi2 masa nak updet pasal celebration besday kak DiDiE...hehe~ ;P

17 Mei 2009

Happy 22nd Birthday!!!

kak DiDiE~

(Nur Fazdilah binti Baderol Hesam)

  • hepy2 slalue~
  • moga sentiasa dalam keredhaan Ilahi
  • moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki
  • moga bertemu jodoh yang baik2 :)
  • moga dipermudahkan segalanya untukmu
  • chayunk kak DiDiE!~ mwah3~ :D
***

Sebelum kejutan dibuat untuk kak DiDiE, dah prepare hadiah untuk dia sejak 2 minggu lepas lagi..hehe~

huggable KumaKuma-with-pink ribbon pillow~

hadiah mesti la comeyl untuk orang yang comeyl mcm kak DiDiE~ ^_^
(disebabkan ni besday kak DiDiE, kita benarkan dia untuk perasan kejap! ahakz!~)

kak Didie, kalo pasni rindu kat diyana, jangan segan silu pelok pillow tu ek!~ mwah3~ ;D

OK, kejutan yang adhoc + tak berapa diplan tu akhirnya berjaya jugak! Thanx to kak Saa..walaupun adhoc habes, dapat jugak keluarkan idea yang kreatif dan sangat suwwit ni. hehe~

Dengan lagu rancak Happy Birthday-OAG di salah sebuah bilik kat Blok K, tepat jam 12.31 pagi, kak Didie pun sampai depan bilik yang gelap gelita tu. Kak Didie yang dah macam bajet surprise untuk dia ni dah malu-malu nak masuk bilik, sampai ktorg dah terjerit-jerit suruh masuk. hehe~ Kalo la bole bayangkan betapa gamatnya suasana masa tu...ah-ha!~

Bila kak DiDiE masuk ja, ktorg pun apa lagi, nyanyikan lagu hepy besday untuk dia, pastu berpelukan manja la ktorg. ahakz! Dia yang tergamam dan terharu tu dah macam nak nanges, tapi tak keluar air mata pulak. It's ok, kita mesti hepy2 saja kan malam tu.

12 batang lilin membentuk L.O.V.E + 1 lilin atas kek tu yang mewakili 10 = 22
sepotong kek batik with addition of Smarties buttons on top of it


surprise untuk kak DiDiE

Credit to kak Saa for editing this sexy-censored-with baby-T picture!
(tudung2 dan handsocks yang palsu..hehe~)

~diyana~kak DiDiE da besday gurl~kak saa yang cun~

Habes sesi bergambar ni, siap ada sesi berdoa supaya semua orang kat situ berbahagia :) & juga sesi suap2 kek~

Lepas balik dari Kafe V5 untuk jumpa ahli-ahli keluarga ktorg, ktorg sambung plan ktorg dengan pillow talk pulak...masing2 nak share..hehe~ pillow talk punya pillow talk sampai la semua orang terlena...hehe~


OK, jangan tertipu ya. Katil dalam gambar tu bukan la katil di UTP. ah-ha!~ ;P


p/s: baca kisah yang sama, versi lain kat sini.
Image Hosted by ImageShack.us
Hipokrit, tanah dan sabar
5/17/2009 08:55:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dalam kemelut warga UTP yang tengah berjuang untuk peperiksaan akhir sem ni, tiba-tiba sangat terasa untuk menulis. huhu~ Memetik status abangku "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu. Benarkah?" (p/s: pinjam ek..hehe~). I think in some sense, it is true. Uh. Tapi apa kaitan tiga2 benda ni? mesti pelikkan? ...

Serius. Post ini bukan la bertujuan nak mempoyokan diri atau apa. Cuma sangat terasa nak menzahirkan amukan jiwa yang rakus menghantar tentera kata-kata untuk memberontak di hujung jari. Post ni tentang aku, nothing much. Kalau terasa bosan atau tak nak baca dah, terpulang la. Bagi mereka yang faham, ini memang cara aku. huhu~



Hipokrit

Hipokrit : (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya. - Kamus Melayu DBP.

Aku bukan nak cakap pasal siapa-siapa. Cuma lately, aku rasa diri aku macam hipokrit. Hipokrit dengan orang mungkin sikit. Eh, kalau kita buat senyuman palsu, itu dikira hipokrit ek? Herm, tak pa la, bukannya orang tu perasan pun..huhu~

Hipokrit dengan diri sendiri. Ni lagi besar. Banyak pulak perkara yang bertelagah dalam hati aku sekarang ni. Setengah hati aku cuba tak mahu mengendahkan, setengah hati lagi ambil kisah sampai termakan hasutan syaitan. Antara tak suka dan terlalu menjaga hati orang lain. Herm, bukan salah orang tu pun sebenarnya. Cuma aku yang tak pandai nak kawal perasaan. Benda kecik saja pun. Benda kecik pun, kalau terkumpul jadi banyak jugak kan. huhu~ Dah..buang, buang! Lupakan.


Tanah

Sama ada kita semua sedar atau tak, tau atau tak tau, kita semua secara semula jadinya terbina daripada 4 elemen : air, api, angin dan tanah. Tapi untuk post ni, aku cuma nak cakap tentang tanah.

Analogi : Jadi tanah memang nampak senang. Duduk saja diam-diam kat situ. Bukannya nampak sangat pun kan. Tanah...memang dah sah-sah kena pijak, kena cangkul, kena hentak atau apa-apa saja yang berkaitan. Kalau tak suka pun, apa saja yang tanah tu bole buat, bukan macam air, api dan angin yang bole mengganas. Memang itu fitrahnya, kena apa pun tanah selalunya tak terusik pun. Kalau tempat dia kat situ, kat situ lah dia pilih untuk berbakti.

Kenyataannya, tanah tu la tempat tumbuh-tumbuhan bertunas dan membesar. Rasanya tak pernah penat tanah menyumbangkan segala nutrien yang dia ada untuk tumbuh-tumbuhan di atasnya tumbuh subur dan segar-bugar. Walaupun suatu masa nanti tumbuh-tumbuhan tu akan tinggalkan dia, tanah mesti tak pernah akan lupakan.


"Diyana ni selalu sangat mengalah, asyik kena buli saja..."

"....cuba kuat dan tegas sikit..."

Dalam sebulan ni, entah berapa kali dah aku dengar ayat ni, daripada kenalan-kenalan sekeliling aku. Sampai terngiang-ngiang dalam telinga, sampai naik muak. Aku kah yang rupa-rupanya tak perasan selama ni? Aku rasa aku memang macam ni dari dulu, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang terlebih perasan pasal ni. huhu~

Baru-baru ni seorang lagi abangku mengatakan elemen terkuat dalam diri aku ialah tanah.
Aku dan tanah, ada kaitan kah?



Sabar

"Uh..kuatnya diyana, kalau aku, dah lama...."

"Sabar ek diyana..."


Ni lagi, ayat-ayat mereka. Huhu...kuat la sangat. OK, terus terang, dah beberapa kali berhadapan dengan perkara yang tak menyenangkan hati, yang berlaku depan mata. (Herm, baru tadi pun nampak jugak..huhu~). Masalahnya orang lain pun perasan jugak, aduhai. Tapi macam biasa, aku takkan sebut atau cakap apa-apa. Paling kurang pun aku sebut huhu atau herm saja. - "Perempuan. Bila dia tak suka, dia akan tulis huhu." Takkan nak bising-bising pulak. Aku tahu tempat aku, bukannya ada hak dan sememangnya tak layak pun. Rasa itu semakin bertambah. Sebab tu aku betul-betul terasa nak menulis sekarang. Harap-harap lepas ni dapat melupakan. huhu~

Quoted:

"Sabar itu separuh daripada iman."

"Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu menangis dan yang satu lagi bersabar."

Walaupun aku ni takda la beriman mana sangat pun dan jiwa pun mungkin sebesar biji sawi saja, yang aku tahu sekarang, aku mesti belajar untuk bersabar. Sabar. Sabar. Sabar. Tak bole melatah dengan dugaan kecil ni. Aku tahu ni proses untuk menjadi matang selayaknya seorang dewasa.

Pesan Guru aku : Berhati-hatilah dengan tiga Ta ni; harTa, takhTa dan waniTa.

Dapat kaitkan 3 perkara tu? Kalau dapat, terima kaseh. :)

Cukup la sampai sini. Aku mahu tutup semua kisah duka. Lepas ni kita hepy2 saja; OK! ;D



Lagu:
1. Lagu ni ada kaitan. Dua tiga hari ni memang layan lagu ni. Masih Cinta, Kotak
2. Lirik ni. "Semua nada beranjak, aku terdiam sepi", Matahari, Agnes Monica


p/s:
1. Walau apa yang terjadi pun, kamu, kamu, kamu, dan kamu semua
tetap yang paling aku sayang.
Saayaaang semuaa!
mwahx3~ :D

2. S.E.N.Y.U.M
ini penawar kewalangan hati. :)
"Biar terjatuh dalam hati...
pahit pun itu ku tersenyum..."

- Masih Cinta, Kotak

3. Study! Study!
Exam tak habes lagi...huhu~

Image Hosted by ImageShack.us
Smile
5/16/2009 09:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
SMILE for You

Smiling is infectious,
you catch it like the flu
When someone smiled at me today,
I started smiling too
I passed around the corner,
and someone saw my grin
When he smiled I realized,
I'd passed it on to him
I thought about that smile,
then I realized it's worth

A single smile, just like mine,
could travel round the earth
So, if you feel a smile begin,
don't leave it undetected
Let's start an epidemic quick,
and get the world infected!

Everyone needs a smile!!!

Note : This poem is quoted, not my masterpiece. TQ.

p/s: Sajak ni punya sejarah penting dalam hidup aku dan dia,
..........kamu dan kita juga barangkali. :)


Image Hosted by ImageShack.us
Study Week @_@
5/11/2009 01:14:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Boring2 study..terasa nak updet blog yang dah lama tak terupdet...hehe~

Study week sem ni pun macam biasa, berkampung gak kat library (IRC) untuk study...
cuma sem ni suasana study agak laen siket..
sem2 sebelum ni selalu study dengan coursemates...
tapi sem ni banyak masa study kat IRC tu spend dengan ahli-ahli keluargaku yang kedua kat UTP ni..

first time study kat IRC bawak laptop

ni hari pertama study kat IRC untuk study week sem ni...5 Mei 09

- break-even analysis -
abg nuri fokus

abg pok cak ni pun memang khusyuk habes ni...

OoopS! orang yang kat sebelah ni pun khusyuk gak.. ;P

semua tak perasan gambar diorg dah kena snap!
ahakz!~ *nakal kn?* (o_O)


p/s: diorg semua ni dah nak grad sem dpn..nnt mesti terindu-rindu kat diorg..huhu~ ;-|
Image Hosted by ImageShack.us
Undefined
5/01/2009 03:12:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Have ever anyone of you be in the dimension or so-called situation that you yourself can't define? You are there but you are not. Huh. It does not take you ten years to feel that, but a few hours or a few seconds, maybe. Out of nowhere, you are so strange to everyone even though you are not a stranger. The discrete discomfit starts to break out and runs through your vein, leaves yourself blank but full with question marks. Even a fake smile does not give you any meaning. You do not know what to do. You are not yourself anymore.
-OK, undefined-



p/s: TIME. Yes, I need time.

Related Posts with Thumbnails