Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu
 
 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.   Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
 
 
 
3]  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan  matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
 
4]  Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu  lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
 
5]  Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat  Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS  itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
 
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
 
7]  Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang  dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga  untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
 
8]  Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu  ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
 
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga,  walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10]  Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau  batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
 
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
 
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
 
 
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
 
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
 
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran   yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia  benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
 
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
 
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah  mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 
 
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun  yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
 
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
 
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
 
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat  kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 

Sumber : sini.    
 
 
Agak tersentuh baca cerita ni. Baca la.
Sumber cerita: I'm touch with this...
 
Suami  saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi  dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika  bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam  masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih . .  lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi  sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan  benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
 
Saya  merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa  mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah  saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa  sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang  romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya  terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk  mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.  ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
 
“Siti  letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”  Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak  seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
 
Kekecewaan  saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan  perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya  dia bertanya.
 
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
 “Siti  ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti  akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga  cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang  memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan  lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan  paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas  dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat  yang bertuliskan . . .
 
‘Sayangku,  Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang  untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati  saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
 
“Siti  boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan  akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari  Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
 
“Siti  selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus  memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu  untuk Siti ketika pulang.”
 
“Siti  suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada  ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus  mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu  dan membawa Siti pulang ke rumah.”
 “Siti  selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap  bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan  mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
 
“Siti  lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi  ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti  di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal  kelakar yang Abang alami.”
 
“Siti  selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk  kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua  nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
 
“Tangan  Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,  menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna  bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
 “Tetapi  sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,  Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian  Abang.”
 
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
 
“Untuk  itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata  Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari  tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
 
Airmata  saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,  tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
 
“Dan  sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati  dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah  ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di  luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati,  sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan  Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila  Siti bahagia.”
 
Saya  terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya  segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu  dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan  saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya  lebih dari dia mencintai saya. 
Itulah  cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari  hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam  ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam  ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita  ambil ikhtibar dari cerita ini . . :')
 
 
 
 Dua tiga hari lepas ada terbaca artikel ni. Rasa menarik, jadi nak post kat sini. Sumber artikel: sini.
*** 
 Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air  menyebabkan penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap  berlaku daripada apa yang kita sangkakan.
Apabila kita  tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi  dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati  adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa  mengambil alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang  maka ia tidak boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia  menyebabkan pembakaran lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan  berat akan terganggu. Air juga diperlukan untuk membuang bahan toksid  hasil pembakaran lemak itu.
Ramai yang masih tidak percaya  bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk mengatasi masalah  penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minum air, badan kita  akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau  sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak  yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki  yang agak membengkak.
Apabila kita meminum cukup air maka  masalah "water retention" ini tidak akan berlaku. Badan sudah tidak  berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan  mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.
Oleh  itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup.  Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku  jika berat tidak turun.
 

 
  
 
AMARAN: Entry ni berunsurkan kegedikan melampau.  
Herm...dah lama tak updet pasal hero feveret aku yang sorang ni kan...siapa lagi kalo bukan 
Shahir a.k.a Che Ahmad~ 
Masa tengah tengok2 FB tiba-tiba ternampak gambar2 ni... 
omaigod...Shahir sangat cute!   
|  | 
| Shahir tido~ | 
 Serius, aku memang suka sangat dengan gambar kat bawah ni! comelnya dua2 orang kat bawah ni...
|  | 
| Baby Ratu & Shahir | 
 | 
 | 
 | 
 Herm, Shahir nampak macam abang yang sangat penyayang layan baby Ratu main~ =) 
kalo jadi pakwe aku ni, memang aku takkan lepas! ;D 
Dusy2...dah2, jangan nak berangan ek Shahir tu jadik pakwe awak ya Dyana!~ 
ah-ha!~
tapi dalam mimpi bole ja! ;P
 layaaaaaan~ 
   
 
 Pagi tadi, tetiba aku dapat satu link ni daripada pm gtalk kawan aku. Tengok2 link ke Utusan Online. Terus aku sebarkan link tu kat kawan2 dan sedara-silat aku yang lain. Mak ayah aku kat rumah pun aku gitau mintak baca akhbar ni.  Bila aku bukak link tu, rupa-rupanya pasal isu ni:
Kreativiti  menipu, Tronoh jadi Toronto
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
SYAWAL pun berlalu. Namun catatan sepanjang Syawal mesti masih  berbekas di hati mahu pun dalam lipatan memori. Banyak cerita suka-duka  sepanjang Syawal. Di pihak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, berakhirnya Syawal bermakna tamatlah ruangan Salam Perantauan  untuk tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima terlalu  memberangsangkan. Sama ada muka surat untuk ruang tersebut ditaja atau  tidak, syarikat meneruskan tradisi menyiarkan ruangan itu khusus untuk  rakyat Malaysia di luar negara menyampaikan salam hari raya.Bermula dengan ucapan daripada para pelajar, ruangan tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara. 
 Lebih menarik perkembangan teknologi maklumat memberi peluang kepada  rakyat Malaysia di mana saja untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini  emel yang diterima melimpah ruah. Mereka yang berkhidmat di pelantar  minyak, di atas kapal malah nun di hujung dunia memeriahkan lagi ruangan  yang diwujudkan oleh akhbar ini dengan penuh rasa ikhlas. Sehingga hari  ini masih banyak emel yang diterima tidak dapat disiarkan. 
 Sebelum kepesatan zaman teknologi maklumat, berkotak-kotak surat  dikirimkan dengan harapan gambar serta ucapan mereka dapat disiarkan di  dalam ruangan tersebut. Setiap malam akan ada petugas yang menaip rapi  setiap maklumat yang dihantar, sambil sesekali tersenyum melihat  aksi-aksi pelajar kita di luar negara. Mereka ini tidak dibayar elaun  khas untuk membuat kerja-kerja menaip, mengumpul gambar dan mengasingkan  antara surat yang telah diproses dan surat yang baru diterima.  Kesemuanya itu dibuat dengan rasa ikhlas. Sebab itu tiada bayaran  dikenakan. Tiada syarat-syarat - satu yang dipinta pengirim juga mesti  bersikap jujur dan ikhlas. Pastikan maklumat yang dikirim adalah betul. 
Akhbar-akhbar lain turut berbuat demikian. 
 Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada  sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil  kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk  akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara  untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap  latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh  prinsip saling percaya-mempercayai. 
 Kecanggihan 
Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia  untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti  songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari  Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka  berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan.  Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana  umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak  untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka  handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka  juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain.  Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah  ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan. 
 Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar  negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk  disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga  diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka  disiarkan di ruang Salam Perantauan. 
 Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen  di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti  penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi  dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan  pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula  penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan  menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan  kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat. 
 Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa  mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi  UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan  tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu  tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak  sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi  sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya  ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang  dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di  Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak  pernah dilanda salji? 
 Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan  meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar  yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak  akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti  otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan  kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu  untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi  universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak  pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera  mengenal pasti gambar-gambar tersebut. 
 Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini  menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah  membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara  yang logik dan tidak masuk akal.
Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang  kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang  diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang  Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang  turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga  dedahkan penipuan.
 
  
|  | 
| Aku sampai sanggup turun bawah, pergi Kopetro nak beli akhbar Utusan hari ni, nak tengok sendiri artikel ni. Akhbar Mingguan Malaysia 10 Oktober 2010, m/s 9 | 
 | 
|  | 
| Gambar kontroversi 1 | 
|  | 
| Gambar kontroversi 2 | 
 | 
 Ok, aku tak sangka pulak akan keluar artikel dalam akhbar macam ni. Dulu aku pernah jugak buat entry blog pasal ni. Bole lihat sini. Dalam entry yang sama jugak aku letakkan link untuk blog yang review pasal gambar Salam Perantauan Utusan tu. Bole lihat sini. Pemilik blog tu rupa-rupanya bekas pelajar UTP jugak. Maksudnya, senior aku la. 
 Disebabkan rasa prihatin-yang-tinggi sebagai pelajar UTP, aku baca jugak kenyataan balas senior aku tu terhadap artikel Utusan kat blog dia. 
 
 Entry tu bertajuk: F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan
*********
Korg pun dialu-alukan baca semua entry yang berkaitan isu ni. Baca, fikir, analisis dan nilai la baik buruknya isu ni. Aku tak memihak mana2 pihak pun. Bagi aku, dua-dua pun ada salah dan betulnya. Dua-dua pun ada pendirian masing-masing. Cuma bagi aku, eloklah bagi kita untuk berfikir dulu sedalam-sedalamnya sebelum membuat sesuatu terutamanya yang melibatkan kumpulan sejagat dan kepentingan bersama.  Ya, dalam hidup ni semua tak sempurna kan melainkan Allah dan Rasul saja, tapi kalau kita diberi pilihan, pilihlah untuk melakukan kebaikan daripada perkara-perkara yang sebaliknya dan yang tak mendatangkan faedah. Mari kita lihat dari sudut yang positif. Kadang-kadang bila berlakunya isu macam ni bagus jugak, supaya kita boleh mendapat kesedaran dan pengajaran atas apa yang berlaku dan pada masa yang sama menilai sejauh mana integriti dan etika kehidupan kita pada masa kini. 
Sekian dulu buat sini. Komen semua sangat dialu-alukan. 
Peace! 
  Entry lain yang berkaitan:1. Isu Hot
  Entry lain yang berkaitan:1. Isu Hot  
 
 Yes, I've made it!...amboi tajuk nak omputih ja..hehe~ akhirnya setelah sekian lama ya ka sekian lama? macam berkurun ja tak berjogging, tadi dengan mood yang tiba2 membadai chey2 pada hal ada orang ajak jog ;P, maka aku pun berjogging la tadi.   Gila dah lama tak jog, sekali jog dari V5 pi Chancellor Hall terus. Yakin ja kan...Rasa macam tak caya pun ada! hehe~ tapi nak buat macam mana, berjaya jugak mencabar diri sampai ke sana. 
Habes, esok saket badan. ah-ha!~  

p/s: thanks Fizah yang ajak..hehe~ 
 
 
 
Sejak aku, Bee & Mimie berjaya  mengemas kini peti ais dan mengemas dapur rumah ktorg, semangat memasak tu semakin menebal. cewah!~ ;D 
kemas kan? heee~ 
Dapur gas pun baru beli...termasuk jugak peralatan2 asas...
Memandangkan hari ni, Jumaat, ktorg takda kelas, jadi buat keputusan nak masak ringkas2 untuk makan tengah hari.....
dan
ni la hasilnya...
|  | 
| Corn beef masak sos + salad telur + nasi | 
Bee masak corn beef tu dan aku tukang letak perisa. Mimie lak masak salad telur. 
Memang ringkas, sebab ni ja bahan yang ada kat dapur ktorg buat masa ni.
tapi apa2 pun tetap SEDAP..nyum3~~ 
  
 
 
Kelmarin (5-Okt-10), kawan baik aku, Bee teringin sangat nak makan pizza. Tu pun sebab masa kelas SBE dia ternampak pendrive salah satu kumpulan yang present hari tu dinamakan dengan  nama 'Pizza'. Terus la dia yang puasa hari tu teringin nak makan pizza! hehe~ Aku?? Aku ikot ja, temankan dia.. ;)
Bee berjaya mengajak seorang lagi kawan aku, Che Na yang jugak puasa hari tu untuk pegi makan pizza. Pizza kira macam hidangan utama untuk diorg bukak puasa la hari tu. So, terus buat keputusan makan pizza kat luar. Pizza kat Batu Gajah ja yang paling dekat dengan UTP, maknanya memang pergi situ la, lepas maghrib. Gee pun join.
Bee: hasrat tertunai...phew~ =)
Gee: makan sampai muak... 
 Pizza
 
Pizza : sampai dua
 plate Che Na: entah apa yang lawak pasal pizza tu...

Dyana: gila fokus..hehe~ 
Lepas dah makan2, terus balik UTP...sampai dalam pukul 10 malam dah. Owh ya, malam tu sebenarnya ada National Green Concert(NGC) kat UTP. Jadi, bila dah masuk perkarangan UTP, ktorg saja pegi pusing2 kat kawasan Chancellor Hall tu, nak tengok2 sambutan kat konsert tu macam mana. Ya la, Nash dijemput sebagai penyanyi jemputan malam ni. Artis kot.  
Alang2 dah pusing kat kawasan parking tu, ktorg yang dalam kereta ni dok berebut-rebut buat keputusan nak pergi tengok konsert tu tak. Gila wey, konsert start pukul 8.30 malam, ktorg baru nak masuk kol 10 tu. Akhirnya, buat jugak keputusan nak masuk dengan harapan dapat la tengok Nash dan mungkin harga tiket separuh ka....hehe~ layaaaaan!!~  
Nah, pastu ktorg 4 orang terus pergi beli tiket dan masuk dalam dewan. OK2.....guess what? masa tu memang Nash tengah buat persembahan! Satu dewan tu macam gila meroyan terjerit-jerit tengok Nash menyanyi..ramai jugak yang nyanyi sekali. Masa ktorg masuk tu dia baru lepas nyanyi satu lagu, tak berapa pasti tajuknya. 
Nash baru mula nyanyi lagu Di Halaman Rindu masa ktorg masuk
Ktorg yang dah la masuk nak dekat abes konsert dah, dengan kofiden-dan-tanpa-segan-silunya terus amek tempat duduk yang kat depan sekali pulak tu, kat isle sebelah kiri. Sah, kerja gila pelajar2 tahun akhir UTP! Pastu, masa tengah nyanyi lagu tu, Nash mula turun pentas, jalan pergi kat penonton. Ktorg ingatkan dia cuma nak pergi isle kanan, tempat-tempat budak lelaki ja, rupa-rupanya lepas tu dia mula datang kat ktorg lak!
 

Aku dah gitau kan tadi yang ktorg duduk kat depan sekali. Maknanya apa tu? Maknanya Nash tu datang kat ktorg la. Oh mak, tak sangka dan macam nak kena saket jantung....kui3~~  Apa lagi, dah dia datang dekat, snap-snap la jugak gambar dia tengah nyanyi tu! 
Nash betul2 datang depan ktorg, siap  hulur tangan salam nak salam dengan ktorg. Yang syoknya tu, dia cuma  salam dengan ktorg 4 orang kat depan tu ja. Yang seat nombor dua belakang ktorg pun dia tak salam. Mungkin minah2 yang kat belakang tu hot jugak sebab tak dapat salam..hehe~ 
|  | 
| Masa ni Nash dah hulur tangan kat Gee...dan cuba korg tengok kat skrin atas pentas tu;... gambar sapa yang kat dalam skrin tu?
 KTORG la!!
 | 
 
 
 | 
 | 
....dan yang paling tak bole dilupakan, masa Nash bersalaman dengan ktorg tu, kamera zoom la plak...adui, apa lagi muka ktorg 4 orang sangat la femesnya masuk kat dalam 2 skrin kat pentas tu. Ada kot dalam seminit. Dusy...tak tau la macam mana ktorg kontrol muka buat ala-ala ayu gitu! ahakz~~ 
Persembahan Nash pun tak mengecewakan. Rupa-rupanya memang slot dia nyanyi kat akhir sekali. So, dapat la jugak ktorg yang paling last masuk tu tengok dia. Nash nyanyi 4 lagu malam tu, lagu pertama tak pasti tajuknya, pastu lagu kedua Di Halaman Rindu, seterusnya Tiada Lagi Kidungmu dan Pada Syurga Di Wajahmu. Walaupun penonton tak la penuh dewan sangat, tapi riuh jugak sebab semua pun nyanyi sekali masa Nash nyanyi, bergema dewan tu. Serius terbukti, lagu dia memang hit, evergreen dan diminati ramai walaupun orang2 muda. 
Nash pun sangat sporting! Dia bahasakan diri dia 'uncle' dengan semua penonton yang kebanyakannya pelajar la kan. Pastu siap sampaikan pesanan-pesanan supaya jaga alam sekitar...ya la, sempena tema konsert ni, National Green. Pastu sebelum nyanyi lagu Pada Syurga  Di Wajahmu (lagu feveret aku), dia siap pesan kat lelaki-lelaki semua supanya jangan aniaya wanita, hormat kan wanita tu terutamanya bila dah beristeri. Kena la hargai pengorbanan dan kesetiaan isteri. =) 
Persembahan terakhir, gabungan Nash dan pelajar-pelajar UTP yang buat persembahan malam tu nyanyikan lagu We Are The World. Dalam kol 10.50 malam, konsert habes dan balik. 
 Tiket RM5 yang didiskaun 40%

Kes sebenar: Plan ktorg sebenarnya nak seludup masuk ja, sebab dah lewat kan..ingatkan takda orang jaga dah pintu dewan tu. Huk2, rupa-rupanya salah. Ada pulak orang jaga kaunter dan pintu, siap dikawal selia pakGad UTP! hehe~ punah la jugak harapan ktorg nak buat keja yang lebih gila2..ah-ha!~ sekali kena beli jugak tiket RM5 diskaun 40% tu! kuang3~  
*****
 National Green Concert (NGC)
5th October 2010
Chancellor Hall 
Gambar diambil dari blog NGC. 
p/s: tajuk BI, entry BM..apakah kan? ish3~~  
   
  
 
Ada budak kelas aku tadi cakap kat aku yang aku ni tak bole jadi garang...lebih kurang gini la ayat dia...
Adik tu, 
"Kak Dyana tak garang kot..cuma bila akak senyap, akak nampak garang sangat sampai macam ingat uh garangnya akak ni, tapi bila akak dah start cakap2, tak garang langsung!"
Wah, pengakuan jujur ya dik?! hehe~ 
Aku rasa kelakar la jugak. Memang aku ni susah nak garang, fakta. 
Yang kelakarnya bole pulak dia rasa aku garang bila aku senyap...hehe~ 
 
|  | 
| Kesimpulannya, ni la aku yang memang susah nak jadi garang...lalala~ |  | 
 | 
 | 
 p/s: K, jom tido...nyte2~  
    
 
 
Bila kerja yang nak dibuat banyak sangat sampai tak tau nak mula yang mana satu...stop kejap, buat kerja selingan siket....heee~ 
 Ni lebihan ketupat hiasan masa Riang Ria Raya hari tu.....dah terfikir, bole guna hias apa2 ni...
.
.
.
.
.
Tadaaaa! Dah jadi hiasan kat board depan meja~  
  
Boardku...nice tak?
saja suka-suka! 
 
 