Kelmarin (5-Okt-10), kawan baik aku, Bee teringin sangat nak makan pizza. Tu pun sebab masa kelas SBE dia ternampak pendrive salah satu kumpulan yang present hari tu dinamakan dengan nama 'Pizza'. Terus la dia yang puasa hari tu teringin nak makan pizza! hehe~ Aku?? Aku ikot ja, temankan dia.. ;)
Bee berjaya mengajak seorang lagi kawan aku, Che Na yang jugak puasa hari tu untuk pegi makan pizza. Pizza kira macam hidangan utama untuk diorg bukak puasa la hari tu. So, terus buat keputusan makan pizza kat luar. Pizza kat Batu Gajah ja yang paling dekat dengan UTP, maknanya memang pergi situ la, lepas maghrib. Gee pun join.
Bee: hasrat tertunai...phew~ =)
Gee: makan sampai muak...
Che Na: entah apa yang lawak pasal pizza tu...
Dyana: gila fokus..hehe~
Lepas dah makan2, terus balik UTP...sampai dalam pukul 10 malam dah. Owh ya, malam tu sebenarnya ada National Green Concert(NGC) kat UTP. Jadi, bila dah masuk perkarangan UTP, ktorg saja pegi pusing2 kat kawasan Chancellor Hall tu, nak tengok2 sambutan kat konsert tu macam mana. Ya la, Nash dijemput sebagai penyanyi jemputan malam ni. Artis kot.
Alang2 dah pusing kat kawasan parking tu, ktorg yang dalam kereta ni dok berebut-rebut buat keputusan nak pergi tengok konsert tu tak. Gila wey, konsert start pukul 8.30 malam, ktorg baru nak masuk kol 10 tu. Akhirnya, buat jugak keputusan nak masuk dengan harapan dapat la tengok Nash dan mungkin harga tiket separuh ka....hehe~ layaaaaan!!~
Nah, pastu ktorg 4 orang terus pergi beli tiket dan masuk dalam dewan. OK2.....guess what? masa tu memang Nash tengah buat persembahan! Satu dewan tu macam gila meroyan terjerit-jerit tengok Nash menyanyi..ramai jugak yang nyanyi sekali. Masa ktorg masuk tu dia baru lepas nyanyi satu lagu, tak berapa pasti tajuknya.
Nash baru mula nyanyi lagu Di Halaman Rindu masa ktorg masuk
Ktorg yang dah la masuk nak dekat abes konsert dah, dengan kofiden-dan-tanpa-segan-silunya terus amek tempat duduk yang kat depan sekali pulak tu, kat isle sebelah kiri. Sah, kerja gila pelajar2 tahun akhir UTP! Pastu, masa tengah nyanyi lagu tu, Nash mula turun pentas, jalan pergi kat penonton. Ktorg ingatkan dia cuma nak pergi isle kanan, tempat-tempat budak lelaki ja, rupa-rupanya lepas tu dia mula datang kat ktorg lak!
Aku dah gitau kan tadi yang ktorg duduk kat depan sekali. Maknanya apa tu? Maknanya Nash tu datang kat ktorg la. Oh mak, tak sangka dan macam nak kena saket jantung....kui3~~ Apa lagi, dah dia datang dekat, snap-snap la jugak gambar dia tengah nyanyi tu!
Nash betul2 datang depan ktorg, siap hulur tangan salam nak salam dengan ktorg. Yang syoknya tu, dia cuma salam dengan ktorg 4 orang kat depan tu ja. Yang seat nombor dua belakang ktorg pun dia tak salam. Mungkin minah2 yang kat belakang tu hot jugak sebab tak dapat salam..hehe~
Masa ni Nash dah hulur tangan kat Gee...dan cuba korg tengok kat skrin atas pentas tu;... gambar sapa yang kat dalam skrin tu? KTORG la!! |
....dan yang paling tak bole dilupakan, masa Nash bersalaman dengan ktorg tu, kamera zoom la plak...adui, apa lagi muka ktorg 4 orang sangat la femesnya masuk kat dalam 2 skrin kat pentas tu. Ada kot dalam seminit. Dusy...tak tau la macam mana ktorg kontrol muka buat ala-ala ayu gitu! ahakz~~
Persembahan Nash pun tak mengecewakan. Rupa-rupanya memang slot dia nyanyi kat akhir sekali. So, dapat la jugak ktorg yang paling last masuk tu tengok dia. Nash nyanyi 4 lagu malam tu, lagu pertama tak pasti tajuknya, pastu lagu kedua Di Halaman Rindu, seterusnya Tiada Lagi Kidungmu dan Pada Syurga Di Wajahmu. Walaupun penonton tak la penuh dewan sangat, tapi riuh jugak sebab semua pun nyanyi sekali masa Nash nyanyi, bergema dewan tu. Serius terbukti, lagu dia memang hit, evergreen dan diminati ramai walaupun orang2 muda.
Nash pun sangat sporting! Dia bahasakan diri dia 'uncle' dengan semua penonton yang kebanyakannya pelajar la kan. Pastu siap sampaikan pesanan-pesanan supaya jaga alam sekitar...ya la, sempena tema konsert ni, National Green. Pastu sebelum nyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu (lagu feveret aku), dia siap pesan kat lelaki-lelaki semua supanya jangan aniaya wanita, hormat kan wanita tu terutamanya bila dah beristeri. Kena la hargai pengorbanan dan kesetiaan isteri. =)
Persembahan terakhir, gabungan Nash dan pelajar-pelajar UTP yang buat persembahan malam tu nyanyikan lagu We Are The World. Dalam kol 10.50 malam, konsert habes dan balik.
Kes sebenar: Plan ktorg sebenarnya nak seludup masuk ja, sebab dah lewat kan..ingatkan takda orang jaga dah pintu dewan tu. Huk2, rupa-rupanya salah. Ada pulak orang jaga kaunter dan pintu, siap dikawal selia pakGad UTP! hehe~ punah la jugak harapan ktorg nak buat keja yang lebih gila2..ah-ha!~ sekali kena beli jugak tiket RM5 diskaun 40% tu! kuang3~
National Green Concert (NGC)
5th October 2010
Chancellor Hall
Gambar diambil dari blog NGC.
p/s: tajuk BI, entry BM..apakah kan? ish3~~
p/s: tajuk BI, entry BM..apakah kan? ish3~~
10 butterflies:
jgn lupa part yg kta plan nak seludup masuk tp x bjaya sbb ada org jga kat pintu..keh2
ok2, jap nak tambah! hehe~
Hua3...
Mlm tuh mmg terbaekkkla...
Ai likeee....
Tringat scene gee malu2 kamben tgk gmbaq dy kt screen...
Kuang3
ah-ha! lawak gila!~
;D
haha...malu gla.. ak malu sbb tgk ak malu kat screen.. hahaha..
hehe...i like! -cm kt FB lak- ;P
likelikelikelike..hahaha
gelak guling2 baca post yg ni. ada gambar yg boleh menceritakan suasana masa tu. i like~
hehe...diyana pn dh tersenyum2 kamben masa tulis post ni...sbb terigt balik apa yg jd kt km masa tu...lawak la! hehe~
thanks sbb like post ni!~~ muahxx~~ ;D
Final Boss: Genesis for iPhone and iPad - CasinoGuide
FinalBoss: Genesis is a slot game which players can enjoy casinositefun with the ultimate rewards, free 카지노사이트 spins and Final Boss: Genesis is a slot machine game that lets you place