Trilogi RAMLEE AWANG MURSHID
8/23/2008 05:47:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 23 Ogos 2008

Lokasi : ConvoSquare UTP

21hb aritu, adik aku ada hantar mesej, gtau yang novel terbaru Ramlee Awang Murshid dah keluar. Semangat ja dia..hehe~ sebab dia tau kot yang aku memang suka baca cerita saudara Ramlee ni, terutamanya yang trilogi tu. Aku dah baca yang trilogi 1 - "BAGAIKAN PUTERI" dan trilogi 2 - "CINTA SANG RATU". Tak pernah miss lagi & sayang nak miss. Mesti la nak tau apa yang jadi seterusnya kan. Terus aku reply mesej dia, nanti balik cuti, confirm aku akan beli novel tu.

Pastu nak dijadikan cerita...22hb tu aku jalan-jalan kat ConvoSquare UTP. Pusing-pusing la tengok semua gerai. Tengah-tengah jalan, tiba-tiba ternampak poster pasal novel terbaru, "HIJAB SANG PENCINTA". Terus aku singgah gerai tu. Nampak novel ni tersusun kat atas meja. Ramai gak yang dah beli. Akak kedai tu cakap ni ja stok yang ada untuk ari ni. Kan mula-mula dah plan nak beli novel ni masa balik cuti, tapi bila akak tu kata yang masa konvo ni ada offer, tak fikir dah. Terus beli novel tu. RM16. Wow! Tak bole lepaskan peluang ni.

Akak kedai tu cakap jugak yang penulis buku ni akan datang esoknya. Terus macam semangat. Dalam kepala dah fikir nak amek autograf dia. hehe~ Esoknya mesti datang balik. Malam tu terserempak dengan abg Arep. Dia pn ikuti gak trilogi ni. Apa lagi bukan men semangat lagi kami dok bercerita pasal ni kat tengah-tengah jalan. Aku gtau dia yang saudara Ramlee ni akan datang konvo esok. Terus ktorg pakat nak amek autograf beliau esok. Masa tu Sabrina pun ada sekali. Dia pun sekepala dengan ktorg gak. Baca cerita Ramlee Awang Murshid. Semangat2! ahakz!~

Esoknya dalam tengah hari, dapat kol daripada abg Arep. Dia cakap dia dah amek autograf saudara Ramlee dah. Masa tu aku ada kat bilik lagi. Cepat-cepat siap lepas sembahyang zohor pegi ConvoSquare. Tak lupa aku ajak Sabrina sekali. Dia pun cepat-cepat gerak dari bilik dia. Tapi sebelum pegi gerai Alaf21 tu, singgah jap kat gerai Blue Black Bay, PSSCMUTP nya gerai. Ajak kak Asmat sekali.

Masa ktorg sampai kat gerai Alaf21, saudara Ramlee tengah amek gambar dengan orang lain dulu. Sabrina pun pegi beli novel yang sama dan terus ktorg mintak autograf dia. Pastu kak Asmat tolong amekkan gambar ktorg dengan saudara Ramlee. Best. Pastu ada la sembang-sembang dengan beliau siket. Beliau cerita, amek masa 5 tahun nak hasilkan Bagaikan Puteri tu. Wah!~

saudara Ramlee Awang Murshid yang cool

autograf

aku, saudara Ramlee & Sabrina

Trilogi Ramlee Awang Murshid

Cerita siket la....trilogi ni bermula dengan Bagaikan Puteri yang sebenarnya kisah 2 zaman...abad ke-15 dan abad ke-21. Watak utama dia ialah Laksamana Sunan atau Saifuddin yang wujud pada abad ke-15. Watak wanita ialah Haryani yang wujud pada abad ke-21. Ada satu tragedi yang berlaku yang menyebabkan diorg bertemu walaupun berlainan abad. Pastu berlaku macam-macam konflik. Part yang best masa Laksamana Sunan tu kena lawan kuasa-kuasa kejahatan. Dalam banyak keadaan, dia akan menang. Tapi yang menarik tu, sebab gaya penceritaan tu memang menarik sangat. Rasa macam kita masuk dalam kejadian tu. Cara dia adunkan aksi-aksi tu dengan unsur ketuhanan dan persilatan, fuh! best sangat. Cinta Sang Ratu pulak ialah sambungan cerita tu dengan tambahan watak-watak baru tapi memang sangat relate dengan cerita yang pertama tu. Last sekali, Hijab Sang Pencinta ialah penamat kisah-kisah di atas (tak sempat lagi nak baca, baru beli..hehe~). Kalo nak tau best ke tak, sila2 la baca sendiri dan masuk sendiri dalam kisah tu. Tapi yang pastinya trilogi ni sangat BEST! =)

Trilogi - 1 : BAGAIKAN PUTERI

Trilogi - 2 : CINTA SANG RATU

Trilogi - 3 : HIJAB SANG PENCINTA

Tak sabar nak tunggu karya penulis ni yang seterusnya. Menurut beliau, karya yang seterusnya bertajuk "MIKAIL". Seperti biasa, karya-karya beliau mesti la ada unsur-unsur thrill, cinta, aksi....tu la yang best sebenarnya..dalam satu novel dapat feel yang macam-macam. Tahniah la buat Ramlee Awang Murshid, sebab berjaya hasilkan karya-karya yang menarik dan menambat hati para pembaca!
This entry was posted on 8/23/2008 05:47:00 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 butterflies:

On August 26, 2008 at 4:34 AM , MINDA MELAYU said...

pasni leh r pnjam ek bku tu...hahahaha..bli xmau tp nk bc,,kihkihkih,,xpa,,jimat skit bl pnjam ni,,jgn mmbazir,,xelok n xbgus,,hahhaha

 
On August 27, 2008 at 2:14 AM , eVy-D-YaNa said...

kalo dh mnat...xda nya membazir.. =P
tu kepuasan namanya!~ hehe~

 
On August 30, 2008 at 2:34 AM , asotoko said...

la muda lg penulisnya...ingt kan dh berumur skit.hehehehe

 
On September 2, 2008 at 10:48 AM , Fazira Albaijure said...

wah, sakan jugak mengumpul buku ye. nk pnjm pun jauh le pulak kan :P tetralogi andrea hirata dah baca? tp baru keluar 3 je, hehehe..

anyway timakseh atas ucapan :)

 
On January 13, 2009 at 5:29 AM , Anonymous said...

JELESNYER!!! huhu

 
On February 22, 2011 at 9:08 AM , Shafiq said...

Beruntungnya awak! :-) Saya pun minat jugak hasil karya beliau, tapi tak berpeluang berjumpa dengan beliau.

 
On February 22, 2011 at 12:31 PM , eVy-D-YaNa said...

Shafiq

owh sama la minat kta ek...hehe~

kebetulan la awk, RAM dtg UTP masa konvo tahun 2008, tp sgt best dpt jmpa dia sbb dia tak sombong dan sgt peramah ceritakan pengalaman dia hasilkan novel2 tu smua~ :)

skrg ni novel2 dia yg lain pun sy baca n kumpul jgk~ :)

 
Related Posts with Thumbnails