Demonstrasi di UiTM Seri Iskandar
8/13/2008 07:13:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 11 Ogos 2008

Lokasi : UiTM Seri Iskandar

ALHAMDU LILLAH...malam ni berjaya selesaikan satu lagi tanggungjawab sebagai ahli silat cekak. Demo kali ni untuk intake baru UiTM Seri Iskandar. Ramai gak yang hadir nak tengok demo. Syukur. Harap-harap bilangan yang join silat cekak nanti pun sebanyak bilangan yang ambil borang.

Ni demo yang ke-4 aku untuk sem ni. Walaupun tempat untuk demo kali ni agak mencabar sebab tanah tak rata, semua tu tak menghalang ahli-ahli skuad demo untuk perform yang terbaik. Dari feedback postmortem, ramai yang macam puas hati dengan demo kali ni. Semua macam all out. Ada la siket-siket kekurangan yang memang tak dapat nak dielakkan, normal la kan. Tapi at least, dapat tebus balik persembahan demo intake kat KISDAR dulu.

Aku pun macam puas hati gak tapi banyak lagi yang bole diperbaiki especially untuk orang yang baru join demo macam aku ni. Banyak lagi skills yang kena pelajari. InsyaAllah, ada masa dan kesempatan nanti mesti aku nak tambah ilmu lagi.

Macam-macam gak yang berlaku masa demo kali ni. Aku sendiri terpaksa tukar partner tongkat daripada kak Anis kepada kak Iytah. Kak Anis ari tu ada test Oracle. Memang kena adjust banyak tapi semua berjalan lancar. Alhamdu Lillah. Pastu luahan perasaan Syahmi...huhu~ menyentuh hati plak. Dia sendiri pn sebak. haih~ tapi best gak la demo kali ni. Nanti lepas ni mesti terindu-rindu nak trening. Walaupun sakit-sakit badan, tetap ada kepuasan dalam demo yang tak dapat dari benda lain. =)

p/s: kat langit gelap malam ni ada satu saja bintang yang bersinar.....dan aku dah mula rasa lain.....
This entry was posted on 8/13/2008 07:13:00 AM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 butterflies:

Related Posts with Thumbnails