- Rentas perjalanan yang masih jauh...kenapa perlu jawapan itu menyakitkan?
- Kenapa aku yang perlu terasa? Benarkah ada penawar?
- Penawar? Sinar mata yang selalu buat aku terdiam tanpa kata?
- Tapi sampai bila? Tegarkah aku?
- Bingung, kenapa aku masih mampu tersenyum?
+ Terkhilafnya aku dari awal sampai akhir...menjeratkan diri dalam semua keadaan.
+ Berulang kali aku mencuba memujuk hati lupakan semua.
+ Sabarlah wahai hati...Tuhan sedang munguji, ada hikmah untuk semua ini.
+ Geraklah ke hadapan dalam arah yang satu itu, pasti ada cahaya yang menanti di hujung.
+ Dah tak tercerita pada orang...cerita pada tulisan, ini pilihan aku. Maaf.
Oh why
3 years ago
4 butterflies:
sabarlah hati.
kadang, bermonolog itu lebih menenangkan. kerana hanya diri sendiri memahami diri sendiri.
:)
Menambat Rakit ~ A. Samad Said
Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan,
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan, keresahan
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan. Ke pengkalan
batin rakit ditambatkan,
bara kenangan dikuakkan.
Akhirnya, tak terduga, kekuatan
membuak sendiri. Dan disedari
semua takkan sampai ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya jika
langsung ia tak datang
atau tiba-tiba terkorban.
Kepiluan yang berlanjut
akhirnya ditenterami keyakinan
betapa dielak pun takdir,
tetap terbuka pintunya, bertanya:
Manusia, engkau ini sebenarnya
siapa?
~~~
*Sekadar berkongsi, adik.. sabarlah. Jalan ini pasti tiadalah jelas panjang pendeknya, sedarilah tentu sahaja kita bukan penentu segala, kitalah hamba. Sandarkan pada~Nya, hanya pada~Nya.
Salam Ramadhan Karim.
=)
kak chuna,
Terima kasih.
Sekadar contengan untuk luahan rasa. =)
abg shafiq,
Terima kasih. Terima kasih untuk puisi ni. Sedap. =)
Salam Ramadhan jua~
Rasa, tolonglah berlalu pergi...tinggalkan aku dan Bintangku di sini.
I'll be better in time... =)