Karok!
1/27/2009 10:23:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
At last, pagi ni dapat jugak karok! Dah memang berhajat + teringin sangat nak karok, teutamanya kakanda ktorg (yang masa tu macam so-called under pressure...hehe~), abg Nazri, kak Didie & aku. Selalu ja ada halangan yang membuatkan ktorg tak dapat karok walaupun macam dah set baik punya. Tapi malam ni dengan konfidennya terus dengan adhoc sekali set nak pegi karok jugak. Mana taknya, buat perbincangan kat Sitik dalam kol 11.30...ada yang makan2 jap, pastu dalam pukul 12.45 dah mula gerak nak pegi tempat karaoke.

Kak Saa
& abg Kord yang baru balik UTP petang tu pun tak melepaskan peluang ikot pegi karok. Diorg pun tak sangka ada plan macam ni. Apatah lagi, aku, abg Nazri & kak Anis baru ja sampai dari Sungai Buloh pukul 10.45 malam tu. Memandangkan ni malam terakhir sejak Sabtu lepas, kakanda ktorg yang tersayang tu ada kat UTP sebelum balik Setiawan, ktorg pun menggunakan masa yang sebaiknya untuk bersama dan bergembira dengan dia.

Mula-mula sekali, ktorg plan nak pegi Shogun Setia Karaoke kat Batu Gajah. Tapi masa tu, tempat tu penuh pulak. Rupanya, ramai yang baru masuk karok time tu. So, ktorg yang tetap nak karok ni terus set pegi Shogun Setia Karaoke kat Medan Gopang lak. Tempat ni besar siket dan banyak lagi bilik kosong masa tu. Bole pulak time tu abg Jawa tergelak-gelak..dia cakap dia geli hati sebab tengok semangat ktorg nak karok malam ni. ah-ha!~ ;D

abg Nazri, abg Jawa, abg Kord & Sab

Sampai2 ktorg dapat bilik nombor 22. Ok, masuk dalam bilik tu, set kan pencahayaan...tak gelap, tak terang. Lagipun, abg Nazri ada bawak camcorder..nak rakam aksi2 menarik semua orang...hehe~ Mulanya, abg Kord yang start nyanyi, lagu Sakinah kalo tak silap. Pastu sambung2 nyanyi..ada yang berduet, tapi banyak ja yang nyanyi ramai2 terus. Azuani dan Sab yang mula-mula malu pun, last2 pegang jugak mikrofon dan nyanyi...hehe~

bila mike di tangan kak Didie...semangat2~

record! record!

Aku pun memang nak karok, nak lepaskan semua yang bersarang di hati (eceh!~). Lagu pertama yang aku nyanyi; Pelangi Petang, Sudirman. Dah lama sangat nak nyanyi lagu tu. Lagu tu aku dedikasikan untuk orang yang aku sayang; diorg2 ni amnya, dan ehem2 khasnya... huhu~ Pastu ada dua tiga buah lagu lagi yang aku nyanyi...Sepi Sekuntum Mawar Merah, Dua Insan, Jerat Percintaan dan Syair Si Pari-Pari. Kebanyakannya nyanyi ramai2. Tu belum campur aksi2 lakonan diorg ni ikot lirik lagu. Kelakar habis la! ;D

abg Nazri & abg Jawa

Tak lupa jugak nak nyanyikan lagu feveret ktorg yang selalu membangkitkan semangat, Mantera Semerah Padi, M.Nasir...teraju utama untuk lagu ni abg Nazri dan abg Kord. Yang lain tu jadi back-up singer ja. OK la tu kan..dah berpuluh lagu nyanyi, ktorg tutup aktiviti tu dengan lagu Isabella 98. Nyanyi ramai2.
]nyanyi ramai2 ayuh! sakan la~

Dalam pukul 4 pagi ktorg berhenti. 2 jam setengah karok tu! kena caj pun nice jugak...RM*9. Share semua orang. Herm..balik ni semua pun keletihan dan lapar...sah2 guna banyak tenaga melalak tadi. Dalam perjalanan balik UTP, singgah kedai mamak. Minum2 dan makan2 siket. huhuu..penatnya.

Cuti raya Cina kali ni memang sangat digunakan dengan baik (baik la sangat...huhu~). Sebenar-benar cuti kata orang. Padan la, dari start cuti hari tu ktorg asyik berkumpul dan buat aktiviti yang diplan masa tu jugak. Kiranya, cuti ktorg kali ni tak la boring. Ada ja aktiviti. Semua pun buat perangai gila-gila...hehe~

Tapi, malam ni lebih kurang malam terakhir untuk ktorg slow down aktiviti2 yang enjoy sangat ni memandangkan trening demo pun dah nak mula esok malam lepas kelas..tak bole dah lagha sangat. Fokus semestinya kena bagi kat demo, intake, aktiviti persatuan yang lain & akademik. Fuh!~ Terima kasih semua terutamanya abg Nazri yang sanggup spent masa dengan ktorg adik2.


:: Shogun Setia Karaoke, Medan Gopeng :: 27 Januari 2009 :: 11.30 malam-5.00 pagi ::

~abg Nazri~abg Kord~abg Jawa~kak Didie~kak Saa~ kak Anis~ Azuani~ Sabrina~Diyana~

p/s: 28 Januari 2009 - happy besday abg Nazri!~

Image Hosted by ImageShack.us
This entry was posted on 1/27/2009 10:23:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 butterflies:

On January 27, 2009 at 5:29 PM , anis88 said...

erm...inilah dikatakan sebenaq2 oliday na~...btw jgan lupa pesanan abe kiter....lpas ni jgan lagha2, emjoy2 lbey dah...fokus std...gambate~

 
On January 28, 2009 at 12:54 AM , jon jonson said...

haha rupanya kat sana pun musim karok gak...x pelik la

 
On January 28, 2009 at 1:21 AM , Ashraf.K said...

rindu siot nak karok... terbayang aku lagu-lagu feveret Nazri. hehe

 
On January 28, 2009 at 3:30 AM , eVy-D-YaNa said...

kak anis,
mst la igt..penting tu..chaiyok la! =)

abg ji'an,
musim karok rupanya skrg ni...icic~

abg ashkam,
hehe~
last time karok dengan abg ashkam, msa kta ronggeng kat air terjun 2 sem lepas kn...herm~ ;P

 
On January 31, 2009 at 3:17 PM , jon jonson said...

diorg je la...

 
On January 31, 2009 at 8:26 PM , eVy-D-YaNa said...

hehe~

 
On February 1, 2009 at 11:01 PM , Anonymous said...

sapela di0rg tu...mane lagu utk symi..huhu~
ps: leh la kite kar0k same2 pasni..hehe

 
On February 3, 2009 at 10:51 PM , itabudakbaek said...

jom karok ramai2.. teringin nak nyanyi lagu ziana zain tapi suara tak sampai note dia...tinggi sangt...huuuu~~~

 
Related Posts with Thumbnails