Rindu
2/07/2009 12:22:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Rindu? eh, kenapa rindu? Rindukan siapa? ah-ha~ chuak kau!~

Sangat rindu masa2 trening demo. Setiap hari berjumpa hampir 5 minggu untuk trening, bukannya mudah untuk buang semua kenangan tu. Demo untuk intake dah habis lepas demo kat UiTM Seri Iskandar hari Rabu lepas. So, lepas ni ktorg dah takda trening setiap hari. sedeyh...huhu~ Tak dapat menghabiskan masa dan bergurau senda dengan abang2 dan kakak2 semua.

tempat trening tercinta...blok chemy lama

Skuad demo kali ni pulak, skuad demo terbesar yang pernah aku join...31 orang termasuk komanden. Untuk demo kat UiTM pulak ada tambahan 6 orang ahli UiTM sendiri, menjadikan skuad ni terdiri daripada 37 orang. Gabungan senior & junior! meriah...meriah!

bash & fatihah...walaupun baru tapi mantap


Macam-macam perasaan dikongsi bersama. Suka duka, ketawa dan nangis. Uh, jangan ingat trening demo tu suka2 saja. Bila ada yang tak kena, mudah saja air mata nak mengalir walau sekuat mana pun diri, terutamanya yang perempuan...(ni bagi pihak aku dan berdasarkan pengalaman..tapi ramai lagi yang tough sebenarnya). Kalau rasa suka pulak, tak yah cakap la...masa tengah2 trening pun ada macam2 aksi yang mencuit hati...ada yang tersenyum, ada yang gelak dan ada jugak yang ketawa terbahak-bahak.

sambil rest sambil posing

sempat lagi nak gedix2..it's ok, janji happy!

Masa trening ni jugak la nak mencungkil bakat-bakat terpendam semua orang. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita mampu bagi lebih daripada apa yang kita expect. Nama pun demo kan, selain teknik2 untuk mempamerkan buah2 silat cekak, kena jugak belajar teknik berlakon...terutamanya yang jadi crook dan efek lepas hero mengambil serangan crook. Masa ni jugak nak test suara...ehem..ehem, semua orang tak terlepas kena keluarkan suara...semangat..semangat!

efek ja lebih! ;P

Mana ada trening yang tak sakit kan? even martial art lain pun, sakit-sakit badan jugak. senang kata, "No Pain No Gain". Bila rasa sakit, baru kita hargai semua yang ada pada diri kita. Ramai yang melecet kaki dan tangan, lebam dan bengkak sana sini, terseliuh, demam dan macam-macam lagi. Semua tu dugaan...untuk uji fizikal dan yang paling penting mental. Wah...cakap macam expert kan...tapi kalo nak tau macam2 dugaan dah kena kat aku. Sabar itu saja penawarnya selain istighfar dan selawat (p/s: aku bukan orang yang mahir untuk cakap pasal ni.)

tengok tu...dah bertampal-tampal

Serik? herm...tak pernah lagi serik nak join demo. InsyaAllah...selagi terbuka hati dan punya peluang, aku akan terus join demo. Banyak sangat yang aku belajar masa demo ni termasuk macam2 perasaan. Tenaga pengajar pun banyak beri tunjuk ajar untuk orang2 baru macam aku ni, yang baru setahun jagung dalam demo. Dan ini membuatkan aku bertambah sayang dengan Silat Cekak Malaysia dan ahli-ahlinya. Tak tipu, kat sini aku belajar hidup bersaudara dan berkeluarga. =)
Saayaaang Semuaaa!~

p/s: jumpa lagi untuk trening akan datang! insyaAllah~
Image Hosted by ImageShack.us
This entry was posted on 2/07/2009 12:22:00 PM and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 butterflies:

On February 8, 2009 at 5:53 PM , jon jonson said...

mesti mantop sbb x pyh berpanas & berhujan

 
On February 9, 2009 at 3:42 PM , Airland said...

bgs2.. jgn serik tau..hehehe

 
On February 11, 2009 at 8:33 PM , angah`izza said...

waahh..sgt rindu pd klas latihan utp!!
memory remains~

 
Related Posts with Thumbnails