Ujian Sijil Rendah PSSCM
3/02/2009 09:00:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
ALHAMDU LILLAH~

Tamat sudah penantian ktorg, ahli2 kemahiran untuk Ujian Sijil Rendah setelah beberapa bulan menunggu dan berlatih. Disebabkan buat di UTP, maka semua tenaga kerja kebanyakannya ahli2 UTP. Lebih kurang 2 minggu persiapan dibuat untuk 2 hari yang paling bersejarah ni. Perjalanan program tu lebih kurang macam ni.huhu~

Ujian Sijil Rendah PSSCM

Ujian Teori
Tarikh: 28 Februari 2009
Tempat: Bilik Ujian, Blok N, UTP
Masa: 8.30 malam

Ujian Praktikal
Tarikh: 1 Mac 2009
Tempat : Dewan Utama, UTP
Masa: 9.00 pagi

28 Februari 2009. Majlis Pelancaran untuk Kelas Kemahiran Perak ke-13 telah dilaksanakan. VIP yang dijemput untuk merasmikan majlis ini ialah Naib Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah. YDP PSSCM Cawangan Perak merangkap Penyelia Kelas Latihan UTP, En. Abdul Halim bin Saad dan Penasihat I PSSCM UTP, En. Mohamed Noor Rosli bin Baharom pun turut dijemput sebagai VIP majlis. Banyak nasihat dan kata-kata semangat yang diucap oleh abg Maideen utk ktorg yang bakal ambil ujian nanti. Buat pedoman masing-masing. Malam pulak, ada ujian teori. Alhamdu Lillah, Allah permudahkan segalanya untuk ktorg.

1 Mac 2009. Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Ujian Praktikal. Fuh, kalau cakap tak nervous, confirm2 la tipu kan? Nervous memang nervous tapi so far ok ja. Kalau kita yakin (bukan overconfident ek), insyaAllah mesti tak risau dan tak cuak sangat. Seperti yang dah dijangka, aku la testee perempuan terakhir yang kena panggil. Gila mencabar tunggu kat luar dewan lama2 sebelum kena panggil masuk. huhu~

Dah kena panggil masuk..masuk ke petak ujian..tup tup..tak sampai 15 minit, semua dah selesai. Wohoo! Rasa tak percaya pulak. Siyes! Apa-apa pun, ujian tu satu kenangan yang sangat manis dan sukar dilupakan, walaupun persiapan untuk ujian ni iaitu kelas kemahiran sangat la perit dan menguji kesabaran berbulan-bulan lamanya. Rasa macam nak mintak ulang pulak. huhu~ Lepas ni tunggu keputusan pulak. Lulus insyaAllah. Kalo ada rezeki, harap-harap dapat kepujian. Amiin~

Lepas habis semua ahli2 diuji, berkumpul-kumpul dulu dengar ucapan dari YDP2 Cawangan yang kebanyakannya datang dari zon Utara. Kebanyakan daripada diorg ni ialah Ketua Ujian atau Pemberi Markah masa ujian. Otai2 belaka.

sesi berkumpul dan mendengar ucapan

sebahagian tester2 lelaki..

antara tester2 perempuan

Seterusnya disambung pulak sesi bergambar ramai-ramai antara ahli-ahli yang diuji dengan Biro Ujian. Lepas ni, berjumpa la pulak ktorg semua kat Perayaan PSSCM ke-44. Konvo..konvo.

Bergambar ramai2 lepas test

Terima kasih kepada semua terutamanya Tenaga Pengajar Kelas Kemahiran ktorg, abg Zack , dan tenaga2 pengajar kelas latihan UTP atas segala nasihat, tips, tunjuk ajar, tenaga dan masa yang digunaka untuk membantu ktorg yang tak tau apa2 ni. Terima kasih saja yang mampu diucapkan.


Gerak itu semuanya datang dari Allah. Ya, seratus peratus aku percaya pasal ni. Mungkin ahli-ahli yang dah lalu USR pun faham pasal ni. Memang sangat bersesuaian dengan pantun Silat Cekak yang dikarang oleh Ustaz Hanafi. Tapi, tak dapat la aku nak kupas lebih mendalam..belum sampai ilmu aku untuk kefahaman yang setinggi tu. Cuma ingin berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan pantun itu.

Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya

Hendaklah mahir seluruh anggotanya

Hendaklah jujur pada jiwanya

-Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad


p/s: gambar2 semasa hari kejadian akan diupload lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

related link:
1. ujian sijl rendah

This entry was posted on 3/02/2009 09:00:00 AM and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 butterflies:

On March 5, 2009 at 7:13 PM , Anonymous said...

tahniah!! akhirnye lega sume dup-dap yang menghentam dada..hehe.. we will see at terengganu keh.. see ya!!

 
On March 6, 2009 at 4:04 AM , chillsberry said...

hiyarghhh!!

 
On March 8, 2009 at 9:17 PM , jon jonson said...

tahniah, lama tunggu ek...ujian itu kecik je, yg akan dtg lg besar

 
On March 13, 2009 at 6:57 PM , yunyung said...

kan best kalu ade sane~ huk3...

 
Related Posts with Thumbnails