Aidilfitri 1 : Warna - warni~
9/27/2009 11:25:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
20.09.2009
bersamaan 1 Syawal 1430H~

Cantik sangat tarikh kita raya tahun ni - 20092009

OK, dah seminggu lebih dah kot kita beraya...aku baru nak cerita pasal raya hari tu, ades. Kalau orang lain, mesti dah banyak post diorg pasal raya kan. Sorry la, sebelum2 ni tak sempat nak online sangat sebab banyak keluar jalan. hehe~

Herm, ni la aku di pagi raya hari tu.
Pagi-pagi lagi dah kena cahaya matahari. huhu~

Hari raya pertama tahun ni, aku pilih kebaya indon warna kuning.
Agak-agak kak Chuna jeles tak tengok aku pakai warna kuning ni?
hehe~ gurau ja ek kak Chuna~ :)

Rumah pertama yang ktorg satu keluarga pergi beraya ialah rumah jiran ktorg merangkap pengasuh aku dan adik aku masa kecik2 dulu. Ktorg panggil dia Tok Su. Rumah dia memang setiap kali raya jadi rumah pertama yang ktorg akan lawat. Kalau pergi rumah dia masa raya, memang pasti untuk makan lemang dan nasi impit. Tok Su masak sedap kot, sampai bertambah-tambah ktorg makan...pada hal ni baru satu rumah. haih~

Tok Su

Lepas tu akan pergi pulak ke rumah kenalan abah aku, Dr. Novandri. Isteri dia mungkin akan jadi penyelia aku masa intern nanti, tapi tak pasti lagi.

Dr. Novandri, aunty Yati, Mama & Abah

kami di hari raya~
warna-warni sebab tahun ni ktorg tak rancang warna tema pun..huhu~

Budak kecik ni anak sedara aunty Yati tadi.
Baru 2 tahun ++ tapi dah pakai kebaya nyonya.
Comel sangat budak ni...geram!

Destinasi seterusnya ke rumah Uncle Anuar pulak. Uncle Anuar ni kawan Abah sejak muda-mudi dulu.


tak bole dinafikan, baju Adilla memang VOGUE!

Yang berbaju merah ni Adilla, anak uncle Anuar merangkap teman sepermainan aku masa kecik-kecik dulu. Kalau aku pergi rumah dia dulu2, harus kot ktorg main lari2 macam ice water tu dan main buaian sebab kawasan rumah dia agak lapang. Ktorg main lari2 sampai dah tak larat baru berhenti dan kadang-kadang tu sampai kena marah dengan parents masing-masing sebab bising sangat masa main. Huu...tu cerita zaman kanak-kanak dulu. Masa tu tak la pancit kot lari2..hehe~

Nak dijadikan kebetulan pulak, nama ktorg adik beradik memang sama. Adilla ada kakak nama Diana dan aku pulak ada adik nama Adilah. Tapi Adilla sebaya dengan aku dan in fact, ktorg pernah satu kelas masa Form 1 kat SGGS dulu. Dah la naik bas sekolah pun sama. hehe~

Sebelah malam pulak, pergi beraya kat rumah kawan aku yang selalu claim dia comel dari dulu sampai sekarang. Ni haa...Nik Nur Nadiah...tapi nama panggilan dia ialah Nik Comel. Sekarang ni dia belajar kat UiTM Shah Alam, dalam Perakaunan. Ktorg sama kelas sejak Form 3 sampai Form 5. Pastu pergi tuisyen akaun kat tempat yang sama. :)


Nik ni ceria orangnya walaupun dia selalu cakap yang dia ni agak pemalu orangnya. ah-ha~ ;P

Tamat Hari Raya Pertama-
post yang akan datang pasal raya kedua, ketiga & seterusnya pulak...tunggu!
♠♠♠♠♠


Pictures of the post! :


This is so, so me...eVy-D-YaNa~

mwah3~
♥ ♥ ♥
Pictures of the post! :

me & my sis on first day of Raya ®

-credit to my Sis for the above pictures-

******
p/s 1: Teringat kat Farah a.k.a Shin Chan yang beraya kat Aussie. Cepat la balik raya haji nanti ok!
Siyes, tak sabar nak jumpa!

p/s 2: Syaratul a.k.a Doraemon lak baru ja berlepas pergi Ireland tadi.
p/s 3: Semua kawan2 aku pergi overseas untuk sambung belajar...aku bila lagi kan? huhuuu~



Cross-Stitch
9/27/2009 12:19:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
I'm back to UTP already, but I'm not going to talk about it here. Actually I want to talk about this, cross-stitch. I started to have interest in doing cross-stitch long time ago, since Form 1 in fact.

I have been introduced to this cross-stitch by my Kemahiran Hidup subject-teacher at that time. After finishing the final exams in Form 1, all of us got nothing to do in class while waiting for the result and also the time for holiday breaks. So, the Kemahiran Hidup teachers suggested that why not we fill up those ample times by doing this, at least this will improve our skills in stitching.

On top of that we're all girls in a girls' school. Should be no problem with that, they agreed. Plus, they also provided us with some piece of cross-stitch cloth (the one with so many tiny holes on it) . It was just that we need to find our own design and the threads required based on the colours needed.

Triggered from that, I managed to finish up doing one design about a baby boy. I'll put the image later on. I need to admit that not so many people are interested in this as this cross-stitch really need patience and skills. But, I like it so much as I find that this is the simplest embroidery to be made on. After PMR also, I stitched up one more design about a boy in a garden.

So, it's really been a while since my last cross-stitch in Form 3. Lately, the fascination arose back in me. I want to do it once again. It's hard to find this cross-stitch in shops nowadays as people like not interested at all in this. I need to order this cross-stitch kit from a supplier.

So, here it comes right on time during my raya break.

I chose the theme of marriage.
This is the largest cross-stitch I've ever made so far.

The contents of the kit

I can't wait any longer to start doing it.





For this, it took me one week to do.
That's why I said that doing cross-stitch really needs patience.

I have to stop the process here as I will be going back to UTP. I'll continue this during my internship period later on. Hope to finish it as soon as possible. I'll write another post when I've finished doing it ok...


Salam Aidilfitri
9/16/2009 06:30:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Assalamualaikum....

Herm, bulan Ramadhan pun dah nak sampai ke penghujungnya, hari ni pun dah hari ke-26 puasa. Dah nak raya dah kan? lagi dua tiga hari, insyaAllah~ Harap-harapnya korang semua dapat tempuhi Ramadhan kali ni dengan lebih baik atau mungkin lebih sempurna dari yang sebelum-sebelum ni. InsyaAllah. Masa-masa yang ada ni, bole la jugak nak dimanfaatkan sebaiknya untuk mendapat keberkatan Ramadhan dan jugak keredhaan Allah. Peringatan kat diri sendiri jugak yang selalu lalai & alpa ni. huhu~

Herm, aku dah nak pulang ke rumah esok, hari Khamis, dalam waktu tengah hari ke petang. Jadi sama-samalah kita doakan perjalanan kita semua kali ni selamat menuju ke destinasi masing-masing.

Herm, di kesempatan ni jugak aku nak mohon ampun dan maaf daripada korang semua yang sedang membaca post ni, kawan-kawan, rakan-rakan seperjuangan, abang2, kakak2, adik2, saudara sekeluarga & warga UTP yang lain; andainya ada atau pernah...

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya yang tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-mena,
TERumpat bila-bila,
TERmacam-macam lagi yang kena mengena,
Semoga dimaafkan.

dengan ucapan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin~



daripada: eVy-D-YaNa & Keluarga

p/s: kepada sapa2 yang tak dapat kad raya, harap maaf ek. Peruntukan kali ni kurang mencukupi. Hanya kepada yang rapat saja sempat diberi. Tapi jangan risau tau sebab ucapan dalam kad tu sebijik dengan ucapan kat dalam post ni. hehe~ -hepy2 slalue!~ -


my Family~~
I miss my family so much!!!
can't wait to see them~

we're so-called twins a.k.a sisters!~



p/s: I need a break, to think. I want to be away from everything right now. =_="


Trip Cameron Highlands, BEST!!
9/14/2009 05:09:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
CAMERON HIGHLANDS!!~

Semalam ktorg pegi Cameron Highlands (CH). Mesti korg semua tertanya sebab apa ktorg pegi sana kan?? kan? kan? Ngaku ja la...hehe~

Well, ktorg pegi Cameron tu bukan untuk suka-suka apa tah lagi nak bercuti atau bersuka ria kat sana, tambah-tambah dalam bulan puasa ni. Ada MISI penting yang perlu ktorg selesaikan masa pegi sana. Misi untuk aktiviti lepas raya, kalau jadi InsyaAllah~ :)

Pertama sekali nak perkenalkan kesemua pembantu-pembantu aku dalam misi ni.
Dari kiri : Haniza, Faizzen & Shameen.

Masa ni kat kafe V4 sebelum bertolak. Perjalanan ktorg bermula pukul 11.oo pagi lepas isi minyak kereta semua. Untuk pengetahuan korg, ni merupakan pertama kali Faizzen nak menjejakkan kaki kat CH. Jadi mungkin dia agak teruja siket semalam. hehe~

Lepas hampir dua jam dalam perjalanan, destinasi pertama ktorg lepas sampai CH ialah Rumah Rehat Seri Pahang. Herm, rumah ni pernah digunakan untuk aktiviti persatuan tahun lalu.

Haaaa...ktorg bukan berempat ja tau yang pegi CH tu. Ktorg ditemani seorang jejaka yang baik hati ni. Syahmi nama dia. hehe~ :P


Sampai-sampai terus posing! ah-ha!~~

Herm, sebelum tu, perasan tak, ktorg semua pakai sweater PSSCM UTP!! Huh, nampak seragam, dah macam skuad perisik pulak rasanya. Bagus betul diorg ni, menyahut seruan! :)

Destinasi seterusnya, Asli Lodge. Gambar ni sebenarnya nak highlightkan bunga-bunga merah kat atas tu..tapi diorg ni seronok lak posing kat situ. hek3~ ^_^

Ktorg sempat jugak bergambar dengan Pn. Jamilah, pemilik lodge ni.

Seterusnya, perjalanan ktorg ke Marina Chalet pulak.

Ni sesi berbincang dengan pemilik chalet ni, En. Shamzan.
Yang kat sebelah tu pulak ayah dia.

Pemandangan kat Marina Chalet tu memang cantik. Penuh dengan suasana kehijauan macam kat kampung. Lagi pulak chalet ni terletak kat satu-satunya perkampungan Melayu kat CH ni, menurut pemiliknya.

Destinasi seterusnya ke Sri Juliana Chalet pulak. Tempat ni memang sangat atas bukit, tapi sunyi dan damai la. Best kot!


Ni kat hadapan banglo 3 tingkat milik empunya chalet ni.

Sampai-sampai ja ktorg disambut oleh seorang aunty ni. Dia sangat peramah melayan ktorg. Masuk-masuk ja banglo tu dah bau makanan yang sangat sedap. uh, tapi puasa kot...tahan...tahan..Sempat pulak tu ktorg bergambar dalam rumah aunty ni. Mewah betul rumah dia, cantik.

Eh...ha'ah...lupa plak nak perkenalkan 2 orang lagi jejaka yang mengiringi ktorg sepanjang perjalanan kat CH tu. Yang berjaket biru tu, Fardaus nama dia & yang berbaju putih tu Helmi. Dua-duanya pun ahli kelas CH.

Haaaa...nak intai bilik sapa pulak tu Faizzen oi??
yang Shameen kat belakang tu pun ikot jugak...aisyh~~

Rasa-rasa macam hotel tak tempat ni?
Eksklusif.

Ades....tengok tu sempat pulak si Syahmi baring-baring atas katil masa ktorg tengah sibuk berbincang. Nasib baik la dia tak tertido terus & terkunci dalam bilik tu. hehe~

Ada ladang kobis yang besar kat belakang chalet ni. Nice~~

Ni pulak kat bahagian ruang tamu

Sebelum pulang dari chalet tu, aunty yang tadi tu sempat pulak berseloroh...dia kata kalau hari ni bukan dalam puasa, memang dia dah jemput ktorg makan kat situ. Uh, baiknya!~ Sayangnya, ktorg tak sempat bergambar dengan dia. huk3~

Sri Juliana Chalet tu tempat terakhir sebelum ktorg pulang. Tapi sebelum balik tu, sempat jugak ambil gambar dengan Fardaus & Helmi, yang mengiringi ktorg sejak sampai kat CH tu. Fardaus tu antara kenalan baik aku jugak la. Jadi, setinggi-tinggi penghargaan ktorg untuk diorg ni yang sanggup temani kami. :) Terima kasih banyak-banyak k.

Mana sah kan kalo pegi CH tapi tak pegi cari strawberi. Haaaa....sebelum ktorg betol-betol turun bawah semula, sempat jugak ktorg singgah kat gerai-gerai yang jual banyak strawberi & cenderahati kat CH ni.

Leka betul Shameen tengok-tengok barang yang dijual sampai tak perasan pun gambar dia diambil. Faizzen lak memang dah berhasrat nak beli bantal strawberi yang besar tu!

Hampir semua kedai jugak la ktorg singgah. Herm, Syahmi pun tak melepaskan peluang beli buah tangan untuk dibawak balik.

Haaaa...kalo korg semua nak tau...Ratu shopping ktorg hari tu ialah Haniza ni. Dia la yang paling banyak sekali beli barang antara ktorg. Tengok tu sampai tak cukup tangan nak pegang.

Masa ktorg mulakan perjalanan tu, bonet kereta ni memang kosong. Tapi bila balik, memang hampir penuh dengan semua barang yang ktorg shopping! Tak lupa jugak, ada buah-buah strawberi ktorg bekalkan untuk rakan-rakan seperjuangan kat kelas malam tu. :)

Syahmi~~
Perjalanan ktorg semalam mungkin tak berapa meriah kalau tanpa kehadiran si Syahmi. Dah la jadi pemandu ktorg sepanjang perjalanan, pastu sporting pulak melayan ktorg yang perangai gila-gila masa tu, layan ktorg ngarut-ngarut dalam kereta dengan perangai macam tak matang. hehe~ Dia membantu gak dalam misi ktorg dengan pendapat & pandangan dia. Walaupun ktorg penat sampai tersengguk-sengguk dalam kereta masa balik tu, dia steady ja drive. hehe~ Terima kasih Syahmi!!! Jasamu dikenang. hehe~

Masa ktorg sampai kat bawah, dah dekat pukul 6.45 petang. Dah nak dekat dengan waktu berbuka. So, ktorg singgah satu restoran ala-ala bistro kat Batu Gajah. Restoran Seri Nilam Timur. Restoran ni agak tersembunyi siket.

Ktorg order menu hidangan. Gambar-gambar kat bawah ni mungkin bole ceritakan apa yang ktorg makan masa berbuka semalam.

Ikan sweet sour~

Haniza sibuk membahagi-bahagikan kuah tomyam kat semua.

Uh, gambar mahal ni. Gaya pro Haniza memotong ikan tu untuk dibahagi kepada semua. Dah macam emak la pulak gaya dia masa tu. hehe~

Telur bungkus

Udang goreng tepung

Ktorg sampai UTP pun dalam pukul 8.30 malam. Pastu siap-siap nak pegi kelas pulak, 9.30 malam. Sekian saja laporan trip ktorg kali ni untuk dibentangkan (eceh, ayat skema! ;P). Kesimpulannya, selain menyelesaikan misi ktorg, trip ni memang BEST!!
Thank you for the great moments with you all guys! :)


p/s: walaupun gambar-gambar dalam post ni tak la sebanyak gambar2 trip CH kak Saa, tapi trip ktorg aritu tetap BEST ok! :)

p/s 2: kena study pulak untuk 2 test & presentation untuk minggu ni. Uh, tak sabar dah nak balik raya! :P


Related Posts with Thumbnails