Entry ni mungkin agak terlewat seminggu, tapi takpa nak post jugak. hehe~
7 Februari lepas, ktorg ada organize birthday party untuk coursemates ktorg yang lahir bulan Februari. Ada 5 orang yang diraikan malam tu. Ktorg sambut kat Pavillion UTP, dekat belakang tasik tu. Dalam pukul 8 malam ktorg dah mula kumpul dan set up tempat dan meja. Even petang tu pun ada sebahagian daripada ktorg dah pegi tampal belon dan kertas ucapan harijadi kat tempat tu.
 |
Cake for February babes - Atih (7/2), Che Nah (4/2), Izo (6/2), Pat (4/2), Nina (2/2) |
Untuk sambutan ni, ktorg siap ada boneka belon...nama dia
'Adam Danial' ok. Nama tu diberi oleh cik Mimie...sempoi kan? hehe~
 |
Gee dengan 'Adam Danial" |
 |
kumpul nak nyanyi lagu birthday |
Jenuh jugak la bila ktorg nyanyi lagu
birthday tu, bila sampai ke baris ketiga nak kena sebut kelima-lima nama diorg..jadi, macam-macam
tone la kedengaran. ;P
 |
yang tak diraikan tu yang lagi sibuk nak potong kek..bole? ;D |
Lepas potong kek, ktorg mula makan-makan. Menu malam tu ada nasi goreng kampung 2 versi, sate, goreng pisang, puding karamel dan buah. Lepas dah habis makan, ktorg mula la main pulak. Seronok kumpul ramai-ramai ni. Ktorg pecah 3 team, satu team main Jenga, satu team lagi main Uno dan yang satu lagi jadi pemerhati ja...ah-ha!~~ :D
 |
Team yang main Jenga |
 |
Izo tengah fokus nak tarik blok tu |
 |
Atih lak tak dapat menahan perasan cuak |
Satu lagi team main Uno. Huh, dah lama gila tinggal game ni. Dulu femes masa kat sekolah menengah, habis exam, tiap-tiap hari habiskan masa main ni kat kelas dengan kawan-kawan..hee~
Aku masuk team mana? Cuba korang teka....
| |
Team Uno |
Jeng3..aku jadi pemerhati ja dua-dua game malam tu. Takda mood nak main, penat kot. So, aku perhatikan la dua-dua game tu. Tengok Jenga memang neves sebab nak tengok siapa yang jatuhkan blok-blok tu dan kena denda. Tengok Uno pulak lagi dahsyat, memang nak pecah perut tengok diorg main. Macam-macam gelagat nak tengok diorg habiskan satu game. Tambah-tambah masa part tinggal Mira dan Bai lawan main hujung-hujung tu, sumpah lawak gila!
 |
overview |
|
|
Malam tu, ktorg habis semua aktiviti dalam pukul 11. Sebelum balik, kawan-kawan yang diraikan tu diberi hadiah comel sorang satu. Lepas kemas, ktorg semua pun balik. End of the day.
p/s: Tunggu Mac pulak. Ehem!
0 butterflies: