Sesiapa yang nak join bole la klik kat link tu atau kat banner di bawah ni...tapi untuk muslimah saja tau!
Cara nak join mudah ja...
- Follow blog-blog and like fan page kat bawah ni: DONE!
- Evagurl Izma (Organiser)
- Khairul Azkar (Photographer)
- Mohd Faiz Khalil (Photographer)
- Pastu, upload kan gambar untuk 3 kategori
|
close-up |
|
|
half body |
|
full body |
|
Tentang www.evagurl.com Blog ni tentang seorang yang bernama Izma. Beliau sangat slim dan cantik. Daripada blog beliau ni, kita boleh tau yang dia seorang model sebab ada banyak entry dia pasal photoshoot dan jugak fashion show. Beliau sangat pandai posing! Tengok ja la kat header blog dia..penuh dengan gambar dia posing dengan pelbagai ekspresi muka. Sangat memberi inspirasi. Dalam blog sis Izma ni, ada jugak catatan harian beliau selain senarai photographers dan MUA yang pernah bekerjasama dengan beliau. Aku sangat hargai sis Izma buat contest ni sebab bukan senang nak dapat peluang jadi model, apatah lagi untuk muslimah.
Why I want to be a model?
Kenapa aku nak jadi model? Herm, bagi aku dengan menjadi model, kita dapat mengekspresikan diri kita melalui posing-posing yang kita buat. Posing tu tak semestinya berdasarkan personaliti kita kan, so dengan cara ni orang lain boleh melihat kita dengan pandangan yang berlainan. Contoh macam kita ni seorang yang happy-go-lucky, tapi bila dapat jadi model dan posing, kita bole posing cara garang, ayu atau hot!
Jadi model jugak boleh meningkatkan keyakinan diri. Serius aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri walaupun aku tak terlibat banyak photoshoot. Dengan menjadi model, kita akan sentiasa rasa nak perbaiki diri sendiri jadi lebih baik dalam pelbagai aspek seperti penampilan, pengetahuan tentang fesyen dan cara menonjolkan diri depan orang ramai. Walaupun dulu kita seorang yang rendah diri, kita kena berani mencuba perkara baru yang mencabar sebab peluang tak datang banyak kali...dan menjadi model adalah salah satu daripadanya!
0 butterflies: