"Takkan terganti segenap memori...takkan terpadam seluruh kenangan."
Tajuk buku : Tinggallah Pujaan...
Penulis : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Halaman : 558
Ni buku kedua yang aku baca dalam masa cuti ni. Erm...dah lama aku tak baca novel yang berjaya tinggalkan kesan kat hati.....at last, novel ni berjaya jugak menyentuh perasaan aku...sampai terimbau-imbau kebanyakan part dalam novel ni. Institusi kekeluargaan juga ditekankan dalam novel ni. Apa terjadi pun, ibu bapa tak bole dibelakangkan.
Bole tahan feel baca novel ni. Menyentuh hati sedalamnya, penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan mewujudkan sense of humor, love & sadness. Bila ada unsur lucu, bole buat kita tersenyum dan kadang2 terketawa. Bila ada unsur cinta, bole buat kita rasa terbang di awanan cinta bersama watak-watak dalam cerita ni. Dan bila ada unsur sedih, sampai mengalir tak henti-henti air mata aku dibuatnya.
Cinta memang selalu menuntut pengorbanan. 'Love comes with sacrifices'. Itu yang aku dapat daripada cerita ni. Pahit macam mana sekalipun, selalunya kita terpaksa lepaskan cinta kita untuk lihat orang yang kita sayang bahagia...walaupun kita cintai dia separuh mati. 'To love means letting go'. Kadang2 cinta hadir dalam hati kedua-dua belah pihak, gadis dan jejaka. Tapi kalo dah tertulis atas kalam Allah, kita bukan milik dia, bukan jodoh kita dengan dia. Cinta itu satu ujian juga dugaan. Kembali aku tertanya, mampukah aku jadi sekuat itu andai suatu masa nanti aku terpaksa lepaskan cinta hati aku? herm~

***
Alangkah bertuahnya Nurain....punya kasih seluhur Haikal...punya sayang setulus Norman. Dua jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Seorang sahabatnya sejak remaja....dan yang seorang lagi, hanya dianggap seperti abang kandung sendiri. Bagi Norman, Nurain dan Haikal sudah seperti adik-adiknya sendiri. Ternyata bagi Haikal, hanya Nurain permaisuri hatinya.
Dua cinta untuk Nurain...harus pilih yang mana?
Tertulis atas sekeping kad dari sampul berwarna merah yang membuatkan hati Nurain berbunga riang :
Nurain sayang,
Impian kita sudah hampir jadi nyata. Ain akan jadi milik Kal yang sah. Kal janji akan jadi suami dan ayah terbaik buat Ain dan anak-anak kita. Percayalah.
I always love you, Haikal.
Jua lamaran Norman yang penuh syahdu:
"Abang cintakan Ain sepenuh hati abang. Abang janji akan bahagiakan hidup Ain. Abang akan cuba untuk jadi suami yang baik dan ayah yang baik juga untuk anak-anak kita. InsyaAllah."
Kali ini Nurain tidak mampu lagi menahan air matanya daripada gugur. Kenapa bicara mereka seakan sama?
Tapi terjadinya suatu perkara di luar jangkaan yang membuatkan cinta Nurain terpaksa beralih arah...tidak percaya mesej ini adalah daripada kekasih hatinya. Begitu mudah membuang cinta mereka, melemparkan segala kenangan yang indah yang pernah dilalui bersama.
'Ain...setakat ini saja hubungan kita. Apa yang terjadi sebelum ini adalah satu kesilapan.'
Nurain tekad dengan keputusannya, meneruskan kehidupan dengan belajar untuk menyintai insan seorang lagi yang kini bergelar suami, tanpa mengetahui ada pengorbanan yang telah dilakukan kekasih hati.
'Kal janji akan cintakan Ain sampai bila-bila. Sampai Kal menutup mata.'
Nurain masih ingat lafaz itu. Terbukti, Haikal benar-benar telah mengotakan kata, masih mempertahankan cinta luhurnya.
'Tinggallah kekasih, tinggallah pujaan.' Kenang daku dalam doamu.
Sebaris ayat yang meruntun jiwa Nurain. Tapi siapakah yang meninggalkan Nurain?
0 butterflies: