Ronggeng@woofer!
6/02/2008 01:37:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Tarikh : 31 Mei 2008

Lokasi : Air Terjun Batu Berangkai, Jaya Jusco, Shogun

~ abg Arep ~ abg Ipe ~ abg Pingu ~ abg Rambo ~ abg Ashkam ~ abg Paeh ~ abg Meri ~ abg Ayub, ~ abg Jawa ~ abg Nazri ~ abg Jepp ~ kak Shima ~ kak Effa ~ kak Hanisah ~ kak Chuna ~ Diyana ~


Erm...huhu~ Semua orang dah abeh final exam masa ni....apa lagi...masa untuk kita enjoy!!! Tambah pulak ada abang2 & kakak2 [abg Arep, abg Ashkam, kak Shima & kak Chuna] ni dah nak grad drpd UTP dah.....jadi diorg nak spend masa2 berharga yang ada dengan adik2 sekalian sebelum balik umah~ huuu~ada gak yang nak pegi intern.

Malam sebelum ktorg ronggeng, abg Arep panggil semua yang nak join ronggeng turun kat kafe V5, ada briefing pasal aktiviti esok. Sambil2 briefing tu makan la bihun goreng yang kak Anis bawak dari umah dia. Pas briefing apa2 yang patot, aku, kak Effa n kak Anis dpt tugas...tugasnya prepare sandwic sardin untuk esok. No hal! chey~ ;P so, lepas abeh briefing, abg Pingu, abg Ayub, kak Effa, kak Anis & aku keluar pegi Taman Maju, beli bahan-bahan nak buat sandwic & yang nak masak esok. Tiba2 dapat kol, abg Arep pesan suro beli tepung kastard & susu cair. Ktorg dah blur dah ni, nak wat apa dengan benda2 tu....tapi abg Arep cakap surprise untuk esok...jeng3~ Projek dia dengan abg Meri. Nak tak nak, kena tunggu esok baru bole tau projek diorg malam tu..ngee~ =D

Sebelum terlupa, sebelum balik lepas beli barang2....abg Pingu belanja ktorg sate! Pergh! macam tau2 ja aku memang teringin nak makan sate. Thanx very much abg Pingu~ murah rezeki...ngee~ =)

Ni plan yang first...kira macam first draft la....ni pun aku refer kat blog abg Ayub....
p/s: abg Ayub....pinjam ek tentatif ni! hehe~ ;P

0800 : Kumpul@v5 kafe
0830 : Bergerak ke Batu Berangkai, Kampar
0945 : Tiba di destinasi, bersiap & mandi!
1200 : Stat goreng2 & rebus2 hotdog & nugget (sandwich dah siap pagi2 lagi, thanx to Effa, Diyana & Anisah)
1300 : End of mandi. Makan2 & bersiap utk ke destinasi seterusnya.
1400 : Bergerak ke JJ. Bakal disertai oleh Arel
1500 : Sampai JJ. Beli tiket wayang, then main bowling sementara tunggu wayang start (additional activity; snooker [Meri, Pingu & aku])
2000 : Dinner@somewhere. Then karok@shogun. GG.

Tapi atas beberapa sebab yg tak dapat dielakkan (first sekali confirm sebab ramai yang tak dapat nak bangun pagi, pada hal briefing malam tu dah pesan dah, konon nak gerak kol 8.15 pagi, sapa lambat tinggal....tapi macam semua ja bangun lambat...ngeh3~ ;P aku? tak kot....satu malam tak tido sebab packing barang nak balik & wat keja cket...hehe.. =D), program sedikit sebanyak tertangguh..

0950 : Kumpul@v5 kafe

lepak-lepak kat v5 sebelum bertolak

Kena tunggu lama gak la masa ni. Abg Jepp, abg Jawa & abg Rambo pegi amek kereta sewa. Ktorg sewa dua buah keta wo...keta kancil & iswara. Abg Ashkam lak pegi brekfes kat Sitik dulu sebab dia kata semua orang siap lambat..lapar kot. Pastu dia ada wat aktiviti cket(ehem2)..kena tunggu lagi sebentar sampai la abg Ashkam muncul. huhu~ =) Masa ni kak Chuna tak ikot lagi ktorg. Dia tengah on da way dari KL. Masa ni la ktorg dapat tau pasal projek abg Meri n abg Arep ni. Rupa-rupanya diorg prepare puding jagung! pergh! sempat lagi diorg ni....bole lak tu pecah rahsia cari resepi kat laman web nak buat puding tu...hehe~ =P. Patot la kelam kabut kol pesan bahan-bahan. Mantap la. Nak rasa, kena tunggu sampai air terjun dulu la. huuu~

1100 : Bergerak ke ATM, USM kafe.

'3 keta nasional on the march', bak kata abg Ayub.hehe~ keta saga (abg Rambo, abg Pingu, kak Shima, abg Paeh & abg Ashkam), keta iswara ( abg Arep, kak Anis, kak Effa, abg Ipe & aku) & keta kancil (abg Meri, abg Ayub, abg Jawa, abg Nazri & abg Jepp). Keta iswara tu ada prob cket kat pintu depan belah kiri, kadang2 bole bukak, kadang2 tak...so, dengan selamba ja abg Ipe
kuar masuk keta guna tingkap...hehe~;P dah la pintu belah driver pun tak bole kunci...adey~ pasrah ja. Lagi satu hal plak terjadi. Tiba2 keta kancil abeh minyak lak kat kafe USM. Dah satu hal tak bole gerak. So, ktorg yang keta iswara ni pun pegi la beli minyak untuk si kancil ni. Sempat lagi ahli2 kancil ni pegi brekfes dulu kat kafe USM tu. Maka, perjalanan ktorg pun lambat la lagi...adusy~

1135 : Bergerak ke Batu Berangkai, Kampar.

At last, dapat gak mulakan perjalanan ke Air Terjun Batu Berangkai, Kampar. Lebih kurang satu jam perjalanan, menurut abg Arep. Masa ni mata aku dah start buat hal. Dah tak bole nak bukak pulak dah. Semalam tak tido punya pasal la ni. Pas tu tingkap keta lak bukak. Apa lagi, kena angin yang menderu-deru tu. Lagi syok la terbuai. Tup2 aku tau dah sampai.....ngeh3~

1230 : Sampai la ktorg kat destinasi, start goreng2 & rebus2 hotdog & nugget (sandwic sardin + telur[last2 minit] dah siap pagi2 lagi; hasil kerja kak Effa, kak Anis & aku)

Air Terjun Batu Berangkai, Kampar

tengah promote puding jagung

baru sampai neyh

Akhirnya, setelah merempuhi pelbagai halangan, acara mandi-manda bermula. kak Shima & abg Ayub start masak dgn kak Shima sebagai ketua chef. Aku tolong cket2 ja....selebihnya tolong makan la! lalalala~

kak Shima(ketua chef) & abg Ayub, masak2

tolong masak...eh ya ka (sbnrnya tolong makan)

Tak lupa gak kat puding jagung yang abg Arep & abg Meri buat. Sebelum semua terjun dalam air, pakat rasa sorang cket. Bole tahan. Untuk first time buat, nice try! bole improve lagi. sedap sampai licin 3 bekas. hehe~

Amboi2....masa ni ada ja abang2 ni nak tunjuk skill terjun gaya bebas especially abg Jawa. Tak caya, tengok gambar kat bawah ni. Abg Jepp n abg Ipe ada gak terjun. Sampai satu part tu, diorg (abg Jawa + abg Jepp) ni syok sangat nak terjun sampai kena marah spontan dengan kak Anis....sebab terjun tak bagi signal dulu. Last2 air terpercik dengan kuat sekali kat kak Anis yang kononnya tengah belaja berenang dengan abg Meri. hehe! lawak tol time ni.

terjunan bebas abg Jawa

Abg Ipe lak 2 kali simbah air kat aku tak henti2. Tak aci tol. Tau la aku tak reti nak melawan ni. Kesimpulannya, kena buli dengan air. Nak kena abg Ipe ni! [oooppss...dalam hati ja ni..hehe~]. Abg Rambo pun sengaja gak nak baling2 air. Isk..geramnya~ ~(^_^)~

sebelum masuk air

air....SEJUK!

for this pict, credit to abg Pingu

ni haa...abg Pingu

Pas tu ada gak sesi mensyampu rambut. Paling hot, kak Shima syampu kepala abg Paeh. Nampak sweet~ =)

kak Shima & abg Paeh

Antara aksi2 best yang sempat dirakam~

mereka ni sahabat baik....kak Effa & abg Jepp

siapakah? ;P

amaran abg Rambo, "Jangan letak gambaq ni dalam blog na!"

abg Arep kata, "Macam orang mati bini..."

nugget kami

jom lunch!

syyyhhh...abg Ashkam tengah tido ni...

1430 : Mandi2 settle. Makan2 & bersiap utk ke destinasi seterusnya.

botol itu kecik

targetting

Masa orang tengah sibuk2 kemas barang ni, abg Arep, abg Rambo,abg Pingu, abg Jawa, abg Ipe & abg Jepp mula main baling2 batu kat botol. Saja la tu, xdak keja. hehe~ abg Nazri & abg Ashkam dah terlelap atas batu dah. ngee~ . Dah lama aku tak mandi air terjun. Puas hati dapat mandi. SEJUK + MENYEGARKAN!

baru siap lepas mandi...fresh!

dengan kak Anis

~kelawaq-kelawaq~

3 dara yang comeyl~

kami sudah ready mau jalan

posing dulu sebelum gerak

kami rakus!


1530 : Bergerak ke JJ. Bakal disertai oleh abg Arel.

Dalam perjalanan ni, singgah jap kat surau mana ntah, untuk sembahyang zohor. huhu~ Tapi sebelum tu dapat kol daripada abg Amin, bertanya khabar ktorg. Dia tak dapat join ktorg, tak sihat. Cian dia.huu~ penatnya mandi tadi jangan cakap la + penat2 sebelum ni.

1700 : Sampai kak JJ. Beli tiket wayang, then main bowling sementara tunggu wayang start.

Tapi macam tak sempat ja nak main boling sebab masa tengah mengejar, so aktiviti tersebut dibatalkan. Naseb bek! huh~ tak tau la kenapa aku tak suka boling ni....selain daripada aku tak reti + malas nak maen, boling ni bising sangat; sakit telinga & kepala aku. So, ktorg makan2 petang di 3 tempat berbeza. KFC (abg Ayub, abg Arel, kak Anis, abg Pingu & abg Meri), Salam (abg Rambo, abg Arep, abg Nazri) & McD (Lain2). Yang bestnya, confirm, aku takkan melepaskan peluang nak makan feveret ice-cream ever, Cornetto Chocolate McFlurry! Walaupun belanja diri sendiri, aku tetap puas! Setelah sekian lama, dapat juga menunaikan sense of crave! yahooo!!! =D

1950 & 2015 : Apa kata hati? Ditonton oleh aku, abg Nazri, abg Arep, kak Effa & kak Anis. Indiana Jones & The Aliens. Ditonton oleh lain2.

Apa Kata Hati?; bagi aku, agak best....sebab selain cerita tu simple & cute, cerita ni banyak pasal love. Love is in the air~ sebab tu la kot aku suka cerita ni. Time tu aku rasa nak tengok cerita2 pasal cinta ja. Tak tau la kenapa....sebab *si dia* kah? hehe~ ;P Tapi mungkin watak utama lemah cket & kurang penghayatan, kureng + boring cket cerita ni...tapi kalo cakap pasal watak Awie yang jadi lelaki 'auw' & AC Mizal yang jadi bomoh yang ada 4 isteri yang gempal2, tak kering gusi asyik gelak ja.

Indiana Jones; tak tau la aku nak komen apa sebab tak tengok, tapi berdasarkan komen diorg2 yang tengok cerita tu; 'apa kaitan indiana jones dgn alien??'

2200 :
Team Apa kata hati? setel menonton. ktorg pegi jemput kak Chuna kat Medan Gopeng utk aktiviti seterusnya, karaoke@shogun.

Tempat apa ni aku pun tak tau mula2. ngeh3~ ikot ja abang2 neyh...

2220 : Team Indiana Jones & The Aliens setel menonton. Follow ke Shogun.

Menurut diorg yang lain, berlaku cket jam plak kat roof parking JJ tu. So diorg lepak2 dulu sebelum bertolak. Maka lambat la diorg sampai kat Shogun.

abg Paeh di'shopping' oleh kak Shima

2330 : Karok@shogun.

Wah! Abg Arep gitau ktorg akan guna tempat ni sampai 3 jam! So, bole nyanyi lagu apa ja & berapa banyak pun tak kesah. wow~ kira memang lenjan la tempat ni. Semua nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

Time ni la ramai yang nak tunjuk bakat. Tapi apa yang aku nampak, mike banyak sampai kat abg Pingu & abg Meri. hehe~ No Offense bro! ;P Abg Pingu memang selamba....abg Meri ni agaknya kalo dia tak masuk UTP, bole la kot join ujibakat nyanyi. Suara dia....pergh! bole tahan sedap....ada cket macam Mawi....& dia suara dia bole suit banyak lagu. Caya la~ =D

abg Pingu...syok tol nyanyi

Yang lain-lain pun ok....semua suara best2! Layan!

kami yang perempuan bersama abg Meri

pilih-pilih lagu

jom karok!

Aku nyanyi 4 lagu. Lagu first, kak Chuna yang pilih untuk aku. Thanx kak Chuna. chayunk kamu~ Macam faham ja. hehe~ lagu apa lagi kalo bukan My Heart ( Acha & Irwansyah). Masa ni kalo tak salah aku, aku duet dengan abg Ipe mula2, pas tu dia pass kat abg Jepp.

Tengah2 dengar diorg ni semua mempertontonkan bakat masing2, bole lak aku tertido time ni. memang siyes, aku pun tak sedar bila aku bole terlelap..pada hal bilik tu bingit gila...dah la diorg ni banyak nyanyi lagu rock! menjerit2...tapi siyes aku tak sedar apa2 pun time ni. penat gila2 nampaknya...haih~ mata pun dah tak sempat bertongkat. adey!~

Tiba2 aku tersedar. Sapa ntah menjerit. Terkejut aku....hehe~ Kalo tak salah aku, masa ni kak Chuna tengah nyanyi..tapi duet dengan sapa, tak perasan lak. Abeh tu turn abg Nazri lak. Lagu tu Tangisan Marhaenis (Hattan & Dia Fadila) . Masalahnya, tak dak plak orang nak berduet dengan dia sebab kakak2 ni tak tau nyanyi lagu ni. So, aku yang tengah mamai tu bole lak terus gi duet dengan abg Nazri. Dah la lagu ni banyak hi-pitch. Kira suara fresh lepas bangun tido, tros nyanyi lagu rock. rock la sgt~ hehe..Naseb bek berjaya...huhu~ ;P abg Nazri yang tak sihat (demam) pun masih power lagi..bole nyanyi2~

Pas tu dapat undangan sekali lagi daripada abg Nazri. Kali ni lagu Pandang-pandang Jeling-jeling (Tan Sri SM Salim & Siti Nurhaliza). Lagu ni ok cket...sebab Siti nyanyi lembut. Kalo rock macam tadi, tak tau la tekak...ngee~

Last sekali, lagu Cinta (Misha Omar & Jaclyn Victor). Lagu ni patotnya kak Chuna nyanyi dengan Kak Shima..tapi kak Chuna ajak aku nyanyi sekali...apa lagi..jom2~ kak Shima nyanyi sebagai Jac, aku & kak Chuna sebagai Misha. Lagu ni memang memerlukan kecekalan la....tang korus tu...mak aii..tinggi betol...memang menguji.

Ada satu yang sweet untuk dikongsi. Duet bersama rumet! Abg Arep dengan rumetnya abg Ayub & kak Chuna dengan kak Shima. Menurut abg Ayub, ni first time dia karok....dapat lak tu duet dengan rumet sendiri, abg Arep; lagu Di Sini Kasihku Abadi (Rahmat). Bole tahan suara. hehe~ Kak Chuna & kak Shima pun, 4 5 lagu gak diorg nyanyi berdua...memang sweet~yang paling aku ingat diorg duet lagu Kau Yang Bernama Seri(Awie)....sebab aku memang sangat suka lagu ni.huuuu~layannnn...

Diam tak diam...dah 3 jam lebih ktorg karaoke. Ni yang paling best...lagu last, Isablella 98(Search), semua orang kena nyanyi...maksudnya setiap orang kena nyanyi satu line. So, semua dapat share nyanyi satu lagu. 3 jam lebih, mula2 sekali dengan lagu Gadis Melayu (Jamal Abdillah)....pas tu ada banyak lagu kat tengah2...dah tak terhafal...pas tu last sekali lagu Isabella 98. erm..puas hati! Aku pun tak sangka aku bole nyanyi banyak lagu sekali. Dah la different2 tune. Adey~ kos karaoke malam tu ada RM90++. Tapi takpa, tapau sorang cket. Settle~

0310 : Selesai melalak. Semua pon lapa balik. Ke mapley dekat2 dgn Taman Cempaka gak utk makan.

Aku tak dapat ingat apa nama mapley ni. Ngantok sangat sampai malas nak amek tau...ikot ja. hehe~ Tapi nak kata sedap sangat tu tak la. Sekadar bole makan. Aku pun bukannya selalu makan time2 ni tapi ntah sebab apa, lapar plak time tu. Service pun kurang memuaskan. Aku order lain, sampai benda lain. Tapi takpa, malas nak panjang-panjangkan cerita. Makan sudah~huuu~

0430 : Selesai melantak. Semua pon ngantok. ZzzZZZz. Bergerak balik ke UTP.

hehe...aku dah tertido kot dalam keta. Siyes tak dapat tahan dah. Sorry ek semua...rasanya kak Effa ja yang berjaga, teman abg Arep drive keta masa tu. Alhamdu Lillah..selamat pegi dan pulang. Thanx Abg Arep & kak Effa. Sampai UTP pun dah nak dekat subuh. Aku dah mula risau ni. Family aku nak datang amek pagi ni tapi aku tak siap lagi packing buku2. aisey~ konon sampai bilik nak sambung kemas...tapi nampak katil macam lagi menggoda. zzzZZZZZzzzzz~ bila aku bangun ja tengok2 family aku dah sampai. oh NO!! Apa lagi kelam kabut aku....huhu~

All in all, aku rasa sangat hepy. Rasa macam satu keluarga yang besar & sangat disayangi oleh abang2 & kakak2 [konon yang paling muda kat situ...ngeh3~ saja nak ngada2...hehe~]. Terasa eratnya hubungan ktorg. Apa2 pun semua memori tu mesti tersemat dalam ingatan nanti, hampir 20 jam ronggeng. Terima kasih semua. Sangat chayunk korg semua, abang2 & kakak2ku. Untuk yang dah nak grad, TAHNIAH!! n all the best~ Bagi yang nak pi intern lak, GOOD LUCK & all the best jugak~

but I was hoping...

r@w
Rujukan : Abg Ayub [thanx~ =)]
This entry was posted on 6/02/2008 01:37:00 PM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 butterflies:

On June 17, 2008 at 9:51 PM , Ayub.skod.mg said...

r@w sem dpn jemput naa

 
Related Posts with Thumbnails