10 ALASAN lelaki perlu tamatkan zaman bujang
1/06/2011 12:54:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
10 ALASAN lelaki perlu tamatkan zaman bujang   

Kadang kala duit sudah cukup tetapi anda memilih mahu membujang. Pelbagai alasan didengari daripada lelaki bujang termasuklah belum bersedia, masih belum puas enjoy dan sebagainya. 10 fakta di bawah ni mungkin membantu membuka minda anda untuk berkahwin.  


1. Berkahwin menjadikan anda lelaki yang sempurna
Berkahwin bermakna anda sudah menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah "Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku." Tahukah anda, bila berkahwin, anda kelihatan begitu sempurna di mata ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi  jika anda memiliki isteri yang mampu menguji kematangan anda sebagai suami. Berbanggalah jika anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. 

2. Anda lebih bahagia
Satu kajian di sebuah universiti di Australia mendapati, lelaki yang berkahwin lebih bahagia dari mereka yang hidup membujang. Tahukah anda, kegembiraan itu mencakupi 135 peratus rasa bahagia dalam diri berbanding mereka yang hidup sendiri. 

Berkahwin juga bermakna juga ada yang menjaga makan minum anda, urusan rumah tangga lebih teratur dan sebagainya. Lebih penting, ada orang yang menyayangi anda seumur hidupnya bila anda juga menyayanginya.



3. Hubungan seksual lebih sempurna
Tahukah anda, dengan berkahwin, aktiviti seks anda akan lebih teratur. Anda boleh bercanda dengan isteri tanpa rasa takut. Malah dengan melakukan hubungan seksual, anda juga akan lebih tenang serta rasa cinta yang begitu mendalam kepada pasangan. 

4. Perkahwinan bermakna lebih hubungan seks
Satu kajian dari Institute Kinsey mendapati lelaki berkahwin melakukan hubungan seks bersama pasangan jauh lebih tinggi. Ini bermakna apabila berkahwin, anda lebih bahagia dan keinginan untuk bersama lebih memuncak berbanding mereka yang hidup membujang.

5. Kewangan lebih stabil
Jangan takut untuk mendirikan rumah tangga semata-mata bimbang duit tidak mencukupi. Jika ini pendapat anda, ia nyata salah kerana salah satu sebab perkahwinan adalah perkongsian dalam kehidupan. 

Perkongsian bermakna, bukan hanya duit anda saja yang keluar untuk membeli barang keperluan rumah dan sebagainya sebaliknya pasangan juga akan membantu. Kalau semasa bujang anda takut untuk membeli rumah yang mungkin mahal harganya, tetapi insyaAllah melalui rezeki yang ada pada pasangan, kewangan anda lebih stabil. 

6. Punya daya tarikan
Jangan kata apabila anda berkahwin, saham anda akan jatuh. Tulisan dari penulis terkenal, Justin Prugh dalam bukunya Why Do Single Women Like Taken Men mengatakan, lelaki berkahwin mempunyai satu daya tarikan yang tersendiri. 

Anda punya skil komunikasi yang baik dengan wanita dan ini membuatkan wanita bujang lebih senang mendekati. Tak percaya, cuba keluar bersama-sama rakan bujang di tempat yang anda sukai.

Sudah tentu anda akan menjadi tumpuan rakan wanita yang hadir di situ. Sekali pun punya daya tarikan tetapi jangan sesekali  menyalahgunakan untuk tujuan seksual kerana ia salah di sisi agama dan boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Belajarlah mendekati wanita, bila berkahwin, anda akan tahu segala-galanya tentang makhluk Allah yang satu ni. 



7. Berkahwin membentuk keluarga bahagia
Mungkin anda masih tidak nampak sebab-sebab mengapa anda harus berkahwin. Tahukah anda, bila anda berkahwin, bermakna anda menyambung legasi keturunan sendiri. Tiada orang yang boleh hidup bersendiri dan anda juga begitu. Tidak guna ada wang yang banyak atau pekerjaan yang baik sekiranya bila anda sudah tua, tiada siapa yang mahu menggunakannya kerana anda tiada zuriat. Berkahwinlah dan anda akan bahagia bila melihat anak-anak membesar di depan mata.

8. Kesihatan lebih terjaga
Ada di kalangan anda yang begitu mementingkan soal bentuk badan. Ditambah dengan mitos yang mengatakan perut akan menjadi boroi selepas berkahwin tetapi jika anda pandai menjaganya, anda masih mampu kelihatan segak. Cuba bayangkan, dalam usia 60 tahun, adakah anda masih segak dengan dada yang bidang? Fikir-fikirkanlah.

9. Berkongsi segala-galanya 
Berkahwin bermakna anda berkongsi segala-galanya dengan pasangan, baik susah dan senang. Anda bole bercerita kisah sedih, suka dan duka dan ni semua menjadikan kehidupan anda jauh lebih baik daripada hidup sendirian. Berkahwin juga bermakna kehidupan anda jauh lebih sempurna. Kehidupan rumah tangga yang bahagia, kereta yang bagus untuk kegunaan keluarga, serta mampu merancang percutian yang menarik dan sebagainya.

 

10. Rahsia umur lebih panjang
Satu kajian di kalangan 2006 penuntut University of California mendapati, lelaki bujang lebih cepat mati dengan pelbagai penyakit khususnya serangan jantung, kemalangan dan sebagainya berbanding mereka yang berkahwin kurang terdedah kepada risiko tersebut. 

Ini mungkin juga kerana ada isteri yang akan melarang anda menghisap rokok. Kala anda memandu laju, anak-anak akan berkata, tidakkah anda menyanyangi mereka dan sudah tentu anda akan memperlahankan kan kenderaan. Kalau anda bujang? Sudah tentu tiada siapa yang menegur. Jadi berkahwinlah untuk kebahagiaan anda di dunia dan akhirat.

 
 
 Sumber artikel: Majalah Mingguan Wanita, Bil. 1405, 22-28 Oktober 2010, Segmen Dunia Lelaki. 
(entry copy paste sebijik, saja nak share kat sini)

Sumber gambar: Google

This entry was posted on 1/06/2011 12:54:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 butterflies:

On January 6, 2011 at 1:03 PM , Encik MamaT said...

mujur dah kawen... ada daya tarikan tak :D

 
On January 6, 2011 at 5:53 PM , Mohd Hazwan said...

nak kawen nak kawen..
tapi kena kumpul duit dulu huhuhu
besar tanggungjawab jadi suami ni

 
On January 6, 2011 at 6:34 PM , kuyam said...

entry yg matang
u go diyana!hehe :D
nak copy boleh?

 
On January 6, 2011 at 8:01 PM , deCrewz said...

Haish.. Kena cepat2 kawin lah macam ni..he3

 
On January 6, 2011 at 9:23 PM , eVy-D-YaNa said...

Encik MamaT,
alhamdu Lillah dh kawen~
stp org ada daya tarikan tersendiri..cuma berkesan atau tak ja kan...hee~ :)

 
On January 6, 2011 at 9:25 PM , eVy-D-YaNa said...

hazwan17
kalo ada niat nk kawen awal krn Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan nak kumpul duit tu..

kita merancang, tapi semua Allah yang tentukan, kan? :)

 
On January 6, 2011 at 9:26 PM , eVy-D-YaNa said...

kuyam,
bole ja nak copy..ni pun dyana taip balik sebijik2 drpd majalah tu sbb saja nak kongsi info dengan bloggers..hehe~

sila2~ :)

 
On January 6, 2011 at 9:27 PM , eVy-D-YaNa said...

deCrewz,
hehe...kawen2..perkara yang baik insyaAllah Allah permudahkan~ :)

 
On January 7, 2011 at 2:04 PM , KNS said...

hehehehe....
tiba2 sengih sorg2 bc entry ne

 
On January 7, 2011 at 2:12 PM , eVy-D-YaNa said...

Fxysche Nas,
aik, npa sengih sorg2 lak kak?
share2 kat sni...hehe~ ;P

 
On January 12, 2011 at 10:15 PM , Anonymous said...

Jangan tunggu lama-lama, nanti di ambil org...sekiranya semua dah cukup, apa yg dinantikan...

 
On January 12, 2011 at 10:19 PM , eVy-D-YaNa said...

anon,
btol2! :)

 
Related Posts with Thumbnails